Thursday, September 29, 2011

Thursday, September 15, 2011

RUMAHTANGGA TANPA SAKINAH, MAWADDAH DAN RAHMAH...

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Bagaimana agaknya, rupa sebuah rumah tangga tanpa cinta dan kasih sayang..
Maka.. jika begitu, tiadalah pengorbanan dan keikhlasan..
Tiadalah konsep memberi dan menerima..
Pernah aku terdengar, luahan hati seorang teman.. “ aku terus bersama dengan isteri hanya untuk tujuan menjalankan tanggungjawab.. tanggungjawab pada tuhan, bagi anak bini makan pakai, nafkah.. buat baik pada mak mentua.. cukuplah, aku tak pernah marah dan buat tak patut pada rumahtangga aku.. “
Aku hanya mampu tersenyum.. tanpa dipinta dia menyambung, “dah kawen bertahun manalah ada sayang sayang lagi... jalankan tanggungjawab sebagai suami saja cukup, janji tak sakiti bini..”
Bagaimana seorang suami dan bapa boleh berfikir keadaan sedemikian.. apalah maknanya sebuah perkahwinan tanpa cinta dan kasih sayang.. sesungguhnya perasaan sayang terhadap pasangan juga adalah tanggungjawab yang sepatutnya ada dalam diri tiap pasangan yang berkahwin.. apakah rumahtangga tanpa cinta dan kasih sayang boleh mengecap nikmat dan kebahagiaan dalam menjalani hidup berumahtangga.. bagaimana pula didikan yang bakal diterapkan pada anak-anak nanti...
Apakah melayani isteri tanpa cinta dan hanya berpaksikan tanggungjawab semata-mata itu dijamin tidak menyakiti si isteri..??
Mungkin tidak pada semua, tapi jarang-jarang dan tetap ada di hati dan minda lelaki itu, berfikir terlalu mudah... bermula daripada niat perkahwinan yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata, bila sudah mula bosan dan terlalu kenyang, semua yang dijanjikan sebelum bernikah dulu hilang begitu sahaja...
Aku masih berfikir..dan berfikir..
Tuhan, peliharalah kami daripada tergolong dalam dilema sebegini.. wallahualam.. (“,)