Tuesday, July 31, 2012

suatu petang BERHARGA untuk KELUARGA

...CANDID CAMERA...

Kisah semalam...













MEREKA SEMUA ANUGERAH ALLAH SWT BUAT DIRI INI...

CINTA HATI SAYA

DUA INSAN KESAYANGAN SAYA...




WINDBELL SEAFOOD RESTAURANT.. IN MEMORIES - 30 JULAI 2012

INSYIRAH YANG PALING PENAT...

Biarlah gambar-gambar di atas bercerita...
Ringkasnya, 30 Julai lalu, uncle pian Insyirah belanja buka puasa di steamboat restaurant WINDBELL Tanjung Aru sempena ulang tahun kelahirannya yang ke - 30.. HEPI BESDAY PACI PIAN.. Moga cepat jumpa jodoh.. ^_^

SEKIAN...

Monday, July 30, 2012

ketidakseimbangan foremilk & hindmilk

Assalammualaikum

Hari ini saya telah bercadang untuk berkongsi salah satu ilmu berkenaan penyusuan ibu lagi, iaitu tentang 'foremilk & 'hindmilk'.. Terdapat tiga jenis breastmilk yang sangat penting untuk bayi kita, iaitu, 'foremilk' , 'hindmilk' , dan 'kolostrum'..
Seperti yang kita tau, kolostrum ialah susu yang berwarna kekuningan yang dihasilkan selepas beberapa jam atau beberapa hari selepas ibu melahirkan.. Kepada ibu baru, tau tak apa yang dimaksudkan dengan 'foremilk & hindmilk' pula? Foremilk merupakan susu awal dan hindmilk pula adalah susu akhir. Kedua-dua jenis susu ini adalah sama penting yang perlu diberikan kepada bayi kita.

FOREMILK
Foremilk ialah susu yang berada pada kedudukan hadapan payudara. Ia juga disebut sebagai susu awal. Di awal penyusuan, bayi kita akan mula dapat foremilk. Susu ne, agak cair dan mengandungi air yang banyak serta berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi. Jadi sebab itulah, untuk 6 bulan pertama, bayi tak perlu minum air masak sekalipun. Warnanya pula agak kebiruan dan ia mengandungi khasiat seperti karbohidrat, protein dan vitamin yang sangat penting untuk bayi.

HINDMILK
Hindmilk pula adalah susu yang berada pada kedudukan belakang payudara, dimana bayi hanya akan mendapatnya di akhir sesi penyusuan iaitu setelah menghabiskan foremilk (susu awal). Oleh itu, hindmilk juga disebut sebagai susu akhir. Ia mengandungi kandungan lemak yang lebih dan agak pekat jika dibandingkan dengan foremilk yang cair. Warnanya juga kelihatan pekat dan agak kekuningan. Hindmilk juga tinggi kandungan kalori dan penting untuk tenaga serta tumbesaran bayi.


Cuba perhatikan susu anda, pasti ada perbezaannya
~kredit pic for google~


MENGAPA IA BERBEZA PADA SUSU
Apabila susu dihasilkan, oleh alveoli (yang menghasilkan sel susu) kebanyakannya mengandungi lemak yang tinggi dan dan ia terhasil di belakang payudara menjadi hindmilk dan selebihnya, susu tersebut terkumpul di bahagian hadapan payudara menjadi foremilk.

Jadi, lemak yang dihasilkan itu sebenarnya tersekat di belakang payudara dan inilah yang menyebabkan perbezaan yang besar pada kandungan susu ibu. kandungan lemak dalam susu meningkat secara beransur-ansur dalam penyusuan sebagai dua lapisan lemak yang dibebaskan dari alveoli.

Lebih lama ibu menunggu untuk menyusukan/ memerah maka lebih banyak foremilk yang akan dihasilkan. Namun ia juga akan membuatkan bayi menunggu lama untuk mendapatkan hindmilk.

Level laktosa yang tinggi  yang ditemui dalam foremilk sangat penting untuk tenaga dan perkembangan otak bayi serta mampu menghilangkan dahaga bayi. Manakala hindmilk pula penting untuk tumbesaran bayi serta mampu membuatkan bayi kenyang.


foremilk & hindmilk untuk insyirah

KETIDAKSEIMBANGAN FOREMILK DAN HINDMILK
Hal ini berlaku biasanya, apabila bayi menyusu hanya untuk beberapa minit sahaja pada sebelah payudara dan terus bertukar ke payudara sebelah lagi. Akibatnya, bayi hanya mendapat foremilk yang berlebihan sebelum mendapat hindmilk.

Oleh itu, ibu harus menyusukan bayi sehingga kenyang iaitu sehingga ia mendapat hindmilk pada sebelah payudara sahaja. Manakala payudara yang satu lagi hendaklah di perah untuk mengelakkan daripaa bengkak. Jika selepas beberapa minit kita terus pindah payudara, pasti bayi kita belum mendapat hindmilk dan terus berpindah untuk mendapatkan foremilk sekali lagi daripada payudara yang sebelah lagi. Ini merupakan satu kesilapan yang membawa kepada beebrapa kesan pada bayi. Nak tau kesannya? Cuba lihat beberapa fakta di bawah untuk memastikan sama ada anak kita mendapat kandungan susu yang tidak seimbang.

SIMPTOM KETIDAKSEIMBANGAN FOREMILK DAN HINDMILK
1) Najis bayi yang kehijauan diselangi sakit perut
2) Bayi banyak meludah/ keluar liur yang banyak
3) Bayi tidak kenyang dan sentiasa ingin menyusu
4) Gassiness
5) Najis berdarah
6) Tumbesaran yang perlahan
7) Bayi mengalami diaper rash disebabkan najis berasid
8) Bayi mengalami pergerakan usus serta merta selepas penyususan

Hal di atas disebabkan kandungan foremilk yang berlebihan (oversupply) di mana, bayi kenyang awal (hanya dengan foremilk) dan tidak sempat mendapat hindmilk. Ia juga disebabkan penyusuan yang sekejap.

CARA MENGATASI KETIDAKSEIMBANGAN FOREMILK DAN HINDMILK
1) Susui bayi lebih lama sehingga kenyang pada satu payudara. Iaitu sehingga ibu merasakan payudara menjadi ringan.

2) Jika ibu merasa bahawa ia mengalami 'oversupply', cuba pam dahulu sebelum menyuasukan bayi untuk pastikan bayi dapat kedua-dua khasiat susu tersebut.

