Monday, July 30, 2012

ketidakseimbangan foremilk & hindmilk

Assalammualaikum

Hari ini saya telah bercadang untuk berkongsi salah satu ilmu berkenaan penyusuan ibu lagi, iaitu tentang 'foremilk & 'hindmilk'.. Terdapat tiga jenis breastmilk yang sangat penting untuk bayi kita, iaitu, 'foremilk' , 'hindmilk' , dan 'kolostrum'..
Seperti yang kita tau, kolostrum ialah susu yang berwarna kekuningan yang dihasilkan selepas beberapa jam atau beberapa hari selepas ibu melahirkan.. Kepada ibu baru, tau tak apa yang dimaksudkan dengan 'foremilk & hindmilk' pula? Foremilk merupakan susu awal dan hindmilk pula adalah susu akhir. Kedua-dua jenis susu ini adalah sama penting yang perlu diberikan kepada bayi kita.

FOREMILK
Foremilk ialah susu yang berada pada kedudukan hadapan payudara. Ia juga disebut sebagai susu awal. Di awal penyusuan, bayi kita akan mula dapat foremilk. Susu ne, agak cair dan mengandungi air yang banyak serta berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi. Jadi sebab itulah, untuk 6 bulan pertama, bayi tak perlu minum air masak sekalipun. Warnanya pula agak kebiruan dan ia mengandungi khasiat seperti karbohidrat, protein dan vitamin yang sangat penting untuk bayi.

HINDMILK
Hindmilk pula adalah susu yang berada pada kedudukan belakang payudara, dimana bayi hanya akan mendapatnya di akhir sesi penyusuan iaitu setelah menghabiskan foremilk (susu awal). Oleh itu, hindmilk juga disebut sebagai susu akhir. Ia mengandungi kandungan lemak yang lebih dan agak pekat jika dibandingkan dengan foremilk yang cair. Warnanya juga kelihatan pekat dan agak kekuningan. Hindmilk juga tinggi kandungan kalori dan penting untuk tenaga serta tumbesaran bayi.


Cuba perhatikan susu anda, pasti ada perbezaannya
~kredit pic for google~


MENGAPA IA BERBEZA PADA SUSU
Apabila susu dihasilkan, oleh alveoli (yang menghasilkan sel susu) kebanyakannya mengandungi lemak yang tinggi dan dan ia terhasil di belakang payudara menjadi hindmilk dan selebihnya, susu tersebut terkumpul di bahagian hadapan payudara menjadi foremilk.

Jadi, lemak yang dihasilkan itu sebenarnya tersekat di belakang payudara dan inilah yang menyebabkan perbezaan yang besar pada kandungan susu ibu. kandungan lemak dalam susu meningkat secara beransur-ansur dalam penyusuan sebagai dua lapisan lemak yang dibebaskan dari alveoli.

Lebih lama ibu menunggu untuk menyusukan/ memerah maka lebih banyak foremilk yang akan dihasilkan. Namun ia juga akan membuatkan bayi menunggu lama untuk mendapatkan hindmilk.

Level laktosa yang tinggi  yang ditemui dalam foremilk sangat penting untuk tenaga dan perkembangan otak bayi serta mampu menghilangkan dahaga bayi. Manakala hindmilk pula penting untuk tumbesaran bayi serta mampu membuatkan bayi kenyang.


foremilk & hindmilk untuk insyirah

KETIDAKSEIMBANGAN FOREMILK DAN HINDMILK
Hal ini berlaku biasanya, apabila bayi menyusu hanya untuk beberapa minit sahaja pada sebelah payudara dan terus bertukar ke payudara sebelah lagi. Akibatnya, bayi hanya mendapat foremilk yang berlebihan sebelum mendapat hindmilk.

Oleh itu, ibu harus menyusukan bayi sehingga kenyang iaitu sehingga ia mendapat hindmilk pada sebelah payudara sahaja. Manakala payudara yang satu lagi hendaklah di perah untuk mengelakkan daripaa bengkak. Jika selepas beberapa minit kita terus pindah payudara, pasti bayi kita belum mendapat hindmilk dan terus berpindah untuk mendapatkan foremilk sekali lagi daripada payudara yang sebelah lagi. Ini merupakan satu kesilapan yang membawa kepada beebrapa kesan pada bayi. Nak tau kesannya? Cuba lihat beberapa fakta di bawah untuk memastikan sama ada anak kita mendapat kandungan susu yang tidak seimbang.

SIMPTOM KETIDAKSEIMBANGAN FOREMILK DAN HINDMILK
1) Najis bayi yang kehijauan diselangi sakit perut
2) Bayi banyak meludah/ keluar liur yang banyak
3) Bayi tidak kenyang dan sentiasa ingin menyusu
4) Gassiness
5) Najis berdarah
6) Tumbesaran yang perlahan
7) Bayi mengalami diaper rash disebabkan najis berasid
8) Bayi mengalami pergerakan usus serta merta selepas penyususan

Hal di atas disebabkan kandungan foremilk yang berlebihan (oversupply) di mana, bayi kenyang awal (hanya dengan foremilk) dan tidak sempat mendapat hindmilk. Ia juga disebabkan penyusuan yang sekejap.

CARA MENGATASI KETIDAKSEIMBANGAN FOREMILK DAN HINDMILK
1) Susui bayi lebih lama sehingga kenyang pada satu payudara. Iaitu sehingga ibu merasakan payudara menjadi ringan.

2) Jika ibu merasa bahawa ia mengalami 'oversupply', cuba pam dahulu sebelum menyuasukan bayi untuk pastikan bayi dapat kedua-dua khasiat susu tersebut.

3) Untuk merawat ketidakseimbangan  fm & hm ne, cuba selang selikan penyusuan antara payudara pada setiap 12 jam hingga 24 jam

4) Jika ibu mengalami oversuply cuba minum sage tea, atau makan daun kubis (boleh juga lekapkan pada payudara)

Sekarang dah tau kan jenis susu dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Cara kita menyusukan pun sebenarnya memainkan peranan penting untuk berikan yang terbaik pada anak kita.. Mudah-mudahan anak kita semua dapat foremilk dan hindmilk yang seimbang..
Macam mana ibu-ibu baru... dapat info tak.. Moga-moga bermanfaat...



No comments:

Post a Comment

what do you think?