Thursday, August 23, 2012

hati



HATI
mengapa mudah terguris
Kadang-kadang, hati kita mudah saja terluka. Terutama bila berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyebelahi diri kita. 

HATI
mengapa mudah membenci
Bila hati sudah terluka dan terguris, mudah saja untuk kita membenci. Tidak kira siapa atau apapun!

duhai HATI, 
mudah-mudahan sentiasa lapang dan tenang. Belajarlah menerima, redha dan maafkanlah pada yang berdosa. 

Secebis kata, seungkap ayat sebagai tazkirah di hari raya.
Moga saling mengingat!

Salam Aidilfitri yang ke enam.. Moga kekal dalam lindungan yang maha KUASA..

Thursday, August 16, 2012

AIDILFITRI 2012 : saya pasti akan rindukan QISYA saya..

Assalammualaikum



Lengang saja perjalanan saya ke pejabat hari ini. Mungkin sudah ramai yang bercuti. Maklumlah debaran aidilfitri makin terasa. Macam tu juga saya, cuma masih banyak yang perlu saya selesaikan sebelum bercuti. Jadi kena kerja juga hari ini.

Awal pagi tadi saya bercadang untuk lewat pegi kerja dari petagas. Tiba-tiba lepas subuh tadi saya teringat Qisya. Dia akan balik sandakan hari ini. Saya terus kejutkan abi Insyirah untuk turun kerja awal. Jadi saya dapat ikut dia terus ke papar. Awal pagi lagi kami bertolak. Saya yakin, masih sempat untuk peluk cium qisya.

Dan... inilah yang berlaku beberapa jam tadi...

Alahai Qisya umi..

DIA TERUS PELUK INSYIRAH BILA NAMPAK. MAMA CAKAP MUNGKIN RINDU SEBAB DUA HARI TAK JUMPA. KESIAN.




CUTE KAN..


MUKA NE LA YANG PALING SAYA RINDU NANTI



BALIK2 TINGU ABAH DIA SUSUN BARANG DI KETA. TAK SABAR MAU BALIK KAMPUNG MUNGKIN HEHE

















HABIS DIA KELUARKAN BARANG2 DALAM BEG SAYA



MAIN KUK BA! HEHE


MEMANG TAK SABAR BUDAK NE..



MAU JALAN DA..


















BERMULALAH PERJALANAN MEREKA KE SANDAKAN...
MOGA DALAM LINDUNGAN ALLAH SWT..

Raya tahun ne, tak dapatla bergambar dengan qisya. Hikmahnya pada kehadiran Insyirah. Mudah-mudahan dalam seronok mengecap nikmat hari raya dari Allah swt, kita masih dalam lindunganNYA jua. Moga tidak lupa pada suruhanNYA.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN bloggers..

Sincerely,
Safraa, Yusri & Insyirah

Wednesday, August 15, 2012

demam

Assalammualaikum

Lama tak update blog. Beberapa hari ne, saya kurang sihat. Saya demam. Entah kenapa. Tiba-tiba pula. Tapi tak apa saya redha. Sakit itu kifarah dosa. Alhamdulillah.

Mula isnin petang yang lalu, badan saya rasa seram sejuk. Menggigil pulak tu. Saya bawa rehat di surau. Tak sangka pula balik dari keja makin teruk. Badan saya panas. Mata dan hidung saya juga rasa panas. Kepala saya rasa berat. Sakit pulak tu. Saya kalau sakit kepala saja mesti nak muntah. Hah apa lagi. Tak payah cerita la.. Habis air-air dalam badan saya muntahkan.

Demam saya berlanjutan sampai hari selasa. Sebenarnya saya jarang sakit. Tapi bila saya mula sakit jarang yang sikit-sikit. hehe. Masa bangun sahur hingga ke pagi saya rasa ok ja. Cuma kepala berat sikit. Jadi saya gagahkan diri juga untuk terus pegi keja. Tak sangka, demam saya makin teruk. Badan saya makin panas. Saya rasa menggigil. Nak tak nak, saya kena makan ubat dan.. pecahlah sudah puasa saya. huhu. Lepas makan ubat dan bawa rehat di surau, saya rasa oke sikit. Alhamdulillah. 