3) Untuk merawat ketidakseimbangan  fm & hm ne, cuba selang selikan penyusuan antara payudara pada setiap 12 jam hingga 24 jam

4) Jika ibu mengalami oversuply cuba minum sage tea, atau makan daun kubis (boleh juga lekapkan pada payudara)

Sekarang dah tau kan jenis susu dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Cara kita menyusukan pun sebenarnya memainkan peranan penting untuk berikan yang terbaik pada anak kita.. Mudah-mudahan anak kita semua dapat foremilk dan hindmilk yang seimbang..
Macam mana ibu-ibu baru... dapat info tak.. Moga-moga bermanfaat...



Friday, July 27, 2012

penyusuan sepanjang ramadhan

Assalammualaikum

Salam 7 ramadhan buat para bloggers dan ibu-ibu yang penyayang sekalian.. Moga ramadhan yang sudah mencecah ke usia seminggu ini akan terus kita hadapi dengan penuh hikmah, barakah dan membuka hati serta minda untuk terus ke arah kebaikan..

Buat ibu-ibu yang menyusukan, pasti ada ibu baru macam saya yang gusar tentang kuantiti susu dan kestabilan fizikal sepanjang ramadhan ini kan.. Macam saya juga sebelum ne, risau pasal kuantiti susu yang semakin merudum akibat tak minum banyak waktu bayar puasa lebih seminggu hari tu.. Tapi pengalaman benar-benar menyedarkan dan mengajar kita aga lebih bersedia.. Pada saya kemeruduman yang saya alami baru-baru ini, bagi remind dengan saya untuk lebih bersedia menghadapi ramadhan ...




Mungkin, masuk 7 ramadhan ne, ada antara ibu-ibu yang sudah mengalami kemeruduman yang pada anda secara tiba-tiba kan.. sebenarnya, kalau puasa memang tak hairan kalau susu sikit, sebab kita tak minum air kalau siang hari kan.. So, kita kena manfaatkan waktu sahur dan waktu berbuka.. Selain tu pengambilan makanan yang berkhasiat juga penting sebagai tenaga untuk kita.. Oke, jom kita gali tips terbaik untuk menghadapi ramadhan buat ibu yang menyusukan sekalian..

1) Pengambilan makanan yang berkhasiat.. Contohnya :
  • Makanan tinggi protein (berasaskan kacang soya, alfalfa, tauhu, etc)
  • Tinggi dengan vitamin B (lobak, sawi, kucai..etc)
  • Tinggi kalori (longan kering, kurma)
  • Tinggi kalsium (susu)
  • Tinggi vitamin A dan C (buaha-buahan beri)
  • Yang memanaskan badan (fenugreek, habatussauda, etc)
  • Yang memperbaiki pengaliran darah (lobak putih)
  • Yang mencetuskan hormon gembira (coklat.. heheh atau apa saja makanan yang buat anda gembira) 
Rujuk SINI untuk info yang lebih membantu..

2) Minum air sekurang kurangnya 3 liter ke 4 liter sehari..
Untuk kuantiti air ne janganlah tekejut atau gelabah, bukan kena minum  3 liter sekali habis terus.. adui muntah nanti ibu-ibu sekalian.. huhuhu Cuba manfaatkan waktu sahur dan berbuka.. At least, waktu berbuka kan lebih panjang, jadi cuba minum air dalam 2 liter, minumlah sikit-sikit ya.. sampaikan 2 liter tu, then untuk sahur pula, kita digalakkan untuk melewatkan sahur, ya betul! dan itulah sebaiknya.. tapi saya pula seawal jam 3.30 (waktu negeri sabah) dah bangun untuk sediakan hidangan bersahur, jadi sebelum makan, sambil-sambil masak saya minum air, oat, makan roti (jacobs weetameal).. lepas makan nanti saya pasti akan minum air juga.. InsyaAllah cukuplah seliter.. Tapi, jaganlah paksa diri sangat ya..

3) MENGOSONGKAN PAYUDARA
Yang ne sangat penting. Kena kerap menyusukan anak dan pam bila tym keja. Jangan escaped! At least tetapkanlah mengepam 3 atau 4 jam sekali.. Walaupun kita rasa breast macam kosong, ringan tym puasa ne.. kena pam juga ya.. Jangan tunggu breast bengkak baru nak pam.. ne lah penyumbang utama ke arah susu merudum.. ingat konsep DEMAND & SUPPLY k.. cuba gali lagi perkara yang menjadi punca susu merudum..


4) Boleh manfaatkan suplement, contohnya
 
 
 



Yang ne.. ikut kemampuan fizikal masing-masing ya.. Kadang-kadang ada ibu yang tak sesuai dengan ke-2 milk booster di atas.. boleh search google untuk lain-lain supplement yang berkesan.. Tak semestinya juga kena ambil supplement, cuma ini kadang-kadang boleh membantu banyakkan air susu selain membantu kita sihat dan bertenaga sepanjang hari InsyaAllah.. Apa-apa pun segala yang berlaku atas izinNYA juga..


Ini juga antara amalan sampingan saya sejak susu merudum sehinggalah puasa hari ini.. Alhamdulillah, Allah maha mendengar.. Dah nampak peningkatannya, saya dah hampir kepada kuantiti susu saya yang sebelum ini..

Apapun, yang paling penting..adalah..

5) DOA.. ne yang paling mujarab..
Mintalah di lewat sujud kita padaNYA..
YA ALLAH, sesungguhnya, aku menyusukan anakku kerana suruhanMU, maka KAU permudahkanlah, dan cukupkanlah susuku sehingga 2 tahun penuh penyusuan, seperti mana yang telah kau syariatkan kepadaku...
InsyaAllah, DIA maha mendengar..

Alhamdulillah, saya juga amalkan yang di atas semua.. setakat ini, kuantiti susu saya masih ok, malah puasa ini saya juga bertenaga.. bagaimanapun, untuk ibu-ibu yang tidak mampu berpuasa disebabkan penyusuan masih ada kelonggaran, keringanan atau rukhsah yang tuhan bagi..

Oh ya, sekadar ingin berkongsi supplement terbaik yang sangat sesuai dengan diri saya... Nak tau apa..?

Ne lah dia....


Ne la yang paling sesuai dengan saya.. minum hari-hari.. Memang berkesan..

Apapun, selamat mencuba ya ibu-ibu.. dan selamat meneruskan puasa dengan penuh niat sebagai ibadah (termasuk breastfeed anak.. kena niat ibadah padaNYA..)..

Moga mendapat barakah... Wallahualam...

