Sunday, June 30, 2013

lukisan kehidupan

Assalammualaikum


Lama dah nak tulis.. Tapi, entah... Segala macam rasa ada, sampai niat mau menulis tu terhalang.. Huhu...

Sekarang, saya rasa cepat sangat penat. Semua kerja lambat saya siapkan. 
Pagi tadi saya lewat. Saya sepatutnya hantar Insyirah ke Taska sebelum jam 7.. Tapi saya lewat setengah jam. Nasib baik mama tak kerja. Dia offer jaga Insyirah. Huh! syukurlah... Tapi..

Kenapa...   =(

Beberapa hari, saya rasa kurang bersemangat. Saya cepat pening, cepat sakit... Saya mudah sensitif. Cepat sangat nak nangis. Tapi semua kerja malas saya nak siapkan...

Kenapa...  =(

Di ofis, saya banyak kerja. Banyak nak buat. Banyak nak siapkan. Tapi saya rasa malas. Tiada semangat. Saya rasa macam nak baring saja... Akibatnya, saya terkejar-kejar nak siapkan semua sekali dalam satu masa.

Kenapa  =(

Padahal, di ofis ramai staff outstaion. Sunyi. Selalunya, time macam ne la semangat saya membuak-buak. Saya bekerja macam ofis ne saya yang punya. Sambil rindu-rindu Insyirah, sambil saya buat kerja. Tapi kali ne saya rasa, kemalasan dan ketidakaktifan yang luar biasa...

Kenapa  =(

Saya kuat tidur dan cepat rasa mengantuk. Bila Insyirah menyusu saya akan ikut tidur. Bila mula tidur malam, tak tau jam berapa saya akan bangun..oh!

Kenapa... =(

Ada masanya saya rasa, macam semua orang sisihkan saya. Semua orang tak sayangkan saya. Oh rasa yang tidak sepatutnya sebab saya tau semua orang sayangkan saya termasuk Abi dan Insyirah. Allah juga sentiasa pelihara saya. Tapi...

Kenapa...  =(

Tadi, saya tinggikan suara pada Qisya dan Insyirah..  =(
Sebab diorang bergaduh berebut barang. Insyirah pukul Qisya, dan Qisya balas balik, saya marah dua-dua, lastly, diorang nangis.. Dan saya sendiri rasa bersalah. Tapi saya tinggalkan dua-dua macam tu saja... Saya tau diorang hanya budak.. Tapi...

Kenapa  =(

Mungkin juga saya mengalami perubahan hormon
Tiba-tiba!

Huhu..
Saya kena berubah menjadi kuat!!!

Oke lah itu saja, penat menaip!
Saya kan malas.. Ngeee ^__^

Monday, June 24, 2013

amalan ibu mengandung

Assalammualaikum


Tiba-tiba teringin share pasal amalan ibu mengandung pula hari ne. Kalau ikut orang tua dulu-dulu ibu-ibu mengandung ne kononnya banyak pantang larangnya kan... Tapi mak saya tak juga, katanya buat saja perkara yang bagus dijadikan amalan. Tak payah percaya benda-benda khurafat . So, teringin juga nak muatkan dalam blog kesayangan ne. Besok mengandung boleh la cari sini balik kan.
Ok, intro is over! ehe...


*******     ***     *******


1. Doa Selepas Solat 5 Waktu


Boleh la amal doa ne, sedari awal kandungan k... Dapat tau pregnant je, boleh la baca. Amalkan tiap kali selepas solat 5 waktu... =)


2. Surah Al-Quran untuk diamalkan

Paling bagus, amalkan lah baca quran ketika mengandung. Surah apa-apapun tak jadi masalah. InsyaAllah kalau Allah swt perkenankan kesejahteraan diri dan kandungan maka sihatlah kita. Tapi ada juga beberapa surah Al-Quran yang bersesuaian atau paling afdhal dibaca saat mengandung so, saya share sikit ya.. Ne pun banyak grab dari google juga, sharing is caring, for u n for me also! hehe...

a) Surah Al-Fatihah
Baik diamalkan setiap hari/masa untuk memperoleh cahaya mata yang terang hatinya serta kuat ingatan.

b) Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehanak yang sabar dan taat

c) Surah Luqman
Untuk memperoleh anak yang cerdik aqal dan cerdik jiwa

d) Surah Yusuf
Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlaknya

e) Surah Al-Hujurat
Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak yang mempunyai sifat hati-hati

f) Surah Yaseen
Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

g) Surah Al-Taubah
Untuk melahirkan zuriat yang bersih jiwanya dan terpelihara daripada maksiat

h) Surah Al-Nahl
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin


3. Pemakanan Sihat Mengikut Sunnah Rasulullah saw

The first thing about nutrition ne of course la memilih makanan sihat dan halal kan. Jangan makan tak tentu-tentu tym preggy. Makanan ne akan mengalir dalam darah dan menjadi darah dalam daging zuriat yang dikandung, so berhati-hati juga ya. Sebaik-baiknya elakkan makanan atau minuman yang berkafein, fast food, yang banyak msg macam maggi tu. Huhu. Cuma ibu mengandung ne kadang-kadang pandai mengidam benda yang tak digalakkan makan juga kan. Macam waktu saya preggy anak kedua haritu teringin nak makan kuih makmur la, maggie la, macam-macam hehe... Sekali dua mungkin boleh. Janji jangan dijadikan amalan sampai nak beranak sudah! hehe.

Antara makanan sunnah untuk ibu mengandung ialah susu kambing. Susu kambing baik untuk kesihatan ibu dan bayi. Difahamkan susu kambing berpotensi untuk elakkan anak daripada demam kuning bila dah lahir nanti. InsyaAllah.

Selain tu, amalkan makan kekacang, baik untuk otak baby. Ia juga makanan yang banyak mengandungi mineral yang penting seperti magnesium, selenium, kalsium dan kalium yang membantu ibu hamil daripada selalu kekejangan anggota badan.

Buah kurma, kismis dan madu pun semua dah sedia maklum akan kebaikannya kan. Mana-mana ibu mengandung yang HB rendah tu, amalkan lah makan kurma. Kismis pula buat otak anak cerdik, pintar. Begitu juga madu. Makanan ne semua dalah makanan kesihatan. Sejarah Maryam, ibu nabi Isa a.s juga memakan buah kurma bagi memudahkannya bersalin. So, kita jadikan ikutan kejadian yang membawa rahmat itu. ^_^v

Ada banyak lagi amalan ibu mangandung ne, selain pemakanan, ada juga senaman ringan, watak ketika bersama suami. Haaaa... tu yang paling penting, jangan sakiti hati suami terutama waktu mengandung. Dulu waktu sebelum lahirkan Insyirah, mak saya pesan minta maaf dengan suami manatau ada kesalahan yang kita tak sengaja, tak sedar kan... Minta doa agar dimudahkan. Takdir Allah waktu lahirkan Insyirah segalanya mudah walaupun kebetulan abi Insyirah outstation. Kelahiran Insyirah sama sekali tak terduga. Namun Allah pelihara saya jua. Syukur.

Oke, buat ibu-ibu yang tengah hamil, sama ada baru hamil, atau 2nd trimester or dah nak bersalin, moga kalian sentiasa dalam lindungan Allah swt. Banyakkan mengingati Allah agar apa yang kita rancangkan Allah mudahkan...

Salam Sayang,
[Keyboard Conqueror]
ummu al-insyirah

Thursday, June 20, 2013

salam jumaat... 21 Jun 2013

Assalammualaikum


Alhamdulillah, masih bernafas di hari jumaat yang mulia hari ini... Moga Allah mudahkan segala urusan dan memberi syafaat pada setiap tindakan kita yang telah diniatkan sebagai ibadah pada Allah swt.

Sedikit tazkirah dan peringatan buat diri dan kalian..
Adalah lebih memberi makna andai satu hari kita itu digunakan untuk bermuhasabah diri dan kembali pada Allah swt sebagai pencipta..
Adapun, sia-sia seandainya, sepanjang hari dan waktu kita itu digunakan untuk meneliti tindakan orang lain serta mencari salah dan silapnya. Kita peroleh dosa, mereka peroleh pahala. Malah pahala kita juga berpindah pada mereka. Bukan kah sia-sia?
Lebih indah bila satu hari itu, kita hiasi dengan amalan-amalan sunat sebagai jambatan meniti titian sepanjang kehidupan di dunia hingga akhirat kelak {InsyaAllah}...

