Friday, September 28, 2012

BREASTPUMP TERBAIK PILIHAN

Assalammualaikum

Breastpump terbaik pilihan saya dah sampai.. *wink~~
Alhamdulillah.. hanya sebagai alat bantuan untuk memudahkan usaha dan niat. 
Selepas buat research. Pertimbangkan buruk baik + harga.. Akhirnya ini yang menjadi pilihan hati...




SPECTRA DEW 300 ELECTRIC BREASTPUMP

Kenapa saya pilih ne? Em, kalau ikut research, fungsinya lebih kurang sama saja dengan Spectra 3. Cuma suction strenght dia lagi high berbanding spectra 3. Kan mula-mula niat nak try spectra 3. Tambah lagi Spectra ne boleh guna double pump. Cuma breastshield set kena beli asing. Tapi saya beli di littlewhiz. Ambil pakaej. Kena lagi on sale. Dah buat survei. Kira murah sikitla.

Spectra ne jenama BP kedua terbagus after Medela. Didatangkan dari Korea. Memandangkan harganya jauh lagi murah berbanding Medela, saya pun prefer nak pakai Spectra. Jadi buatlah kajian untuk semua jenis BP spectra. Terrrjatuh cintunla dengan Spectra DEW 300 ne.





Yang ne mesti ada. Filter dia untuk elak backflow. Alhamdulillah, setakat ne bila guna oke je. Senang nak buat power pumping. Aiceh!




Boleh set had kelajuan. Ikut keselesaan masing-masing. Kalau saya, sedang-sedang je. Tak kuat dan tak slow sangat. Cute kan, kaler pink. Actually biru pun ada. Tapi saya prefer pink. Gurly shangat!

Cuma, motor dia berat sikit. Lagi berat dari Spectra 3. Tapi tak lah jauh beza cuma 0.2 kg je beza. Then, tiada battery. Kena sentiasa ada soket. Tapi kalau nak pam di kereta boleh guna car adapter. 

Setelah 6 bulan pakai manual. Teringin nak rehat-rehat. Nak mudah sikit. Apa salahnya. Masih dalam bajet saya. Harganya masih < RM500.OO... tak caya? pi terjah kat littlewhiz.
.

Oke.. ne je lah, saya lapar..
Daaa.. c u!

Thursday, September 27, 2012

BAYI TOLAK MAKANAN? : TIPS TERBAIK UNTUK ANDA

Assalammualaikum

Tempoh hari saya ada bercerita tentang Insyirah yang mula tolak makanan bila di taska kan. Hari ne, saya nak kongsi tips yang berjaya saya lakukan setelah agak lama saya bersusah hati tentang hal ne. Mana tidak, Insyirah dah masuk 6 bulan, yang sepatutnya mesti mula terima makanan. Mula-mula dia tiada masalah untuk makan. Tapi entah kenapa bila di taska dia mula tak nak. Lepas tu di rumah pun dia mula tak nak juga. Risau saya. Nasib baik ada tips dari mak mentua. Bila saya cuba, alhamdulillah.. Insyirah sebenarnya kuat makan.. hehe.. Thanks a lot mak mertuaku.

Nak tau tipsnya? mudah aje.. just bagi makan dia melalui botol susu.. itu je.. eheh
Since Insyirah dah boleh terima susu melalui botol, maka saya rasa tak susah dah ikut tips ne. Di sini saya kongsikan cara saya sediakan untuk Insyirah ya.

1) MASAK BUBUR + PUREE
Macam biasa, saya masak bubur campur puree sayuran. Puree favourite adalah lobak merah, brokoli, kentang dan anda boleh cuba macam-macam lagi buah atau sayur yang berkhasiat. Setakat ne saya kerap bagi dia sayuran di atas.

Anda boleh juga sediakan puree untuk stok satu atau dua minggu. Tempoh hari saya ada janji nak share tips macam mana nak buat stok makanan untuk baby kan. Ok, kita teruskan lah sesi perkongsian walaupun tanpa gambar ya. Sebab kadang-kadang saya tak ingat nak bawa henpon ke dapur. Hihi.

a) Rebus sayuran/ buahan berkhasit. (e.g lobak merah, brokoli, ubi kentang, keledek, kurma, etc) untuk dibuat puree. 

b) Lepas dah masak (kira-kira dah lembut) boleh lah angkat dan tapis.

c) Blender bahan-bahan tersebut secara berasingan.

d) Bila semuanya dah siap dblender halus, boleh masukkan ke dalam bekas ais yang bertutup. Tapi jagan campur. Asing-asingkan petak untuk lain-lain jenis puree. 

e) Sudah boleh masuk dalam freezer. Kalau dalam freezer (sejuk beku), puree boleh tahan sekurang-kurangnya 2 minggu. Kalau peti sejuk bahagian bukan sejuk beku hanya tahan selama 48 jam sahaja. 

Terpulanglah pada anda. Cara di atas sesuai diamalkan untuk ibu yang bekerja. Takut tak sempat nak sediakan bubur awal pagi, nak blender atau lecek lagi kan. Belum lagi nak sediakan EBM untuk anak. Kalau anda pilih untuk masak bubur + puree awal pagi setiap hari, lagi bagus. Khasiat yang fresh. Tapi tak bermakna puree yang dah disejuk beku ne tak bagus. Ne lagi bagus berbanding kita bagi baby makanan instant dalam tin yang ada msg tu. Kesianlah baby kita kecik2 lagi dah makan pengawet.

Oh ya, biasanya bubur Insyirah saya sediakan waktu malam. Esok hari saya tinggal panaskan sekali dengan puree pilihan. Samada nak campur lobak merah atau brokoli or etc. Cuma, kalau saya tidur di Papar, jarang saya buat stok. Saya akan sediakan bubur + puree yang fresh untuk Insyirah. Sebabnya, kalau saya di Papar, tiada masalah kesuntukan masa. Saya turun kerja jam 7.20am. Masi sempat nak sediakan makanan + susu + pakaian Insyirah. *Wink~~

2) MASUKKAN BUBUR DALAM BOTOL SUSU
Berbalik kepada tips bagi makan baby yang tolak makanan. Memandangkan makanan tu dimasukkan ke dalam botol susu, maka bubur + puree tadi kena di blender atau dilecek halus-halus. Kalau boleh tukar puting susu kepada saiz lubang yang lebih besar (untuk makan sahaja). Ini untuk memudahkan makanan mengalir melalui lubang. Taklah tersekat pulak kan.

3) CAMPURKAN AIR SUSU IBU
Saya rasa ini yang buat Insyirah jatuh cinta dengan makanan dia. Hehe. Terpulang pada anda nak tambah berapa banyak. Tapi saya pesan kat pengasuh Insyirah supaya tambahkan 2 oz ASI pada bubur dia. Tak perlu tambah garam/ ajinomoto/ gula atau apa pun perasa makanan pada bubur. Perut baby belum ready untuk terima bahan perasa tu semua. Biar mereka rasa sayur-sayuran atau buah-buahan dulu. Semua tu kan penuh khasiat. Kalau nak bagi rasa, just bagi ASI saja. Susu tu kan manis. Carrot pun manis dan sedap juga kan.

4) GONCANGKAN MAKANAN + ASI
Cuba goncangkan bubur + puree + ASI tadi untuk bagi ia sebati. Mesti nampak pekat kan? Ok. Untuk pastikan tiada sisa bubur atau puree yang dapat menyekat laluan makanan mengalir pada lubang botol, cuba anda..

5) SARINGKAN SEMULA HIDANGAN
Bila dah oke, masukkan semula pada botol susu dan...

6) SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN UNTUK SI COMEL
Jangan lupa DOA + TAWAQAL!. InsyaAllah, si kecil akan terima. Mudah-mudahan.

Tapi cara di atas hanya untuk permulaan bagi bayi yang baru nak belajar makan. Pada saya, cuba cari masa tertentu contoh hujung minggu untuk ajar anak kita terima makanan melalui suapan. Takut nanti mereka tak nak terima pula makanan melalui suapan. Takkan nak makan tru botol je memanjang kan. InsyaAllah. Usaha tangga kejayaan untuk kita semua. Setakat ne, Insyirah ok ja makan pakai botol susu. Tapi saya tetap akan usahakan untuk bagi dia makan dengan kaedah suapan. Sebab kalau makan melalui botol saya rasa tak ubah macam dia tengah menyusu. Cuma kalau makan lambat nak habis sebab, bila makanan masuk dalam mulut dia, dia akan kunyah dulu, then sambung makan lagi. Hehe.. cute!

Apapun, selamat mencuba pada anda yang mengalami masalah yang sama dengan saya..

Jumpa lagi...Salam sayang

Wednesday, September 26, 2012

Mencari Hikmah Di Sebalik Cerita Itu..

Assalammualaikum

Baru ja lepas update entri pasal demam campak Insyirah. Saya rasa terpanggil pula untuk buat entri ini. Bercerita tentang hubungan ibu bapa dan anak. Sebenarnya, lama dah terfikir nak cerita-cerita pasal ne. Cuma idea masih tunggang langgang. Ayat masih berterabur. huhu.. Sebelum tu, mohon doa daripada rakan semua supaya doakan anak kesayangan saya sembuh daripada demam campak yang dialaminya ya.

