Thursday, July 5, 2012

mempam terus ke STORAGE BAG AUTUMNZ

Assalammualaikum..

Sekadar ingin turut berkongsi dengan para ibu di luar sana..
Sebelum ini, saya pernah terbaca di blog seorang ibu bahawa dia pernah memerah terus ke beg plastik Autumnz dengan menggunakan Medela Freestyle..emm.. pump idaman!! hehe..

Jadi, saya rasa tertarik tapi waktu tu tiada niat nak cuba juga.. Tapi semalam, ketika nak pam susu lepas maghrib, baru saya terperasan yang storage bottle saya tiada yang kosong, semuanya berisi susu. Balik Papar ne, saya tak bawa banyak storage bottle, cuma bawa dalam 15 biji je.. cukup2 untuk sediakan susu Insyirah dan selebihnya untuk mempam..

Waktu ne la saya rasa nak memanfaatkan ilmu baru lagi, saya rasa lebih baik cuba apa saja ilmu yang bermanfaat tentang bf ne. At least, saya dah ada pengalamannya sendiri.

Semalam, selepas mencubanya, saya rasa tiada masalah.. saya mempam macam biasa, kuantiti susu pun sama macam biasa, cuma memang kena berjaga daripada susu tumpah. Tapi istimewanya storage bag Autumnz ne, zip lock dia ketat. Sambil saya pegang bahagian atas plastik sambillah saya memerah..

Oh ya, saya gunakan pam medela harmony saya.. jadi saya rasa mudah saja..




Nampak tak contoh gambar di atas? mula2 saya masukkan sedikit badan bahagian bawah pam ke dalam plastik autumnz, kemudian lock zip plastik tu di kedua-dua bahagian hujung plastik. Pastikan plastik tak jatuh ya, biar ketat sikit...





Ini cara saya mempam. saya pegang hujung plastik, bahagian atas tu sambil pam.. tujuannya untuk pastikan plastik tak lari atau terjatuh... haa.. ne kena alert ok.. kalau jatuh sayang titisan air berharga kurniaan tuhan untuk anak kita...



Senang jee.. tak susah pun..Yang penting kita enjoy dan ikhlas ketika mempam.. Jangan stres ya ibu-ibu yang baik..

So, jom sama-sama cuba ilmu baru.. ^_^ v

No comments:

Post a Comment

what do you think?