Assalammualaikum
Hari ne dah masuk hari ke 4 puasa.. Moga-moga kita semua terus diberikan kekuatan untuk berpuasa..
Macam mana, ibu-ibu menyusukan sekalian? moga perjuangan kita dipermudahkan oleh Allah swt atas menjalankan suruhanNYA..
Hari ne, terasa nak share pasal keberkesanan menambah air susu. Sebelum ne, beberapa minggu sebelum menjelang ramadhan, saya mengalami kemeruduman air susu yang jauh bezanya dengan kuantiti susu saya dahulu.. Mungkin disebabkan saya membayar hutang puasa dengan kurang minum air ketika sahur dan waktu berbuka.. Memang risau, niat kita nak breastfeed Insyirah sampai 2 tahun, tapi Insyirah baru masuk 4 bulan.. Maka saya terus berusaha mencari penyelesaiannya..
Sahabat ibu sekalian, puasa ini, memang kena banyak minum air pada waktu berbuka dan sahur. Sekurang-kurangnya, berusahalah cukupkan pengambilan 3 liter air sehari. Pada saya, air yang mencukupi ne bukan sahaja untuk mengekalkan kuantiti susu tapi paling penting kita jauh daripada mengalami dehidrasi.
Saya juga telah mencuba dan berusaha untuk mendapatkan kembali kuantiti air susu saya yang telah merudum setelah ber power pumping di malam hari dan memanfaatkan hujung minggu saya dengan mengamalkan tandem pumping.. Sambil mengepam sambil saya bermanja dengan Insyirah..
Oh ya, tandem pumping ne ialah mengepam sambil menyusukan anak atau sama juga dengan dual pumping bagi ibu-ibu yang menggunakan double pump.. Emm.. InsyaAllah, nanti saya akan kongsikan maklumatnya lebih sikit ya..
Antara hasil daripada berpower pumping.. 6 oz + + percubaan di malam hari |
Percubaan di ofis (esoknya).. Tapi saya tak dapat buat power pumping di ofis Mungkin hasil power pumping beberapa hari yang lalu.. Saya sudah hampir kepada kuantiti sebelum ini.. |
Akibat daripada kemeruduman ini, kadang-kadang hasil daripada mengepam, saya hanya dapat paling banyak 3 ke 4 aun.. Pernah juga cuma dapat 1 ke 2 aun saja.. Tapi saya tetap bersyukur dan terima.. Biasalah, mungkin itu adalah antara ujian-ujian kita dalam usaha memberikan yang terbaik pada anak. Tapi saya tetap berusaha dan berusaha untuk dapat balik kuantiti 8 aun sekali pam... InsyaAllah..
Maka, apa yang ingin saya sampaikan, sahabat ibu sekalian.. tiada yang mustahil dalam
usaha kita untuk memberikan yang terbaik untuk permata hati.. Saya juga akan
terus mencuba dan berusaha.. Dibulan ramadhan ini pula, ber power pumping juga menjadi salah satu aktiviti
sampingan sebelum saya tidur di malam hari.. huhu
Selamat
mencuba.. ^_^ v
No comments:
Post a Comment
what do you think?