Tuesday, September 18, 2012

penyusuan eksklusif, bukan untuk dibanggakan

Assalammualaikum

Alhamdulillah, sudah hampir ke angka 6 bulan Insyirah menyusu saya. Banyak juga ujian dan cabaran yang saya lalui dalam tempoh 6 bulan ne. Tapi, hanya dengan satu kemahuan, iaitu saya tak nak bagi Insyirah susu lain selain ASI, selagi saya mampu bagi..maka, saya kuatkan hati juga untuk lalui cabaran tu. Sekarang, baru masuk 6 bulan penyusuan. InsyaAllah, saya akan teruskan lagi. Andai tuhan izinkan, angka 2 tahun manjadi matlamat saya. 

Selama usaha memerah di pejabat, ada juga ibu-ibu berpengalaman nasihatkan saya. 

"Bagus ajar baby minum susu fm, nanti kalau dah terbiasa minum susu badan, dia tak nak susu lain. Macam mana nanti kalau air susu dah kering".
A'ah kan betul juga.. macam mana nanti kalau air susu saya kering..? Tapi bab susu lain tu, saya langsung tak terfikir lagi.. Maka, saya akan cuba untuk tidak biarkan air susu saya kering.. Pada Allah saya mohon pertolongan..

"Kesiannya, kena memerah dua tiga kali. Balik-balik da kau masuk surau ne dik. Kasi stopla baby tu menyusu. Kau yang sengsara akak tengok"
Tak kak, saya tak rasa saya sengsara.. Betul!! (Kata-kata dalam hati jek! uhuk..)

"Cuba letak jadam kat nipple tu, tak pun gambir ke, hah esok lusa gerenti anak tak nak menyusu lagi. Lama-lama berenti sendiri la air susu tu. Tak payah nak memerah lagi.."
Letak jadam? gambir? supaya Insyirah tak nak menyusu saya lagi? kejamnyaaaaa...

"Kenapa akak still nak bf Insyirah? ala jangan ikut sangatlah cakap doktor ke nurse ke nak bg full bf pd baby.. Dorang tu pun konfom bagi anak susu fm kak..."
Akak bukan dengar cakap doktor atau nurse dik.. Cumanya, memang akak dah niat.. (cakap dalam hati jugak..huhu)

"Hah?? sampai sekarang tak campur susu kat anak?? Laaa.. kena sampai macam tu ke nak berjimat??!! Beli je Dutch Lady ke, Dumex ke, tak lah mahal sangat.."
Bukan nak jimat.. isk..isk!! Susu saya lagi mahal! (Huhu.. pun ckp dalam hati)

Banyak juga cabarannya nak bagi yang terbaik untuk anak kan.. Tapi semua tu, alah bisa tegal biasa.. Bukan semua orang fikir sama pasal penyusuan eklusif.. 
Ada juga yang berfikiran macam ne...

"Bagusnya, orang sekarang boleh breastfeed anak sampai bertahun tak campur-campur, walaupun keja. Orang dulu-dulu tak tau pun ada kaedah ne.."

"Kenapa memerah balik2??...*** oh, jadi anak tak campur susu lah ya? ee.. bagusnya.. mesti anak jarang sakit kan.. kalau tau dulu saya pun nak buat gini.. tapi tak terfikir pulak.."

"Haaa.. bagus! tak payah campur susu la. Susu ibu sangat bagus untuk anak.."

Saya hargai bagi yang memahami, yang terus mendorong. Yang asyik suruh saya berenti pun saya hargai sangat-sangat. Sebab saya tau kebanyakan mereka berfikir juga untuk kebaikan saya kan. Cuma saya ada niat saya sendiri. Baik buruk saya seimbangkan. Yang pasti saya ambil hikmahnya. Selagi saya mampu, selagi air susu saya masih Allah swt kurniakan.. Saya tetap akan teruskan. Mudah-mudahan Tuhan izinkan.

Pada saya, exclusive breastfeeding bukan suatu yang mudah. Banyak dugaan. Ujian. Cabaran. Yang kena ditempuh. Maka ia jauh sekali untuk dibanggakan. Jauh sama sekali. Belum kira ujian menghadapi blocked duct lagi, air susu makin sikit, Insyirah suka gigit, Insyirah jadi tak suka hisap susu thru botol lagi. Tapi saya yakin ada hikmahnya. Saya pernah menangis pasal breastfeeding. Tapi itu bukan jalan untuk saya berhentikan penyusuan pada Insyirah. Saya rasa kalau dia boleh berfikir dan bercakap, mesti dia akan bagitau yang dia pun tak nak berenti menyusu saya sekarang. Hehe..

Tiada perkara baik yang mudah. Tapi hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya juga masih merangkak, mahu meneruskan perjalanan penyusuan sehingga usia Insyirah mencecah 2 tahun. Saya juga tidak mampu meramal apa yang akan berlaku di masa akan datang. Saya cuma mampu berusaha, doa dan tawaqal pada Allah. Moga niat dan usaha ini dipermudahkan. Doakanlah saya ya..



No comments:

Post a Comment

what do you think?