Saturday, September 1, 2012

AIDILFITRI 2012 : kehadiranmu ku HARGAI, kepergian'nya' ku TANGISI

Asssalammualaikum

Lamanya saya tinggalkan blog ne dalam keadaan sunyi sepi. Bila buka, nampak kat dashboard penuh dengan update entri rakan-rakan yang beraya sakan. Sungguh ketinggalannya saya. 

Kalau macam tu, saya pun nak bercerita juga. Teruja juga hati nak share kenangan yang membawa makna dalam hidup saya. cewah!

Raya tahun ini, pada saya sangat banyak perbezaannya daripada tahun-tahun yang sudah. Ada perkara yang membahagiakan, dan ada juga perkara yang saya kira berat untuk saya lalui. Bukan kecewa. Bukan juga ingin menidakkan takdir tuhan, tapi saya juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. ceh! 
Kiranya, aidilfitri 2012 : kehadiranmu ku hargai, namun kepergian'nya' ku tangisi.. Panjang dan suspen sungguh muqadimah saya..

Raya tahun ne, pada awalnya saya sangat teruja. Sebab abi Insyirah bawa balik Kg. Maraba, iaitu kampung kelahiran ibu bapa mertua saya. Cadangan beraya di sana hingga raya kedua dan di jangka  balik Papar pada raya kedua (malam).

Selama beraya di kampung, saya sangat bahagia dan gembira. Merasakan suasana kampung yang berbeza, Malah saya dapat rasakan kemeriahan sambutan hari raya di sana. Saya akan ingat sentiasa akan suasana kampung yang nyaman di pagi hari...

LOKASI DARIPADA RUMAH DI KAMPUNG


CANTIK KAN?!



SUASANA SEAWAL JAM 6 PAGI.. MEMANG NYAMAN, SEGAR.. SEJUK JA RASA. KALAU DI KK, MANA ADA POKOK-POKOK KELILING RUMAH DA.. SERIOUSLY, MEMANG DAPAT RASA UDARA SEGAR. ORIGINAL PUNYA!! HEHE..








ANTARA KENANGAN PALING INDAH.. AIDILFITRI 2012 INI ADALAH AIDILFITRI PERTAMA INSYIRAH SAYA..


JUGA AIDILFITRI KAMI BERTIGA..

Gambar ne saya ambil masa raya kedua. Sebab raya pertama saya sibuk beraya sakan. Saya tak ingat dan tak peduli dimana pun henpon saya berada. Nasib baik dia pedulikan saya sebab dia tak nak hilang. ehe! Sebenarnya, raya kedua ne, keluarga sebelah abi rancang nak beraya ke Lawas. Nak beraya sekaligus niat ziarah saudara mereka yang ada di sana. Tapi, kami tak rancang nak ikut, sebab mungkin perjalanan sangat jauh, malah abi Insyirah pun dah rasa berat kepala. Walaupun saya excited niat nak ikut tapi entahla.. Saya ada rasa sesuatu... emm apa ya.. Allahualam..

Maka kami pun bercadang untuk terus balik papar kira-kira jam 2pm..

Nak jadi cerita, raya kedua malamnya..
Mungkin sebab penat sangat dari jalan jauh kami 3 beranak awal lena. Kira-kira jam 10pm, saya dengar pintu bilik diketuk. Saya terjaga dan terus buka pintu. Nampak mama dengan wajah sugul yang tak dapat saya gambarkan berdiri depan pintu bilik saya.

" Kenapa ma..?"

Dengan berat hati mama menjawab..
" Pacik Ajit kau dah tak ada.."

Sungguh saya terkejut. Saya terkedu. Lidah saya kelu. Kelopak mata saya terasa panas. Kolam mata saya pulak bertakung air...dan, saya tidak mampu halangnya daripada gugur serta merta.
Innalillahi wa innalillahi rojiu'n...

Pacik Ajit, suami kepada makcik saya iaitu kakak kepada mama. Dia juga sudah macam bapa kami. Jujur saya akui, pacik Ajit seorang yang sangat penyayang akan kanak-kanak. Termasuklah sayangnya dia pada kami saat kami masih kecil.

Saya tak tau bagaimana nak bercerita tentang dia.. kehadirannya jarang-jarang dirasai. Cerita mengenai dia juga jarang-jarang didengari. Jauh disudut hati dia juga merupakan ayahanda yang kami sayangi. Saya rasa macam tak percaya, aidilfitri 2012 ini, dia sudah tidak ada.

Sebelum ini, memang arwah ditahan di hospital QE II, akibat masalah kesihatan. Sempat saya dan abi Insyirah pergi melawat dia. Walaupun dalam keadaan tidak sedarkan diri, menurut abg Ulan, anak arwah dia mampu dengar apa yang kita cakapkan. Maka saya dan abi Insyirah pun mengambil kesempatan untuk berbisik ke telinganya. Bercakap seolah-olah dia sedar. Abi Insyirah juga alunkan bacaan ayat suci Al-Quran dan doa ke telinga arwah. Dengan niat, moga dia kuat hadapi ujian tuhan saat itu.

Namun, siapalah kita untuk menentukan takdir. Rupanya hari raya kali ini, sekali lagi ahli keluarga kian berkurang. Tahun lalu saja dua orang pakcik saya menyahut seruan Ilahi sebelum hari raya. Dan tahun ini, telah tertulis di Loh Mahfuz kepergian arwah pacik Ajit pada 2 Syawal 1433 H...

Doa saya moga ruh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Mudah-mudahan keluarga arwah (makcik dan sepupu2) tabah dan kuat dalam menempuh kehidupan mereka tanpa arwah disisi selepas ini. Hanya doa isteri dan anak-anaknya yang soleh saja yang dapat menghubungkan mereka saat ini..

Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment

what do you think?