Malam hari pulak sakit saya datang balik. aduih. Malah makin teruk. Abi Insyirah mula panik. Katanya tak pernah dia tengok saya macam tu. Even waktu mula-mula mengandung dulu pun tak pernah badan saya panas begitu. Dia bawa saya ke klinik. Sampai klinik doktor pun terkejut bila temperature saya sampai 40c. Tinggi sungguh demam saya. Balik dari klinik saya terus tidur, selepas menyusui Insyirah.

Huhh.. kesian Insyirah bila saya demam dia kurang perhatian. Kelmarin (rabu) saya dapat MC. Insyirah saya biarkan tinggal dengan saya. Dalam keadaan yang masih sakit, baru saya rasa sukarnya untuk jadi ibu yang baik. Insyirah tau bila dia bersama saya. Dia mula manja. Suka bergayut dan tak nak ditinggalkan sorang-sorang. Sedangkan saya perlukan cukup rehat. Kepala saya berat sangat. Balik-balik muntah. Kadang rasa nak menangis pun ada.

Saya tau Allah sayangkan saya. Sebab tu DIA bagi saya sakit. Dalam masa yang sama Allah tetap permudahkan ujian yang dia bagi. Sebab DIA juga tau sejauh mana saya mampu menghadapi dugaan itu. Dalam keadaan saya yang sakit dan perlu menghadapi Insyirah yang sangat manja kelmarin, tiba-tiba abi Insyirah pulang seawal jam 3 petang. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. 
Terima kasih pada abi juga, yang terus tolong umi jaga Insyirah, bawa dia main, mandikan dia dan terus lenakan insyirah. Terharunya.. Aiceh!

Oke, itu saja.. hihi..

Friday, August 10, 2012

Sayangnya Allah SWT pada yang menyusu dan menyusukan

Assalammualaikum

Em, macam tiba-tiba nak cakap pasal sayang pula kan. Memang, kita sedia maklum. Allah swt memang sayang akan semua hamba-NYA. Cuma kita saja sometimes tak nak bersyukur. Kadang-kadang sabar pun tak nak. Sapalah tu. huhu..

Cakap soal sayang ne, banyak yang telah tuhan tunjukkan kasih sayang-NYA buat ibu yang menyusukan juga. Bila kita telitinya semula, DIA berikan banyak kelebihan dan kebaikan buat ibu yang menyusukan, anak yang menyusu, penghasilan air susu, perkaitan air susu pada ibu dan anak, hubungan ibu dan anak dan sebagainya. Saya banyak membaca tentang penyusuan dan susu ibu. Daripada pembacaan saya, tiada satu perkataan yang merujuk pada kuasa Allah swt terhadap penghasilan air susu. Yalah, biasanya bab penyusuan ne kan termasuk dalam subjek saintifik. Biasalah tu. Cuma, segala ilmu yang saya dapat benar-benar menyedarkan, malah mengingatkan saya betapa besarnya kuasa Allah swt dan betapa sayangnya DIA pada hambaNYA.

Tahu tak ibu sekalian...

> Air susu ibu adalah susu terbaik di dunia. Tiada satu susu buatan atau susu haiwan yang mampu menandinginya.

> Air susu ibu mempunyai khasiat yang berganda-ganda. Buktinya apabila ia mampu memberikan bayi antibodi yang kuat dan mampu menentang segala penyakit.

> Ajaibnya susu ibu sentiasa berubah pengeluarannya mengikut keperluan bayi. Makin besar bayi makin banyak susu yang diperlukan maka semakin banyak lemak yang terhasil pada air susu ibu. see? semua tu kerja siapa kalau bukan Allah swt.. Subhanallah..

