Tuesday, March 3, 2015

Diary Wad Furqan IV (Disease Revealed)

Assalammualaikum


Ada sedikit rasa 'lega' bila lihat perkembangan Furqan yang mula aktif sekarang. Kadang-kadang, kita rasa sukar bila anak kita terlebih aktif yang mana mungkin boleh membataskan pergerakan kita. 
Kadang-kadang sebab anak aktif sangat, kita berat nak gerak ke mana-mana. Takut jadi perhatian orang. Takut tak menang tangan. Tapi...

Adilnya Allah pada kita duhai ibu.
Anak aktif tandanya dia mengalami perkembangan yang normal.
Anak aktif tandanya dia sihat walafiat tanpa perlu menahan rasa sakit yang selalu menjadi kebimbangan kita.
Anak aktif tandanya dia mudah belajar setiap benda baru dan mahu mendalaminya.

Sewaktu furqan di wad, sungguh saya rindu senyumannya dengan gigi dua batang yang jarang susunannya dibahagian atas. Sungguh, saya rindu ketawanya yang 'over' atas niat menganiaya saya dan kakaknya. Huhu. Saya rindu gerak badan furqan yang suka melompat dan menari riang. Saya teringin lihat dia panjat katil hospital tu. Waktu tu saya rasa, "tak apa nak, buatlah apa saja, kalau furqan jatuh umi ada.." haihhh.... Sayangnya Furqan tiada daya, tidak bermaya.

Masuk hari ke lima dalam wad 
9 febuari 2015
Seorang doktor wanita india datang katil Furqan dan mula tanya saya. 

"mama dah tau kan pasal planning nak buat BMA untuk Furqan? "


"aah tau, tapi rasanya takla rush nak buat kan.."

"tapi kena bersedia dari sekarang, kena bincang dengan bapa furqan, sebab kita akan minta sain bila-bila saja"
Telan liur. 
Sejujurnya biarpun perkara ne sudah dikhabarkan pada kami sebelum ne tapi saya tak expect dorang akan tanya balik. Naluri saya kuat mengatakan ujian BMA tu tak perlu. Tak akan. Dan tak payah! Furqan akan sihat. Saya yakin Furqan akan keluar wad dalam waktu terdekat. 

Malam tu saya tak berenti google pasal pengambilan darah dari tulang sum-sum.. Macam mana prosedurnya, sejauh mana ia boleh berjaya, side effect untuk jangka masa panjang, jangka masa pendek.. 
ahh.. Macam macam lah..

Lepas tu, saya tak stop situ... Buka lagi web pasal leukimia.. Pneumonea, anemia, talesemia, darah merah, darah putih, platelete.. Denggi, Paru paru berair, paru2 bernanah.. Macam-macam lah. Sebab doktor syak mungkin paru2 furqan berair, mungkin juga ada nanah.. 

Allah..

Apesal case note furqan complicated sangat... Kenapa banyak sangat jenis penyakit dalam tu... Ya Allah..
Saya da tak tahan... 
Ah air mata kalau nak jatuh, jatuhla.. Wad dah gelap, tak da orang nampak.. Isk..



10 Febuari 2015
Ujian darah Furqan untuk yang entah sudah kali ke berapa keluar. Darah merah drop lagi. Ya Robbi..
Tapi.. Sel darah putih dan kuning maintain. Tak naik tak turun. So, ujian BMA bukan jadi pilihan untuk waktu ne. Syukur. Saya dah risau doktor-doktor tu bawak surat minta sign. Gerun!

Entah kenapa tetiba mulut saya ringan saja tanya doktor pakar yang tengah belek case note Furqan..
"er.. Doktor, kenapa masalah darah anak saya nampak rumit sangat... Sebelum ne kan dia disahkan denggi, so, mungkinkah masalah bacaan sel darah dia drop tu disebabkan denggi atau mungkin jangkitan kuman yang dia alami tu" 
huhu.. Saya harap doktor tu akan cakap "aah ya tak ya juga kan.. Pandai kamu mama furqan" haha..

Malangnya.. 
" no mam. This is not about dengue fever anymore".

What?!! Hah tula kau pandai2 nak ajar doktor.. Kalau semudah itu tak la dorang grade jadi specialist kan.. Aduu abis tu apadia...
Doktor pun jelaskan panjang lebar, kalau setakat denggi, ia hanya bla..bla..bla.. Tapi ne semua sel darah merah, kuning, putih drop.. So, kalau lepas ne drop jg kena buat BMA..

Saya angguk bukan sebab setuju sangat.. Tapi tanda berat untuk terima kenyataan yang menyakitkan.... Tapi Allah ada.. Apapun ujian, kajian dan penemuan para doktor, semuanya atas izin Allah. Furqan sakit atas izin Allah.. Dan saya yakin DIA bisa beri kesembuhan buat furqan juga..

11 Febuari 2015
Furqan da boleh bangun dan duduk. Dia sudah mula mahu makan. Walaupun masih belum mampu senyum, tapi saya dah mula puas hati. Alhamdulillah. Satu hari dia tak demam.