Saya terkenang masa mula-mula saya naik kerja lepas cuti bersalin. Insyirah baru nak masuk 3 bulan saya tinggalkan dengan Mak Ton dia. Waktu tu, Insyirah tak pandai sangat menyusu pakai botol. Dia masih hadapi masalah keliru puting. Kesian juga Mak Ton dia. Nasib baik adik saya yang sorang ne cukup sabar. Kalau waktu tu orang lain yang jaga, confirm resign hehe. Sebabnya, kalau ikut cerita mama, memang susah nak menyusukan Insyirah. Dia tak nak menyusu pakai botol. Dia nak ngempeng juga. Tiap kali nak menyusu dia meradang. Kalau bukan waktu menyusu dia ok. Steady dan Cool ja. Tapi sampai waktu pertama nak menyusu.. habis! Tak dapat ngempeng, dia mula meradang. Kalau ngempeng, dia akan terus tertidur bila kekenyangan. Tapi bila kita bagi susu di botol, dia tak nak. Dia tolak. Makanya, susu dia tak dapat, tidur pun dia tak lena. Dari situ akan bagi efect dia satu hari. Kesian kan Mak Ton dia. Tapi mama cakap biarkan dulu. Lama-lama bila dia dah lapar sangat, dia mesti mau.. dan betul juga cakap mama. Ambil masa juga untuk dia biasakan diri tanpa ngempeng siang hari. Kesiannn...

*Tau tak masa mula-mula saya tinggalkan dia bila balik kerja, Insyirah mula mengurus. BMI dia pun jadi tak seimbang. Tapi tak lama. Lepas tu ok balik.*


Menjelang Raya...
Waktu ne, saya buat silap. Tau anak pernah alami masalah keliru puting, sepanjang dua minggu cuti raya saya bagi dia ngempeng tanpa memerah dan susu botol. Akibatnya, Insyirah jadi lupa. Dia alami masalah lama. Keliru puting balik. Susu saya juga merudum. Kerana satu kesilapan, dua masalah saya tanggung. Padan muka saya. huhu. 

Saya mula risau lagi, Lepas raya, Insyirah kena masuk taska. Mak Ton dia dah mula kerja. Masalah keliru puting Insyirah makin menjadi. Lebih-lebih lagi bila saya yang bagi susu. Dia kenal bau. Macam yang saya jangkakan, di taska dia balik dengan perangai lama. Susah nak menyusu. Meradang bila nak tidur. Saya mula bertekad. Hujung minggu saya akan bagi dia menyusu botol sepenuhnya kecuali bila dia bangun malam nak menyusu. Siang hingga petang, no more ngempeng!!! Saya kena kejam sikit.. uhuk!

Dan hasilnya, kami berjaya jugak. Tiap minggu dia menyusu botol dari pagi sampai petang. Insyirah boleh tidur dengan mudah. Tak manja atau nagis-nangis pun. Kenyang menyusu dia main sendiri. Bila saya masak mudah je. Alhamdulillah. 

Tapi, bila di taska Insyirah jadi manja. Ada masa nak tidur dia meradang. Ada masanya juga dia macam tak selesa diangkat. Tapi bila baring dia marah juga. Ini info yang saya dapat dari pengasuh dia di taska. Saya tanya lagi, menyusu dia ok? Pengasuh dia kata oke jugak. Tapi dia masih tolak-tolak. Then, nak tidur dia mula meradang. 

Bab makan lagi, hari pertama saya bekalkan makanan dia langsung tak nak makan. Saya tanya juga cara diorang sediakan. Rasanya ok tak ada masalah. Hari kedua, pengasuh dia cuba juga bagi makan tapi tak habis. Hanya beberapa suap saja. Dia memang tak nak.

Aikk..??! kenapa dengan saya atau abi dia, oke ja...saya dah mula yakin yang dia tak ada masalah dengan penyusuan botol lagi. Malah sebelum ne dia nak saja bila dibagi makan.

Masalah ne saya ceritakan pada mama. Nak tau mama cakap apa? malah disokong penuh oleh bapa saya juga..

Mama  : Budak-budak ne, kau jangan sangka tak tau fikir. Jangan anggap tak ada perasaan. Kau ingat dia tak boleh beza bau? tak boleh beza tangan? Sekarang dia dah masuk 6 bulan. Dia nak bezakan tak payah kenal bau atau tangan je. Dia dah tau siapa mak bapa dia. Dia tau la kau antar dia ke tempat orang. Dia jadi macam tu sebab cari kau. Cari bapa dia juga.

Me  : Budak lain tak gitu pun. mau je dengan orang.

Mama  : Lain budak, lain fe'el nya. Korang adik beradik pun lain-lain perangai juga dulu.

Bapa  : Anak ne, jauh mana kau hantar.. Dengan siapa pun dia hidup kelak, susah ke dia.. senang ke dia esok lusa.. Dorang tetap akan balik pada mama bapa dorang juga. Dorang tetap akan cari mak bapa dorang juga. Percayalah.

Pernah kau dengar cerita, ada satu kes dera kat KL. Budak setahun, bapa dia hantar hospital masuk ICU. Bila keadaan dia stabil, kena siasat.. rupanya kes dera. Sapa yang dera, bapak dia sendiri yang dera. Tapi selama dia dalam hospital tu, tiada orang lain yang dia cari melainkan bapa dia juga. Nurse nak tolong urus dia, dia tak mau. Bapa yang mendera tu juga dia peluk cium. Itu juga dia cari. Hah.. Itu nikmat Allah. Bapa yang mendera pun anak masih cari, apa lagi kau, ibu yang menyusukan anak kau sendiri.

Saya sungguh-sungguh terdiam dengan kata-kata bapa. Ya.. nikmat Allah! kasih sayang yang tuhan wujudkan dalam diri anak sekecil Insyirah itu adalah nikmat.

Saya mula teringat. Adik ipar saya juga seorang jururawat. Dia bertugas di wad kanak-kanak. Dia pernah cerita dengan saya. Hampir sama kes dengan cerita bapa. Seorang kanak-kanak lumpuh dan keadaannya teruk di tahan di wad sebab didera oleh ibu bapanya sendiri. Tapi dalam masa yang sama, anak tu tetap meraung panggil mama dia. Subhanallah... cerita bapa betul-betul buka mata hati saya..

Sayu rasanya bila terkenangkan Insyirah di taska. Dia anak yang manja. Dengan saya dan abi, dia baik-baik saja. Sebab dia tau bila dia bersama orang tuanya. Tapi dia mula protes bila bersama orang lain. Kesian. Ikutkan hati, kuat keinginan saya nak jaga anak sendiri. Entahlah. Susah saya nak teruskan untuk bercakap tentang hal ne. 

Bila dah jadi ibu, baru saya tau betapa eratnya hubungan anak dan ibu bapa mereka. Tapi hari ne, macam-macam kes saja kita dengar kan. Buang bayi lah. Bunuh mak ayah lah. Nau'zubillah. Moga Allah swt jauhkan kita dari semua tu. Lgi saya tak senang duduk sehingga hari ne, baru saya sedar. Dalam fikiran seorang ibu tu, tak pernah sekali tak fikir anak. Saya kira sejak dari mengandung hingga melahirkan.. sehinggalah ke saat ini, fikiran mereka hanya anak..anak..anak!!! Baru saya sedar..

Saya mula teringat, waktu form 3 dulu. Zaman kenakalan saya di sekolah. Umur saya dah masuk 15tahun. Usia yang sepatutnya sudah cukup matang untuk lakukan kenakalan di sekolah. Saya duduk asrama. Culas sangat nak turun prep. Turun surau solat jemaah. Selalu sangat balik kampung atau keluar pekan tanpa izin. Saya mula malas nak belajar. Padahal waktu tu saya akan jalani peperiksaan besar. Balik-balik kena tegur oleh bapa. Saya buat dek je. Akhirnya saya minta dikeluarkan dari asrama. Kononnya saya rasa terkongkong dengan peraturan asrama. Bapa mula hangin. Dia rasa saya dah mula mengada-ngada. (Padahal bila fikir balik memang pon!) Dia tak layan langsung permintaan saya. Dia suruh saya stay di asrama. Belajar!
Saya pun apa lagi, denga pemikiran kolot dan tak matang berkata kata dalam hati, kononnya saya dianak tirikan. Bapa pilih kasih. Boleh pulak gitukan. Haha. Tapi tak lama, saya kuat juga. Terus tinggal di asrama dan berusaha jadi anak dan pelajar yang baik. Eheh!