> Seandainya bayi terdedah pada persekitaran yang tidak sihat, seperti demam selesma dan sebagainya, maka air susu ibu juga mampu mengubah keperluannya, di mana antibodi dan nutrien meningkat selaras dengan keperluan badan bayi yang berhadapan dengan persekitaran yang kurang sihat tersebut. Maka ibu, perlu bersedia bersama-sama bayi untuk mendedahkan diri pada persekitaran itu juga agar tubuh cepat bertindak menghantar isyarat pada kelenjar susu kita. InsyaAllah, dengan kuasa Allah swt, bayi akan terhindar daripada sakit-sakit. Kalau sakit pun, cepat baik. ^__^

> Hebatnya saya rasa bila, susu ibu di waktu malam mampu bertindak menidurkan bayi. Patutlah Insyirah sangat nyenyak tidur lepas menyusu malam.. 

> Banyak sangat rasa susu ibu. Sedap kot. Sebab tu Insyirah tak suka lepas. Sebabnya, rasa air susu ibu berubah mengikut pengambilan makanan oleh ibu. Jadi ibu-ibu makanlah makanan yang berkhasiat.

> Susu ibu mampu mengeratkan ikatan dan kasih sayang ibu dan anak. Bila ibu menyusui anak, akan wujud satu rasa yang hebat mengalir dalam tubuh ibu dan anak hingga disalur terus ke otak. Yang kita tahu, bahagianya rasa bila kita mampu menyusui si manja kita. percayalah..

> Air susu ibu juga adalah sebagai satu bonus untuk penjimatan. Terselit juga hal ehwal ekonomi ne.

> Untuk ibu yang menyusui, pahala yang tuhan bagi pun bukan sikit-sikit tau. Tak caya? mari rujuk Fadhilat Menyusukan Bagi Si Ibu

Banyak lagi ne kalau nak sebut satu-satu. Nampak tak, banyaknya kelebihan penyusuan dengan susu ibu. Kenapa Tuhan bagi kelebihan yang mencurah-curah macam ne? Sebab Allah swt sayang kita. Sayang pada hamba-hamba NYA. Keistimewaan pada ibu itu juga sangat ketara. Nyata Allah meletakkan martabat wanita itu terlalu tinggi.

Dulu, saya gerun nak jadi ibu. Sebab takut dengar cerita orang bersalin. Sekarang, bila dah tau kelebihan dan keistimewaan sebagai ibu, saya bersyukur telah jadi umi untuk Insyirah. Apatah lagi masih berpeluang menyusukan Insyirah sampai saat ini. Sakit bersalin itu pasti. Tapi percayalah, sakit yang sekejap itu tuhan gantikan dengan nikmat yang berganda-ganda. Keistimewaan yang mencurah-curah.



SUSU IBU pada saya satu keajaiban. Ajaibnya kuasa tuhan. Nyata kuasa Allah itu ada di mana-mana. Biar dalam tubuh manusia sekalipun. Subhanallah..

Mudah-mudahan, kita semua ibu-ibu yang akan terus diberi kekuatan untuk mensyukuri nikmat yang tidak terhingga ini. Wallahualam..


Thursday, August 9, 2012

Bagaimana menikmati makanan di bulan ramadhan

Assalammualaikum

Terasa nak masukkan satu entri lagi untuk hari ne. Wah semangat sungguh saya. Tak putus asa langsung. 
Bukan apa, tadi petang lepas balik kerja, saya dan abi Insyirah singgah di Bazaar Lok Kawi. Untuk pertama kalinya sepanjang ramadhan tahun ne kami singgah di sana sebelum balik papar. Kiranya nak tengok-tengok kalau ada selera yang 'ngam' di sana. 

Hasil daripada usaha 'menyinggah', menyuci mata dan membeli.. kami bawa balik 2 plastik ABC, 2 plastik laici kang, 3 bungkus laksam, satu bekas puding santan, dan paling special kegemaran abi Insyirah, daging kambing panggang. Wow! 

Sebelum balik, saya ada beli ikan uji rashid dan tulai panggang untuk berbuka atau untuk makanan sahur nanti.

Di rumah Papar, ada kami bertujuh. Daus dan Kak Eta ada sama. Cuma bapa dan abg Kamal yang tiada. Bapa hadir majlis iftar di pejabat. Abg Kamal pula dah turun laut balik kerja. Kami kira makanan yang dibeli tadi kira oke lah. Harap tak membazir. 