Disebabkan perkembangan yang mendadak tu, furqan boleh pindah wad. Tak perlu dah pakai wayar kaler traffic light. Tak perlu sambung oksigen.
Seringkas itu..
Ajaibnya kuasa Allah. I told u.. I told u...

12 Febuari 2014
Furqan makin aktif. Makin banyak makan. 

Ujian darah seterusnya...
"Mama, radang hati yang furqan alami dah ok sikit tapi masih perlu ujian darah lagi.."
Then, guess what..

What doc.. What??!!
Semua bacaan sel darah Furqan naik sikit.. Tapi sikit je..
Allah.. Allah.. Allah...
Biarlah sikit saja doktor.. Janji tak buat BMA.. InsyaAllah furqan sihat. Furqan akan sihat.. Mari doa sayang, manatau esok kita boleh pulang...


Bahagia. Alhamdulillah. Walaupun kepala masih pusing...
Apa sebenanrnya yang telah berlaku pada kamu furqan...
Tiada yang mampu mengubah kuasa Allah...

Dan keesokannya, 

13 Febuari 2015
Seorang doktor wanita cina yang agak berusia datang kepada saya dan abi Furqan... Kami difahamkan, beliau adalah doktor pakar jangkitan kuman...and the disease revealed...

Furqan disahkan mengalami penyakit Pneomococcal daripada bakteria Streptococcus Pneumoniae.

Terkejut?
Pernah dengar pasal penyakit ne kan.. Pernah baca kisah Puan Erina yang kehilangan permata hati mereka yang pertama  disebabkan sakit pneumokokal ini kan.. 

MasyaAllah. Bila kalian terkejut. Terkedu. Terkilan.. Bagaimana pula saya? 

Pneomococcal boleh kena pada paru-paru atau selaput otak. Dan Furqan alaminya di bahagian paru-paru.

Kalian. Penyakit ini tidak seringkas yang saya fikir ketika membaca kisah Puan Erina. Allahuakbar. Doktor sendiri cakap, Lucky Furqan dapat rawatan awal. Memang. Bakteria ini sangat sedang kebal antibiotik. Selama di wad, masuk hari keenam barulah panas badan Furqan beransur kurang. Dan itu selepas percubaan memasukkan 4 jenis antibiotik  dalam badan Furqan. Antibiotik terakhir adalah Cefeipim. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang saya peluk cium Furqan hingga saat ini. 

Sehingga hari ini, Furqan masih perlu menjalani rawatan susulan. Masih perlu menjalani X-ray dan pengambilan darah untuk melihat perkembangan paru-paru, hati, HB, dan lain-lain. Daripada penyakit Pneomococcal ini, bahagian hati dan sel darah Furqan turut mengalami masalah. Pasti kalian pernah terbaca di mana penyakit Pneomococcal ini mampu bagi kesan yang serius terhadap organ dalaman penghidapnya kan. Nauzubillah. Syukur Furqan makin pulih. Makin aktif. Tapi perlu pemantauan dengan lebih peka.  

Sewaktu di hospital, Furqan ada jugak jalani X-ray beberapa kali dan ultrasound. Masa saya dah tau penyakit Furqan terus google pasal Pneomococcal. MasyaAllah. Buka ja terus nampak contoh gambar paru-paru penghidapnya. Sama sebiji macam X-ray paru-paru Furqan. Sebelah kiri Putih habis. Doktor kata akibat infection yang dah tinggalkan parut. Sel darah Furqan juga mungkin akan ambil masa berbulan bulan untuk pulih balik.

Bagi saya ini satu keajaiban. Bila baca simptom penghidap penyakit Pneomococcal. Allahuakbar. Semuanya ada pada Furqan masa tu. Subhanallah. Besar hikmahnya bila doktor bongkarkan beberapa jam sebelum kami dibenarkan dischagre, kalau tidak agaknya nak pengsan kut saya depan doktor. huhu.

Hari yang sama kami dibenarkan pulang selepas masuk dos antibiotik Cefeipim yang terakhir. Tapi perlu  datang 7 hari selepas itu sehinggalah hari ini. HWKK dah jadi macam second home kami da... Tak pa senyum ja. Furqan makin pulih. InsyaAllah.

Oh ya. Kita sempat kena bawa consult pasal vaccination. Dr. Chin la tu. She asked us to give immunizations to our child, immediately. At least lepas Furqan sembuh.

Sebab happy sangat Furqan dah boleh balik dan nampak perkembangan Furqan yang "nafas dah tak laju" (hehe) so kita senyummmmm lebar je banyak-banyak. Bersyukur. Allah.. Allah.. Allahuakbar. Semuanya atas izin Allah.

Banyak sangat hikmah dan pengajaran buat saya, Abi, Insyirah & Furqan atas ujian Allah ini. Allah maha adil. Ujian yang kita hadapi bukan untuk kita ratapi. Tapi untuk kita cungkil, cari, dan gali hikmah disebaliknya. Sebab hikmah itu jauh lebih indah. Lebih membahagiakan bila kita redha. InsyaAllah.

Kalian doakan kesihatan Furqan berterusan ya. Beliau masih di bawah rawatan pakar. Moga Allah beri kesembuhan sepenuhnya buat beliau.



Thank you for reading this entry