Friday, July 6, 2012

mengapa susu ibu?

Assalammualaikum

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian bersyukurlah kepadaKU dan kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman : ayat 14)



Ramai juga ibu-ibu di luar sana khususnya yang memilih susu fm sebagai makanan pertama untuk anak-anak mempersoalkan, kenapa nak susah-susah bagi full bf sedangkan dengan teknologi sekarang semakin banyak susu formula yang bagus dipasarkan. Paling penting, ia lebih mudah dan ibu tak lah perlu perah siang malam untuk buat stok susu. Saya sangat bersetuju dengan kata-kata mereka.

Sekarang, banyak susu formula yang sangat hebat dipasarkan. Pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan untuk mencipta susu formula yang setanding dan hampir menyamai susu ibu. Namun, sehingga kini, khasiat dan kebaikan susu ibu tidak dapat ditandingi dan sama sekali tidak dapat disamai oleh mana-mana susu formula sekalipun. Oleh itu, saya lebih bersetuju andainya kita para ibu berkorban sedikit memberikan anak kita susu ibu untuk memperoleh kebaikan yang sangat banyak. Malah kebaikan memberikan susu ibu ini bukan hanya pada bayi, namun juga pada ibu sendiri.

Hakikat yang perlu kita ketahui, di dalam Al-Quran juga telah menyarankan tentang pemberian susu ibu kepada bayi sejak hari pertama ia lahir sehingga 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga mereka berusia 2 tahun. Ini membuktikan bahawa Al-Quran sebenarnya mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabad dulu

Jom kita gali kelebihan memberikan anak susu ibu..





KHASIAT SUSU IBU

Susu ibu merupakan makanan dan minuman pertama bayi yang terbaik iaitu sejurus selepas bayi lahir sehingga 6 bulan pertama. Sebaik selepas bayi kita lahir, akan ada susu yang kental berwarna kuning yang dipanggil kolostrum. Susu inilah yang mempunyai antibodi yang tinggi serta proteinnya 3 kali ganda melebihi susu biasa. Ia juga mengandungi lebih sel darah putih. Ibu-ibu hendaklah memastikan bayi mereka mendapat kolostrum yang mencukupi agar mampu mencegah pelbagai jenis jangkitan penyakit. Kolostrum juga bertindak sebagai imunisasi yang pertama.

Selain itu, susu ibu juga sangat bersih dan bebas bakteria. Ia mampu mencegah dan melawan pelbagai jangkitan penyakit terhadap bayi. Contohnya, ia mengandungi sel darah putih hidup yang mampu membunuh bakteria, manakala antibodi pula mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi kita berupaya membentuk antibodinya sendiri.

Bagi bayi yang menyusu ibu sepenuhnya selama sekurang-kurangnya 3 bulan ia mampu mengatasi masalah perut kembung di kalangan bayi. Ini kerana, terdapat bahan yang dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa iaitu Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang penyakit enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu sentiasa steril dan tersedia pada suhu badan. Oh ya! tahu tak anda.. pernah ada teman memberikan saya pendapat bahawa, kalau kita campurkan bayi dengan susu formula, sekurang-kurangnya bayi kita dapat rasa susu yang berbeza-beza dan taklah bergantung dengan rasa susu ibu semata-mata. Tetapi, sebenarnya pendapat tu terbalik tau. Sebabnya, susu ibu lah yang sebenarnya mempunyai rasa yang berbeza-beza. Iaitu mengikut rasa makanan yang diambil oleh ibu. Sedangkan, susu formula hanya kekal pada satu rasa sahaja. Dapat imagine tak?

Susu ibu juga mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Terdapat 2 kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang menyusu badan mampu mencapai 7 hingga 10 mata tahap kecerdasan IQ nya daripada biasa. Kajian dari Holland pula menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tiadak akan diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous. 

Boleh rujuk SINI  dan  SINI  juga ya.


KEBAIKAN SUSU IBU UNTUK BAYI

1. SANGAT KAYA dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus, jangkitan pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis.

