Wednesday, July 11, 2012

cara penyimpanan susu perahan (EBM)

Assalammualaikum

Lama pula tak update entri, nanti sekali rajin sampai dua entri sehari hehe..
Hari ne, InsyaAllah, saya berniat nak share antara ilmu yang mula-mula saya kaji masa niat nak bagi full bf pada Insyirah.. Iaitu cara nak simpan susu perahan (EBM) kita dengan selamat mengikut suhu tertentu.

Sebelum tu, para ibu tau kan kenapa kita mesti nak simpan susu? Namanya juga, kita adalah para ibu yang bekerja.. kena simpan susu perahan untuk anak kita. Saat ketiadaan kita di sisi mereka, anak-anak kenalah menyusu di botol, perlu sedia EBM untuk diuruskan penjaga. Selain tu, kita kena simpan susu sebagai stok. Di sinilah bermulanya persoalan tentang penyimpanan susu perahan kita. Tahan sampai bila, sesuai letak di mana dan bagaimana. Penyimpanan susu ne penting untuk kita titik beratkan bagi memastikan kandungan nutrien dalam susu terpelihara. Susu ibu ne sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang dapat memastikan ia kekal segar dan tahan lama walaupun berbula-bulan kita letak dalam freezer. InsyaAllah, saya akan kongsikan ilmu yang ada hasil kajian saya di merata-rata...huhu

Firstly, kena pastikan...

BEKAS SUSU YANG SESUAI

a) Bekas plastik atau botol yang bebas Bisphenol-A (BPA Free)
b) Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (e.g. Tupperware)
c) Breastmilk storage Liners/bag yang memang khas untuk simpan susu ibu

Contohnya;

Autumnz Breastmilk Stoge Bottle
Autumnz Breastmilk Storage Bag/ Liners


Bekas Dadih pun ble juga


TEMPOH MASA PENYIMPANAN SUSU

1. Suhu Bilik - (19 hingga 26 °C), - Tahan sehingga 4 jam
2. Cooler Bag - (kurang 4 °C), - Tahan sehingga 12-24 jam (Bergantung pada ice pack/ice block)
3. Peti Sejuk - (kurang 4 °C), - Tahan sehingga 7 hari
4. Peti sejuk bahagian beku (Freezer) - (-18 hingga -20 °C), - Tahan dari 3 hingga 6 bulan
5. Deep Freezer - (-20 °C ++) - Tahan dari 6 bulan sehingga setahun
6. Peti Sejuk Satu Pintu - Sekitar 2 minggu

Nampak tak.. ketahanan susu kita berbeza-beza mengikut tempat dan suhu penyimpanan, jadi kita kena uruskan susu dengan betul supaya tiada susu yang rosak yang boleh menyebabkan pembaziran.. Sayang tau air susu tu, bukan untuk kita tapi untuk baby kita kan..

 
PENGURUSAN SUSU IBU

RUMAH
Biasanya, kalau ikut cara saya sendiri, selepas memerah, saya akan simpan dulu susu tu di peti sejuk (bahagian bukan beku). Tak kira pam berapa kali saya akan kumpul dulu susu di bahagian bukan beku. Pada malamnya, sebelum tidur pula, barulah saya urus susu perahan dari siang untuk di pindahkan ke bahagian beku (freezer), untuk dijadikan stok. Saya lebih suka guna liner sebab boleh jimat ruang dalam freezer, kalau nak label tarikh susu diperah pun boleh tulis pakai pantel pen je, kalau botol pula leceh sikit, kena tampal label dan sangat makan ruang.. huhu tapi ikut keselesaan masing-masing lah ya.. Ada juga suka pakai botol sebab senang, lepas perah je terus masuk frezeer then nampak kemas juga...

Ne stok susu saya yang tak tersusun, tunggu hujung minggu juga baru ada masa nak kemaskan freezer hehe..
Tapi inilah kelebihan guna liner, saya hambur jeee..oopss!



Oh ya.. WAJIB letakkan tarikh perahan pada susu ya, nanti waktu nak sedia susu untuk anak, kita boleh gunakan susu pada tarikh paling lama dulu..

Sebagai contoh ya... yang kat botol tu sticker buat sendiri.. huhu

Kalau kita letak susu di bahagian sejuk biasa melebihi 5 hari, sebaiknya pindahkanlah ia di bahagian beku kalau tak guna ya..



PEJABAT
Kalau di pejabat pula, saya akan bawa cooler bag, breastpump dan 4 biji botol untuk sesi memerah dan menyimpan susu. Fungsi cooler bag ne, macam peti sejuk juga, kelebihannya boleh kita bawa ke mana saja. Sebenarnya, di ofis saya, memang ada peti sejuk, cuma susah la nak tumpang letak sebab sentiasa penuh.. hehe. Tapi cooler bag ne sangat penting juga untuk bawa ke pejabat sebabnya, perjalanan saya pulang ke papar mengambil masa 1 jam, jadi untuk elak susu kita rosak atau dedahkannya pada suhu yang berbeza-beza, lebih baik dan selamat jika kita letak dalam cooler bag.


Kalau di pejabat, sebaiknya jangan sekali-kali bekukan susu. Susu beku ne lebih susah kita nak urus. Bila susu dah beku masa di ofis, maknanya kita kena pastikan ia kekal beku di sepanjang perjalanan kita bawa balik rumah. Susah kan? macam saya, perjalanan yang ambil masa satu jam pasti akan buat susu tu cair. Ne yang leceh, once susu kita dah mencair kita tak boleh bekukannya semula dan kena pastikan ia diguna dalam tempoh 24 jam. Tak boleh buat stok da..

Untuk pengetahuan, susu yang sudah dibekukan sebenarnya telah kehilangan sedikit nutrien dan antibodi disebabkan proses pembekuan. Namun! ia masih JAUH LEBIH BAIK daripada susu formula, dan pada saya ia masih belum layak untuk dibandingkan.

Untuk susu perahan yang belum dibekukan, tetapi pernah dipanaskan juga tak boleh dibekukan dalam freezer, better habiskan dalam tempoh 2 jam. Tapi ia masih boleh dimasukkan semula dalam peti sejuk (bukan bahagian beku) jika tidak habis diminum oleh anak kita, dan mesti dihabiskan oleh baby dalam tempoh 2 jam. Kalau pada penyusuan kedua, susu tak habis juga, kena buang da.. susu dah jadi sensitif bila kena liur baby.

Sebenarnya, tak susah nak jaga susu ne, kena hati-hati lebih sikit je. Ada seorang kawan saya yang tengah pregnant mula bersemangat untuk bagi full bf pada anak bila deliver nanti, dan saya sangatlah teruja serta tak berenti bagi support... macam-macam juga dia tanya. Sedihnya bila masuk bab penjagaan dan pengurusan susu saja semangatnya hampir pudar, katanya susu ibu ne cerewet sangat.. hehe tapi setelah saya bisikkan pada dia perlahan-lahan tentang kelebihan dan kebaikan susu ibu khasnya pada anak tersayang, dia cuba untuk mengumpul semangat semula... emm.. nak kan yang terbaik kenalah cereweet cket, hehe.. caiyo-caiyo kawanku...

So.. jom menaikkan martabat susu ibu.. yeahh.. ^_^


~kredit pic from google~
~kredit info from momschoice~

No comments:

Post a Comment

what do you think?