Monday, July 23, 2012

MENAMBAH KUANTITI SUSU : tiada yang mustahil

Assalammualaikum

Hari ne dah masuk hari ke 4 puasa.. Moga-moga kita semua terus diberikan kekuatan untuk berpuasa..
Macam mana, ibu-ibu menyusukan sekalian? moga perjuangan kita dipermudahkan oleh Allah swt atas menjalankan suruhanNYA..

Hari ne, terasa nak share pasal keberkesanan menambah air susu. Sebelum ne, beberapa minggu sebelum menjelang ramadhan, saya mengalami kemeruduman air susu yang jauh bezanya dengan kuantiti susu saya dahulu.. Mungkin disebabkan saya membayar hutang puasa dengan kurang minum air ketika sahur dan waktu berbuka.. Memang risau, niat kita nak breastfeed Insyirah sampai 2 tahun, tapi Insyirah baru masuk 4 bulan.. Maka saya terus berusaha mencari penyelesaiannya..

Sahabat ibu sekalian, puasa ini, memang kena banyak minum air pada waktu berbuka dan sahur. Sekurang-kurangnya, berusahalah cukupkan pengambilan 3 liter air sehari. Pada saya, air yang mencukupi ne bukan sahaja untuk mengekalkan kuantiti susu tapi paling penting kita jauh daripada mengalami dehidrasi.

Saya juga telah mencuba dan berusaha untuk mendapatkan kembali kuantiti air susu saya yang telah merudum setelah ber power pumping di malam hari dan memanfaatkan hujung minggu saya dengan mengamalkan tandem pumping.. Sambil mengepam sambil saya bermanja dengan Insyirah..

Oh ya, tandem pumping ne ialah mengepam sambil menyusukan anak atau sama juga dengan dual pumping bagi ibu-ibu yang menggunakan double pump.. Emm.. InsyaAllah, nanti saya akan kongsikan maklumatnya lebih sikit ya..

Antara hasil daripada berpower pumping.. 6 oz + + percubaan di malam hari


Percubaan di ofis (esoknya).. Tapi saya tak dapat buat power pumping di ofis
Mungkin hasil power pumping beberapa hari yang lalu.. Saya sudah hampir kepada kuantiti sebelum ini..

Akibat daripada kemeruduman ini, kadang-kadang hasil daripada mengepam, saya hanya dapat paling banyak 3 ke 4 aun.. Pernah juga cuma dapat 1 ke 2 aun saja.. Tapi saya tetap bersyukur dan terima.. Biasalah, mungkin itu adalah antara ujian-ujian kita dalam usaha memberikan yang terbaik pada anak. Tapi saya tetap berusaha dan berusaha untuk dapat balik kuantiti 8 aun sekali pam... InsyaAllah..
Maka, apa yang ingin saya sampaikan, sahabat ibu sekalian.. tiada yang mustahil dalam usaha kita untuk memberikan yang terbaik untuk permata hati.. Saya juga akan terus mencuba dan berusaha.. Dibulan ramadhan ini pula, ber power pumping juga menjadi salah satu aktiviti sampingan sebelum saya tidur di malam hari.. huhu


Selamat mencuba.. ^_^ v

Saturday, July 21, 2012

ANAK-ANAKKU : dewasalah kamu dalam Taqwa..

Assalammualaikum..

Teruja rasa hati bila kita melihat telatah anak-anak kan.. 
Begitulah juga saya, sebagai ibu baru yang tidak pernah berhenti berdoa untuk kesejahteraan hidup anak-anak..

Saya tak akan lupa untuk mendoakan anak-anak saya.. Yang saya pasti suatu hari, saya juga akan mengharapkan doa daripada anak-anak.. Maka, saya adalah permulaan mereka.. Tindakan saya juga akan membawa kepada tindakan mereka kelak.. Doa saya pada mereka hari ini, akan membawa kepada doa mereka pada saya kelak.. InsyaAllah.. 
Moga anak-anakku dewasa dalam taQwa padaMU ya RABB.. 



iNSYIRAH SEKARANG DAH MASUK 4 BULAN... 


qISYA TAU JAK BILA NAK KENA GAMBAR.. SWEET SMILING FACE! ehe..

DOARANG DAH JADI SIBLING..

qISYA SAYANG ADIK.. ADIK PUN SAYANG KAKAK qISYA..

wITH MAK TON n MACI ITA..


NE LA MAK TON INSYIRAH.. YANG JAGA INSYIRAH SEKARANG..


qISYA BERUSAHA NAK PAKAI TUDUNG SENDIRI..

DIA DAH PERASAN KENA KETAWAKAN.. hihihi..
Anak-anakku... Moga perjalanan hidupmu sentiasa dalam lindungan YANG MAHA ESA...
Subhanallah..

Ramadhan : Solusi ke arah penebusan kelalaian..

Assalammualaikum

Mudah-mudahan belum terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua blogger-blogger muslimin dan muslimat..
Semoga ramadhan tahun ini membawakan kepada kita lebih keberkatan berbanding tahun-tahun yang sudah.. Nak dapatkan keberkatan yang lebih daripada Allah swt, kenalah banyakkan amal ibadat.. InsyaAllah Tuhan janjikan pahala yang berlipat kali ganda..

Pada kaum hawa, kurangkan menganyam ketupat..hehe eh..eh, bukan kurangkan lagi malah sebaik-baiknya tinggalkan terus perbuatan yang mengundang 10x dosa berbanding 10x pahala hanya dengan satu amalan yang kita lakukan..

Kadang-kadang, hati kita mudah terusik dengan mainan alam.. biasalah, namanya juga kita hanya mnusia biasa. Untuk diri saya sendiri, banyak harapan yang ingin saya tunaikan di bulan ramdhan ini.. InsyaAllah.. saya juga manusia biasa yang terlalu banyak kelemahan diri.. Sebolehnya, saya juga berharap dapat menambah amalan untuk menebus kelalaian yang lalu.. 

Ramadhan tahun lalu, saya kurang fokus untuk bangun malam dan khatam Al-Quran, sebabnya saya mengalami alahan ketika mengandungkan Insyirah. Malahan, saya juga banyak ketinggalan terawih, dan puasa juga saya tak mampu penuhkan... Seingat saya, waktu tu kandungan baru masuk 2 bulan.. Tahun ini InsyaAllah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk mencari yang terbaik.. Kalau boleh tak nak pecah puasa, saya juga harap dapat khatam Quran lagi.. Bangun tiap malam, dan tak nak tinggal terawih. InsyaAllah, saya akan cuba sebaik mungkin..

Oh ya, saja nak promote bahan bacaan yang berguna malah saya, suami dan keluarga anggap bahan bacaan ini antara buku islamik terbaik.. iaitu majalah Solusi dan Al-Ustaz.. Iklan tak dibayar pun.. hehe Nak kongsi benda baik tak payah bayar pun tak kisah..