See..? sekarang i am a mom.. Me and my hubby is a parent for our lil Insyirah. Tiada istilah anak tiri pada anak kita. Darah daging kita. Tiada lain dalam fikiran ibu bapa kita melainkan anak-anak mereka. Bekerja demi anak. Berkorban demi anak. Sebab kenapa..? Anak itu anugerah dunia dari Allah. Amanah! Tanggungjawab! Jadi apapun yang kita buat hari ini adalah demi menunaikan ibadah, menggalas tanggungjawab, menjalankan amanah Allah!

Baru saya sedar akan semuanya. Syukur. Saya jadi ibu untuk seorang anak. Hehe.. Hikmah yang Allah beri terlalu besar. Namun saya selalu lupa, alpa, lalai...
Ampunkan hambaMU ya Rabb..

Saya akan terus doa, moga keadaan akan berubah. Moga Insyirah mampu terima tangan dan asuhan pengasuhnya.

Banyak pengajaran yang saya perolehi hanya daripada kata-kata bapa saya tempoh hari...
Pengajaran tentang ibu..bapa..anak..
Pengajaran tentang hubungan..
Pengajaran tentang nikmat..hikmah..

Subahanallah..
Did you get what i want to tell you..?? huhu
Mencari dan terus mencari hikmah Allah swt..

Campak

Assalammualaikum

Hari ne saya cuti. Emergency punya cuti. Anakanda tersayang alami campak. Kesian dia. Patutlah sejak beberapa hari yang lalu badan dia asyik panas menjelang tengah malam. Mula-mula panik juga. Saya tuam kepala dan badan dia dengan tuala basah. Masuk subuh panas pun kurang. Dalam seminggu, macam tulah tiap hari. Tapi asal siang saja panas dia hilang. Bila tanya mama, biasanya budak macam tu nak tumbuh gigi atau mungkin ketumbuhan (campak le tu!). Saya doa juga moga Insyirah tak apa-apa. Tapi kalau nak tumbuh gigi mama cakap panas dia lain. Jangan-jangan nak demam campak. 

Lebih seminggu saya tak nampak kesan nak campak. Rupanya, kata mama campak ne makan masa yang lama untuk keluar. Memang bayi akan kena demam seminggu dua dulu then barulah bintik-bintik akan keluar pada badan. Itupun ambil masa yang lama juga nak keluar habis. Kadang-kadang kalau tak keluar habis pun tak mustahil bayi akan kena campak balik-balik. Kesian Insyirah.

Pagi tadi saya rasa badan Insyirah panas. Waktu dia bangun menyusu pun memang saya dah rasa badan dia panas. Saya pun buat macam biasa. Letak tuala basah pada badan dan kepala. Biasanya panas dia akan beransur hilang. Tapi pagi tadi waktu nak siapkan dia ke nursery dan dalam masa yang sama saya pun bersiap nak pegi kerja, saya masih rasa badan dia panas. Saya dah mula susah hati. Mungkin dia demam. Saya dah berkira-kira nak cuti. Bila buka baju dan nak tukar lampin, tekejut juga bila nampak banyak bintik-bintik merah pada badan dia. Subhanallah. Kuat hati saya kata, Insyirah kena demam campak. Abi pun turun kerja lewat hari ne. Kami terus bawa Insyirah ke klinik. Doktor pun sahkan Insyirah kena demam campak yang ringan. Doktor bagi ubat demam dan CALA-MY lotion untuk sapu pada anggota yang tumbuh bintik.
Menurut doktor, campak Insyirah baru keluar sikit. InsyaAllah, bila dah keluar banyak nanti panas badan akan beransur hilang. Begitu juga kata mama, campak Insyirah beluam keluar habis. Nanti dah keluar banyak, demam panas pun kurang. Mudah-mudahan. Kesian si kecil saya. Dia demam. Apapun, saya masih nampak Insyirah kekal aktif. Cuma ada masa-masa tertentu saja dia tunjukkan ketidakselesaan. Mungkin sebab panas badan. Tapi saat saya curi masa menaip entri ne, Insyirah tidur nyenyak dan panas badannya pun dah kurang. Alhamdulillah. Satu perkembangan baik yang harus disyukuri.



Daripada info mama dan beberapa bahan bacaan yang saya dapat, campak biasanya akan sembuh dalam masa 2 minggu atau 10 ke 14 hari. Bergantung pada pesakit juga. Saya tanya mama, macamana nak buat supaya bintik-bintik keluar pada badan dengan cepat supaya cepat sembuh. Mama kata, nanti dia akan keluar sendiri juga. Jangan risau. Ada juga petua orang tua-tua bagi bayi minum air kelapa sikit. Maksudnya simpan air kelapa pada hujung sudu sikit je. Then ada lagi cakap, mandikan baby dengan air kelapa . Semuanya untuk buat bintik keluar habis. Ada banyak lagi tips nak ubati atau kurangkan campak.Tapi dalam masa yang sama tak boleh biarkan dan pandang ringan juga. Maksudnya kena titik beratkan penjagaan, perhatian, bagi ubat yang doktor kasi. Ikutlah juga pantang larang yang logik, yang boleh diterima aqal, dan yang penting yang tidak memudaratkan bayi. Selain tu, doa dan tawaqal. Berserah pada Allah swt. Moga Insyirah cepat sembuh.



Kadang-kadang campak boleh jadi merbahaya pada kanak-kanak. Menurut info yang saya dapat lagi, campak ne tidak menunjukkan peratusan kematian tinggi yang ketara, namun ia tetap dikatakan cenderung untuk ke arah itu seandainya bayi mahupun orang dewasa yang mengalaminya terkena jangkitan tertentu seperti jangkitan telinga, paru-paru dan sebagainya dan tidak dirawat. Takut juga dengar kan. Nau'zubillah. Ya Allah.. sembuhkanlah Insyirah dari penyakit. Peliharalah dia dari segala kemudharatan. Amin

Tadi abi dia sempat pesan. Zikirkan Insyirah. Bisikkan pada dia. Sakit itu adakala jadi nikmat dan hikmah buatmu. Dan mungkin tarbiah atau kifarah buat ayah bondamu. Suruh Insyirah kuat dan sabar. Saya buat apa yang dipesan oleh abi. InsyaAllah. Klau kita doa dan harap agar anak kita kuat hadapi ujian tuhan saat dia diserang sakit, kita sebagai ibu bapanya lah yang harus mulakan dulu. Mudah-mudahan saya kuat. Moga Insyirah cepat sembuh.

Doakan Insyirah ya...

Tuesday, September 25, 2012

6 BULAN : BREASTFEEDING & FOOD FOR INSYIRAH

Assalammualaikum

Pagi tadi saya lambat masuk ofis. (Dengan kebenaran majikan yee..he). Sebabnya, ada saudara bapa meninggal awal pagi tadi. Jadi kami singgah untuk ziarah. Moga Ruh Allahyarham dicucuri rahmat-NYA. 

Awal pagi lagi saya dah bangun. Kalau sebelum ne, saya hanya fokus untuk sediakan susu Insyirah untuk dihantar ke Taska. Tapi bermula Isnin (kemarin), saya kena bangun lebih awal untuk sediakan makanan buat anakanda tersayang. Makanan??!! ya..makanan! Insyirah saya sudah 6 bulan. Dia sudah mula makan. Yeayy.. Besar dah anak dara saya ne. Hehe..

Cepatnya masa tu berlalu kan.. memang ayat yang sangat biasa didengar. Saya rasa macam baru je balik kerja lepas habis pantang. Tup tup sekarang Insyirah saya dah 6 bulan. 6 Bulan juga adalah matlamat pertama saya dalam penyusuan. InsyaAllah, untuk susu, saya masih teruskan dengan breastmilk. Masih mengepam, masih buat stok. Sebab matlamat seterusnya masih nak dikejar. InsyaAllah. Wish me luck ya. 

Sekarang, Insyirah dah mula makan. Sebenarnya, 2 minggu terakhir usia Insyirah 5 bulan, saya dah bagi dia rasa-rasa makanan. Ada juga bagi dia cerelec tapi tak lah kerap sangat. Sekadar bagi rasa je. Then, ada juga try bagi bubur nasi yang dilecek bersama brokoli, macam yang sekarang saya buat. Selain tu, abi dia pun kadang-kadang bagi dia biskut baby rusk tu. Semuanya dalam kuantiti yang sikit sikit je. Sekadar rangsang minda dia untuk cuba terima makanan. Walaupun sebelum ne, Insyirah dah mula tunjuk minat untuk makan. Kalau saya makan sambil angkat dia, dia pun sibuk juga nak ambil makanan kita. Mulut dia pun dah mengunyah-ngunyah. Asal hujung minggu saya akan bagi dia makanan yang sedap sikit. Dan bermula 6 bulan di minggu pertama ini, saya dah mula bekalkan Insyirah dengan bubur + sayuran.

COMOTNYA DIA...
 
