Wednesday, September 26, 2012

Mencari Hikmah Di Sebalik Cerita Itu..

Assalammualaikum

Baru ja lepas update entri pasal demam campak Insyirah. Saya rasa terpanggil pula untuk buat entri ini. Bercerita tentang hubungan ibu bapa dan anak. Sebenarnya, lama dah terfikir nak cerita-cerita pasal ne. Cuma idea masih tunggang langgang. Ayat masih berterabur. huhu.. Sebelum tu, mohon doa daripada rakan semua supaya doakan anak kesayangan saya sembuh daripada demam campak yang dialaminya ya.

Saya terkenang masa mula-mula saya naik kerja lepas cuti bersalin. Insyirah baru nak masuk 3 bulan saya tinggalkan dengan Mak Ton dia. Waktu tu, Insyirah tak pandai sangat menyusu pakai botol. Dia masih hadapi masalah keliru puting. Kesian juga Mak Ton dia. Nasib baik adik saya yang sorang ne cukup sabar. Kalau waktu tu orang lain yang jaga, confirm resign hehe. Sebabnya, kalau ikut cerita mama, memang susah nak menyusukan Insyirah. Dia tak nak menyusu pakai botol. Dia nak ngempeng juga. Tiap kali nak menyusu dia meradang. Kalau bukan waktu menyusu dia ok. Steady dan Cool ja. Tapi sampai waktu pertama nak menyusu.. habis! Tak dapat ngempeng, dia mula meradang. Kalau ngempeng, dia akan terus tertidur bila kekenyangan. Tapi bila kita bagi susu di botol, dia tak nak. Dia tolak. Makanya, susu dia tak dapat, tidur pun dia tak lena. Dari situ akan bagi efect dia satu hari. Kesian kan Mak Ton dia. Tapi mama cakap biarkan dulu. Lama-lama bila dia dah lapar sangat, dia mesti mau.. dan betul juga cakap mama. Ambil masa juga untuk dia biasakan diri tanpa ngempeng siang hari. Kesiannn...

*Tau tak masa mula-mula saya tinggalkan dia bila balik kerja, Insyirah mula mengurus. BMI dia pun jadi tak seimbang. Tapi tak lama. Lepas tu ok balik.*


Menjelang Raya...
Waktu ne, saya buat silap. Tau anak pernah alami masalah keliru puting, sepanjang dua minggu cuti raya saya bagi dia ngempeng tanpa memerah dan susu botol. Akibatnya, Insyirah jadi lupa. Dia alami masalah lama. Keliru puting balik. Susu saya juga merudum. Kerana satu kesilapan, dua masalah saya tanggung. Padan muka saya. huhu. 

Saya mula risau lagi, Lepas raya, Insyirah kena masuk taska. Mak Ton dia dah mula kerja. Masalah keliru puting Insyirah makin menjadi. Lebih-lebih lagi bila saya yang bagi susu. Dia kenal bau. Macam yang saya jangkakan, di taska dia balik dengan perangai lama. Susah nak menyusu. Meradang bila nak tidur. Saya mula bertekad. Hujung minggu saya akan bagi dia menyusu botol sepenuhnya kecuali bila dia bangun malam nak menyusu. Siang hingga petang, no more ngempeng!!! Saya kena kejam sikit.. uhuk!

Dan hasilnya, kami berjaya jugak. Tiap minggu dia menyusu botol dari pagi sampai petang. Insyirah boleh tidur dengan mudah. Tak manja atau nagis-nangis pun. Kenyang menyusu dia main sendiri. Bila saya masak mudah je. Alhamdulillah. 

Tapi, bila di taska Insyirah jadi manja. Ada masa nak tidur dia meradang. Ada masanya juga dia macam tak selesa diangkat. Tapi bila baring dia marah juga. Ini info yang saya dapat dari pengasuh dia di taska. Saya tanya lagi, menyusu dia ok? Pengasuh dia kata oke jugak. Tapi dia masih tolak-tolak. Then, nak tidur dia mula meradang. 

Bab makan lagi, hari pertama saya bekalkan makanan dia langsung tak nak makan. Saya tanya juga cara diorang sediakan. Rasanya ok tak ada masalah. Hari kedua, pengasuh dia cuba juga bagi makan tapi tak habis. Hanya beberapa suap saja. Dia memang tak nak.

Aikk..??! kenapa dengan saya atau abi dia, oke ja...saya dah mula yakin yang dia tak ada masalah dengan penyusuan botol lagi. Malah sebelum ne dia nak saja bila dibagi makan.

Masalah ne saya ceritakan pada mama. Nak tau mama cakap apa? malah disokong penuh oleh bapa saya juga..

Mama  : Budak-budak ne, kau jangan sangka tak tau fikir. Jangan anggap tak ada perasaan. Kau ingat dia tak boleh beza bau? tak boleh beza tangan? Sekarang dia dah masuk 6 bulan. Dia nak bezakan tak payah kenal bau atau tangan je. Dia dah tau siapa mak bapa dia. Dia tau la kau antar dia ke tempat orang. Dia jadi macam tu sebab cari kau. Cari bapa dia juga.

Me  : Budak lain tak gitu pun. mau je dengan orang.

Mama  : Lain budak, lain fe'el nya. Korang adik beradik pun lain-lain perangai juga dulu.

