Monday, July 16, 2012

ghibah

Assalammualaikum..

Agak pelik daripada kebiasaan juga tajuk saya di atas kan.. huhu ..
Bukan apa, sebenarnya apapun penulisan saya yang berunsurkan islamik mungkin, hanya bertujuan sebagai muhasabah diri pada diri saya sendiri dan mungkin boleh saya kongsikan di blog ini sebagai langkah untuk sama-sama membawa kalian agar turut bermuhasabah diri..kan..kan (^_^)

Maksud ghibah sama dengan mengumpat, atau cakap buruk pasal orang di belakangnya.. Maksud mengumpat pula ialah, bercakap sesuatu yang buruk tentang seseorang kepada orang lain. Mengumpat atau ghibah ne boleh berlaku sama ada dalam keadaan kita sedar mahupun tidak. Walaupun ketika bercerita, si pengumpat tidak menyebut nama orang yang dimaksudkan dengan keburukan itu, namun difahami dan diketahui oleh rakan yang bercerita bersamanya juga dikira sebagai mengumpat.

Sabda Rasulullah saw..
'Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya' (Hadis Riwayat Muslim)

Sedar tak saudara-saudaraku.. kadang-kadang kita tak perasan pun yang kita mudah saja bercakap buruk tentang seseorang, lebih-lebih lagi kaum hawa.. Saya sendiri tak nafikan, suasana di pejabat juga selalu berhadapan dengan situasi mengumpat ne, tak kirala mengumpat bos atau kawan-kawan...

Saudara-saudaraku, kita ne mudah saja bercakap tentang keburukan seseorang sehingga membuka aibnya. Sedangkan kita juga hamba yang sama saja disisi Tuhan. Bukanlah kita sesama manusia yang layak untuk menilai buruk baik seseorang. Seandainya kita dengan ringan mulut bercakap pasal aib orang lain, maka tidak mustahil satu hari Allah swt akan buka aib kita dihadapan orang lain pula. Bila kita mudah bercakap buruk pasal orang lain, maka tidak mustahil orang akan bercakap buruk tentang kita juga. Allah itu maha adil..

Dosa mengumpat atau ghibah sangatlah besar, malah lebih besar daripada zina. Sebabnya, dosa zina Allah yang akan ampunkan, tapi dosa mengumpat atau ghibah, kita kena minta ampun daripada empunya diri yang kita aibkan. Seandainya dia tak ampunkan maka kita kekal dengan dosa ghiba. Susah kan.. Sesungguhnya, balasan orang yang mengumpat pula adalah seperti memakan daging saudaranya sendiri. kut logik akal, tidak akan ada manusia sanggup memakan daging manusia, inikan lagi daging saudara sendiri.

Rasulullah saw bersabda..
Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih besar dosanya daripada berzina. Sesungguhnya, orang yang berzina, apabila ia bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya. Sesungguhnya, orang yang mengumpat, tidak akan diampunkan dosanya, selagi ia tidak diampunkan oleh orang yang diumpatnya. (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya & Ibnu Hibbad)

Kita merasakan mengumpat atau ghibah ne macam perkara biasa saja.. kerana, hampir setiap hari kita rasa mahu bercakap buruk pasal orang lain.. adat manusia akhir zaman, tidak akan senang melihat kesenangan dan kebahagiaan orang lain.... Subhanallah

Rasulullah saw bersabda lagi..
Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi bukan dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat orang muslim dan jaganlah kamu mengintip-intip akan keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah swt akan mengintip keaibannya dan mendedahkannya, meskipun ia berada dalam rumahnya sendiri (Hadis riwayat Abu Daud)

Besar sangat dosa mengumpat, namun adakala ia boleh dikatakan telah menjadi satu amalan setiap manusia!! Subhanallah... Saya yakin, kita semua telah sedia tahu akan dosa, keburukan dan azab mengumpat atau mendekatkan diri pada ghibah...

Moga Allah swt, memelihara kita daripada perbuatan terkutuk ini.. Subhanallah...

Sekadar untuk renungan kita bersama... SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN RAMADHAN.. (",)

No comments:

Post a Comment

what do you think?