Dunia hanya pinjaman
Akhirat jua yang kekal abadi
Entah dalam bara api atau indahnya taman
Perindahlah hari sebelum bersemadi...

Salam jumaat yang penuh barokah buat pembaca sekalian

[Keyboard Conqueror]
Ummu Al-Insyirah




risau

Assalammualaikum


Risau itu perlu...
Kerana ia normal...
Namun tidak perlu risau yang berpanjangan...
Dan berlebih-lebihan...
Kerana 
Hidup ini terlalu singkat
untuk sebuah penyesalan
Teruskan buat baik dan bersangka baik..

Allah kan ada..

-senyum-

Tuesday, June 18, 2013

HATI

Assalammualaikum


Terluka itu biasa...
Dan sang hati, kau harus terima!

Allah menguji takkan berhenti,
Ia datang silih berganti,
Perjalanan masih jauh untuk kau titi,
Maka bertahanlah,  tenanglah wahai hati!!


Dalam menghadapi kehidupan duniawi, Allah swt menjanjikan kita siang dan malam, gelap dan terang.. Suka dan juga duka.. Kan..? Bila kita rasa gelap, Allah cipta matahari untuk beri kita sinaran agar suasana menjadi terang. Dari malam yang gelap kepada siang yang terang. Macam tu juga hati. Kadang-kadang ada masanya kita rasa suka dan gembira, namun dalam pada itu, ada perkara yang buat kita rasa sedih, sebak dan berduka. 
Allah itu maha adil. Diciptakannya tiap satu perkara dengan penghujung yang punya hikmah. Tidak semua perkara yang kita suka baik untuk kita. Begitulah sebaliknya. Allah takdirkan pelbagai keadaan dan kejadian buat hambaNYA sebagai ujian. Namun, sedarilah, Allah tidak akan menguji hambaNYA, dengan ujian yang diluar kemampuan kita untuk menghadapinya. Ujian membuktikan iman. Tidak beriman seseorang itu andai ia tidak diuji. 

Bercakap soal hati, setiap manusia memiliki hati yang dikurniakan Allah swt. Dan hati inilah yang menentukan baik buruk tingkahlaku seseorang. Orang yang memiliki hati yang baik, pasti ia memiliki sifat-sifat yang terpuji (InsyaAllah), dan begitulah juga sebaliknya. Orang yang memiliki hati yang busuk, mesti dapat kita pastikan tingkahlakunya yang sentiasa berniat jahat dan merugikan orang lain. Moga kita tidak tergolong dari kalangan pemilik hati yang busuk, seperti sabda Rasulullah saw : -
"Ketahuilah, pada setiap jasad ada segumpal daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh anggota jasadnya dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati." (HR BUKHARI)



Bukan mudah untuk menguruskan hati. Andai kita mampu memperlihatkan kebaikan melalui riak wajah dan pergerakan fizikal, tidak semestinya ia adalah apa yang dimaksudkan oleh hati. Betul kan..? Bukan mudah untuk merasa ikhlas dalam melakukan satu-satu perkara yang diluar minat dan bidang kita. Subhanallah! Berdosanya kita andai ketidakikhlasan itu atas usaha menelusuri jalan Tuhan dan ibadah padaNYA. Moga dijauhkan.

Jadikanlah segumpal daging yang wujud dalam jasad itu sebaik-baik pemandu. Jangan kita rosakkan ia sehingga mampu merosakkan segenap jasad kita. Maka, ubatilah hati yang sakit dengan berlapang dada. Sentiasa redha. Dan dekatkan diri padaNYA. Sesekali terjatuh itu adalah biasa, namun jatuh yang tak mahu bangun-bangun itu luar biasa pula. Suatu hari jalan kembali kita hanya pada Allah. Maka lakukanlah sesuatu yang membawa kita sentiasa mengingati Allah dan lalui jalan selamat untuk bertemu denganNYA.

Jauhkanlah dendam. Kerana ia barah yang sukar diubati berpunca daripada penyakit hati. Tiada faedahnya melainkan menempah dosa yang langsung pada azabnya siksa!! Nau'zubillah Mindzalik! Belajarlah untuk kuat dan berlapang dada, sentiasa tenang dan sedarlah sebaik-baik sifat itu adalah sabar. Orang yang tenang seikhlasnya pasti akan menang. Allah menjanjikan kebaikan bagi orang yang hampir padanya, sedang Allah jua memberi balasan yang setimpal kepada orang yang menjauhkanNYA.

Begitu juga Allah swt menjadikan hidup dan mati untuk satu tujuan yang sama, Firman Allah : - "(Allah) yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia maha perkasa lagi maha pengampun " (Al-Mulk ; 2)

Untuk tujuan itu, peliharalah hati, buatlah baik. Buatlah baik. Dan berbuatlah kebaikan. Itu bekalan di hari kemudian!

Duhai hati si penukil!
...Andai kau merasa terluka untuk ketika ini, ketahuilah olehmu, "di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah swt semata-mata, dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hambaNYA" (Surah Al-Baqarah 2:207)

Bicara untuk sedar diri
[Keyboard Conqueror]
ummu Al-Insyirah

Sunday, June 16, 2013

Janji Ummi...



Assalammualaikum


17 Jun 2013




Pagi tadi Insyirah bangun lewat dari biasa. Selalunya ummi abi bangun solat subuh, dia pun bangun sama.. Tapi tadi, saya dah habis solat dan mandi baru dia bangun. Sempat jugalah siapkan mana-mana kerja yang patut. 

Pejam celik, besar sudah dia... Banyak benda dah boleh buat. Rawan hati dengar dia menyanyi. Sebab tu tadi, sambil usap-usap kepala dia, waktu menyusu, saya janji dengan Insyirah.. Hari ne, umi nak update entry pasal Insyirah. Umi akan ambil masa tengahari lepas solat zuhur. InsyaAllah, suatu hari nanti, kalau blog umi masih bernafas, biar Insyirah baca... Biar Insyirah tau, besarnya makna amanah Allah ini dalam hidup ummi abinya...

Waktu umi update blog ne, umur Insyirah baru saja melangkah ke 1 tahun 2 bulan dan 4 minggu. Banyak perkembangan Insyirah dari hari ke hari. Tau tak Insyirah mula berjaya melangkah di awal usia 10 bulan. Tapi waktu tu, langkah belum laju. Balik-balik jatuh dan masih takut-takut. Semua insan disisi Insyirah, ummi, abi, mama tua, bapatua, nenek, atuk, ucu dan semua makcik2 Insyirah selalu bantu Insyirah jalan. Sampailah sekarang, Insyirah sudah jalan laju, besar nafsu mau berlari da.. hehe

Sekarang, Insyirah sudah mula mau bercakap. Insyirah sudah pandai sebut abi (abba), ummi (mama)... Tapi Insyirah jarang panggil umi. Yang selalu Insyirah panggil 'abba' (abi). Insyirah sudah boleh bagitau, kalau dia mau menyusu dia akan sebut 'nene' (sambil singkap baju/tudung umi hihi)... Makan pula 'mamam'.. Kedua-duanya beserta rengekan. Jadi sebutannya jadi tidak jelas. Hehe

Pantang dia kena puji, kalau mau bagi dia pakai tudung or apa-apa baju yang baru puji saja lawa, mesti dia senyum lebar sampai telinga. So tahanlah dia bertudung, dan pakai apa saja yang kita mau tengok dia pakai. Insyirah selalu puji orang juga. Dia suka cakap 'awaaa' (lawa). Tau tak masa bercuti ke KL baru-baru ne, Insyirah menangis mau minta belikan selipar kumbang.. hehe. Comel selipar tu kaler biru + kuning. Mula-mula abi cuma test di kaki Insyirah sebab first time nampak selipar yang ada mata dan sesungut tu saiz kecil. Bila abi buka dari kaki Insyirah dia menangis dan berkeras mau minta pakaikan selipar tu dikakinya terus. Kebetulan memang saiz dia apalagi ambillah. Nasib cuma RM 10, kalau RM 100 berfikir juga.. kui3 So dari di KL, sampailah sekarang dia pantang nampak selipar tu, mesti minta pakai n cakap sendiri 'awaaaa...' Sempoi anak aku!!     