Banyak ilmu yang boleh kita dapat daripada 2 majalah ne..

Pada saya, kedua-dua buku ne memang berbaloi kalau beli dan BACA.. 
Kalau buku al-ustaz tu, banyak benda musykil akan terjawab di sana.. kebanyakan kandungannya menjawab persoalan yang lazim menjadi kekeliruan dan kemusykilan kita.. Kadang-kadang kita ne benda kecil pun jadi keliru kan, contoh hukum-hakam berpuasa.. haaa.. untuk keluaran al-ustaz yang terbaru iaitu isu nombor 4, banyak jawapan kepada persoalan tentang kekeliruan hukum di bulan ramadhan akan terjawab.. InsyaAllah..  Buku Al-ustaz ne masih baru di pasaran. Tak silap baru dipasarkan awal tahun ne, sekarang dah masuk isu nombor 4. Lagi best bila ia mengetengahkan tulisan para ustaz-ustaz yang fevretlah.. Macam Ustaz Don, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Pahrol Juoi, Ustaz Zahazan dan ramai lagilah.. Isi kandungannya pula sangat menarik dan mempunyai isu yang pelbagai dari sudut Aqidah, Quran Sunnah, Ibadat, Muamalat, Motivasi dan banyak lagi.. Korang mesti tak boring punya kalau baca..

Untuk Majalah Solusi tu, kira dah lama dikeluarkan sekarang pun dah masuk isu 45. Majalah ne pun saya sangat akui, banyak membina kesedaran dalam diri. Sebab kandungannya memang berkisarkan tentang kehidupan kita seharian. Banyak isu-isu yang sering berlaku disekeliling kita yang kita tidak sedar akan dosa dan pahalanya. Sebab tu saya jadi pelanggan setia majalah Solusi ne. Once, kita dah lalai dan lakukan perkara tak baik, tapi if korang buka buku solusi mesti menyesal dan sedar. Banyak ilmu yang disampaikan disitu.. 

So, jom beli.. tak mahal pun.. Kalau di Sabah buku ne cuma harga RM 12.00 je.. Tak payah kedekut dengan bahan ilmu lah ya.. hehehe..

Jom, sama-sama kita menabung amalan di bulan Ranmadhan ne.. Kalau sebelum ne kita banyak lalai, suka buat 'gila-gila'.. hehe untuk bulan ramdhan ne, kita puasakan dulu semua tu ya.. InsyaAllah, setiap amalan kita akan dapat pahala berlipat ganda.. Mudah-mudahan..

Sesungguhnya, setiap langkah kita di dunia ini adalah sebagai persiapan ke Akhirat kelak... Wallahualam..

Wednesday, July 18, 2012

power pumping

Assalammualaikum..

Terasa ingin berkongsi ilmu baru buat kawan-kawan ibu di tengah-tengah hujan lebat ne.. hehe

Tau tak apa yang dimaksudkan dengan "power pumping"...?
Sebenarnya, saya juga baru belajar dan masih menggali tentang perkara yang berkaitan dengan breastfeeding.. Baru-baru ne, saya bayar puasa selama seminggu tak berhenti.. Niat nak habiskan terus hutang puasa tahun lalu tu.. Puasa yang terpecah sebab morning sickness.. huhu
Hari pertama dan kedua puasa, saya rasa macam biasa ja, masuk hari ketiga saya mula perasan kuantiti susu saya berkurangan daripada biasa.. Malah, saya juga dah mula lapar yang susah nak tahan.. tapi saya tetap gagahkan diri untuk teruskan... Ada masa saya mula pening.. Mungkin sebab dehidrasi yang ringan...

Biar ia merudum, saya akan usahakan untuk terus memberi susu terbaik ini buat Insyirah tersayang


Okey, balik pada "power pumping"...
Power Pumping ne sebenarnya adalah teknik berkesan untuk menyelesaikan masalah susu merudum.. Disebabkan susu saya yang merudum dengan mendadak minggu lalu akibat kurang minum air, mungkin silap saya juga sebab kurang minum air pada waktu sahur dan sepanjang malam dari waktu berbuka...  Maka saya berhempas pulas mencari cara untuk mendapatkan semula kuantiti susu yang biasa saya perolehi sehari.. Salah satu caranya adalah dengan berpower pumping...

Power Pumping merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik mengepam biasa, cuma dalam cara yang agak unik. Ia juga adalah salah satu idea untuk meniru bayi menyusu dan secara tidak langsung ia mampu meningkatkan bekalan susu kita.. Nak tau cara yang unik macam mana.. oke teruskan baca ya.. saya akan kongsikan..

Sebelum tu, untuk pengetahuan, power pumping ne sesuai bagi ibu yang ingin menyusukan anak angkat sebagai teknik merangsang penghasilan susu. Selain tu, ia juga sesuai diamalkan bagi ibu yang relaktasi atau ibu yang ingin menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan untuk beberapa lama.. Dan yang paling penting power pumping ne paling sesuai untuk ibu yang rasa kekurangan susu yang mungkin disebabkan period, masa mengepam yang tak konsisten akibat kekangan kerja dan juga perubahan hormon. Kalau nak berusaha perbanyakkan air susu power pumping ne juga berkesan.. InsyaAllah..

KAEDAH unik yang dimaksudkan tadi adalah dengan pam 10 minit - 10 minit.. tak faham eh? hehe
Macam ne..
Kalau kita pam guna single breastpump atau hand expression, pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri lagi 10 minit. Then, ganti balik sebelah kanan 10 minit dan seterusnya.. selama 10 minit berterusan sehingga sekurang-kurangnya 1 jam..

Kalau kita pakai double pump, boleh pump kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit then rehatkan untuk 10 minit lagi.. Pastu sambung balik pam 10 minit, rehat, pam.. dan begitulah seterusnya sehingga 1 jam..

Waktu yang paling disarankan untuk ber "power pumping" ne adalah sekitar tengah malam hingga waktu subuh. Sebabnya pengeluaran hormon lebih tinggi pada waktu ne.. Sekurang-kurangnya buatlah power pumping sekali sehari..

Kalau saya pula, saya akan ber'power pumping' setiap hujung minggu untuk setiap sesi perahan. Asal hujung minggu saja, saya tak bagi Insyirah menyusu botol walau sekali, jadi tiap kali lepas Insyirah menyusu saya akan teruskan sesi memerah.. Terdapat kajian menunjukkan yang bayi kita tidak menghisap 100% susu semasa menyusu kita, jadi mengepam selepas menyusukan boleh bantu kita kosongkan payudara dan menghasilkan lebih susu..

