Assalammualaikum...
Wah! tak habis-habis lagi saya.. tetiba terajin sangat nak update blog.. fuhhh..
kali ne saja nak share pasal Insyirah yang sedang dalam percubaan untuk meniarap.. Dah ada beberapa kali hampir berjaya.. dan saya serta abi Insyirah juga turut membantu usaha Insyirah tu.. hehe
Alhamdulilllah.. sekarang semakin banyak perkembangan dalam proses tumbesaran Insyirah... Isnin lalu, Insyirah dah lepas jarum 3 serangkai... sekarang Insyirah pun da masuk 3 bulan 1 minggu..
Sekarang Insyirah kuat bercerita, suka menjerit..ada masa dia macam menyanyi pulak tu.. Insyirah bukan saja suka senyum malah dia da kuat ketawa.. Bila dia rasa sunyi dan bosan dia akan menjrit minta dilayan... Aduhai Insyirah..
Kadang-kadang, bunyi cerita Insyirah macam ada bunyi 'mam'... macam panggil mama la pulak kan.. tapi saya yakin itu biasa berlaku pada semua bayi yang semakin membesar... Ada masanya pulak dia pandai keraskan suara.. part ne yang saya rasa lucu, dia keraskan suara macam bunyi nak menakutkan kita tuuu.. boleh imagine?? hehe
Insyirah dah kurang manja berbanding dulu.. Cuma kata Mak Ton, ada masa dia pandai cari puting umi juga.. Insyirah..Insyirah...
Paling best lagi, Insyirah dah mula sukaaa mandiii... Tau kenapa? Bila kita buka baju dia, Insyirah mulalah menendang-nendang gembira, macam tau nak dimandikan.. Malah waktu mandi pun macam tu, dia suka bercerita tym mandi... tendang2 besen... macam tak nak berenti, kesianlah mak ton yang mandikan dia hari2, macam juga umi tym hujung minggu.. habis basah kuyup oleh dia...
Kalau pakai baju pulak Insyirah tak pandai diam... belum pakai pampers da merengkan badan.. dia nak tiarap..
Ne salah satu gambar yang menunjukkan usaha Insyirah untuk meniarap.. Insyirah tak pandai duduk diam sekarang, kalau letak pusing sana, pusing sini... berusaha sungguh2 nak tiarap...
Dan... berjayalah jugak.. tapi.. masalahnya pulak dia takpandai menelentang balik, mesti nak minta tolong.. kuikuikui...
Insyirah..Insyirah...Insyirah... segala-galanya tentang dirimu...
@ 1B KK....
Moga dikau membesar dengan baik dan menjadi seorang yang baik... Mudah-mudahan Insyirah sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah swt...
Umi juga berdoa agar mampu menyusukan Insyirah sehingga Insyirah cecah 2 tahun.. itu antara impian umi pada Insyirah.. Moga Allah swt memperkenankan niat umi dan abi ini..
Lagi tentang si kecil Insyirah... (",)..
No comments:
Post a Comment
what do you think?