Insyirah ne, sampai sekarang usia dah setahun lebih masih suka begayut di badan umi. Manjaaaaaa, sangat! Nakal pun dia juga. Huhu. Kalau sudah mau lepas, mesti lepas, kalau tak bila kita angkat dia jadi macam cacing kepanasan, badan meliuk lintuk. Hahaha.. Kalau tak pegang kuat, confirm bum! jatuh.. So, biarkan aja... perhati dan jaga saja dia nak ke mana, dan apa dia buat. 

Tau tak, Insyirah sekarang sudah mula mengerti rutin hariannya nak dihantar ke taska. Asal abi nak bawa masuk kereta pagi-pagi, atau nampak umi mau masuk kereta, dia lambai tangan.. Part ne, paling tak tahan. Betul!! Dia pun cuba mau mengerti mungkin. Kalau sebelum ne, sampai di tangan pengasuh saja dia mesti bad mood! macam marah dengan umi dan abi... stress tau! Uhu!

Tadi jam 7.00 am sudah tinggalkan dia... Awal kan..? Terlalu awal ditinggalkan... Dan petang karang jam 7.00 juga baru jumpa... Sekitar 7.30 hingga jam 8.00 malam adalah waktu tidur Insyirah pula... Keadaan inilah yang buat saya tak habis fikir, sampai macam ne kah bila usia Insyirah mula melangkah ke 7 tahun? 13 tahun..? Tidakkan Insyirah akan menganggap umi abinya kejam..? Jangan sayang... OK stop to think about this right now.. =((
Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian dan keadaan kan... be positive!! My friend said, "inna ma'al usri yusra.."

Suatu perkara yang kelak saya mau Insyirah tau, sebelum panggil ummi dan abi, perkataan pertama yang Insyirah pandai sebut adalah "Allah". Di awal usia 7 bulan Insyirah sudah pandai sebut Allah.. Mesti susah nak percaya kan, tapi itulah hakikat kebesaran Allah, melembutkan lidah anak sekecil Insyirah untuk menyebut namaNYA. Bila tiap kali dia didodoikan, abi mahupun saya sendiri akan zikirkan dia dengan nama Allah, maka Allah kuatkan ingatannya serta lembutkan lidahnya untuk ikut menyebut mungkin. Pernah saya dodoikan dia hanya dengan menepuk paha Insyirah tanpa zikirkan dia. Sebab waktu tu, saya pun ikut mengantuk. Dan dalam keadaan Insyirah yang pada awalnya mengamuk mau tidur, dia boleh pandang mata saya dalam -dalam dan cakap "Awwah" Awwah".. Apa yang anda fikir? Ajaibnya kuasa Allah... Insyirah minta saya zikirkan dia dengan nama Allah!!! Subhanallah... 

Sekarang, Insyirah dalam proses belajar mengenal huruf hija'iyah dengan kakak Qisya. Kakak Qisya dia dah hafal.. Now turn Insyirah, mau belajar alif ba ta, pelan-pelan.. Tau macam mana dia sebut huruf2 tu? dari alif sampai ya, semua sebutannya sama .. Kalau kita sebut "alif..." dia sebut " Aaaaa"... Macam tu sajala sampai ya' kui3x...

Alhamdulillah, setakat ne... Insyirah masih mendapat susu terbaik di dunia. Syukur Allah masih izinkan dan beri peluang. Insyirah sihat-sihat saja dan tiada perkara yang membimbangkan. Cuma, makin lama makin nakal dan manja Huhu... Tak apa, membesar dengan sihat ya sayang. Moga menjadi muslimah yang solehah... 

Hope one day Insyirah berpeluang baca entry ne... Dan tahu betapa bermaknanya Insyirah dalam hidup Umi!!..

Salam sayang, 
Ummu al-Insyirah! 

Saturday, June 15, 2013

wanita suri rumah

Assalammualaikum


Tak macam dulu-dulu, ibu-ibu banyak yang duduk rumah, jaga anak-anak sendiri dan settlekan kerja rumah sendiri.. kan kan..

Sekarang, lelaki dan perempuan macam sama saja.. mesti kerja. Tak boleh nak banding keadaan ekonomi dulu dan sekarang. Dulu duit RM 10 dah macam banyak sangat bawa ke kedai runcit. Sekarang bawa RM 100 pun 3, 4 barang saja boleh dapat.. huhu.. Ekonomi setiap keluarga sekarang sangat mendesak.. Apalagi nak besarkan anak.. Kan? Ingat tak sebelum ne saya banyak juga tulis entry pasal ne. Sejujurnya, saya nak sangat jaga anak sendiri. Betul. Malah abi Insyirah lagi galakkan. Dia pernah offer supaya saya duduk rumah saja. Mestilah sya suka.. Peluang untuk besarkan anak sendiri dah ada depan mata. Tapi saya fikir juga dari sudut kewangan, masa depan, pandangan individu, kawan, keluarga.. Itu semua saya kena pertimbangkan. 

Itu dari sudut ekonomi dan kewangan. Pandangan individu dan umum pula? Suri rumah ini hanya untuk yang tiada pelajaran, sekolah tak habis... wanita yang tiada cita-cita tinggi, tidak berpandangan jauh, tak pandai usaha majukan diri..???
well excuse me!!! Ramai suri rumah yang lebih berjaya dan kaya berbanding wanita yang makan gaji.. 

Rasulullah saw, lagi memuliakan seorang ibu dan isteri yang menjaga keharmonian rumah tangganya sendiri , kenapa zaman sekarang suri rumah kena kutuk pula.. huhuhu


*******     ***     *******


Tahu tak sahabatku sekalian, 
Wanita berbanding lelaki adalah lebih mudah untuk masuk ke syurga? Alhamdulillah syukur Allah swt menciptakan kita sebagai "wanita"... Kalau yang baca ne wanita dan isteri tolong senyum sampai telinga , bagi meraikan kebahagiaan yang dirasai oke??!! heee...

Kaum wanita sekalian, ketahuilah bahawa pintu syurga bagi kita lebih banyak, malah ia bermula di sekitar "RUMAH TANGGA" .. Termasuklah dari suami dan anak-anak. Mudah untuk kaum wanita mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga, di akhirat kelak. Hadis rasulullah saw : -

"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara, iaitu, solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga maruah, dan mentaati suami, maka masuklah syurga mana-mana ia kehendaki"

Taat pada suami hanya bagi wanita yang berkahwin. So, can u imagine, everyday kita kerja dalam 9 ke 10 jam kalau perjalanan ke tempat kerja lagi makan masa sejam dua kan, mesti masa kita lebih banyak di tempat kerja. Masa untuk keluarga tu tinggal saki baki sebelum penat kita naik ke tahap maksima. Betul kan. Kita semua manusia, sedangkan robot ciptaan manusia pun pandai sakit, kereta pun boleh rosak masuk bengkel, inikan lagi manusia. Tipu kalau tak pandai penat kan. Kalau dah berejam-rejam kerja di pejabat, tambah berjam lagi dalam perjalanan, so bukan mudah nak concentrate di rumah. Tapi saya yakin ibu-ibu bekerja di luar sana, seperti saya sendiri pasti anda juga sedaya upaya berusaha mencari masa untuk membahagiakan dan mengharmonikan insan-insan kesayangan kita kan..? Mari bangga sikit dengan diri sanggup penat untuk ibadat pada Allah. Sikit saja tu berbanding janji Allah pada pahala dan ganjaran yang bakal diberi di kemudian hari... 
-senyum-

Macam tulah saja rutin harian kita kan, mula-mula belajar sampai dapat degree, lepas tu kerja, kahwen, dapat anak, besarkan anak sampai tua dan mati... Kadang-kadang saya tertanya pada diri juga, macam ne saja kah kitaran kehidupan kita? sebagai wanita dan manusia... Banyak berusaha untuk menyempurnakan urusan dunia, macam tiada tujuan hidup, sedang kita lupa akhirat itu wujud. 