Pulang rumah, mama ada masak nasi goreng. Saya rasa oke jugak manatau laksam dan lamb chop cepat habis sebab kami tak beli dalam kuantiti yang banyak. Sederhana saja. Sebelum sibuk sediakan juadah, saya solat asar dulu, then menyusukan Insyirah. Lepas tu terus masuk dapur. Nampak Kak nisa balik dari...bazaar katanya. Bazaar?? eh..eh..

Tengok-tengok dia bawa balik, sebungkus kuetiow, 3 bungkus soto, seplastik martabak jawa, seplastik lagi kebab dan seplastik lagi kuih cakui. Ditambah lagi dengan sebotol air tebu yang sangat menyelerakan. Saya pandang dalam-dalam semua makanan. Alahai semuanya sedap. Semuanya saya nak!

Nafsu.. Nafsu..!! Semua makanan yang saya sebut di atas masih bersisa di atas meja makan kami di dapur. Lepas terawih, semuanya kenyang dengan juadah moreh pula. Siapa nak habiskan makanan di atas meja. Sahur nanti pun belum tentu akan habis.

Saya masuk dapur kejap tadi, niat nak buat minuman panas. Sementara tunggu air mendidih saya duduk di ruang meja makan. tenung makanan lama sikit. Saya ambil kebab dan makan. Then, terus terfikir nak share something dalam blog. Ahh.. nak cakap panjang rasa malas pulak. Semua tau sifat membazir tak baik kan. Sebenarnya, silap kami tadi tidak berunding waktu beli makanan. Saya pula ikut sedap hati beli itu beli ini tunjuk dengan abi Insyirah dan dia bayar. Kenapalah saya tak terfikir yang orang di rumah akan beli juadah berbuka juga. 

Google.com


Biasanya, sebelum berbuka, memang besar sungguh nafsu nak makan itu dan ini, nak merasa makanan barulah, atau bila tengok rupa makanan dan kuih tu cantik pun kita nak beli. Kalau ada lebihan yang banyak tu yang sayang sangat. Saya pernah dengar di radio ikim, tazkirah daripada Dr. Muhaya, orang yang suka buang makanan ne tak akan kaya-kaya. Haaaa... jangan tanya2 lagi kenapa rezki susah sangat nak masuk. Aduih.. berubahlah duhai sikap!! 

Boleh makan dan rasa itu ini tapi bukan diakhiri dengan pembaziran. InsyaAllah saya akan cuba dan cuba untuk berubah. Mungkin juga hari ne, 2 orang isi rumah tiada. Jadi tu yang banyak lebihan. Alasan.. hihi

Sudahnya, kemana pergi pahala ibadah sepanjang ramadhan ini. Hanya dengan pembaziran yang berlaku saja sudah tuhan kurangkan pahala yang mungkin telah ada. Sayang! rasa rugi sungguh-sungguh. Banyak kemudahan yang tuhan bagi. Padahal sudah terang lagi bersuluh, bulan ramadhan ne DIA bagi chance untuk buat amal. Sikit pun dah dapat pulangan berganda. Tapi ingat, Tuhan tak kan berenti menguji. Subuh ne, kita buat qiamullail. Esok petang kena cuci mata dengan juadah bagai.. 

Ya Allah, kuatkan iman hambaMU ini untuk menghadapi ujian duniawi yang maha hebat.. Subhanallah..


Kredit pic from GOOGLE

Wednesday, August 8, 2012

PENGHASILAN AIR SUSU IBU : ajaibnya kuasa tuhan

Assalammualaikum

Selalunya, kita cuma terdedah pasal kebaikan susu ibu sama ada pada anak atau pada kita sendiri kan.. Apa yang kita selalu abaikan adalah bagaimana susu ibu itu terhasil dan caranya bekerja dalam tubuh ibu. Seandainya kita mampu mengetahui dan menyelaminya, InsyaAllah, kita juga mampu mengatasi dan memahami mengapa wujudnya masalah-masalah dalam penyusuan contohnya oversupply dan kurang air susu.