Untuk makanan bayi bermula 6 bulan, nanti saya kongsikan pada kalian ya. Saya juga masih menggali tentang pemakanan sihat untuk bayi. Seingat saya, sejak kakak Qisya dulu, mama dia tak bagi makanan bergaram atau bergula. Hanya bubur dan sayuran saja. Emm.. Mama Qisya (Mak Long Insyirah) memang strick dalam menjaga makanan Qisya. Dulu dan sekarang dia tak benarkan kami bagi Qisya makan gula-gula dan keropok. Dia nak latih Qisya supaya tak minat dengan makanan macam tu. Kalau coklat pun dia tengok dulu kesesuaiannya. Dan sekarang Qisya dah setahun, seingat saya, mama dia berjaya jauhkan Qisya daripada makanan yang berperisa. Sekarang, Qisya mula makan daging, ayam, ikan dan makanan dia juga dah diletak perisa yang tidak melampau. Hehe. Strick kan mama Qisya. Tapi bagi saya usaha mama Qisya tu sebenarnya untuk kebaikan anak dia. Yalah, kita pun tau keburukan junkfood ne kan. Saya belajar juga dari mama Qisya tentang pemakanan bayi yang sihat. InsyaAllah, macam EBM, saya akan cuba bagi yang terbaik dan terbaik lagi untuk anak. Tak mudah. Memang susah. Tapi tak salah bila kita niat dan usahakannya. 

Untuk Insyirah, saya akan masakkan dia bubur + sayuran (brokoli, lobak merah, labu & ubi kentang) tanpa sebarang perisa. Tapi, bukan semua bayi boleh terima makanan tanpa sebarang rasa.

QISYA YANG SIHAT WALAUPUN KECIK..hehe
 
Sekarang, barang Insyirah yang nak dibawa ke Taska dah bertambah. Selain beg pakaian, cooler beg untuk susu dan warmer beg untuk simpan bubur Insyirah. Wah, banyaknya. Haritu masa mula-mula ke Taska, saya lihat locker tempat barangan baby disimpan. Nampaknya waktu tu Insyirah saja ada dua beg. Beg pakaian dan susu. Sekarang dah ada tiga. Tapi saya akan masukkan warmer beg tu dalam beg pakaian Insyirah. Taklah berat abi dia nak angkat kan. Setakat ne, alhamdulillah, pengasuh Insyirah boleh manage susu Insyirah dengan baik, walaupun menurut pengasuh dia sebelum ne, cuma Insyirah saja yang menyusu susu ibu. Tapi saya yakin mereka adalah pengasuh yang terlatih. Mudah-mudahan mereka jaga anak saya baik-baik. Moga mereka jalankan amanah dan tanggungjawab mereka dengan hati yang tulus ikhlas. Amin.

BEKALAN SUSU UNTUK INSYIRAH DI TASKA


BUBUR INSYIRAH. COMELKAN WARMER BEG DIA.. hehe


BANYAKKAN BEG INSYIRAH. TAPI WARMER BEG TU SAYA AKAN MASUKKAN DALAM BEG PAKAIAN INSYIRAH. JADI ABI AKAN BAWA MACAM BIASA. BEG PAKAIAN DAN COOLER BAG. CUMA BEG PAKAIAN MUNGKIN BERAT DAH

EH! NE APA?
hehe.. NE KELENGKAPAN MENGEPAM UMINYA KE OFIS. UMI PUN ADA BEKALAN JUGA TAU..
ehe!
Sekarang, saya kena bangun lebih awal dari biasa untuk sediakan bubur Insyirah. Tapi InsyaAllah, bermula minggu depan saya akan mulakan cara-cara sediakan bubur anak ikut cara sediakan stok EBM juga. Buat stok! Macam menarik kan.. Nanti InsyaAllah saya akan cuba gali, baca dan fahamkan. Lepas tu saya akan kongsikan dengan anda semua ya. Especially moms to be, atau new mom. Macamlah saya bukan new mom kan. hehe.. mak sapelah ne!

K ols, c u at the next entry..
Salam sayang..


Sebelum ke Taska,
excited nak masuk dalam
walker kakak Qisya
 

Sunday, September 23, 2012

BAJET BAGUS : boleh ubah tak?

Assalammualaikum

Alhamdulillah.. Baru lepas tidurkan Insyirah dan sempurnakan kerja-kerja rumah yang ada. Sempat lagi nak update entri. Lain saja bunyi tajuk hari ne kan.. Bajet bagus! Aiseh, ada terkesan di hati tak? hehe.. Sebenarnya saja nak cerita pasal tajuk nun di atas tu haa.. Harap  bukan cerita kosong semata..

Saya ne, baru terbaca satu entri yang bagus punya.. Terkesan jugak ke dalam minda nak buat entri yang berkaitan. Sebenarnya nak share pasal sikap takbur atau sombong atau bangga diri.. Diandaikan sebagai bajet bagus. Ya lah, kalau bajet tak bagus tak le tinggi diri. Samala juga macam sikap perasan bagus. Sebelum tu, kita bukan nak cerita pasal orang. Tak de maknanye! hehe.. Kita cuma nak bercerita pasal sikap. Kadang-kadang, kita tidak sedar akan kesilapan diri. Mudah-mudahan kita bukan di kalangan hamba Allah yang sentiasa bajet bagus ne.. Nauzubillah..

Sifat Takbur ne sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa sebab atau punca, yang mungkin kerana nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kecantikan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan mungkin banyak ibadat. Biasanya ia dikaitkan dengan kelebihan. Bila seseorang menyedari akan kelebihan yang ada dalam dirinya, maka memang mudah ia terjebak dengan sifat 'bajet bagus' ne.. Tanpa mereka sedar, kelebihan itu sebenarnya datang dari Allah swt. MasyaAllah..

Mungkin secara peribadi saya berpendapat, antara cara nak hindarkan sifat takbur ne adalah dengan melatih diri agar sentiasa cuba mendengar dan menerima pandangan orang lain dalam segala hal, selain mengamalkan sifat tawaduk dan merendah diri. Pergaulan juga kena diluaskan kepada seluruh peringkat masyarakat.

Saya bukanlah orang yang baik-baik. Jauh sekali nak mengaku cukup ilmu. Sebagai hamba Allah yang naif, saya juga masih belajar untuk menjadi baik..Bila saya jumpa benda baik, InsyaAllah dengan ringan hati saya cuba kongsikan pada semua..

Sifat takbur ne jugak ada adik beradik, iaitu sifat ujub. Sifat ujub ne sama jugak dengan sifat riyak dan lebih kuranglah jugak dengan sifat takbur tu. Ne lagi dahsyat. Kadang-kadang mudah saja memperkecilkan orang lain dan meninggi diri. Memang bajet bagus betul. Benda ne semua common kan. Mesti anda semua biasa laluinya dengan orang yang berbeza-beza. Tapi, kena ingat juga, ada waktunya kita juga boleh ter' takbur atau ter'ujub dalam keadaan yang kita tidak sedar dan mudah-mudahan bukan kita niatkan.

Andai ada diantara sahabat mahupun saudara saya yang prnah terselit dihati merasakan saya bajet bagus, saya minta maaf ya. Saya tak pernah terfikir untuk ke arah itu. Nauzubillah. Moga dijauhkan. Manalah tau kan, cakap punya cakap cerita best2 ada yang tak kena dihati anda semua. Lepas saya baca blog mengenai sifat takbur dan ujub ne, habis semua entri saya baca balik.. Manalah tau kan.. Entri hamba Allah tu benar benar menusuk kalbu, buat kita rasa nak muhasabah diri selalu.. Tu yang terus buat entri berkaitan.. hehe

Jadi para teman bloggers skalian.. rasa-rasa bila kita ter'bajet bagus, boleh ubah tak?! tepuk dada tanya iman.. Allahualam..

Oh ye, saya lupa la url entri yang berguna tu, niat nak share.. huhuhu.. (InsyaAllah, nanti saya update)


Thursday, September 20, 2012

breastpump terbaik

Assalammualaikum

Tengah google2 nak cari elektrik breastpump. Bukan apa, saja nak cari benda yang memudahkan andai ada rezki lebih. InsyaAllah ianya berbaloi dan dapat membantu saya nanti. Selama 6 bulan menyusui dan mengepam saya hanya ada Medela Harmony manual breastpump.. Biarpun 'hanya', tapi benda berharga tu la yang bantu saya selama lebih 6 bulan ne mengumpul susu dan stok2 saya yang dah beribu-ribu oz untuk Insyirah..

Brestpump paling berjasa
Saya berkira nak cari electric breastpump untuk kegunaan saya di ofis. Sebab kadang-kadang saya ambil masa yang lama nak pump. Nak kosongkan betul saya ambil masa lebih dari 20 minit. Kadang-kadang susah juga bila banyak keja. Tambah lagi ada hal-hal penting kan. Tak senang duduk jadinya bila kena pump lama-lama di surau. 

Kalau ikutkan kemahuan hati.. nak saja saya beli Medela Freestyle tu, bole pump sambil buat kerja. Cewah! Besar sangat angan-angan saya. Harga nya pun besar jugak tuh! hehe. Tapi tak salah kalau nak kan.. Makanya akan diusahakan.. InsyaAllah. Sekarang ne, menge'pump' dah jadi salah satu aktiviti seharian yang wajib saya laksanakan. Jadi, masa pun saya kena cari jugak. Nak bahagikan sedikit untuk sediakan keperluan anak. 