Ikut kemampuan masing-masing lah ya, kadang-kadang bukan setiap masa kita dapat tumpukan hanya dengan mempump, kan.. yang penting usahakanlah sekurang-kurangnya sekali sehari, jangan escape.. then, jangan stres nanti bagi effect dengan pengeluaran susu..

Biasanya, Power pumping ne ambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk nampakkan hasil.. So ibu-ibu kena kuat usaha, sabar, dan jangan lupa doa dan tawaqal.. Kita dikurniakan air susu ne pun dari Allah swt, semuanya atas izin Allah.. Bila air susu kita berkurangan, pasti ada hikmahnya.. Jadi jangan lupa untuk berdoa, mengadu dan meminta pada tuhan agar dipermudahkan.. Kita menyusukan ne pun sebagai satu uasaha menjalankan amanah Allah.. Jadi DIA pasti dengar akan kesulitan kita..
InsyaAllah..

Banyak mana pun air susu yang kita perolehi, cuba terima dengan hati yang terbuka, dan paling penting bersyukurlah.. Jangan paksa diri sangat sebab nak buat stok banyak ya.. teruskan usaha dan doa ya.. Actually, ayat terakhir ne untuk tenangkan diri saya sendiri dan sebagai muhasabah diri..




Jadi para ibu sekalian, mari kita sama-sama berusaha untuk perbanyakkan/ maintainkan air susu dengan ber "Power Pumping"..

kemampuan MANUSIA hanya merancang..

Assalammualaikum..

Rasa macam baru semalam saja terpisah dengan sahabat + kakak yang baik hati, yang tidak sempat saya jumpa selama dia datang ke sini.. (",)

Sedi ja bunyi ayat tu kan...

Isnin lepas, saya dan kak yan rancang nak jumpa lepas maghrib. Nak gathering sekeluarga kira-kiranya lah.. Oops, sepa kak yan? Emm.. Kak Yan bekas kawan sekerja saya satu masa dulu.. Dia stop working after married, nekad untuk jadi suri rumahtangga sepenuh masa untuk keluarga tercinta. Kak Yan kahwin dengan orang Johor.. Abg Zai... 
Lepas kahwin, Kak Yan ikut Abg Zai tinggal di Johor.. Selama bekerja di Ko-Nelayan, saya paling rapat dengan Kak Yan.. Sangat rapat.. Waktu dia nekad untuk berenti kerja, Saya sangat-sangatlah sedih, huhu.. Tak nak ingat perasaan tu lagi lah..

Nak jadikan cerita, 9 Julai yang lalu, Kak Yan datang Sabah, sebab raya tahun ne, dorang sekeluarga beraya kat Johor lepas tahun lalu dah beraya kat Sabah.. So, balik sini sebelum puasa dan raya...

Sudah banyak kali rancang nak jumpa, yang paling final, isnin lalu.. 16 Julai.. 17 Julai pula Flight dorang nak balik Johor dah.. Rancang punya rancang janji punya janji, kami berusaha untuk jumpa lepas maghrib, nak lepak area Tanjung Aru.. 

Tingginya harapan nak jumpa.. 
Excited yang sungguh-sungguh lepas hampir 2 tahun terpisah... Niat nak jumpa anak masing-masing. Tau tak, saya sangat-sangat hargai hubungan kami, Tuhan kurniakan saya kawan yang sangat baik, sampaikan kami melahirkan anak pertama hanya selang tiga hari sahaja! Kalau ikutkan due date yang sepatutnya juga sama.. 27 Mac 2012, tapi saya melahirkan pada 20 Mac, Kak Yan pula melahirkan pada 17 Mac.. Anak kami sebaya! Tapi Kak Yan dapat baby Boy.. Si comel Anaqi.. (^_^)

Saya masih ingat mesej Kak Yan.. " Jgn tak jadi tau, kak ada belikan baju untuk Insyirah.. geram tengok baju baby girl.." alahaiiii...

Hakikatnya...
Manusia hanya merancang, namun Allah ada perancangan lain lagi untuk kita.. Malam tu, kami betul2 tak dapat jumpa.. Saya cuba mesej Kak Yan untuk minta confirmation, tapi pending sehingga jam 9 malam.. Rupanya, henpon Kak Yan low bat.. Dorang sekeluarga pula on the way balik dari Ranau.. Tapi hati kami masih kuat nak jumpa walaupun jam dah tunjukkan pukul 9 pm.. Tengah nak bersiap tiba-tiba Insyirah pula meragam.. Semua tak kena, mungkin sebab dia nak perhatian, saya suakan susu dia tak mahu.. Saya cuba dodoikan dia, mana tahu terus tidur.. tapi sebenarnya Insyirah cuma mahukan perhatian umi dan abi.. Keadaaan tu buat saya nekad, batalkan pertemuan.. fuhh.. saya kecewa. Dan saya tahu Kak Yan juga kecewa.. Namun, itulah takdir Allah swt.. Saya tau pasti ada hikmahnya..

Esoknya, saya niat untuk jumpa Kak Yan di Airport seandainya ada kesempatan, selepas hadiri seminar.. Malangnya saya tiada kenderaan, Abi Insyirah pula sangat sibuk dan tak dapat nak balik keja awal.. Mungkin inilah takdir perancangan kami untuk kali ini selama hampir seminggu Kak Yan di Sabah, sehari pun kami tak dapat berjumpa...

Saya cuba terima semua ini sebagai tarbiah daripada Allah swt.. Sememangnya kita mampu merancang apa sahaja untuk kehidupan di hari esok dan di masa hadapan.. Namun, hanya Allah yang maha mengetahui takdir kita walau untuk sesaat yang akan tiba.. Maka apapun kemungkinan yang akan kita lalui, kita kena sedia.. terima.. dan redha.. Percayalah, Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk hamba-hambaNya.. Dia lebih mengetahui segala perkara yang tidak pernah kita ketahui..

Saya akan tetap terus berdoa agar dipertemukan dengan Kak Yan suatu masa nanti... InsyaAllah.. (",)

Monday, July 16, 2012

ghibah

Assalammualaikum..