BAGAIMANA IA BERMULA
Pada mulanya, hormon yang dihasilkan daripada kehamilan mula untuk berubah dan berkembang pada duktus susu. Ia mula bersiap sedia untuk pengeluaran air susu dengan meningkatkan bilangan dan cawangan  dihujung kelompok alveoli.

Sepanjang kehamilan, sistem kawalan endoktrin kita, akan mula menghasilkan kolostrum. Bekalan susu kita pula akan mula terhasil dalam tempoh 30 hingga 40 jam selepas melahirkan. Pada waktu ini, perut bayi masih terlalu kecil untuk menyusu banyak. Mereka hanya perlukan beberapa titis kolostrum sahaja untuk kenyang dan puas.

Badan kita tidak dapat menghasilkan susu sebelum kelahiran bayi kerana tahap progestron kita pada waktu itu adalah sangat tinggi. Namun, setelah melahirkan, tahap progesteron kita akan jatuh serta merta dan tahap prolaktin yang tinggi mula mencetuskan pengeluaran air susu yang sangat banyak. Ini dinamakan "lactogenesis 2".

Ibu seharusnya mula menyusukan anak secepat mungkin, di mana hal ini adalah permulaan prolaktin dilepaskan dan seterusnya akan meningkatkan penghasilan dan pengeluaran air susu. Ibu hanya akan merasakan payudara mula penuh dengan air susu selepas 2 hingga 3 hari selepas bersalin. Emm.. pasti ibu-ibu dapat rasa biasanya 3 hari lepas bersalin payudara mula membengkak kan.. malah ada yang sanpai demam lagi.. Beginilah al-kisahnya..

Apabila badan kita memberi isyarat mula menghasilkan susu, hormon oksitosin dilepaskan dan ini menyebabkan air susu kita mula keluar atau mengalir daripada payudara. Breastfeeding Hormone

Selepas "lactogenesis 2", terdapat satu suis pada sistem autocrine kita. Ini pula dipanggil proses penghasilan susu "lactogenesis 3". Ini adalah peringkat penyelenggaraan dalam penghasilan susu di mana, pengeluaran susu ibu dikawal melalui konsep Supply & Demand (Tawaran & Permintaan. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu ibu yang akan dihasilkan. Jadi, kalau nak perbanyakkan air susu kena amalkan konsep supply & demand selalu. Pendek kata, kerapkan pengosongan payudara. Samada susui anak dengan lebih kerap atau pam ketika tidak bersama anak.

BAGAIMANA SINTESIS SUSU DIKAWAL
a) Apabila payudara kita penuh, maka milk production akan mula slow.
b) Jika payudara kita kosong pula, penghasilan susu akan jadi sped up!

Thats why, kena kerap kosongkan payudara.

Biasanya, payudara akan menjadi penuh selepas berlaku 'let down' reflex kerana badan kita masih belum dapat menyesuaikan pengeluaran air susu dengan permintaan penyususan bayi. Tetapi, hal ini akan berubah dari masa ke semasa dan mula berlaku penyesuaian terhadap keperluan penyusuan bayi.

BEKALAN SUSU IBU SEPANJANG HARI
Volume susu biasanya lebih besar pada waktu pagi, dan beransur-ansur menjadi kurang sepanjang hari. Lama-kelamaan ia akan menghasilkan lebh lemak dan menjadi lebih pekat.

MENAMBAH BEKALAN AIR SUSU
Bagi ibu yang ingin menambah atau memperbanyakkan air susu demi untuk terus menyusukan anak, kena pastikan payudara kita sentiasa kosong. Sama ada pam ikut jadual atau kerap menyusui bayi supaya penghasilan air susu menjadi lebih cepat.

MACAM MANA NAK TAMBAH BEKALAN AIR SUSU
Mesti ramai ibu-ibu yang breastfeed anak tertunggu-tunggu dan tercari-cari kaedah berharga ne kan... lebih-lebih lagi jika kita niat nak bagi sampai anak 2 tahun.. Saya juga dikalangan anda semua.. Mari kita lihat satu-satu tips yang saya telah gali ne..