Yang menjadi Idaman.. ~~wink*


Em, masih fikir dan fikir lagi nak pakai breastpump jenama apa. Untuk masa ne, saya cuma nak cari harga RM500.00 ke bawah dulu. Sebab bulan ne banyak sangat nak pakai duit. Tu pun kena consider juga. Tapi macam saya jatuh cinta la pulak dengan spectra 3 tu. Kebetualn search di google, ramai yang cakap best dan bagus. Iye ke? huhu.. 

Saya tengok juga berdasarkan pengalaman pengguna. Ada yang cakap spectra 3 ne senyap, then tahan lasak, hisapan mimik bayi. Bole guna secara single or double juga. Tu yang rasa macam nak tu. Cuma kalau nak guna double kena beli breastshield n filter lain-lain.. Ok lah tu. Tapi ada juga kekurangannya. Contohnya berat dan besar sikit. Kalau nak bawa trouble memang susah. Ala biasalah. Mesti ada pra n kont. Tak pe lah. Ceh, macam confirm nak beli ja bunyinya kan.. hehe. 
Macam nak try yang ne..
Emm.. Masih dalam proses buat pilihan. InsyaAllah, moga tuhan mudahkan lagi usaha ini. Harap dapat yang bagus dan berbaloi..

Breastpump ne sebenarnya bukan benda wajib pun untuk breastfeeding. Sekadar memudahkan kita. Breastpump tak kan dapat lawan kelebihan direct feeding, atau kalau ada yang memilih untuk meemrah dengan tangan lagi bagus. Cuma bila ada rezeki lebih, kena lagi banyak benda nak buat, nak bagi2 masa untuk itu dan ini.. apa salahnya, bali breastpump. At least mudah juga. Tak lah jenuh memerah asyik tunduk je kan.. Dulu masa mula2 pantang pun saya guna tangan jugak. Tapi saya tau saya tak mampu bertahan hanya memerah dengan menggunakan tangan semata-mata. Kena ada bantuan teknologi juga. hehe. Korban cket wang untuk usaha bertahun, InsyaAllah.. Dan yang penting niat suci menysukan kerana Allah swt. Hah, tengok, Allah pun mudahkan kita ibu2 bekerja yang bagi full bf sebenarnya. Sebab dia kurniakan manusia aqal, untuk cipta breastpump segala.. Berbaloi jugak kan..

Dan sekarang ne, dalam usaha memanfaatkan anugerah dan nikmat.. Moga dimudahkan. Ibu-ibu, Doakan saya ya..

Wassalam

Tuesday, September 18, 2012

penyusuan eksklusif, bukan untuk dibanggakan

Assalammualaikum

Alhamdulillah, sudah hampir ke angka 6 bulan Insyirah menyusu saya. Banyak juga ujian dan cabaran yang saya lalui dalam tempoh 6 bulan ne. Tapi, hanya dengan satu kemahuan, iaitu saya tak nak bagi Insyirah susu lain selain ASI, selagi saya mampu bagi..maka, saya kuatkan hati juga untuk lalui cabaran tu. Sekarang, baru masuk 6 bulan penyusuan. InsyaAllah, saya akan teruskan lagi. Andai tuhan izinkan, angka 2 tahun manjadi matlamat saya. 

Selama usaha memerah di pejabat, ada juga ibu-ibu berpengalaman nasihatkan saya. 

"Bagus ajar baby minum susu fm, nanti kalau dah terbiasa minum susu badan, dia tak nak susu lain. Macam mana nanti kalau air susu dah kering".
A'ah kan betul juga.. macam mana nanti kalau air susu saya kering..? Tapi bab susu lain tu, saya langsung tak terfikir lagi.. Maka, saya akan cuba untuk tidak biarkan air susu saya kering.. Pada Allah saya mohon pertolongan..

"Kesiannya, kena memerah dua tiga kali. Balik-balik da kau masuk surau ne dik. Kasi stopla baby tu menyusu. Kau yang sengsara akak tengok"
Tak kak, saya tak rasa saya sengsara.. Betul!! (Kata-kata dalam hati jek! uhuk..)

"Cuba letak jadam kat nipple tu, tak pun gambir ke, hah esok lusa gerenti anak tak nak menyusu lagi. Lama-lama berenti sendiri la air susu tu. Tak payah nak memerah lagi.."
Letak jadam? gambir? supaya Insyirah tak nak menyusu saya lagi? kejamnyaaaaa...

"Kenapa akak still nak bf Insyirah? ala jangan ikut sangatlah cakap doktor ke nurse ke nak bg full bf pd baby.. Dorang tu pun konfom bagi anak susu fm kak..."
Akak bukan dengar cakap doktor atau nurse dik.. Cumanya, memang akak dah niat.. (cakap dalam hati jugak..huhu)

"Hah?? sampai sekarang tak campur susu kat anak?? Laaa.. kena sampai macam tu ke nak berjimat??!! Beli je Dutch Lady ke, Dumex ke, tak lah mahal sangat.."
Bukan nak jimat.. isk..isk!! Susu saya lagi mahal! (Huhu.. pun ckp dalam hati)

Banyak juga cabarannya nak bagi yang terbaik untuk anak kan.. Tapi semua tu, alah bisa tegal biasa.. Bukan semua orang fikir sama pasal penyusuan eklusif.. 
Ada juga yang berfikiran macam ne...

"Bagusnya, orang sekarang boleh breastfeed anak sampai bertahun tak campur-campur, walaupun keja. Orang dulu-dulu tak tau pun ada kaedah ne.."

"Kenapa memerah balik2??...*** oh, jadi anak tak campur susu lah ya? ee.. bagusnya.. mesti anak jarang sakit kan.. kalau tau dulu saya pun nak buat gini.. tapi tak terfikir pulak.."

"Haaa.. bagus! tak payah campur susu la. Susu ibu sangat bagus untuk anak.."

Saya hargai bagi yang memahami, yang terus mendorong. Yang asyik suruh saya berenti pun saya hargai sangat-sangat. Sebab saya tau kebanyakan mereka berfikir juga untuk kebaikan saya kan. Cuma saya ada niat saya sendiri. Baik buruk saya seimbangkan. Yang pasti saya ambil hikmahnya. Selagi saya mampu, selagi air susu saya masih Allah swt kurniakan.. Saya tetap akan teruskan. Mudah-mudahan Tuhan izinkan.

Pada saya, exclusive breastfeeding bukan suatu yang mudah. Banyak dugaan. Ujian. Cabaran. Yang kena ditempuh. Maka ia jauh sekali untuk dibanggakan. Jauh sama sekali. Belum kira ujian menghadapi blocked duct lagi, air susu makin sikit, Insyirah suka gigit, Insyirah jadi tak suka hisap susu thru botol lagi. Tapi saya yakin ada hikmahnya. Saya pernah menangis pasal breastfeeding. Tapi itu bukan jalan untuk saya berhentikan penyusuan pada Insyirah. Saya rasa kalau dia boleh berfikir dan bercakap, mesti dia akan bagitau yang dia pun tak nak berenti menyusu saya sekarang. Hehe..

Tiada perkara baik yang mudah. Tapi hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya juga masih merangkak, mahu meneruskan perjalanan penyusuan sehingga usia Insyirah mencecah 2 tahun. Saya juga tidak mampu meramal apa yang akan berlaku di masa akan datang. Saya cuma mampu berusaha, doa dan tawaqal pada Allah. Moga niat dan usaha ini dipermudahkan. Doakanlah saya ya..



Menjadi yang terbaik dihati MEREKA untuk mencapai redhaNYA...

Assalammualaikum

Apa akan kamu lakukan bila kamu rasa nak marah orang..
Apa pula yang akan kamu buat bila sudah mula rasa benci sangat dengan seseorang..
Apa yang kamu rasa bila orang yang kamu sayangi melukakan hati kamu..
Atau bila, kamu merasa kurang dihargai oleh orang yang kamu sayang.. atau mungkin ada situasi lain yang membuatkan kamu makan hati...

Ingatlah perkara yang membahagiakan saat kamu merasakan ingin memarahi seseorang.. (Ingat tuhan!)
Kenanglah kebaikan orang sebelum buat keputusan untuk membencinya..
Ingatlah, orang yang kita sayang juga manusia biasa.. Macam kita juga selalu buat kesilapan yang tidak disengajakan..
Fikirkanlah dahulu sebabnya mengapa kita mudah merasa tidak dihargai oleh orang yang kita sayangi..

Kenapa pula macam lain saja entri yang baru nak di update nih.. hehe Bukan emotional k.. Saja je nak ubah mood semua.. huhu

Saya selalu berfikir jalan terbaik bagaimana mahu menjadi..
Isteri yang solehah..
Ibu yang penyayang..
Anak yang taat..
Menantu yang bertimbang rasa..
Kawan yang membahagiakan..
Adik/ kakak yang disayangi..