Pada saya banyak manfaatnya pekerjaan sebagai suri rumah, banyak masa untuk suami dan anak, rumah tangga teratur.. Masa untuk menghadap Illahi lagi banyak daripada di pejabat yang berkali-kali terkejar-kejar nak zuhur, asar. Apalagi nak menyempatkan diri melakukan amalan sunat. Namun bukanlah niat mahu mengatakan wanita bekerja itu tidak baik, tiada masa untuk keluarga dan beribadat pada Allah. Setiap individu pasti punya cara yang berbeza, pandangan dan kemampuan yang berlainan.. Kan.. Cuma, mana tau mungkin karya saya untuk kali ini mampu mengubah persepsi umum yang sebahagiannya mengutuk pekerjaan sebagai suri rumah. Hehe.. Ada suri rumah yang berusaha menjana pendapatan melalui bisnes kecil-kecilan untuk kurangkan beban suami, bukan mudah tu... Malah kerja yang mereka buat jauh lebih banyak dan mencabar daripada kerja yang kita buat di pejabat. 

Bukan bermakna membuat keputusan  menjadi suri rumah itu, sebagai titik tolak berhentinya satu usaha dalam merebut peluang peroleh pahala dari Allah, malah sebenarnya itulah yang dikejar...

Mengubah arah angin kehidupan bukan titik akhir dalam perjuangan..
Bukan jua noktah pada usaha mengejar kemajuan..
Jauh sekali menghentikan degupan usaha meraih ilmu tuhan...

Ia bukan yang demikian...

Namun ia hanya...
Sebuah usaha...
Insan kerdil...
Yang mahu...
Memaknakan sebuah kehidupan...

Yang Allah swt kurniakan...

~belajar untuk kuat~

-senyum- 

Set u'r mind to be positive...

Thursday, June 13, 2013

Last Day - Vacation

Assalammualaikum


Tiada apa yang dapat saya katakan selain bimbang, dan sebak.
Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Yang masih diberi peluang bernafas sebaiknya menggunakan masa yang ada untuk beribadat pada Allah. Hidup perlu diteruskan. Betul kan... Cuma, sebagai sebahagian daripada darah dagingnya, waris pada zuriatnya, saya tidak mampu lari daripada kesedihan dan terasa benar kehilangan. 

Hari terakhir bercuti, suda tak sama seperti hari sebelumnya. Nak ke mana-mana pun sejujurnya dah hilang mood. Sejam-sejam saya mesej kakak saya untuk tau perkembangan nenek saya. Keadaannya sama seperti sebelumnya. Nenek ibarat dah koma. Saya bacakan juga yaaseen. Moga Allah mudahkan sakaratulmautnya.   Bila sebut sakaratulmaut saja saya bergegar. Waktu itu adalah waktu nenek, macam mana pulak waktu saya nanti..? Allahualam.



*******   ***   *******

Entah kenapa, hari terakhir di sana, Insyirah pun banyak ragamnya. Waktu dah check out dari bilik, kami tunggu lama di lobi hotel untuk ke Airport. Sebab Abg Yamin kena kerja dulu, memandangkan flight kami jam 9.30 malam. So masih sempat kalau nak tengok2 barang sebagai buah tangan untuk family lagi. Tapi saya dah tak tentu rasa masa tu. Saya tunggu di lobi hotel saja. Insyirah pula masa tu nak lepas saja tak mau didukung. Saya biar juga dia lari-lari, masalahnya bila dah dibiar dia mula nak duduk dan tiarap pula. Huhu. Kalau tak dibagi dia marah, menangis... Saya bawa Insyirah makan, dia nak makan sendiri. Nasi pun habis ditabur. Adui nasib makan di gerai saja. Hihi.. Sampaila Insyirah didatangi oleh seorang anak kecil berusia 3 tahun. Budak tu anak kepada pemilik gerai, tapi suka stay di hotel tempat kami menginap. Suka la dia nak bawa Insyirah main. Insyirah pun apa lagi, excited la bila dah ada kawan. Lari sana, lari sini, baring, tiarap dia tak peduli. Penat juga saya kejar dia. 

Bila dia dah mula mengantuk, saya susukan dia tak nak. Masuk kereta, on the way nak ke airport baru dia menyusu dan tidur lena. Alhamdulillah. Hari last ne, nampak sangat semua penat. Jadi aktiviti kami banyak makan, duduk dan rehat. Sampailah di kapal, mulalah lagi Insyirah meragam. menyusu salah, tak menyusu salah. Tidur sekejap-sekejap, then meraung. Satu kapal juga dengar huhu... Nasib dapat tempat duduk sama dengan abi. Itupun sebab ihsan seorang makcik yang simpati dengan kami. Heheh. Nak kata dia tak selesa, sebelum naik kapal saya sempat mandikan Insyirah di Surau dalam airport tu. Menyusu pun oke saja. Saya fikir mungkin dia tak selesa sebab telinga dia kut.. Maklumlah naik kapal kita orang dewasa pun terasa telinga berdengung, apatah lagi budak-budak. 

Dalam keadaan macam tu, kebetulan cuaca dikhabarkan tidak baik. Balik-balik juga kapal bergegar, rasa macam nak jatuh pun ada.. Ya Allah, waktu tu saya fikir, kalau Allah swt takdirkan kapal tu jatuh, macam manalah rupa jenazah ku nanti... Nau'zubillah...

Hati saya mula tak tenang. Memikirkan rupa jenazah diri, entah apa khabar nenekku pada waktu itu. Saya risau bila nampak henpon. Doa saya moga sempat saya berada disisi nenek sebelum Allah menjemputnya. Namun kita merancang Allah menentukan setiap keadaan yang punya hikmah.

Lebih kurang 2 jam setengah dalam perjalanan, syukur kami selamat sampai. Waktu tu Insyirah dah terlalu lena. Mujur dia tak meragam lagi. Kalau tak, saya yang meraung hihi.. Kami sampai di rumah (Petagas), lebih kurang jam 1.30 am. Abi bawa balik Papar terus. Tipulah kalau saya cakap tak penat. Di kapal saya langsung tak tidur, sebab Insyirah banyak meragam, kena lagi tengah menyusukan. Takkan saya nak tidur dalam keadaan tu, bahaya!! Huhu....

Sebelum balik, kami kemas rumah sikit-sikit, keluarkan baju kotor, masuk mesin dan.... dan.... Saya tak tau entah bila saya boleh terlena atas lantai bilik tidur. Allahurabbi....
Tiba-tiba dengar satu bunyi yang kuat, saya terbangun dan tengok henpon yang berbunyi. Tertera nama "Kak Nysa" (kaka saya yang sulung)..

"Assalammualaikum"
"Waalaikumsalam"
"Dimana sudah?"
"Di rumah (Petagas) da"
"Baliklah... Nenek dah tak ada"

Innalillahiwa'innalillahirajiun....

Saya tengok jam. Tepat 6.35am. Saya marahkan diri... Semalam rancang nak balik Papar terus, macammana jam 6 saya masih disini... Subhanallah... nenek dah tak ada, saya tiada disisinya, bersama-sama ahli keluarga lain membantunya mengucap nama Allah... 

Sekitar jam 7.45 am, kami sampai di Papar (kediaman nenek).... dan saya sungguh tak mampu menahan sebak...
Dari Allah kita datang, padaNYA jua kita kembali...
Kita tidak akan mampu untuk melawan takdir Allah swt...

Percutian yang membawa seribu satu makna dalam hidup saya..
Makna suka, duka, riang, gembira dan terselit kesedihan yang tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata cuma!!

Moga Allah merahmati ruh Allahyarhamah Hjh Hamsah Hj Manasir...


Day Three - Vacation

Assalammualaikum


Hari ketiga (ahad, 9 Jun 2013)

Day three is our big mission... Hari ini adalah hari persandingan aunty Noni Insyirah. So, kami semua bersiap-siap lepas subuh lagi. Saya mandikan Insyirah seawal jam 7.30 pagi, sebab dia bangun saja sudah membuang tuttt..hehe.