1) KOSONGKAN PAYUDARA dengan lebih kerap. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusui atau mengepam. Sebaiknya, amalkan tandem pumping.

2) FENUGREEK can be used also. Fenugreek ne sejenis herba. Klik je lah link tu for more info about it ok.

3) Breastfeeding on demand

4) Menggunakan Galactagogues

5) Amalkan Breast Massage

6) Amalkan laktasi yang baik supaya dapat stimulate our nipple effectively and also drain the breast well!

7) Bagi bayi menyusu pada kedua-dua payudara. Tapi kena pastikan payudara sebelah betul-betul kosong dulu supaya bayi dapat susu cair dan susu pekat yang seimbang. Kalau bayi dah kenyang untuk satu payudara saja, pam yang satu lagi.

8) Jangan sesekali skip menyusukan atau mengepam pada waktu malam. Malam hari air susu kita menghasilkan lebih khasiat. Jadi ia baik untuk bayi juga. Malah menyusukan di waktu malam juga akan bantu kita increase susu.

9) Elakkan stress yang mengganggu. Ingat! Penyusuan juga adalah sycologi..

10) More tips boleh kita ambil dari SINI. Mungkin ada perkara yang perlu kita elakkan juga.

KOMPOSISI SUSU IBU
Susu ibu berubah mengikut kadar tumbesaran bayi. Jumlah lemak pada susu juga semakin meningkat mengikut keperluan bayi. Dimana, semakin mereka meningkat dewasa, maka semakin banyak lemak yang badan mereka perlukan. Ibu juga memindahkan semua faedah imunisasi badannya kepada bayi. Ramai di kalangan ibu berpendapat bahawa mereka harus berhenti menyusukan bayi jika mengalami demam atau selesma. Tetapi hakikatnya, hal ini tidak bertentangan dengan kajian sebenar iaitu, bagi ibu yang menyusukan sebenarnya apabila mereka menyusui anak, itu akan lebih membantu mereka untuk melawan penyakit. Penghasilan susu ibu itu akan membantu mereka memerangi sakit yang dialami.

Dalam proses penghasilan susu ibu juga, anda perlu tahu tentang pembentukan foremilk & hindmilk. Dimana, foremilk adalah susu cair dan hindmilk adalah susu pekat yang penuh lemak. Kedua-duanya adalah sangat penting untuk bayi. Anda boleh baca maklumat lanjut pada link ya.

Daripada apa yang kita lihat, baca dan sehingga menjadi tahu.. bagaimana susu ibu terhasil dan dihasilkan mengikut keperluan bayi kita.. membuatkan mata hati kita terbuka. Pada saya, tiada ayat lain yang mampu saya ucapkan daripada proses-proses yang telah saya ketahui.. Ajaibnya kuasa Allah swt.. kan.. ^__^

Semoga info ini bermanfaat untuk rakan ibu sekalian. Moga terus menjadi ibu yang hebat.
Salam 20 Ramadhan buat semua.. Salam alaik


kredit info for breastfeeding-problem.com


Monday, August 6, 2012

bekerja dan BREASTFEEDING

Assalammualaikum

Are you working and breastfeeding mom? 
yes i am! hehe.. 
Ha.. jangan fikir bila kita dah kerja kita terhalang untuk bagi anak susu terbaik di dunia ne. Ada caranya duhai sang ibu yang penyayang sekalian. Orang kata, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jadi jangan berdalih. Sama-sama kita martabatkan susu ibu buat permata hati kita. InsyaAllah.

Apabila kita dah balik kerja, kita still boleh pump breast di ofis. Sebab tiada baby nak menyusu. kena pam sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam sekali. atau lebih baik ikut jadual bayi kita menyusu. 2 jam sekali. Ini bertujuan untuk menghalang susu kita daripada berkurangan. Susu yang telah di pam boleh disimpan mengikut cara yang betul untuk kekalkan kesegaran dan masih boleh diberikan pada anak kita nanti.