Pendek kata, saya ingin jadi BAIK untuk semua insan yang saya sayang. Untuk semua makhluk disekeliling saya. Tapi saya juga insan biasa. Mudah melakukan kesilapan. Ada waktu saya jadi penat. Tapi saya tak boleh hentikan usaha saya.. usaha untuk menjadi yang terbaik dihati mereka untuk mencapai redha-NYA..

Tuhan.. Mudahkanlah langkah saya..
Pelihara sentiasa hati ini, lidah ini dan akal ini agar terus merasa, bercakap dan memikir yang baik-baik belaka...

Entah apa sudah saya melalut ne ya.. Saya yakin ada diantara kamu yang pernah memikirkan ini semua... Biarlah, saya yakin Allah swt itu lebih dekat dengan saya.. lebih dekat daripada urat dan nadi saya!!!

Tawaqqaltu a'lallah...(",)



Sunday, September 16, 2012

jom shopping

Asssalammualaikum

Tiba-tiba plak tajuk saya hari ne nak bawa korang shopping kan.. hehe saja nak promote tempat shopping best dalam intenet. Biasalah perempuan tak lari dari shopping, fesyen dan melaram.. tapi saya jenis yang simple saja. Tak suka fesyen yang crowded. Paling penting selesa dan tak terbuka. 

Hah meh sini, saya nak promote baju best yang saya dah grab dari poplook. Cantik! Entah kenapa sekarang saya selesa pakai skirt dan dress. Even pegi kenduri ke, rumah terbuka kawan pun saya selesa pakai skirt. Tapi saya padankan dengan baju yang menutup la. Panjang tangan dan tak terlalu pendek. 

Hari tu saya ada ambil baju ne. Kebetulan order sekali dengan kakak saya, jadi kami ne berebut warna lah juga. Hehe. Kami jatuh cinta dengan kaler coklat. Tapi memandangkan kakak saya dah order kaler coklat, saya ambik kaler ne la.. Still tak pakai lagi, nak tunggu waktu yang sesuai sebab striking sangat woo.. huhu


Cantik tak? masih ada lagi tu, yang ne full lining kecuali bahagian tangan. Kena pakai inner jugak k. Tapi saya tak la pakai tali piggang tu. 
Lepas dapat item di atas, saya rasa puas hati dengan design, material, cutting dan jahitan dari poplook ne. Jadi saya pun subscribe le, manatau ada item baru kan. Then kuar lagi dress n skirt baru. Saya pun ambik la lagi kebetulan pulak time tu baru gaji..

Haaaa... cantik tak..? Tapi dah sold out dear..

CENTURY CHIFFON SKIRT - BLUSH
Yang ne pun ok jugak. Cantik. Dia ada lapis kat dalam. Tak lah seksi. Labuh pulak tu. Tapi kalau saya kena pakai lapis kat dalam juga. Sebab lapis skirt ne bagi saya nipis sangat. Jadi untuk keselamatan dan keselesaan, tutup dan tutuplah.. uhu!

Banyak juga blouse-blouse yang canik. Yang sesuai untuk kita yang bertudung dan nak tutup aurat. InsyaAllah. Perempuan ne tak lari daripada fesyen. Nak melawa je. huhu. Tapi berpada-pada jugak lah kan. 

Korang masuk je web poplook.com. Manatau berminat kan. Saya bukan agen berbayar. Saja je. Share dengan para ibu dan wanita yang cantik di luar sana.. heihei!

Selamat menjamu mata dengan selera pakaian yang cantik mantik! hehe..
(Emm.. tgh dreaming, lepas ne nak ambil dress lagi, nak blouse itu lagi, then nak skirt yang tu lagi.. hihihi..sudah!!)



Daaa....



Thursday, September 13, 2012

cerita habis modal.. ehe

Assalammualaikum

Hari ini saya balik kerja. Kemarin ambil cuti sebab bawa Insyirah pegi klinik. Biasalah, timbang berat, sukat tinggi.. Jarum 5 bulan. Kesian Insyirah, menangis juga dia waktu kena jarum nurse. Insyirah anak yang manja. Dulu waktu dia mula-mula keluar dari perut pun terus menangis. Suara dia dulu saya dengar sebelum nampak wajah dia.. hehe.

Walaupun bercuti kemarin saya datang ofis juga. Ada kerja yang perlu saya selesaikan segera, memandangkan bos saya outstation ke Semporna. Makanya saya terpaksa bawa Insyirah pegi ofis kejap. Tak boleh lama. Nanti dia meragam. Ribut satu ofis. Hehe.. Sampai di ofis, Insyirah terus bertukar tangan pada orang lain, malah kawan-kawan saya bawa dia jalan-jalan sana sini. Saya risau juga dia meragam nanti. Tapi sebelum naik ofis saya dah susui dia kenyang-kenyang. Sempat juga dia tidur kejap. Agak lama Insyirah berada di pangkuan orang lain. Saya ambil kesempatan tu untuk selesaikan kerja yang ada. Sambil doa dan selawat.. juga tawaqal, mudah-mudahan Insyirah dalam keadaan baik dan tidak meragam. 

Tepat pada waktunya.. saat kerja saya dah selesai, kawan saya bawa balik dia masuk ofis. Agak mengejutkan dengar cerita diorang. Dia langsung tidak meragam, langsung tak menangis, dan asyik senyum dan ketawa saja. Hahhh..??!! Insyirah ke tu? biar betullll.. hehe Syukurlah kalau macam tu. Waktu dia balik pada tangan saya pun dia masih ketawa bila kena acah dengan orang lain. Keadaan dia agak baik. Alhamdulillah..

Tapi saya risau dalam perjalanan nanti, sebab lepas menyusu tadi, dia tidur tak lama. Mesti dia akan meradang bila nak tidur balik. Dan jangkaan saya betul. Di kereta, saat separuh jalan dia merengek yang akhirnya dia meradang bila saya tak peduli. Saya terpaksa berhenti di tepi jalan. Menyusukan dia kenyang-kenyang sampai dia tidur lena. Dan Alhamdulilah.. Akhirnya perjalanan jadi mudah bila dia mampu tidur nyenyak..

Haihhh Insyirah.. Manja sungguh dia. Tapi bagi saya tak susah sebenarnya nak serasikan diri dengan Insyirah.. Cuma saya terfikir bila dia di taska.. keadaannya.. Orang lain, boleh ke sabar?! huhu.. Mudah-mudahan..

Wednesday, September 12, 2012

TANDEM PUMPING mungkin boleh membantu (",)

Assalammualaikum

Apa khabar para ibu hari ini.. Sementara Insyirah dah lena di sisi saya, nak juga ambil kesempatan update blog yang hampir bersawang lepas raya lalu. Huhu..

Saya masih macam ne. Gusar dengan kemeruduman air susu yang dialami. Tapi saya tetap cari kekuatan untuk meneruskan. Alhamdulillah. Insyirah sudah hampir ke 6 bulan. InsyaAllah, niat bagi full bf untuk 6 bulan pertama hampir tercapai. Mudah-mudahan.

Salah satu cara saya untuk terus rangsang air susu agar terhasil dan terus terhasil, adalah dengan ber tandem pumping. Iaitu, sambil menyusui sambil memerah. Guna kaedah ne, rasa laju je air susu keluar. LDR pun terasa kuat sikit. Waktu tu lah air susu keluar mencurah. Walaupun tak banyak sangat tapi syukur. Tuhan tetap bagi juga kan.. Tapi bukan mudah untuk buat tandem pumping selalu..

Insyirah dah besar. Dia sudah pandai capai barang. Perhatiannya juga mudah teralih pada suatu benda yang bagi dia agak luar biasa. Macam tu juga bila saya buat TP. I used manual breastpump. Bukan mudah untuk kita fokus bila dia menyusu sambil tarik breastpump! Kadang-kadang sampai susu tertumpah pula. Bila nampak saya mengepam saja perhatian dia akan teralih. Biarpun sambil menyusu, dia tetap nak capai breastpump saya.. huaaa.. 

Kecuali bila dia menyusu dalam keadaan yang sangat mengantuk. Sambil menyusu sambil tutup mata. Waktu ne bagi saya mudah dan lancar saja. Perhatiannya tak teralih oleh proses memerah.. 
Haihhh.. Insyirah ne rasa nak gigit gigit saja dia.  Huhu.. Tapi dialah penawar hati saya..

Doakan saya ya. Mudah-mudahan air susu terus mencukupi hingga 2 tahun usia Insyirah. Kita hanya merancang, namun tuhan adalah perancang yang jauh lebih hebat. Moga air susu yang semakin sedikit ini masih mampu kenyangkan Insyirah dari hari ke hari... Amin!

Okelah. Nanti sambung lagi k. Nak peluk Insyirah erat-erat. hehe...

Salam alaik.. ^_^v

Tuesday, September 11, 2012

ASI SEMAKIN MERUDUM : kebimbangan yang masih diusahakan

Assalammualaikum

Lama tak update. Entahlah kenapa. Beberapa hari ne macam tak senang duduk. Biasalah. Banyak benda juga yang kena difikirkan. Ujian duniawi semata...

