Assalammualaikum..
Terasa ingin berkongsi ilmu baru buat kawan-kawan ibu di tengah-tengah hujan lebat ne.. hehe
Tau tak apa yang dimaksudkan dengan "power pumping"...?
Sebenarnya, saya juga baru belajar dan masih menggali tentang perkara yang berkaitan dengan breastfeeding.. Baru-baru ne, saya bayar puasa selama seminggu tak berhenti.. Niat nak habiskan terus hutang puasa tahun lalu tu.. Puasa yang terpecah sebab morning sickness.. huhu
Hari pertama dan kedua puasa, saya rasa macam biasa ja, masuk hari ketiga saya mula perasan kuantiti susu saya berkurangan daripada biasa.. Malah, saya juga dah mula lapar yang susah nak tahan.. tapi saya tetap gagahkan diri untuk teruskan... Ada masa saya mula pening.. Mungkin sebab dehidrasi yang ringan...
Biar ia merudum, saya akan usahakan untuk terus memberi susu terbaik ini buat Insyirah tersayang |
Okey, balik pada "power pumping"...
Power Pumping ne sebenarnya adalah teknik berkesan untuk menyelesaikan masalah susu merudum.. Disebabkan susu saya yang merudum dengan mendadak minggu lalu akibat kurang minum air, mungkin silap saya juga sebab kurang minum air pada waktu sahur dan sepanjang malam dari waktu berbuka... Maka saya berhempas pulas mencari cara untuk mendapatkan semula kuantiti susu yang biasa saya perolehi sehari.. Salah satu caranya adalah dengan berpower pumping...
Power Pumping merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik mengepam biasa, cuma dalam cara yang agak unik. Ia juga adalah salah satu idea untuk meniru bayi menyusu dan secara tidak langsung ia mampu meningkatkan bekalan susu kita.. Nak tau cara yang unik macam mana.. oke teruskan baca ya.. saya akan kongsikan..
Sebelum tu, untuk pengetahuan, power pumping ne sesuai bagi ibu yang ingin menyusukan anak angkat sebagai teknik merangsang penghasilan susu. Selain tu, ia juga sesuai diamalkan bagi ibu yang relaktasi atau ibu yang ingin menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan untuk beberapa lama.. Dan yang paling penting power pumping ne paling sesuai untuk ibu yang rasa kekurangan susu yang mungkin disebabkan period, masa mengepam yang tak konsisten akibat kekangan kerja dan juga perubahan hormon. Kalau nak berusaha perbanyakkan air susu power pumping ne juga berkesan.. InsyaAllah..
KAEDAH unik yang dimaksudkan tadi adalah dengan pam 10 minit - 10 minit.. tak faham eh? hehe
Macam ne..
Kalau kita pam guna single breastpump atau hand expression, pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri lagi 10 minit. Then, ganti balik sebelah kanan 10 minit dan seterusnya.. selama 10 minit berterusan sehingga sekurang-kurangnya 1 jam..
Kalau kita pakai double pump, boleh pump kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit then rehatkan untuk 10 minit lagi.. Pastu sambung balik pam 10 minit, rehat, pam.. dan begitulah seterusnya sehingga 1 jam..
Waktu yang paling disarankan untuk ber "power pumping" ne adalah sekitar tengah malam hingga waktu subuh. Sebabnya pengeluaran hormon lebih tinggi pada waktu ne.. Sekurang-kurangnya buatlah power pumping sekali sehari..
Kalau saya pula, saya akan ber'power pumping' setiap hujung minggu untuk setiap sesi perahan. Asal hujung minggu saja, saya tak bagi Insyirah menyusu botol walau sekali, jadi tiap kali lepas Insyirah menyusu saya akan teruskan sesi memerah.. Terdapat kajian menunjukkan yang bayi kita tidak menghisap 100% susu semasa menyusu kita, jadi mengepam selepas menyusukan boleh bantu kita kosongkan payudara dan menghasilkan lebih susu..
Ikut kemampuan masing-masing lah ya, kadang-kadang bukan setiap masa kita dapat tumpukan hanya dengan mempump, kan.. yang penting usahakanlah sekurang-kurangnya sekali sehari, jangan escape.. then, jangan stres nanti bagi effect dengan pengeluaran susu..
Biasanya, Power pumping ne ambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk nampakkan hasil.. So ibu-ibu kena kuat usaha, sabar, dan jangan lupa doa dan tawaqal.. Kita dikurniakan air susu ne pun dari Allah swt, semuanya atas izin Allah.. Bila air susu kita berkurangan, pasti ada hikmahnya.. Jadi jangan lupa untuk berdoa, mengadu dan meminta pada tuhan agar dipermudahkan.. Kita menyusukan ne pun sebagai satu uasaha menjalankan amanah Allah.. Jadi DIA pasti dengar akan kesulitan kita..
InsyaAllah..
Banyak mana pun air susu yang kita perolehi, cuba terima dengan hati yang terbuka, dan paling penting bersyukurlah.. Jangan paksa diri sangat sebab nak buat stok banyak ya.. teruskan usaha dan doa ya.. Actually, ayat terakhir ne untuk tenangkan diri saya sendiri dan sebagai muhasabah diri..
Jadi para ibu sekalian, mari kita sama-sama berusaha untuk perbanyakkan/ maintainkan air susu dengan ber "Power Pumping"..
No comments:
Post a Comment
what do you think?