Lepas dah siap mandi, iron baju.. abi Insyirah tapaukan makanan. Saya tak jamin nak bawa Insyirah makan di kedai, nanti dari pakai baju cantik habis kotor dek ikut cara dia makan. Insyirah sekarang sudah pandai nak makan sendiri. Sudu mesti nak pegang sendiri, emmm..



Sekitar jam 10.30 am macam tu, kami pun bertolak, Abg Yamin, kawan abi yang tinggal di KL yang bawa kami.. Baik tau dia, sanggup spend time bawa kami jalan-jalan. Dalam jam 11.30, dah sampai.. Alhamdulillah, waktu tu tetamu belum ramai sangat, sebab majlis baru saja bermula.. Syukurlah, kami antara yang terawal sebab kami kan keluarga pengantin sebelah perempuan.. Nasib baik tak datang lambat kan..




Cantik sangat Aunty Noni Insyirah ne.. Natural Beauty gitu. Eheh! Mekap ka, tak mekap ka tetap nampak cun. Untung abang petronas dia tu hihi..

Alhamdulillah.. majlis Aunty Noni Insyirah berjalan lancar...
Kami bersurai dari majlis dalam jam 1.30pm.. Sempat singgah di Masjid Shah Alam, dan terus ke KLCC. Keluarga mertua saya teringin nak masuk dalam Aquaria tu. Merasa jugalah masuk ke sana, diberi peluang menikmati keindahan ciptaan Allah dalam bangunan tu, dalam keadaan diri saya tanpa senyuman..

Ya... Waktu tu saya dah tak mampu nak senyum. Sayu rasa dihati.. Berat ujian yang dirasa namun saya gagahi jua diri.. Perlu senyum, perlu kuat!! Biarlah hanya pada Allah swt saja saya serahkan segalanya selain tidak berhenti berzikir dan berdoa padaNYA...



Dia excited bila kena lepas. Semua benda dia mau tengok. Saya yang risau mau mengejar. Huhu. Time ne semua macam jakun haha.... Risau juga kalau tak dapat nak tumpukan pada Insyirah. Karang lari entah ke mana... Nau'zubillah..





Si anak kecil yang belum mengerti apa-apa tersenyum riang. Dia memang happy. Excited masuk Aquaria tu. Semua ikan yang bergerak dia tunjuk. Bagus perangai dia... huhu


*******   ***   *******

~ Waktu turun dari kereta, nak masuk ke dewan MBSB tu (Dewan Dahlia), saya tergerak hati nak buka henpon, saja tengok kalau-kalau ada mesej atau miskol. Dalam kereta saya tak dengar da.. Bila on light, ada satu mesej yang tertera nama 'Kak Eta' (kakak saya nombor dua). Saya fikir mungkin ada barang yang dia nak kirim, berikutan untuk majlis walimahnya bulan november nanti, sebab sebelum jalan haritu pun banyak yang kami bincang nak beli itu ini sebagai persiapan... 
Tapi saya silap. Mesej yang sebenarnya, buat seluruh badan saya sejuk kaku, terasa wajah saya keras tak mampu nak senyum... Allahuakbar.. ~

"Salam, ...., nenek nazak sekarang... kamu doakan semoga Allah permudahkan urusannya dan ringankan sakitnya"

Pandangan saya menjadi kabur, mata saya terasa panas dek menahan takungan air dihujung kelopak mata.. 
- Allah maha penentu segala takdir -

Day Two - vacation

Assalammualaikum

8 Jun 2013 (sabtu)

Lepas da balik dari cuti2 sebenarnya tapi tangguh to share story sebab kesempitan masa dan ruang.. Hehe tambah lagi dengan insyirah yang kuat meragam selama bercuti.. Huhu ntah kenapa da dia...

Hari kedua sebenarnya tak banyak cerita... Sebab kami tak jalan kemana... Kebetulan takdir Allah mengatasi segala perancangan manusia lemah... Kan.. Malam sebelum tu mak dan bapa mentua saya rancang nak jalan jauh sikit.. Niat nak ke melaka atau genting, lepas dah habis bincang semua sepakat nak ke melaka.. Ye la, mana sesuai orang tua2 ke genting pula kan.. Hehe mentua sendiri juga yg fikir begitu.. So sewa kereta dah settle tinggal lagi nak tidur tunggu nak jalan esoknya..

Lepas solat subuh, abi mengadu sakit kepala.. Mungkin sebab makan mangga tengah malam, padahal saya yang beria nak makan mangga abi pula yg terlebih menikmatinya.. Hihi.. Tau2 subuh da sakit kepala.. Jadi awal2 lg abi confirmkan tak dapat join jalan.. Mestilah isteri dan anaknya pun tak ikut kan.. Saya tak kecewa pun sebab bila2 masa di lain kali boleh jalan lagi kan.. So saya pun plan nak jaga abi dan Insyirah di hotel saja..

Itu perancangan kami 3 sekeluarga...

Di bilik mertua pula...
Baru nak khabarkan yg kami tak dapat join, Tiba2 mak mertua bagi tau yang bapa pengantin (pakcik abi) bawa ke kenduri tahlil di rumah pengantin lelaki... Tekejut juga kan siapa yg meninggal.. Rupanya, ibu kepada ibu pengantin (nenek aunty noni insyirah) baru saja dikhabarkan meninggal dunia... Innalillah.. Tak terjangka Semua tu kan.. Rombongan sebelah ibu pengantin yang melebihi 30 orang semuanya balik termasuk ibu pengantin juga.. Kebetulan esoknya (ahad, 9 jun) majlis sanding pengantin, so tinggallah bapa pengantin dan adik2nya dan kami sekeluarga, dan ada 2buah keluarga lain lagi untuk ke majlis esoknya...

Dalam masa yang sama, planning nak ke melaka dibatalkan serta merta, tapi mereka semua ke kenduri tahlil.. Kami bertiga memang tak pergilah.. Kena pula abi sakit kepala kan... Kami rehat2 dibalik saja..

Dalam tengahari macam tu, abi khabarkan yg sakitnya dah hilang lepas saya urut dan bawa makan ubat.. Alhamdulillah.. Abi pun bawa jalan2 tempat dekat je... Beli barang sikit, sebab dia rasa serba salah pula.. Bagi saya tak apa sebenarnya rehat dibilik saja sebab risau dengan insyirah.. Entah kenapa kuat meragam betul dia di negeri orang ne... Dah la bumi kl ne sibuk semacam.. Rimas dengan bunyi motor rempit yang menyakitkan telinga... Tak peduli siang malam.. Ishh!!

Apapun kami jalan juga, beli apa yg patut, utk diri, souvenir utk family, kawan... Paling banyak habuan utk insyirah.... Huhu.. Nak juling mata tengok baju budak.. Kena lagi banyak sale area sogo.. Belum lagi baju budak murah2 kat jalan Masjid Jamek tu, lawa ja saya rembat, last2 utk diri sendiri tak ada.. Hihi tak kisah!!

Dalam jam 3 ke 4pm macam tu banyak da gerai pasar malam buka.. Sempat juga singgah.. Sebab saya tak yakin boleh jalan malam bila memikirkan insyirah selalu tidur awal.. Saya tak sampai hati nak bawa dia dalam keadaan tidur.. Kesian.. Masa jalan pun tak panjang sebenarnya dalam 2 ke 3jam round2 kami pun balik hotel..

Balik hotel mandi, solat jamak.. Urus insyirah.. Makan makanan yang telah ditapau sebab tak jamin makan di restoran atau gerai dengan insyirah huhu.. Sekitar jam 7.30 insyirah pun tidur.. Saya pula tengok tv, solat maghrib dan buat apa yang patut..

Sebab tak dapat jalan siang, mereka semua jalan2 di malam hari.. Round sekitar KL, KLCC.. Ntah ke mana lagi saya tak ingat.. Hehe sebab yang pasti saya dan Insyirah pengsan berdua di hotel...
Yeayyy.. Hehe

Pengsan sehingga keesokan hari nya di hari perkahwinan...
Setengah perjalanan ke dewan MBSB, Shah Alam utk ke majlis kahwin aunty noni insyirah.. Saya dikhabarkan dengan berita yang cukup mengejutkan....