Agak pelik daripada kebiasaan juga tajuk saya di atas kan.. huhu ..
Bukan apa, sebenarnya apapun penulisan saya yang berunsurkan islamik mungkin, hanya bertujuan sebagai muhasabah diri pada diri saya sendiri dan mungkin boleh saya kongsikan di blog ini sebagai langkah untuk sama-sama membawa kalian agar turut bermuhasabah diri..kan..kan (^_^)

Maksud ghibah sama dengan mengumpat, atau cakap buruk pasal orang di belakangnya.. Maksud mengumpat pula ialah, bercakap sesuatu yang buruk tentang seseorang kepada orang lain. Mengumpat atau ghibah ne boleh berlaku sama ada dalam keadaan kita sedar mahupun tidak. Walaupun ketika bercerita, si pengumpat tidak menyebut nama orang yang dimaksudkan dengan keburukan itu, namun difahami dan diketahui oleh rakan yang bercerita bersamanya juga dikira sebagai mengumpat.

Sabda Rasulullah saw..
'Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya' (Hadis Riwayat Muslim)

Sedar tak saudara-saudaraku.. kadang-kadang kita tak perasan pun yang kita mudah saja bercakap buruk tentang seseorang, lebih-lebih lagi kaum hawa.. Saya sendiri tak nafikan, suasana di pejabat juga selalu berhadapan dengan situasi mengumpat ne, tak kirala mengumpat bos atau kawan-kawan...

Saudara-saudaraku, kita ne mudah saja bercakap tentang keburukan seseorang sehingga membuka aibnya. Sedangkan kita juga hamba yang sama saja disisi Tuhan. Bukanlah kita sesama manusia yang layak untuk menilai buruk baik seseorang. Seandainya kita dengan ringan mulut bercakap pasal aib orang lain, maka tidak mustahil satu hari Allah swt akan buka aib kita dihadapan orang lain pula. Bila kita mudah bercakap buruk pasal orang lain, maka tidak mustahil orang akan bercakap buruk tentang kita juga. Allah itu maha adil..

Dosa mengumpat atau ghibah sangatlah besar, malah lebih besar daripada zina. Sebabnya, dosa zina Allah yang akan ampunkan, tapi dosa mengumpat atau ghibah, kita kena minta ampun daripada empunya diri yang kita aibkan. Seandainya dia tak ampunkan maka kita kekal dengan dosa ghiba. Susah kan.. Sesungguhnya, balasan orang yang mengumpat pula adalah seperti memakan daging saudaranya sendiri. kut logik akal, tidak akan ada manusia sanggup memakan daging manusia, inikan lagi daging saudara sendiri.

Rasulullah saw bersabda..
Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih besar dosanya daripada berzina. Sesungguhnya, orang yang berzina, apabila ia bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya. Sesungguhnya, orang yang mengumpat, tidak akan diampunkan dosanya, selagi ia tidak diampunkan oleh orang yang diumpatnya. (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya & Ibnu Hibbad)

Kita merasakan mengumpat atau ghibah ne macam perkara biasa saja.. kerana, hampir setiap hari kita rasa mahu bercakap buruk pasal orang lain.. adat manusia akhir zaman, tidak akan senang melihat kesenangan dan kebahagiaan orang lain.... Subhanallah

Rasulullah saw bersabda lagi..
Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi bukan dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat orang muslim dan jaganlah kamu mengintip-intip akan keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah swt akan mengintip keaibannya dan mendedahkannya, meskipun ia berada dalam rumahnya sendiri (Hadis riwayat Abu Daud)

Besar sangat dosa mengumpat, namun adakala ia boleh dikatakan telah menjadi satu amalan setiap manusia!! Subhanallah... Saya yakin, kita semua telah sedia tahu akan dosa, keburukan dan azab mengumpat atau mendekatkan diri pada ghibah...

Moga Allah swt, memelihara kita daripada perbuatan terkutuk ini.. Subhanallah...

Sekadar untuk renungan kita bersama... SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN RAMADHAN.. (",)

Friday, July 13, 2012

Insyirah (",)

Assalammualaikum..

Sungguh cepat sekali masa itu berlalu... 


..Merasakan bagai baru semalam, saya menjadi pelajar Universiti Malaysia Sabah..
..yang masih single, sebagai anak dara dan seorang perawan yang tak pandang kaum adam dengan pandangan mendalam pun.. (ho allohh!!! hehehe..)
..dan hampir dipenghujung semester saya dilamar abi Insyirah...
..we getting married.. Tanggal 27 Mei 2011
..im getting pregnant.. Selama 39 minggu
..Insyirah lahir.. 20 Mac 2012
..Insyirah 3 hari.. Insyirah 7 hari.. 
..Insyirah 1 bulan.. Insyirah 2 bulan.. 
..dan kini Insyirah dah 3 bulan yang sudah semakin hampir ke 4 bulan..

Sedar tak sedar, Insyirah sudah semakin aktif, kuat menyusu dan kuat main... Kadang-kadang, saya rasa sedih dan hampir setiap hari mau menyalahkan diri sebab tak dapat jaga Insyirah sepenuh masa.. Semuanya kerana saya bekerja.. Kali pertama Insyirah berjaya meniarapkan diri, Mak Ton dia yang bagitau saya.. Insyirah menyusu tak cukup 3 auns sekarang, kena sediakan 3 setengah ke 4 aun da.. Mak Ton juga yang bagitau, semua telatah dia setiap hari, Mak Ton Insyirah cerita pada saya.. bukan main teruja saya mendengar perkembangan si kecil saya sehingga saya menitiskan air mata.. Subhanallah, Insyirah saya sudah besar..

Saya sangat sangat mahu sentiasa bersama Insyirah, yang melihat satu persatu perkembangannya sendiri di hadapan mata saya, dan menjadi insan pertama yang mengetahui telatah terbarunya... Kalaulah umi mampu tunaikannya...

Tapi Insyirah.... (".)

..panasnya kelopak mata saya..SELAMAT MALAM..

Wednesday, July 11, 2012

cara penyimpanan susu perahan (EBM)

Assalammualaikum

Lama pula tak update entri, nanti sekali rajin sampai dua entri sehari hehe..
Hari ne, InsyaAllah, saya berniat nak share antara ilmu yang mula-mula saya kaji masa niat nak bagi full bf pada Insyirah.. Iaitu cara nak simpan susu perahan (EBM) kita dengan selamat mengikut suhu tertentu.

Sebelum tu, para ibu tau kan kenapa kita mesti nak simpan susu? Namanya juga, kita adalah para ibu yang bekerja.. kena simpan susu perahan untuk anak kita. Saat ketiadaan kita di sisi mereka, anak-anak kenalah menyusu di botol, perlu sedia EBM untuk diuruskan penjaga. Selain tu, kita kena simpan susu sebagai stok. Di sinilah bermulanya persoalan tentang penyimpanan susu perahan kita. Tahan sampai bila, sesuai letak di mana dan bagaimana. Penyimpanan susu ne penting untuk kita titik beratkan bagi memastikan kandungan nutrien dalam susu terpelihara. Susu ibu ne sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang dapat memastikan ia kekal segar dan tahan lama walaupun berbula-bulan kita letak dalam freezer. InsyaAllah, saya akan kongsikan ilmu yang ada hasil kajian saya di merata-rata...huhu

Firstly, kena pastikan...

