Assalammualaikum
Hari ini, terlintas dan terniat pulak rasanya di hati untuk berkongsi cara bagaimana nak sediakan susu EBM kepada penjaga.. Yelah, sebelum ne banyak cerita pasal breastfeeding ja.. sekali sekala apa salahnya saya berkongsi ilmu yang sedikit cuma ini pada rakan-rakan ibu yang prihatin, yang sudi singgah di blog saya kan..
Setiap pagi hari saya bekerja, Insyirah akan saya tinggalkan dengan Mak Tonnya... jadi, saya kena sediakan susu Insyirah cukup-cukup dari seawal sekurang-kurangnya jam 8.00 pagi sehinggalah tamat waktu saya bekerja jam 5.00 petang..
Fisrt, kena pastikan dulu baby kita menyusu berapa auns sekali, dan yang saya pasti, Insyirah menyusu 3 auns untuk sekali menyusu. Biasanya, bayi kita akan menyusu 2 jam sekali. Jadi, mengikut kiraan, sedari jam 8 am hingga 5 am, Insyirah akan menyusu sekurang-kurangnya 5 kali.... Maka saya akan sediakan 6 botol yang berisi 3 auns susu macam kat bawah ne..
Keenam-enam botol ne berisi susu sebanyak 3 auns. Sebagai anggaran untuk 5 kali Insyirah menyusu. Oops.. saya sebenarnya bagi lebih 1 botol, sebabnya.. perjalanan saya dari tempat kerja ke papar mengambil masa 1 jam. Ituu.. kalau saya pulang tepat jam 5, seandainya terlewat dan berhadapan dengan jammed lagi, mesti Insyirah akan haus balik.. huhu Jadi, sediakan payung sebelum hujan..
Biasanya, saya akan mula keluarkan susu beku dari freezer pada jam 10 malam untuk proses pencairan.. Susu beku yang dah mencair ne mesti kena guna dalam masa 24 jam, dan tak boleh dibekukan semula.. Jadi, saya akan keluarkan susu beku cukup-cukup dalam 9 auns iaitu untuk 3 botol pertama, manakala seawal jam 3 pagi saya akan mula mempam, diikuti selepas solat subuh pulak.. Tujuan saya adalah untuk dapatkan fresh EBM untuk Insyirah.
Nampak tak, gambar di atas yang menunjukkan 6 botol susu. Ok, sticker di botol yang menunjukkan nombor 1, 2 dan 3 adalah susu beku yang telah dicairkan bermula pada jam 10 malam tadi.. Manakala, sticker nombor 4, 5 dan 6 tu adalah fresh EBM, yang saya perah seawal jam 3 pagi lagi... Haaa.. semenjak jadi ibu ne memang banyak masa dan waktu tidur yang dikorbankan... tapi, menjadi seorang ibu membuatkan kita lebih kuat.. kan..kan..
Kita sambung balik, kenapa perlu ada fresh EBM..?? Em.. pada saya, selain tujuannya untuk kebaikan Insyirah, ia juga bertujuan untuk elakkan pembaziran. Saya letak susu beku yang dicairkan pada 3 botol pertama agar ia confirm akan dihabiskan oleh anakanda Insyirah.. Sebab susu beku bila dah cair tak boleh bagi beku balik.. kan lebih baik habiskan dalam tempoh 24 jam..
Fresh EBM pula saya sengaja letak pada 3 botol terakhir, supaya, sekiranya susu tu tak habis diminum, kita boleh bekukannya... Kalau tak nak bekukan pun, guna untuk esok balik pun masi ok lagi.. Jadi tiadalah pembaziran...
Sekarang, saya bercadang untuk bagi Insyirah Fresh EBM sepenuhnya... InsyaAllah.. Stok susu saya kalau boleh nak simpan dulu untuk ramadhan ini mungkin... mudah-mudahan Allah terus murahkan rezki saya dan keluarga..
Sekian saja perkongsian saya tentang penyediaan susu ibu kepada penjaga ya.. Berkongsi selagi mana saya ada ilmu itu.. InsyaAllah.. Saya juga masih menggali ilmu tentang breastfeeding... ^_^v
BTW, selamat menyambut ramadhan yang akan menjelang.. Mudah-mudahan saya masih terus diberikan kekuatan untuk menyusukan dan menyimpan stok.. amin..
terima kasih. sy baru nak bf..entry anda mmg senang faham. hanya Allah yg mampu membalas kebaikan anda :)
ReplyDelete