Kemarin saya rasa sedikit stress. Sikit saja, tak banyak. hehe. Mungkin sebab banyak benda nak difikir, dan waktu tu jugalah ada masalah yang datang. Saya juga manusia biasa. Stress perkara biasa. Saya tetap redha dan terima. Mungkin ujian sebagai tarbiah.. Mungkin juga kifarah. Allahualam..
Saya banyak fikir pasal Insyirah juga. Banyak bayangan yang datang bertandang dalam minda saya tiap kali saya turun kerja tinggalkan dia dengan abi untuk dihantar ke taska. Entah macam manalah dia diasuh di sana. Saya hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan dirinya di sana. Mudah-mudahan dia sentiasa dalam lindungan Allah swt. Saya tau, dia juga berat nak berpisah dengan saya setiap hari. Sebab pengasuh dia pernah bagitau waktu saya kol di sana. Dia nak kena peluk erat-erat, baru boleh tidur lena. Itu yang saya buat dengan dia hari-hari. Memang dia rindu saya... :-(

CEPATNYA MASA BERLALU KAN...

Akibat daripada fikiran yang celaru, banyak fikir, kurang memerah lagi sebelum ne.. ASI saya makin merudum. Merudum yang sungguh-sungguh. Ingat tak, saya pernah bercadang nak bagi fresh EBM pada Insyirah? Sebelum saya alami kemeruduman ne, alhamdulillah. Niat saya tercapai. Stok saya tersimpan rapi dan baik. Saya tak kacau pun. Setiap hari bagi fresh EBM. Tapi itu sebelum raya. Dan sekarang... Saya dh mula cari supplement. Malah kena banyak kali buat power pumping. Saya sedang berusaha. Mungkin stress salah satu penyebab utama. Mungkin juga usia Insyirah yang makin dewasa. Entahlah.. Janji saya akan usahakan. InsyaAllah.

Mohon doa daripada ibu yang hebat di luar sana.. Yang juga berjuang bersama-sama saya. Mudah-mudahan nawaitu untuk menyusui anak hingga usia mereka 2 tahun tercapai.. Allahualam.. Amin

KEMERUDUMAN YANG MENDADAK



 

Thursday, September 6, 2012

shaklee.. usaha untuk penyusuan

Assalammualaikum


Saya rasa macam nak ini. 


Dan ini juga..



kenapa..?? hehe penatlah nak taip.. korang google ja la kebaikannya ya.. hehehe..
InsyaAllah, saya akan dapatkannya dalam masa terdekat.. Mudah-mudahan usaha ini dapat membantu. 
Amin..

Wednesday, September 5, 2012

Hari Pertama Insyirah

Assalammualaikum

5 September 2012. 
Hari pertama Insyirah saya di pusat jagaan. Kami bertolak dari Petagas seawal jam 6 am. Niat nak sampai 7 am atau kalau boleh lebih awal, dan memang kami sampai sebelum 7am.

Sepanjang perjalanan ke Papar. Saya tak berenti tawaqal. Selawat. Dan bagi macam-macam pesanan pada Insyirah. Macamlah dia faham kan. Kalau faham pun entah dia ingat tak pesanan saya yang banyak tu.. huhu. Tapi saya yakin dengan kuasa tuhan. Bayi ne, bau ibu dia pun boleh kenal terus lepas lahir, Puting menyusu pun pandai pilih. InsyaAllah, dengan izin Allah, saya tau dia dengar apa yang saya cakapkan pada dia.

"Insyirah, hari ne umi kerja. Umi tak dapat jaga Insyirah. Abi pun kerja. 
Abi kerja sebagai tuntutan agama, ibadat pada Allah. Untuk mudahkan semua orang dan kita..
Abi kena kerja untuk tanggung kita juga tau. Nak tanggung kita kena ada duit. baru boleh beli makanan dan pakaian kita sayang. Itu semua tuntutan agama. Tanggungjawab abi besar tau sayang. 

Umi pula kerja sebab nak tolong abi. Kesian juga abi kena kerja sorang. Tapi umi dalam usaha nak mengubah sesuatu.. InsyaAllah. Kita sama-sama doa ya. Umi dan abi harap dapat buat yang terbaik untuk kita sekeluarga.

Nanti sampai di Taska, Insyirah tak boleh manja sangat macam di rumah. Sebab yang jaga Insyirah nanti orang lain. Tapi InsyaAllah, umi yakin orang yang akan jaga Insyirah pun orang baik. Insyirah belajarlah berdikari pelan-pelan ya sayang. Nak tidur, tak payah lah tunggu kena dodoi ya.. Kalau menyusu nanti, Insyirah kena menyusu botol. Tapi jangan risau, susu Insyirah tetap susu umi. Cuma Insyirah kena hisap pakai botol. Insyirah kena kuat dan cuba juga menyusu pakai botol ya. Nanti penjaga di sana akan tolong Insyirah. Cuba ya sayang...

Kita mesti sama-sama kuat. Umi pun kena kuat supaya Insyirah jadi kuat... "

Akhirnya dia tertidur setelah lama merenung wajah saya. Seriously! dia seolah-olah dengar dan faham apa yang saya cakapkan.. mudah-mudahan..

Sampai di Taska, dia bangun. Macam tau saja dah sampai. Then, saya dan abi Insyirah terus masuk ofis bos taska tu untuk register dan isi form berkenaan. Kami cerita-cerita lah sikit. Bos dia muda lagi nampaknya. (saya pun muda jugak, hehe) mungkin sebaya saya. Saya cerita sikit pasal tabiat Insyirah. Dengan harapan diorang akan faham dia dengan mudah. Masuk bab menyusu, saya ingatkan bos dia.. 
"bila Insyirah nak menyusu, disitulah ujian mengasuh dia.. dia tak pandai sangat hisap susu pakai botol. Kadang-kadang dia tolak-tolak. Harap puan sabarlah ya... "

Dia yakinkan saya jugak. "Tak apa, biasalah tu puan. InsyaAllah, lama-lama nanti dia akan biasa jugak tu.." Pandai dia.. kurangkan kebimbangan saya. Sycologi juga budak tu ya. Hehe. 

Selesai semuanya, lepas terangkan cara sediakan susu Insyirah, saya dan abi nak bertolak dah pegi kerja. Sayu saya lihat wajah anak saya. Selah-olah dia nak sampaikan pada saya.. "umi, betul ke kena tinggal disini.. tak boleh ka Insyirah ikut umi atau abi.." aduiiii.. tak boleh ne kena jalan cepat. 

Sampai keta, airmata saya jatuh jugak.. isk!!!!
Moga Insyirah sentiasa dalam jagaan dan lindungan Allah swt. 

Sukarnya saya nak ukirkan senyuman sekarang. Tapi kata abi dia.. Sakit macam manapun sayang kena bermanis muka juga.. Kita doa dan tawaqal ya.. dan saya paksa lukis ini (^_^) pada wajah.. 


Insyirah.. jadi anak yang baik sayang!! (",) 

Penyusuan di Aidilfitri dan.... INSYIRAH

Assalammualaikum

Dua minggu dah raya berlalu. Hari ne masuk 18 Syawal. Masih sempat untuk menghabiskan puasa enam di bulan syawal ini sebelum ia berakhir. 

Suasana selama berhari raya memang meriah. Terutama bagi kanak-kanak. Saya pun rasa juga kemeriahan raya ne bermula malam raya sehingga raya pertama. Masuk raya kedua, saya sekeluarga bersedih atas kehilangan salah seorang ahli keluarga terdekat. Tapi kami redha. InsyaAllah.

Dalam best-best sambut raya, saya pun best-best jugak bagi bf pada Insyirah. Bukan bagi ESP. Tapi direct bf. Full direct bf since raya pertama, raya kedua, siang dan malam sehinggalah saya hampir balik kerja. Bahagianya bagi direct bf pada Insyirah. Mudah. Cepat. Malah saya rasa bonding dan ikatan yang sukar nak digambarkan ketika menyusui Insyirah. Sungguh, saat saya menyusui Insyirah tidak menyusahkan langsung. Saya jadi lupa pada susu perahan. Malah saya juga kurang memerah. Insyirah juga mula lupa botol susu.

Saya ingat benda mudah ne akan terus memudahkan....
Tapi saya dah banyak buat silap...

Saya lupa yang saya perlu perah untuk terus bagi signal pada pengeluaran susu. Akibatnya, hampir hari bekerja susu saya merudum. Merudum dengan agak teruk. Sekali pam dapat 1 oz saja. Malah LDR saya juga makin slow. Walaupun susu saya masih cukup ketika bagi direct bf pada Insyirah tapi ia terlalu sedikit untuk buat stok. Memang, pam susu jauh beza keistimewaannya dengan anak yang menyusu. Tapi saya kuatkan hati juga. Malam-malam terus buat power pumping. Sekarang susu saya dah ok balik. Walaupun tak dapat kuantiti dulu yang biasa saya dapat, tapi syukurlah, insyaAllah masih boleh buat stok susu sikit-sikit.