2. Menggalakkan pertumbuhan otot-otot muka dan rahang

3. Membantu mencegah bayi daripada kanser

4. IQ bayi yang menyusu ibu lebih tinggi sekurang-kurangnya 5 tahap daripada bayi lain

5. Jarang kembung perut, jarang sakit, kalau sakit pun cepat sembuh...


KEBAIKAN MENYUSUKAN BAYI PADA IBU

1. Membantu mengecutkan rahim dan mampu mengembalikan rahim ke bentuk asal

2. Mampu membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari (tips terbaik bagi ibu yang nak bentuk badan asal sebelum pregnant & deliver) ne betul tau berdasarkan pengalaman saya sendiri yang baru bagi full bf pada Insyirah setakat 3 bulan..

3. Mengurangkan risiko kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis

4. Lebih dekat pada anak...

5. BESARNYA PAHALA yang Allah swt akan bagi.. ^_^ v


FADHILAT MENYUSUKAN ANAK

1. Sangat mudah. Terutamanya bila tengah malam dan subuh, kita tak perlu masuk dapur lagi untuk bancuh susu... Betul tak?

2. Tiada susu lain yang mampu menandingi SUSU IBU

3. Mampu mengeratkan hubungan ibu dan anak

4. Besarnya pahala yang Allah kurniakan pada ibu yang menyusukan. Iaitu satu pahala bagi tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Sejajar dengan firman Allah swt di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 233 maksudnya; 'Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan'

5. JANJI SYURGA daripada Allah swt, yang akan dikhabarkan kepada wanita yang menyusui anaknya sekiranya dia beramal soleh, tidak melanggar perintah Allah swt dan taat kepada suaminya..

6. Bonus bagi wanita yang menyusui anak yang menangis kerana ingin menyusu iaitu pahala satu tahun solat dan puasa.

7. Anak akan sihat dan mempunyai antibodi yang kuat menentang penyakit.. (InsyaAllah, atas izin Allah jua..)

8. Pemberian susu ibu mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

9. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah swt memberi pahala memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah swt.

Begitulah sayangnya Allah swt pada wanita yang bergelar IBU.. Nampak tak? betapa besarnya nikmat seorang ibu yang menyusukan anaknya.. Mungkin, masih banyak lagi nikmat-nikmat yang tersembunyi yang tidak kita ketahui... Subhanallah..

Pada bakal ibu di luar sana.. Bagaimana..? Jom sama-sama kita memartabatkan SUSU IBU.. Pada yang merasakan tiada halangan, apa salahnya kita sama-sama cuba menyusukan anak kita sepenuhnya walaupun bekerja..



Saya juga ibu baru yang masih menggali tentang ilmu penyusuan sepenuhnya kepada bayi walaupun masih bekerja.. Seandainya masih ada rezki dan diizinkan Allah swt, besar keinginan saya untuk terus menyusukan Insyirah sehingga dia berusia 2 tahun sekurang-kurangnya...

Moga Allah mengizinkannya...InsyaAllah, Amin..

3 comments:

  1. jom singgah tgk baju raya:

    http://norliza989.blogspot.com/2012/07/kurung-moden-wirdani-new-design-new.html

    ReplyDelete
  2. Kepada ibu-ibu yang risau susu merudum tak perlu susah hati kerana shaklee menyediakan suplemen untuk tambahkan susu badan. Disamping itu ibu juga dapat mengurangkan rasa letih dan kembali bertenaga, sihat dan cantik♡

    jom lawati facebook saya di www.facebook.com/VitaShop

    ReplyDelete
  3. Kepada ibu-ibu yang risau susu merudum tak perlu susah hati kerana shaklee menyediakan suplemen untuk tambahkan susu badan. Disamping itu ibu juga dapat mengurangkan rasa letih dan kembali bertenaga, sihat dan cantik♡

    jom lawati facebook saya di www.facebook.com/VitaShop

    ReplyDelete

what do you think?