BEKAS SUSU YANG SESUAI

a) Bekas plastik atau botol yang bebas Bisphenol-A (BPA Free)
b) Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (e.g. Tupperware)
c) Breastmilk storage Liners/bag yang memang khas untuk simpan susu ibu

Contohnya;

Autumnz Breastmilk Stoge Bottle
Autumnz Breastmilk Storage Bag/ Liners


Bekas Dadih pun ble juga


TEMPOH MASA PENYIMPANAN SUSU

1. Suhu Bilik - (19 hingga 26 °C), - Tahan sehingga 4 jam
2. Cooler Bag - (kurang 4 °C), - Tahan sehingga 12-24 jam (Bergantung pada ice pack/ice block)
3. Peti Sejuk - (kurang 4 °C), - Tahan sehingga 7 hari
4. Peti sejuk bahagian beku (Freezer) - (-18 hingga -20 °C), - Tahan dari 3 hingga 6 bulan
5. Deep Freezer - (-20 °C ++) - Tahan dari 6 bulan sehingga setahun
6. Peti Sejuk Satu Pintu - Sekitar 2 minggu

Nampak tak.. ketahanan susu kita berbeza-beza mengikut tempat dan suhu penyimpanan, jadi kita kena uruskan susu dengan betul supaya tiada susu yang rosak yang boleh menyebabkan pembaziran.. Sayang tau air susu tu, bukan untuk kita tapi untuk baby kita kan..

 
PENGURUSAN SUSU IBU

RUMAH
Biasanya, kalau ikut cara saya sendiri, selepas memerah, saya akan simpan dulu susu tu di peti sejuk (bahagian bukan beku). Tak kira pam berapa kali saya akan kumpul dulu susu di bahagian bukan beku. Pada malamnya, sebelum tidur pula, barulah saya urus susu perahan dari siang untuk di pindahkan ke bahagian beku (freezer), untuk dijadikan stok. Saya lebih suka guna liner sebab boleh jimat ruang dalam freezer, kalau nak label tarikh susu diperah pun boleh tulis pakai pantel pen je, kalau botol pula leceh sikit, kena tampal label dan sangat makan ruang.. huhu tapi ikut keselesaan masing-masing lah ya.. Ada juga suka pakai botol sebab senang, lepas perah je terus masuk frezeer then nampak kemas juga...

Ne stok susu saya yang tak tersusun, tunggu hujung minggu juga baru ada masa nak kemaskan freezer hehe..
Tapi inilah kelebihan guna liner, saya hambur jeee..oopss!



Oh ya.. WAJIB letakkan tarikh perahan pada susu ya, nanti waktu nak sedia susu untuk anak, kita boleh gunakan susu pada tarikh paling lama dulu..

Sebagai contoh ya... yang kat botol tu sticker buat sendiri.. huhu

Kalau kita letak susu di bahagian sejuk biasa melebihi 5 hari, sebaiknya pindahkanlah ia di bahagian beku kalau tak guna ya..



PEJABAT
Kalau di pejabat pula, saya akan bawa cooler bag, breastpump dan 4 biji botol untuk sesi memerah dan menyimpan susu. Fungsi cooler bag ne, macam peti sejuk juga, kelebihannya boleh kita bawa ke mana saja. Sebenarnya, di ofis saya, memang ada peti sejuk, cuma susah la nak tumpang letak sebab sentiasa penuh.. hehe. Tapi cooler bag ne sangat penting juga untuk bawa ke pejabat sebabnya, perjalanan saya pulang ke papar mengambil masa 1 jam, jadi untuk elak susu kita rosak atau dedahkannya pada suhu yang berbeza-beza, lebih baik dan selamat jika kita letak dalam cooler bag.


Kalau di pejabat, sebaiknya jangan sekali-kali bekukan susu. Susu beku ne lebih susah kita nak urus. Bila susu dah beku masa di ofis, maknanya kita kena pastikan ia kekal beku di sepanjang perjalanan kita bawa balik rumah. Susah kan? macam saya, perjalanan yang ambil masa satu jam pasti akan buat susu tu cair. Ne yang leceh, once susu kita dah mencair kita tak boleh bekukannya semula dan kena pastikan ia diguna dalam tempoh 24 jam. Tak boleh buat stok da..

Untuk pengetahuan, susu yang sudah dibekukan sebenarnya telah kehilangan sedikit nutrien dan antibodi disebabkan proses pembekuan. Namun! ia masih JAUH LEBIH BAIK daripada susu formula, dan pada saya ia masih belum layak untuk dibandingkan.

Untuk susu perahan yang belum dibekukan, tetapi pernah dipanaskan juga tak boleh dibekukan dalam freezer, better habiskan dalam tempoh 2 jam. Tapi ia masih boleh dimasukkan semula dalam peti sejuk (bukan bahagian beku) jika tidak habis diminum oleh anak kita, dan mesti dihabiskan oleh baby dalam tempoh 2 jam. Kalau pada penyusuan kedua, susu tak habis juga, kena buang da.. susu dah jadi sensitif bila kena liur baby.

Sebenarnya, tak susah nak jaga susu ne, kena hati-hati lebih sikit je. Ada seorang kawan saya yang tengah pregnant mula bersemangat untuk bagi full bf pada anak bila deliver nanti, dan saya sangatlah teruja serta tak berenti bagi support... macam-macam juga dia tanya. Sedihnya bila masuk bab penjagaan dan pengurusan susu saja semangatnya hampir pudar, katanya susu ibu ne cerewet sangat.. hehe tapi setelah saya bisikkan pada dia perlahan-lahan tentang kelebihan dan kebaikan susu ibu khasnya pada anak tersayang, dia cuba untuk mengumpul semangat semula... emm.. nak kan yang terbaik kenalah cereweet cket, hehe.. caiyo-caiyo kawanku...

So.. jom menaikkan martabat susu ibu.. yeahh.. ^_^


~kredit pic from google~
~kredit info from momschoice~

Friday, July 6, 2012

mengapa susu ibu?

Assalammualaikum

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian bersyukurlah kepadaKU dan kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman : ayat 14)



Ramai juga ibu-ibu di luar sana khususnya yang memilih susu fm sebagai makanan pertama untuk anak-anak mempersoalkan, kenapa nak susah-susah bagi full bf sedangkan dengan teknologi sekarang semakin banyak susu formula yang bagus dipasarkan. Paling penting, ia lebih mudah dan ibu tak lah perlu perah siang malam untuk buat stok susu. Saya sangat bersetuju dengan kata-kata mereka.