PEMBERIAN SUSU IBU MELALUI BOTOL
Sepanjang waktu kita bekerja, kita still boleh bagi anak susu badan melalui botol. Ramai ibu diluar sana yang telah berjaya bagi anak full bf walaupun bekerja apatah lagi berhadapan dengan situasi kerja yang sibuk. Best kan diorang yang dah berjaya. Saya pun masih dalam usaha. 

GETTING READY EMOTIONALLY AND PHYSICALLY
Buatlah keputusan sebaiknya. Apapun yang kita lakukan yang melibatkan pengorbanan kena ada persediaan emosi, mental dan fizikal. Setakat 4 bulan bagi full bf pada Insyirah pun saya tak nafikan banyak ujiannya. Tapi saya tau saya kena laluinya juga. Setakat ini tiada masalah. Alhamdulillah. Give urself a month trial period to decide sama ada anda mampu hadapi tekanan yang melibatkan bf dan kerja dalam masa yang sama.

Apapun, ibu-ibu jangan risau. Yakinlah bahawa kita mampu lakukannya. Niatkanlah menyusukan anak ini atas ibadah pada Allah swt. Sesungguhnya, kita menyusukan ne pun atas suruhanNYA. InsyaAllah, DIA akan permudahkan. Untuk memudahkan anda, cuba susun dan sediakan satu jadual penyusuan dan pengepaman setelah balik kerja nanti.
Contohnya;

1) Bangun awal pagi untuk breastfeed anak kita. Macam Insyirah, pada saya tiada masalah. Dia memang akan cari susu seawal jam 2 pagi, then bangun lagi dalam jam 5 pagi. Dalam masa yang sama saya akan ambil kesempatan untuk buat tandem pumping. Sambil Insyirah menyusu sambil saya pam untuk kilang yang satu lagi.. ^__^

2) Amalkan sarapan pagi yang baik dan minum air secukupnya. Ini penting.

3) Sekitar jam 9.00 pagi di pejabat, cuba usahakan sebolehnya ambil masa dalam 20 minit untuk mengepam. Pastikan anda kosongkan payudara sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam sekali.

4) Masuk lunch tym, kalau anda dekat dengan anak, misalnya pejabat dekat pusat jagaan, boleh bagi direct feed untuk si manja. Kalau tidak teruskan usaha mengepam.

5) Home time- waktu balik kerja, susuilah anak anda.

6) Waktu malam adalah waktu terbaik menyusukan anak sekerap mungkin. Khasiat susu kita lebih pada malam hari. Selain tu, kalau mengepam di malam hari juga cenderung untuk bantu kita increase air susu. Betul! Cuba amalkan..

APA YANG PERLU DIRANCANG
Apabila kita merancang untuk bagi full bf pada anak walaupun setelah balik kerja, we have to plan. Perlu ada persiapan yang rapi untuk capai apa yang kita impikan. Tapi, jangan terlalu memaksa diri. Buat pelan-pelan tanpa mengundang tekanan. Sebelum balik kerja, usahakan untuk tambah pengeluaran air susu kita. Buat stok susu sebanyak mungkin dan letak dalam freezer sebagai bekalan untuk hari mendatang, saat kita tidak bersama bayi. Pam susu selepas menyusukan bayi untuk buat stok. Jangan tunggu breast bengkak. Pastikan payudara sentiasa kosong. Ingat! the emptier the breast becomes, the more it is stimulated to create milk!


Selain itu, untuk memudahkan, dapatkan breastpump yang bagus. Tapi ini bukan wajib ya. Ianya terpulang pada keselesaan dan kemampuan anda. Saya pernah terbaca satu entry ibu yang bagi full bf pada anaknya selama setahun lebih dan buat stok susu hanya dengan memerah dengan menggunakan tangan semata-mata (teknik marmet) selama setahun!! Jadi breastpump ne bukan wajib. Hanya untuk memudahkan anda. Sebab bila kita kerja, lebih-lebih lagi ibu yang tiada banyak masa dengan menggunakan pam, kita akan rasa lebih mudah dan cepat. Saya sendiri pun bila malam atau hujung minggu, kadang-kadang lebih selesa memerah dengan menggunakan tangan saja. Kuatiti susu tiada beza sama sekali. Cuma lenguh tangan dan leher je.. eheh!