Will be continued... :-(

Friday, June 7, 2013

First day - vacation

Assalammualaikum



Alhamdulillah, semalam da sampai.. Sebenarnya bukan vacation sangat pun... Kami nak datang majlis kahwin sepupu abi insyirah di Shah Alam sja.. Sambil tu ambil peluang cuti2 dan shopping.. Cuma ini kali pertama travel dengan anak kecil.. Dulu ke Kundasang pakai kereta sendiri dan cuma kami bertiga saja dalam kereta, jadi proses menyusukan sangat mudah..

Tapi kali ne, tidak semudah yang saya sangka.. Huaaaa... Saya jarang menyusukan depan public.. Jangankan public, depan ahli keluarga sendiri pun sangat jarang.... Tapi kali ne, perjalanan yang sangat mencabar.. Insyirah pula banyak meragam selama di kapal dan kereta.. Oh kereta sewa..!!! Baru saya sedar betapa penting dan perlunya baju nursing tu kan.. Huhu

Terlanjur dah sampai KL, saya nak borong la.. Haha..

Hari ne dengar2 rombongan kami nak jalan area melaka.. Tak pasti lagi.. Nanti saya share pengalaman perjalanan k..

InsyaAllah..


Thursday, June 6, 2013

Wednesday, June 5, 2013

kehamilan selepas keguguran

Assalammualaikum


Bersediakah kita? Hehe...

Keguguran ne, pada saya satu ujian. Sebagai manusia biasa, saya pun tak lari dari rasa sedih, dan mesti ada juga kebimbangannya kan.. Tapi harus redha.

Saya banyak google juga, punca-punca keguguran. Tapi kebanyakan web nyatakan point yang sama. Biasanya keguguran disebabkan tumbesaran janin. Means, ada masalah dengan janin dan jarang berpunca daripada ibu, melainkan yang mengalaminya lebih dari sekali. Ada juga saya google, ia mungkin berpunca daripada serviks yang lemah atau masalah ovum

Keguguran sebenarnya, membawa hikmah yang tersembunyi. Mesti ada sebab kenapa Allah uji kita. Jadi benda tu kena terima dengan redha. Cuma, memang bukan mudah juga kita nak kawal perasaan kan... Banyak makan masa juga untuk tutup kesedihan dan lupakan perkara tu. Macam mana pula kalau mengandung balik dalam masa yang terdekat, seriously, kebimbangan tu tetap ada.. betul kan?

Dulu masa awal-awal hari selepas keguguran saya selalu tertanya-tanya, masih ada ke peluang saya untuk pregnant balik. Sampai google siang malam, dari web bahasa melayu sampai ke blog bahasa inggeris saya cedok ilmunya.. Huhu.. Takut dan risau memang ada. Abi Insyirah yang selalu bagi saya semangat untuk relax. Apapun yang jadi lepas ne kena redha. Ada saja sebabnya ujian Allah tu, tak semestinya benda yang nampak menakutkan, atau mungkin kita tak suka tu tak baik untuk kita kan. Saya doa dan tawaqal. InsyaAllah, segala yang baik-baik Allah janjikan buat hambanya yang lemah ini.
Tips berfikir secara bijak, Bersangka baik kepada Allah swt.  ^_^ -senyum-

Bagi saya sekarang, InsyaAllah saya berpegang pada satu tips sahaja, iaitu bersangka baik pada Allah swt. InsyaAllah, apa pun yang DIA tentukan pasti beserta hikmah. Akan ada kah berita baik selepas ini..? Allahualam.. Selain tu, kena tenang dan sentiasa positif. Allah maha adil.

Hari tu, sebelum keguguran.. Sepatutnya due saya cuma selang seminggu saja dengan kakak saya yang sulung (mama qisya). Memang kami excited, mama saya pun suka. Nak sambut cucu sekali. Tapi, macam yang kita semua dah sedia tau, kan... mesti ada sebab kenapa Allah tentukan akhirnya saya keguguran...
Sebenarnya, sebelum ne, kakak saya pun pernah keguguran. Dia tak merancang pun lepas tu, sebulan selepas sekali period dia disahkan hamil lagi, sekarang dah 5 bulan. Alhamdulillah. Takdir Allah tu unik kan.

Mungkin, kalau ditakdirkan mengandung lagi dalam masa yang terdekat, bukan mudah juga kita nak hebohkannya. Baru baik dari kesedihan kan, ambil masa juga nak share itu semua dengan saudara dan kawan-kawan. Mesti ada kerisauan, takut tragedi sebelum ne berulang lagi. 


Apapun, andai ada kawan-kawan yang baca blog saya ne mengalami situasi yang sama macam saya, kita sama-sama kuat dan sabar ya. Sama-sama berlapang dada. Percaya pada takdir Allah. 
Lepas keguguran, saya banyakkan study pasal penyusuan dan pemakanan anak. Saya juga, ambil tahu perkembangan anak sebesar Insyirah melalui kajian saintifik, selain banyakkan ilmu cara-cara mendidik anak yang soleh/solehah. Life must go on. Kita tumpukan pada benda yang ada depan mata kan.. 

Moga Allah swt merahmati perjalanan hidup kita dunia dan akhirat. Apapun dugaan yang kita hadapi cuma sekejap berbanding nikmat akan datang sebagai gantinya di akhirat kelak. Bahagia di sana adalah yang hakiki dan selama-lamanya. Jadi, stay cool. Hehe...


Moga Bermanfaat..
Salam sayang... ^_^




Tuesday, June 4, 2013

Master chef selebriti

Cat Farish dah keluar... Peserta master chef makin sedikit bilangannya.... Emmm, cannot wait for the final, "kenapa saya macam tak berkenan dengan sang lelaki yg tinggal tu eh.." hehe..

Tiba2 mood desert ne... Err, macam nak buat pavlova ja..

Tunggu masa mau merajinkan diri.. Wink**

Monday, June 3, 2013

setahun penyusuan susu ibu

Assalammualaikum
 
 
 
Haritu ada kawan tanya saya. PM di facebook. Tanya khabar dan cerita tentang penyusuan. Dia ada baca blog saya dan tahu saya baru keguguran. Dia tanya saya sama ada saya masih susui Insyirah dengan susu ibu atau tidak, dan masih memerah atau tidak. Jawapan saya, ya... ^_^
 
Alhamdulillah, Allah masih bagi saya peluang itu, walaupun teruji dengan beberapa kesukaran masa mengandung haritu. Waktu mengandung anak kedua, kuantiti susu saya semakin merudum, tambah lagi saya mengalami kesukaran memerah bila mula menghadapi alahan mengandung. Memang ujian lah waktu tu. Syukur stok susu Insyirah masih ada. Maka saya manfaatkan stok tu untuk Insyirah ke taska. Untuk elak daripada stok susu cepat habis saya combine dengan susu kambing Karihome. Insyirah pun waktu tu dah 10 bulan, sudah boleh bagi makanan tambahan. Susu kambing kan sunnah nabi juga. Jadi saya bagi 3 botol susu ibu dan selebihnya saya bekalkan susu karihome. Tapi kalau bersama saya, walaupun sakit saya kuatkan hati juga menyusui Insyirah secara direct. Biar dia dapat susu ibu lebih daripada susu kambing.
 
 
 
Susu ne boleh cari di mana-mana farmasi
 
Takdir Allah, di usia kandungan menjangkau 4 bulan, saya keguguran. Kami redha kerana janji Allah pada hikmah yang lebih besar sedang menanti. InsyaAllah.
 
Selepas hampir 3 bulan stop pumping, sekarang saya kembali kepada rutin sebelum ini. Alhamdulillah. Saya masih memerah macam biasa di pejabat. Bila sudah pernah stop memerah 3 bulan, maknanya dah kurang demand, maka faham-faham sajala.. supply pun tersangatlah berkurangan. Tapi saya usahakan juga.. Banyak kali pump, dapat seaun dua pun saya simpan. Kalau dulu, sehari boleh kumpul 30 oz, sekarang paling banyak pun 15 oz ke 17 oz, itupun mesti pump lebih 5 kali sehari.. huhuhu.. Tak apa, saya tak pernah risau kuantiti tu yang penting Insyirah dapat cukup. Ummi penat tak apa. Hehe. Syukur.