Sekarang, banyak susu formula yang sangat hebat dipasarkan. Pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan untuk mencipta susu formula yang setanding dan hampir menyamai susu ibu. Namun, sehingga kini, khasiat dan kebaikan susu ibu tidak dapat ditandingi dan sama sekali tidak dapat disamai oleh mana-mana susu formula sekalipun. Oleh itu, saya lebih bersetuju andainya kita para ibu berkorban sedikit memberikan anak kita susu ibu untuk memperoleh kebaikan yang sangat banyak. Malah kebaikan memberikan susu ibu ini bukan hanya pada bayi, namun juga pada ibu sendiri.

Hakikat yang perlu kita ketahui, di dalam Al-Quran juga telah menyarankan tentang pemberian susu ibu kepada bayi sejak hari pertama ia lahir sehingga 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga mereka berusia 2 tahun. Ini membuktikan bahawa Al-Quran sebenarnya mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabad dulu

Jom kita gali kelebihan memberikan anak susu ibu..





KHASIAT SUSU IBU

Susu ibu merupakan makanan dan minuman pertama bayi yang terbaik iaitu sejurus selepas bayi lahir sehingga 6 bulan pertama. Sebaik selepas bayi kita lahir, akan ada susu yang kental berwarna kuning yang dipanggil kolostrum. Susu inilah yang mempunyai antibodi yang tinggi serta proteinnya 3 kali ganda melebihi susu biasa. Ia juga mengandungi lebih sel darah putih. Ibu-ibu hendaklah memastikan bayi mereka mendapat kolostrum yang mencukupi agar mampu mencegah pelbagai jenis jangkitan penyakit. Kolostrum juga bertindak sebagai imunisasi yang pertama.

Selain itu, susu ibu juga sangat bersih dan bebas bakteria. Ia mampu mencegah dan melawan pelbagai jangkitan penyakit terhadap bayi. Contohnya, ia mengandungi sel darah putih hidup yang mampu membunuh bakteria, manakala antibodi pula mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi kita berupaya membentuk antibodinya sendiri.

Bagi bayi yang menyusu ibu sepenuhnya selama sekurang-kurangnya 3 bulan ia mampu mengatasi masalah perut kembung di kalangan bayi. Ini kerana, terdapat bahan yang dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa iaitu Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang penyakit enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu sentiasa steril dan tersedia pada suhu badan. Oh ya! tahu tak anda.. pernah ada teman memberikan saya pendapat bahawa, kalau kita campurkan bayi dengan susu formula, sekurang-kurangnya bayi kita dapat rasa susu yang berbeza-beza dan taklah bergantung dengan rasa susu ibu semata-mata. Tetapi, sebenarnya pendapat tu terbalik tau. Sebabnya, susu ibu lah yang sebenarnya mempunyai rasa yang berbeza-beza. Iaitu mengikut rasa makanan yang diambil oleh ibu. Sedangkan, susu formula hanya kekal pada satu rasa sahaja. Dapat imagine tak?

Susu ibu juga mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Terdapat 2 kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang menyusu badan mampu mencapai 7 hingga 10 mata tahap kecerdasan IQ nya daripada biasa. Kajian dari Holland pula menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tiadak akan diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous. 

Boleh rujuk SINI  dan  SINI  juga ya.


KEBAIKAN SUSU IBU UNTUK BAYI

1. SANGAT KAYA dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus, jangkitan pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis.

2. Menggalakkan pertumbuhan otot-otot muka dan rahang

3. Membantu mencegah bayi daripada kanser

4. IQ bayi yang menyusu ibu lebih tinggi sekurang-kurangnya 5 tahap daripada bayi lain

5. Jarang kembung perut, jarang sakit, kalau sakit pun cepat sembuh...


KEBAIKAN MENYUSUKAN BAYI PADA IBU

1. Membantu mengecutkan rahim dan mampu mengembalikan rahim ke bentuk asal

2. Mampu membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari (tips terbaik bagi ibu yang nak bentuk badan asal sebelum pregnant & deliver) ne betul tau berdasarkan pengalaman saya sendiri yang baru bagi full bf pada Insyirah setakat 3 bulan..

3. Mengurangkan risiko kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis

4. Lebih dekat pada anak...

5. BESARNYA PAHALA yang Allah swt akan bagi.. ^_^ v


FADHILAT MENYUSUKAN ANAK

1. Sangat mudah. Terutamanya bila tengah malam dan subuh, kita tak perlu masuk dapur lagi untuk bancuh susu... Betul tak?

2. Tiada susu lain yang mampu menandingi SUSU IBU

3. Mampu mengeratkan hubungan ibu dan anak

4. Besarnya pahala yang Allah kurniakan pada ibu yang menyusukan. Iaitu satu pahala bagi tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Sejajar dengan firman Allah swt di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 233 maksudnya; 'Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan'

5. JANJI SYURGA daripada Allah swt, yang akan dikhabarkan kepada wanita yang menyusui anaknya sekiranya dia beramal soleh, tidak melanggar perintah Allah swt dan taat kepada suaminya..

6. Bonus bagi wanita yang menyusui anak yang menangis kerana ingin menyusu iaitu pahala satu tahun solat dan puasa.

7. Anak akan sihat dan mempunyai antibodi yang kuat menentang penyakit.. (InsyaAllah, atas izin Allah jua..)

8. Pemberian susu ibu mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

9. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah swt memberi pahala memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah swt.

Begitulah sayangnya Allah swt pada wanita yang bergelar IBU.. Nampak tak? betapa besarnya nikmat seorang ibu yang menyusukan anaknya.. Mungkin, masih banyak lagi nikmat-nikmat yang tersembunyi yang tidak kita ketahui... Subhanallah..

Pada bakal ibu di luar sana.. Bagaimana..? Jom sama-sama kita memartabatkan SUSU IBU.. Pada yang merasakan tiada halangan, apa salahnya kita sama-sama cuba menyusukan anak kita sepenuhnya walaupun bekerja..



Saya juga ibu baru yang masih menggali tentang ilmu penyusuan sepenuhnya kepada bayi walaupun masih bekerja.. Seandainya masih ada rezki dan diizinkan Allah swt, besar keinginan saya untuk terus menyusukan Insyirah sehingga dia berusia 2 tahun sekurang-kurangnya...

Moga Allah mengizinkannya...InsyaAllah, Amin..