Assalammualaikum
Mudah-mudahan belum terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua blogger-blogger muslimin dan muslimat..
Semoga ramadhan tahun ini membawakan kepada kita lebih keberkatan berbanding tahun-tahun yang sudah.. Nak dapatkan keberkatan yang lebih daripada Allah swt, kenalah banyakkan amal ibadat.. InsyaAllah Tuhan janjikan pahala yang berlipat kali ganda..
Pada kaum hawa, kurangkan menganyam ketupat..hehe eh..eh, bukan kurangkan lagi malah sebaik-baiknya tinggalkan terus perbuatan yang mengundang 10x dosa berbanding 10x pahala hanya dengan satu amalan yang kita lakukan..
Kadang-kadang, hati kita mudah terusik dengan mainan alam.. biasalah, namanya juga kita hanya mnusia biasa. Untuk diri saya sendiri, banyak harapan yang ingin saya tunaikan di bulan ramdhan ini.. InsyaAllah.. saya juga manusia biasa yang terlalu banyak kelemahan diri.. Sebolehnya, saya juga berharap dapat menambah amalan untuk menebus kelalaian yang lalu..
Ramadhan tahun lalu, saya kurang fokus untuk bangun malam dan khatam Al-Quran, sebabnya saya mengalami alahan ketika mengandungkan Insyirah. Malahan, saya juga banyak ketinggalan terawih, dan puasa juga saya tak mampu penuhkan... Seingat saya, waktu tu kandungan baru masuk 2 bulan.. Tahun ini InsyaAllah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk mencari yang terbaik.. Kalau boleh tak nak pecah puasa, saya juga harap dapat khatam Quran lagi.. Bangun tiap malam, dan tak nak tinggal terawih. InsyaAllah, saya akan cuba sebaik mungkin..
Oh ya, saja nak promote bahan bacaan yang berguna malah saya, suami dan keluarga anggap bahan bacaan ini antara buku islamik terbaik.. iaitu majalah Solusi dan Al-Ustaz.. Iklan tak dibayar pun.. hehe Nak kongsi benda baik tak payah bayar pun tak kisah..
Banyak ilmu yang boleh kita dapat daripada 2 majalah ne.. |
Pada saya, kedua-dua buku ne memang berbaloi kalau beli dan BACA..
Kalau buku al-ustaz tu, banyak benda musykil akan terjawab di sana.. kebanyakan kandungannya menjawab persoalan yang lazim menjadi kekeliruan dan kemusykilan kita.. Kadang-kadang kita ne benda kecil pun jadi keliru kan, contoh hukum-hakam berpuasa.. haaa.. untuk keluaran al-ustaz yang terbaru iaitu isu nombor 4, banyak jawapan kepada persoalan tentang kekeliruan hukum di bulan ramadhan akan terjawab.. InsyaAllah.. Buku Al-ustaz ne masih baru di pasaran. Tak silap baru dipasarkan awal tahun ne, sekarang dah masuk isu nombor 4. Lagi best bila ia mengetengahkan tulisan para ustaz-ustaz yang fevretlah.. Macam Ustaz Don, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Pahrol Juoi, Ustaz Zahazan dan ramai lagilah.. Isi kandungannya pula sangat menarik dan mempunyai isu yang pelbagai dari sudut Aqidah, Quran Sunnah, Ibadat, Muamalat, Motivasi dan banyak lagi.. Korang mesti tak boring punya kalau baca..
Untuk Majalah Solusi tu, kira dah lama dikeluarkan sekarang pun dah masuk isu 45. Majalah ne pun saya sangat akui, banyak membina kesedaran dalam diri. Sebab kandungannya memang berkisarkan tentang kehidupan kita seharian. Banyak isu-isu yang sering berlaku disekeliling kita yang kita tidak sedar akan dosa dan pahalanya. Sebab tu saya jadi pelanggan setia majalah Solusi ne. Once, kita dah lalai dan lakukan perkara tak baik, tapi if korang buka buku solusi mesti menyesal dan sedar. Banyak ilmu yang disampaikan disitu..
So, jom beli.. tak mahal pun.. Kalau di Sabah buku ne cuma harga RM 12.00 je.. Tak payah kedekut dengan bahan ilmu lah ya.. hehehe..
Jom, sama-sama kita menabung amalan di bulan Ranmadhan ne.. Kalau sebelum ne kita banyak lalai, suka buat 'gila-gila'.. hehe untuk bulan ramdhan ne, kita puasakan dulu semua tu ya.. InsyaAllah, setiap amalan kita akan dapat pahala berlipat ganda.. Mudah-mudahan..
Sesungguhnya, setiap langkah kita di dunia ini adalah sebagai persiapan ke Akhirat kelak... Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
what do you think?