 
 
 
Tak macam sebelum ne, berangkut dengan beg besar bawa pam spectra..Buat double pump ditempat duduk sendiri..
 
 
Saya mula memerah balik. Gadget yang dibawa simple saja. Saya rehat dulu pakai pump letrik spectra tu. Saya guna dirumah saja. Di pejabat saya hanya pakai Medela Harmony. Cuma kena pump di suraulah jawabnya. Hehe. Storage Bottle pun bawa 2 biji saja. Susu dah tak banyak, 3 kali perah pun cuma dapat 8 hingga 10 oz.
 
 

 
Ini bekalan Insyirah ke taska. Memandangkan dia sudah kuat makan, jadi pemberian susu pun diselang-seli. Kalau sebelum ne combine dengan susu kambing. Sekarang combine dengan makanan. Saya akan pastikan juga, dia dapat susu yang cukup sebelum saya ke pejabat dan dia ke taska. Dalam jam 6.30 macam tu, mesti nak begayut. Hihi..
 

 
 

 
Hasil dalam 2 ke 3 hari. Sikit-sikit asalkan cukup. Tak mampu dah jadi bukit sebab hasil perahan akan jadi topup untuk next week. Tak dapat da nak kumpul susu penuh freezer. Hhehe..
 
 
Saya ada juga cuba ambil supplement shaklee. Sebagai salah satu usaha menjayakan penyusuan. Tapi dalam masa yang sama saya lebihkan demand untuk daapt supply. Supplement hanya sampingan. Pumping dan doa yang paling penting. Kan..
 
Sehingga hari ini, saya tak rasa menyusukan anak adalah aktiviti yang menyukarkan. Ia adalah pengalaman yang sangat hebat pernah saya alami. Huhu. Memang best. Syukur, Allah bagi saya peluang ne. Kalau ada rezeki dapat baby lagi, InsyaAllah saya nak jadi lebih kuat dan gigih.
 
Sekarang Insyirah dah setahun 2 bulan. Dan dia masih menyusu umminya.  Insyirah sudah tak keliru puting. Cuma kalau dia tau saya ada disisi dia, confirm dia tolak botol susu. Apalagi kalau saya yang hulur botol tu, dia jeling macam musuh ketat saja. Tapi kalau dia di taska, Insyirah dah tak ada pilihan. Kesian... 
 
 

 
ESP Shaklee...
 
Sehingga hari ini, tarikh 5 Jun 2013, Insyirah masih mendapat susu terbaik di dunia. Alhamdulillah, andai tiada halangan dan masih Allah izinkan, kita teruskan hingga usia Insyirah 2 tahun ya sayang. Hehe... Mudah-mudahan, amin...
 
Mengenangkan penyusuan susu ibu yang hebat ne, saya rasa nak anak lagi. Hehe. Tiada benda yang kita rugi, malah terlalu besar hikmahnya yang saya nampak setakat ini. Penjimatan kewangan juga satu bonus. Insyirah pun jarang sakit-sakit. Kalau sakit pun alhamdulillah, cepat saja baik. Moga Allah masih bagi saya peluang ini. Amin...
 
 
*******   ***   *******
 
 
 
 
Budak susu ibu dengan abinya....
^_^
Thank you Allah!
 
 




memaknakan sebuah kehidupan dengan sabar!

Assalammualaikum


Tengahari tadi adik saya kol, nak minta ambil di terminal bila dia sampai kk.. Ceritanya tak dapat bawa kereta sebab masuk bengkel, jadi dia naik bas. So, memandangkan kawasan sekolah tempat dia mengajar tiada bas masuk, dia minta saya tunggu dia di terminal dan hantar ke sekolah Tahfiz An-Nur. 

Sebelum tu, dia bawa saya singgah cari makan, sebab lapar lah tu. Hehe. Saya bawala dia singgah makan di satu restoran ne. Dekat saja dengan terminal Wawasan Plaza KK. Mudah. Tak payah jauh-jauh, dahla memandu kereta berotex harommm!! Hihihi.. Sshhh!!

Restoran ne terletak di Bangunan Harbour City, ada banyak kedai makan sana, korang pilih ja mana suka. Tanak sebut nama la. Ada satu restoran baru buka. Sebelum ne setau saya bukan restoran tu yang beroperasi, tapi restoran lain. Adik saya ne teringin la nak rasa. Deco dalam kedai tu nampak menarik saja. Meja kerusi yang diorang guna pun cantik. Nampak la macam restoran mahal sikit walaupun dari bunting yang dipasang ia cuma restoran mampu makan ececeh! Jadi kami semangatla nak try.


Mula-mula nampak sibuk. Ramai orang. Staff restoran tu pun mundar mandir dan tergesa-gesa hantar makanan. Sungguhpun begitu (aiceh) , masih ada juga staff yang rileks di kaunter. So, ada satu meja kosong tapi masih belum dikemas. Pinggan mangkuk bekas pelanggan sebelum tu masih ada atas meja tu. Tapi kami duduk saja dengan harapan, bila diorang dah nampak kita dduk mesti kelam kabut nak kemas dan ambil order kan.. Tambah lagi restoran baru. Mestila nak tunjuk prestasi yang baik untuk tarik pelanggan. Hampir 10 minit duduk disitu, tiada satu pun staff restoran yang peduli.. Saya balik-balik angkat tangan. Siap cakap london lagi. "excuse me".. Tak cukup dengan tu saya berdiri lagi sambil lambai tangan dengan beberapa staff dia.. Aduhai.. tiada sorang pun yang peduli. Saya dah mula geram. Saya berdiri sambil lambai sorang staff perempuan ne, dia nampak saya.. confirm nampak saya.. Tapi dia cepat-cepat alih pandangan. Lepas tu dengan staff yang sama, adik saya pula lambai tangan.. Dia buat benda yang sama.. Alih pandangan, dan buat-buat tak nampak!!! Fuhh..

Lepastu, ada sorang lagi staff dia hantar makanan di meja sebelah, adik saya pun ambil kesempatan cakap dengan dia.. " Miss, boleh ambil order?" Budak tu angguk. Tunggu punya tunggu budak tu balik2 juga lalu dekat meja kami tapi tak ambil order pun. Tau apa? Kami berdua macam ornang bodoh yang dipulaukan. Sampailah masa budak tu ambil sudu garfu di meja kami.. See? Sudahla kami pelanggan yang baru duduk, dia nak layan pelanggan meja depan, boleh pula ambil sudu garfu yang ada dimeja kami, meja tempat kami duduk tu, masih belum dibersihkan.. Ambil order pun tidak sedangkan kami dah buat beberapa kali permintaan.. Dia siap tanya lagi waktu ambil sudu garfu tu, "baru duduk ka?" sedangkan sebelum tu adik saya dah minta supaya ambil order. Ya Allah, ujian betul... Memang berapi jugaklah.. Tapi sabar.

Adik saya yang tak pandai mengamuk ne pun naik berang, daripada berlaku benda yang tak baik kami pun blah... Hehehe.. 








Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada apa yang berlaku.. Pada saya ia bersangkut paut dengan akhlak.. Saya kira, budak-budak tadi tu memang sibuk. Boleh nampak, meja dalam restoran baru merangkak ne pun hampir penuh. Tapi, staff mereka ramai. Malah masih ada yang rileks di kaunter. Oke, kalau mereka sibuk sekalipun, at least bila dah nampak kita panggil, jawablah.. Tak pun bagi signal lah, angkat tangan, tanda 'tunggu sekejap' kannnn?! Mungkin kita boleh la consider sikit.. Tak consider apa lagi bila dah macam org bodoh sanggup tunggu nak setengah jam kat situ.. Mungkin bila dibalas dengan senyuman dan ayat-ayat yang boleh buat kita cair, kami mungkin akan lebih sanggup tunggu lama.. kut! Aiceh..