Masalah yang saya hadapi pada Insyirah pula, dia mula lupa pada botol susu. Kenapalah saya lalai sangat. Padahal sebelum ne saya sedar yang dia belum 'cun' betul lagi hisap susu tru botol. Masih dalam proses membiasakan diri. Yang saya pegi bagi direct bf siang malam, pagi petang kenapa... adusss
Akibatnya sekarang dia tak nak langsung menyusu melalui botol lagi. Habislah saya. Sekarang sudah hampir hari bekerja. Dan akhirnya saya tambah cuti lagi. Dia demam dua hari. Saya pula masih berusaha ajar dia menyusu pakai botol. Abi dia ajar. Mama tua pun ajar. Tiada hasil. Eh ada..ada hasil! hasilnya banyak susu perahan di buang ke sinki. Sedihnya. Tapi silap saya juga. 

Kesian juga dengan Insyirah. Bila saya sendiri yang bagi dia menyusu botol, memang meradang betullah. Mama cakap dia kenal bau. Jadi dioranglah tolong saya usahakan supaya dia mau menyusu botol. Teruk juga  masalah keliru puting Insyirah.

Bila saya mula turun ofis..
Kemarin (selasa), abi dia yang jaga. Satu hari dia tak nak menyusu. Sebab benda yang dia cari tak ada. Bila saya balik kerja saja dia terus ngempeng! gelojoh bukan main.. Waktu ne lah saya dah tak tahan. Saya menangis teresak-esak tengok keadaan dia. Ya Allah Insyirah umi...

Satu hari saya gelisah. Jiwa saya gundah. Balik-balik saya rasa kolam mata saya menakung air tapi tak gugur. Ibarat mendung tak hujan-hujan. Tapi balik rumah hari tu saya betul-betul tak dapat tahan. Saya berfikir macam mana keadaan Insyirah bila orang lain jaga. Mak Ton Insyirah dah mula kerja. Dia jadi tenaga pengajar di sekolah Tahfiz Kepayan. Alhamdulillah. Rezki Allah buat adikku yang satu ini. Jadi, saya dan abi Insyirah cadang untuk hantar dia ke nursery. Berat sungguh hati saya. Bukan mempertikaikan akan kebaikan pusat penjagaan..mana-mana sekalipun! cuma terkilan... dari tangan mak ton dia, akhirnya dia saya serahkan pada jagaan orang lain.. Satu hari pagi petang.. Seminggu pulak tu.. isk!

Saya betul-betul tak tenang saat menaip entri ne. Betul ne, saya sedih! uhu~
Doa saya mudah-mudahan tuhan susunkan segala takdir yang baik dan mudah untuk anak saya. Saya tau tuhan juga sayangkan anak saya yang sebenarnya milikNYA mutlak. Andai ada ujian yang menimpa sama ada untuk dia atau saya.. InsyaAllah, saya redha dan moga diberi kekuatan untuk menghadapinya dengan tenang, lapang hati dan sabar..

Moga saya kuat.
Moga Insyirah juga tabah.
Insyirah perlu tau bila siang umi abi dia kerja, dia kena terima susu melalui botol.
Dia kena tau kenapa dia dihantar ke pusat asuhan. Saya akan terangkan padanya.. pasti!

Insyirah..(",)



Saturday, September 1, 2012

AIDILFITRI 2012 : kehadiranmu ku HARGAI, kepergian'nya' ku TANGISI

Asssalammualaikum

Lamanya saya tinggalkan blog ne dalam keadaan sunyi sepi. Bila buka, nampak kat dashboard penuh dengan update entri rakan-rakan yang beraya sakan. Sungguh ketinggalannya saya. 

Kalau macam tu, saya pun nak bercerita juga. Teruja juga hati nak share kenangan yang membawa makna dalam hidup saya. cewah!

Raya tahun ini, pada saya sangat banyak perbezaannya daripada tahun-tahun yang sudah. Ada perkara yang membahagiakan, dan ada juga perkara yang saya kira berat untuk saya lalui. Bukan kecewa. Bukan juga ingin menidakkan takdir tuhan, tapi saya juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. ceh! 
Kiranya, aidilfitri 2012 : kehadiranmu ku hargai, namun kepergian'nya' ku tangisi.. Panjang dan suspen sungguh muqadimah saya..

Raya tahun ne, pada awalnya saya sangat teruja. Sebab abi Insyirah bawa balik Kg. Maraba, iaitu kampung kelahiran ibu bapa mertua saya. Cadangan beraya di sana hingga raya kedua dan di jangka  balik Papar pada raya kedua (malam).

Selama beraya di kampung, saya sangat bahagia dan gembira. Merasakan suasana kampung yang berbeza, Malah saya dapat rasakan kemeriahan sambutan hari raya di sana. Saya akan ingat sentiasa akan suasana kampung yang nyaman di pagi hari...

LOKASI DARIPADA RUMAH DI KAMPUNG


CANTIK KAN?!



SUASANA SEAWAL JAM 6 PAGI.. MEMANG NYAMAN, SEGAR.. SEJUK JA RASA. KALAU DI KK, MANA ADA POKOK-POKOK KELILING RUMAH DA.. SERIOUSLY, MEMANG DAPAT RASA UDARA SEGAR. ORIGINAL PUNYA!! HEHE..








ANTARA KENANGAN PALING INDAH.. AIDILFITRI 2012 INI ADALAH AIDILFITRI PERTAMA INSYIRAH SAYA..


JUGA AIDILFITRI KAMI BERTIGA..

Gambar ne saya ambil masa raya kedua. Sebab raya pertama saya sibuk beraya sakan. Saya tak ingat dan tak peduli dimana pun henpon saya berada. Nasib baik dia pedulikan saya sebab dia tak nak hilang. ehe! Sebenarnya, raya kedua ne, keluarga sebelah abi rancang nak beraya ke Lawas. Nak beraya sekaligus niat ziarah saudara mereka yang ada di sana. Tapi, kami tak rancang nak ikut, sebab mungkin perjalanan sangat jauh, malah abi Insyirah pun dah rasa berat kepala. Walaupun saya excited niat nak ikut tapi entahla.. Saya ada rasa sesuatu... emm apa ya.. Allahualam..

Maka kami pun bercadang untuk terus balik papar kira-kira jam 2pm..

Nak jadi cerita, raya kedua malamnya..
Mungkin sebab penat sangat dari jalan jauh kami 3 beranak awal lena. Kira-kira jam 10pm, saya dengar pintu bilik diketuk. Saya terjaga dan terus buka pintu. Nampak mama dengan wajah sugul yang tak dapat saya gambarkan berdiri depan pintu bilik saya.

" Kenapa ma..?"

Dengan berat hati mama menjawab..
" Pacik Ajit kau dah tak ada.."

Sungguh saya terkejut. Saya terkedu. Lidah saya kelu. Kelopak mata saya terasa panas. Kolam mata saya pulak bertakung air...dan, saya tidak mampu halangnya daripada gugur serta merta.
Innalillahi wa innalillahi rojiu'n...

Pacik Ajit, suami kepada makcik saya iaitu kakak kepada mama. Dia juga sudah macam bapa kami. Jujur saya akui, pacik Ajit seorang yang sangat penyayang akan kanak-kanak. Termasuklah sayangnya dia pada kami saat kami masih kecil.

Saya tak tau bagaimana nak bercerita tentang dia.. kehadirannya jarang-jarang dirasai. Cerita mengenai dia juga jarang-jarang didengari. Jauh disudut hati dia juga merupakan ayahanda yang kami sayangi. Saya rasa macam tak percaya, aidilfitri 2012 ini, dia sudah tidak ada.

Sebelum ini, memang arwah ditahan di hospital QE II, akibat masalah kesihatan. Sempat saya dan abi Insyirah pergi melawat dia. Walaupun dalam keadaan tidak sedarkan diri, menurut abg Ulan, anak arwah dia mampu dengar apa yang kita cakapkan. Maka saya dan abi Insyirah pun mengambil kesempatan untuk berbisik ke telinganya. Bercakap seolah-olah dia sedar. Abi Insyirah juga alunkan bacaan ayat suci Al-Quran dan doa ke telinga arwah. Dengan niat, moga dia kuat hadapi ujian tuhan saat itu.

Namun, siapalah kita untuk menentukan takdir. Rupanya hari raya kali ini, sekali lagi ahli keluarga kian berkurang. Tahun lalu saja dua orang pakcik saya menyahut seruan Ilahi sebelum hari raya. Dan tahun ini, telah tertulis di Loh Mahfuz kepergian arwah pacik Ajit pada 2 Syawal 1433 H...

Doa saya moga ruh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Mudah-mudahan keluarga arwah (makcik dan sepupu2) tabah dan kuat dalam menempuh kehidupan mereka tanpa arwah disisi selepas ini. Hanya doa isteri dan anak-anaknya yang soleh saja yang dapat menghubungkan mereka saat ini..

Al-Fatihah..