Bapa  : Anak ne, jauh mana kau hantar.. Dengan siapa pun dia hidup kelak, susah ke dia.. senang ke dia esok lusa.. Dorang tetap akan balik pada mama bapa dorang juga. Dorang tetap akan cari mak bapa dorang juga. Percayalah.

Pernah kau dengar cerita, ada satu kes dera kat KL. Budak setahun, bapa dia hantar hospital masuk ICU. Bila keadaan dia stabil, kena siasat.. rupanya kes dera. Sapa yang dera, bapak dia sendiri yang dera. Tapi selama dia dalam hospital tu, tiada orang lain yang dia cari melainkan bapa dia juga. Nurse nak tolong urus dia, dia tak mau. Bapa yang mendera tu juga dia peluk cium. Itu juga dia cari. Hah.. Itu nikmat Allah. Bapa yang mendera pun anak masih cari, apa lagi kau, ibu yang menyusukan anak kau sendiri.

Saya sungguh-sungguh terdiam dengan kata-kata bapa. Ya.. nikmat Allah! kasih sayang yang tuhan wujudkan dalam diri anak sekecil Insyirah itu adalah nikmat.

Saya mula teringat. Adik ipar saya juga seorang jururawat. Dia bertugas di wad kanak-kanak. Dia pernah cerita dengan saya. Hampir sama kes dengan cerita bapa. Seorang kanak-kanak lumpuh dan keadaannya teruk di tahan di wad sebab didera oleh ibu bapanya sendiri. Tapi dalam masa yang sama, anak tu tetap meraung panggil mama dia. Subhanallah... cerita bapa betul-betul buka mata hati saya..

Sayu rasanya bila terkenangkan Insyirah di taska. Dia anak yang manja. Dengan saya dan abi, dia baik-baik saja. Sebab dia tau bila dia bersama orang tuanya. Tapi dia mula protes bila bersama orang lain. Kesian. Ikutkan hati, kuat keinginan saya nak jaga anak sendiri. Entahlah. Susah saya nak teruskan untuk bercakap tentang hal ne. 

Bila dah jadi ibu, baru saya tau betapa eratnya hubungan anak dan ibu bapa mereka. Tapi hari ne, macam-macam kes saja kita dengar kan. Buang bayi lah. Bunuh mak ayah lah. Nau'zubillah. Moga Allah swt jauhkan kita dari semua tu. Lgi saya tak senang duduk sehingga hari ne, baru saya sedar. Dalam fikiran seorang ibu tu, tak pernah sekali tak fikir anak. Saya kira sejak dari mengandung hingga melahirkan.. sehinggalah ke saat ini, fikiran mereka hanya anak..anak..anak!!! Baru saya sedar..

Saya mula teringat, waktu form 3 dulu. Zaman kenakalan saya di sekolah. Umur saya dah masuk 15tahun. Usia yang sepatutnya sudah cukup matang untuk lakukan kenakalan di sekolah. Saya duduk asrama. Culas sangat nak turun prep. Turun surau solat jemaah. Selalu sangat balik kampung atau keluar pekan tanpa izin. Saya mula malas nak belajar. Padahal waktu tu saya akan jalani peperiksaan besar. Balik-balik kena tegur oleh bapa. Saya buat dek je. Akhirnya saya minta dikeluarkan dari asrama. Kononnya saya rasa terkongkong dengan peraturan asrama. Bapa mula hangin. Dia rasa saya dah mula mengada-ngada. (Padahal bila fikir balik memang pon!) Dia tak layan langsung permintaan saya. Dia suruh saya stay di asrama. Belajar!
Saya pun apa lagi, denga pemikiran kolot dan tak matang berkata kata dalam hati, kononnya saya dianak tirikan. Bapa pilih kasih. Boleh pulak gitukan. Haha. Tapi tak lama, saya kuat juga. Terus tinggal di asrama dan berusaha jadi anak dan pelajar yang baik. Eheh!

See..? sekarang i am a mom.. Me and my hubby is a parent for our lil Insyirah. Tiada istilah anak tiri pada anak kita. Darah daging kita. Tiada lain dalam fikiran ibu bapa kita melainkan anak-anak mereka. Bekerja demi anak. Berkorban demi anak. Sebab kenapa..? Anak itu anugerah dunia dari Allah. Amanah! Tanggungjawab! Jadi apapun yang kita buat hari ini adalah demi menunaikan ibadah, menggalas tanggungjawab, menjalankan amanah Allah!

Baru saya sedar akan semuanya. Syukur. Saya jadi ibu untuk seorang anak. Hehe.. Hikmah yang Allah beri terlalu besar. Namun saya selalu lupa, alpa, lalai...
Ampunkan hambaMU ya Rabb..

Saya akan terus doa, moga keadaan akan berubah. Moga Insyirah mampu terima tangan dan asuhan pengasuhnya.

Banyak pengajaran yang saya perolehi hanya daripada kata-kata bapa saya tempoh hari...
Pengajaran tentang ibu..bapa..anak..
Pengajaran tentang hubungan..
Pengajaran tentang nikmat..hikmah..

Subahanallah..
Did you get what i want to tell you..?? huhu
Mencari dan terus mencari hikmah Allah swt..

No comments:

Post a Comment

what do you think?