Beberapa hari sebelum mula kerja dah boleh start buat stok susu dan pastikan disimpan ikut kaedah penyimpanan susu yang betul. Dan jangan lupa letak tarikh dan masa. Sebaiknya, waktu siang, cuba bagi bayi susu perahan pada waktu pagi juga dan menyusu pada waktu malam bagi susu perahan waktu malam. Ini kerana, normally, production susu pada waktu malam biasanya berfungsi untuk buat baby tidur. Kalau kita bagi susu perahan pagi untuk bayi menyusu di malam hari, takut bayi tak boleh tidur. Cuma kalau saya, malam hari saya jarang bagi ebm. Saya tetap akan bagi direct feed. Lagi baik.

Start pumping after every breastfeeding session.

Pastikan, majikan kita tahu aktiviti memerah ne. Sebab ini penting untuk mereka faham dan considered bila kita tiada di tempat duduk sepanjang sesi memerah. Make sure diorang faham. InsyaAllah, niat yang baik akan tuhan permudahkan. Then, cari tempat tertutup yang sesuai tanpa gangguan. Nanti kita pun dapat mengepam dengan aman..

BERAPA BANYAK AIR SUSU YANG SEPATUTNYA KITA KUMPUL DALAM MASA 8 JAM BEKERJA
Breastfeeding working moms will usually need to pump at least 15 ounces of breast, dalam masa 8 jam waktu bekerja... Try to get it. InsyaAllah BOLEH!



Jadi, fikir apa lagi duhai para ibu yang hebat sekalian..?? marilah kita bagi anak susu terbaik didunia.  Jika ramai para ibu berjaya menyusui anak mereka sehingga 2 tahun penuh, mengapa kita tidak.. sama-sama kita doa dan berusaha.. INSYAALLAH.. (",)







kredit info by breastfeeding-problem

Thursday, August 2, 2012

WAIT

Assalammualaikum


Hari ini saya ok.
Awal pagi sudah set minda untuk bekerja dengan penuh dedikasi dan keikhlasan atas ibadah pada Allah swt. InsyaAllah. Saya taip ne pun masa waktu rehat. Saya dah cium Insyirah sepenuh hati sebelum pegi ofis tadi. Abi Insyirah pun ada kol. Jadi semuanya baik saja.

Beberapa hari ne juga, ada masa terluang saya gali ilmu tentang bf. Banyak ilmu yang saya dapat. Alhamdulillah. Tak sabar nak share pada rakan ibu sekalian. Cuma saya belum ada masa mau tumpukan pada penulisan yang panjang. Apapun saya akan cuba.

Sabar ya. InsyaAllah, saya akan cari masa untuk anda. 

Btw, esok abi Insyirah dah start exam untuk first paper. Mudah-mudahan dia diberi kekuatan dan dimudahkan untuk jawab soalan.. Amin (",)

Wednesday, August 1, 2012

R.I.N.D.U

Saya rasa kosong. Bingung mau memulakan kerja yang mana satu. Datang ofis saja sudah rasa tak menentu. Saya rasa lembap sangat. Padahal hari ini hari khamis. Bukan MONDAY BLUES..

Kenapa ne..

Saya masuk surau jam 9.00 pagi. Biasalah rutin saya hari-hari sejak breastfeed Insyirah. INSYIRAH..??  Saya terbayang wajah anak itu, mata sepetnya.. Bibir mungilnya.. Hidung tupapnya... (ehe!) Tiba-tiba saya rasa kelopak mata saya panas..

Rupanya saya rindu dia..

Tadi saya kelam kabut sikit. Padahal lepas sahur bukan tidur balik pun. Saya mesti ubah sikap betebiat ne. Kelmarin pun, saya tak sempat jemur kain sebelum pegi ofis. Tapi kain saya kering. Rupanya abi Insyirah yang tolong jemur kain tanpa disuruh. Baiknya suami saya.. Dia pun saya rindu..

Tiada apa yang menarik. Saya cuma rindukan dua insan yang saya sayang. Itu saja.
SEKIAN..

Rindu juga dengan rambut lebat insyirah..