Tapi tak apa, lepastu kami tetap makan juga, lari bawa diri ke restoran lain..Hehe
Sepatutnya, bila kita baru nak bermula.. Kita patut lebih alert.. Kan..kan.. Ceh! Nak kaunseling pula.. Tiada apa pun sebenarnya.. Benda macam ne, kalau tak sabar, confirm dah hambur semua staff dia, tapi dapat apa juga kan.. Baik diam dan lari. So harap-harap dorang sedar dan faham sendiri. At least biarlah dorang belajar dari kesilapan. Benda ne bukan untuk mereka saja. Tapi untuk kita semua juga. Sekali lagi nota untuk diri saya juga. Banyak benda kena dipelajari. Belajar itu takkan berhenti biarpun dah ada degree. Ilmu Allah ne luas. Bak kata abi yang selalu singgah di telinga saya, "maknakan kehidupan dengan sabar"

Macam adik saya kata tadi, satu keputusan yang kita buat yang melibatkan perubahan perjalanan hidup, bukanlah titik akhir pada usaha memajukan diri.. Banyak benda yang perlu digali dan dipelajari... Majukan diri sehingga nafas kita yang terakhir atas landasan islam... Wallahualam


Moga bermanfaat...

~Nota buat diri~

Sunday, June 2, 2013

tujuan hidup?

Assalammualaikum


Wah tak terasa cuti selama 4 hari... Bermula khamis lalu..
Kaum Kadazan Dusun yang excited bercuti nak sambut kaamatan,  tapi seluruh sabah pla yang beriya nak cuti lebih hihi..

Cuti kali ne tak terasa sangat-sangat, sebab sibuk bertandang ke rumah orang kahwin.. Sepupu abi sendiri pun kahwin last week juga, so start khamis tu kitorang dah sibuk. Ikut tolong-tolong di rumah pengantin. Saya ne oke lagi. Muda lagi. Kuat lagi nak bekerja cuma masa saya tak dapat spend full tym kat rumah sepupu abi, sebab ada anak kecik, bila timimg Insyirah dah berperangai, nak tido, menyusu segala, abi mulalah hantar rumah balik. Urus anak pulo! Huhu..

Mak mertua saya dan makcik-makcik yang lain tu yang kesian.. Abi pun kesian juga, dorang banyak tolong, tak bertidur, ada sekali abi kena migrain mungkin sebab berjaga malam.. Tapi itulah hikmah dalam bermuhibbah.. Terjalin ukhwah kerana Allah, Terpamer ikhlas disegenap wajah kan..kan..Eceh! Dorang tak merungut pun... Saya yang banyak rugi sebab banyak angkat bendera putih bila Insyirah dah meragam hihihi...

InsyaAllah, kalau ada masa nanti nak juga share dan abadikan kenangan perkahwinan sepupu abi @ aunty noni Insyirah..

*******   ***   *******


Tu mukaddimah saja.. Hehe boring!
Awal pagi tadi, saya dan abi Insyirah kuar minum jap lepas dah thumb print kat ofis. Saya sampai awal lagi tapi kuar balik singgah minum, ntahla sejak dua menjak ne gastrik kuar balik..Tu yang bawa abi singgah.. Sib bek abi pun lapar hihi.. 

Waktu dalam keta banyak benda yang kami bincangkan... Berkaitan dengan tujuan dan destinasi hidup... Abi memang suka buka cerita dengan tajuk ne.. 

Act, mula-mula abi terpandang seorang wanita tua, berbaju lusuh, bertudung labuh menutup dada dan sebahagian tubuhnya.. Kaki pun, bertutup.. Ditangannya tersandang sebuah beg kain besar yang juga agak lusuh.. (wah suda macam cerita dongeng pulak).. Tapi ini realiti...
Makcik tadi berjalan kaki tak tahu hala tuju.. Abi pun mulakan bicara.. "cuba tengok makcik tu" sambil memunjungkan mulutnya ke satu arah..dan mata saya mengekori arah itu. Saya terus cakap.. "kesian" "Kesian kenapa?" Balas abi.. Saya terus terdiam, betul jugak kan, nak kesian part mana ya.. huhu
Nak kesian sebab baju dia lusuh?
Atau sebab beg dia yang dah kabur warnanya?
Atau kerana seliparnya yang dah koyak?
Atau mungkin juga sebab dia berjalan kaki seorang diri dan seolah-olah tak tahu arah tuju?

"Makcik tu, nampak menutup aurat dengan sempurna.. walaupun baju dan beg nya nampak lusuh dia tak nampak macam orang tak betul.. Entah-entah kita ne yang kesian, walaupun kita berdua dalam keta besar, baju lawa macam baru ambik dari kedai cina.. Kita sibuk dengan hal-hal dunia, akhirat entah ke mana. Makcik tu, dalam keadaan dia macam tu, tengok.. Dia tutup aurat sempurna. Semua betutup kecuali wajah dan tapak tangan saja.. Siapa tau kalau-kalau dia dah confirm ahli syurga.. kita..?"

Saya angguk tanda setuju. Memang terkesan dihati.. Subhanallah..

Sebagai umat islam, saya kira tidak ada di antara kita yang tidak tau bahawa dunia ini hanya sementara. Sedangkan akhirat itu pasti, kekal abadi dan ia tetap wujud. Sekali lagi akhirat adalah wujud, syurga neraka juga wujud dan benar. Allah telah nyatakan semuanya dalam Al-Quran. 

Apa sebenarnya TUJUAN hidup kita di dunia.. ke mana DESTINASI kita yang sebenarnya...?

Allah perintahkan kita agar bersyukur dan berdoa padaNYA setiap waktu, setiap hari kita berjanji pada Allah dalam solat lima waktu... solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt. Maka akan ada lagi kah niat kita melakukan suatu perkara bukan kerana Allah..? 

Ma fi Qalbi Ghairullah...

Kadang-kadang kita lalai. Tidak! Bukan kadang-kadang tapi selalu sebenarnya. Namun Allah sentiasa bagi peluang untuk bertaubat dan Allah itu sesungguhnya maha penerima taubat. Allah hidupkan kita didunia ini beserta ujian. Tidak beriman seseorang itu selagi ia tidak diuji! Banyak ujian yang kita hadapi setiap hari. Saya ada kawan. Dia baik dan kuat beribadah. Tapi dia agak kasar sedikit hehe. Namun sebenarnya, kekasaran bertempat itu menjadi kelebihan pada dirinya dan dia selalu cakap ini..

"ko sakit? ujian lah tu"
"oh ko sihat..cantik dan kaya..alhamdulillah.. jadi ko ingat semua tu bukan ujian? woi, ada bagus lagi tuhan uji kita dengan kesakitan atau kesusahan, sebab confirm ko akan mengadu dan meminta pada Allah, pendek kata, ko mesti akan ingat Allah, tengok bila ko senang, sihat, kaya... ko semayang tak? doa tak? itu pun ujian juga.. Istidraj! nikmat yang melalaikan..."

Haaa.. macam tu lah manusia yang sebenarnya.. Waktu susah baru akan ingat Allah dan mengadu padaNYA kan.. Waktu senang, doa pun pendek.. Ini sebenarnya peringatan buat diri sendiri dan kalian. Baguskan kalau saling mengingatkan...

Ada banyak benda yang kita nak kejar dalam dunia ne, of course semua benda yang baik-baik untuk diri kan, namun sebanyak mana perkara yang dikejar itu, bertujuankan ibadat pada Allah.. berlandaskan syariat islam..? 

Ya Allah, terlalu banyak perkara yang buat kita lalai. 

Satu benda yang saya selalu persoalkan pada diri sendiri..
Hari ini saya bekerja, setiap hari, 11 jam...
Bersama suami dan anak sekurang-kurangnya, 7 jam..
Masa untuk diri sendiri 6 jam...
11 jam bekerja, apa pengisiannya.. 
Setiap pagi niat semuanya kerana Allah.. Namun sejauhmana bicara setegak hati?
Maka sehingga bila ianya seperti ini...
Banyak mana pengisian masa untuk ibadat...

Belajar untuk pandai...
Pandai kan diri agar berjaya...
Berjaya hanya untuk pengiktirafan manusia semata..
Maka dimana tuhan kita? mana tempat pencipta kita?

Diri, mudahnya kau memungkiri penciptamu..

Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama saling mengingati, bermuhasabah, dan merenung jauh matlamat kehidupan yang hakiki.. 
Saya juga manusia biasa yang ada kalanya lupa diri..

Allahualam..

~Nota buat diri~