Assalammualaikum
Salam 7 ramadhan buat para bloggers dan ibu-ibu yang penyayang sekalian.. Moga ramadhan yang sudah mencecah ke usia seminggu ini akan terus kita hadapi dengan penuh hikmah, barakah dan membuka hati serta minda untuk terus ke arah kebaikan..
Buat ibu-ibu yang menyusukan, pasti ada ibu baru macam saya yang gusar tentang kuantiti susu dan kestabilan fizikal sepanjang ramadhan ini kan.. Macam saya juga sebelum ne, risau pasal kuantiti susu yang semakin merudum akibat tak minum banyak waktu bayar puasa lebih seminggu hari tu.. Tapi pengalaman benar-benar menyedarkan dan mengajar kita aga lebih bersedia.. Pada saya kemeruduman yang saya alami baru-baru ini, bagi remind dengan saya untuk lebih bersedia menghadapi ramadhan ...
Mungkin, masuk 7 ramadhan ne, ada antara ibu-ibu yang sudah mengalami kemeruduman yang pada anda secara tiba-tiba kan.. sebenarnya, kalau puasa memang tak hairan kalau susu sikit, sebab kita tak minum air kalau siang hari kan.. So, kita kena manfaatkan waktu sahur dan waktu berbuka.. Selain tu pengambilan makanan yang berkhasiat juga penting sebagai tenaga untuk kita.. Oke, jom kita gali tips terbaik untuk menghadapi ramadhan buat ibu yang menyusukan sekalian..
1) Pengambilan makanan yang berkhasiat.. Contohnya :
- Makanan tinggi protein (berasaskan kacang soya, alfalfa, tauhu, etc)
- Tinggi dengan vitamin B (lobak, sawi, kucai..etc)
- Tinggi kalori (longan kering, kurma)
- Tinggi kalsium (susu)
- Tinggi vitamin A dan C (buaha-buahan beri)
- Yang memanaskan badan (fenugreek, habatussauda, etc)
- Yang memperbaiki pengaliran darah (lobak putih)
- Yang mencetuskan hormon gembira (coklat.. heheh atau apa saja makanan yang buat anda gembira)
Rujuk SINI untuk info yang lebih membantu..
2) Minum air sekurang kurangnya 3 liter ke 4 liter sehari..
Untuk kuantiti air ne janganlah tekejut atau gelabah, bukan kena minum 3 liter sekali habis terus.. adui muntah nanti ibu-ibu sekalian.. huhuhu Cuba manfaatkan waktu sahur dan berbuka.. At least, waktu berbuka kan lebih panjang, jadi cuba minum air dalam 2 liter, minumlah sikit-sikit ya.. sampaikan 2 liter tu, then untuk sahur pula, kita digalakkan untuk melewatkan sahur, ya betul! dan itulah sebaiknya.. tapi saya pula seawal jam 3.30 (waktu negeri sabah) dah bangun untuk sediakan hidangan bersahur, jadi sebelum makan, sambil-sambil masak saya minum air, oat, makan roti (jacobs weetameal).. lepas makan nanti saya pasti akan minum air juga.. InsyaAllah cukuplah seliter.. Tapi, jaganlah paksa diri sangat ya..
3) MENGOSONGKAN PAYUDARA
Yang ne sangat penting. Kena kerap menyusukan anak dan pam bila tym keja. Jangan escaped! At least tetapkanlah mengepam 3 atau 4 jam sekali.. Walaupun kita rasa breast macam kosong, ringan tym puasa ne.. kena pam juga ya.. Jangan tunggu breast bengkak baru nak pam.. ne lah penyumbang utama ke arah susu merudum.. ingat konsep DEMAND & SUPPLY k.. cuba gali lagi perkara yang menjadi punca susu merudum..
4) Boleh manfaatkan suplement, contohnya
a) ALFALFA
b) FENUGREEK
Yang ne.. ikut kemampuan fizikal masing-masing ya.. Kadang-kadang ada ibu yang tak sesuai dengan ke-2 milk booster di atas.. boleh search google untuk lain-lain supplement yang berkesan.. Tak semestinya juga kena ambil supplement, cuma ini kadang-kadang boleh membantu banyakkan air susu selain membantu kita sihat dan bertenaga sepanjang hari InsyaAllah.. Apa-apa pun segala yang berlaku atas izinNYA juga..
Ini juga antara amalan sampingan saya sejak susu merudum sehinggalah puasa hari ini.. Alhamdulillah, Allah maha mendengar.. Dah nampak peningkatannya, saya dah hampir kepada kuantiti susu saya yang sebelum ini..
Apapun, yang paling penting..adalah..
5) DOA.. ne yang paling mujarab..
Mintalah di lewat sujud kita padaNYA..
YA ALLAH, sesungguhnya, aku menyusukan anakku kerana suruhanMU, maka KAU permudahkanlah, dan cukupkanlah susuku sehingga 2 tahun penuh penyusuan, seperti mana yang telah kau syariatkan kepadaku...
InsyaAllah, DIA maha mendengar..
Alhamdulillah, saya juga amalkan yang di atas semua.. setakat ini, kuantiti susu saya masih ok, malah puasa ini saya juga bertenaga.. bagaimanapun, untuk ibu-ibu yang tidak mampu berpuasa disebabkan penyusuan masih ada kelonggaran, keringanan atau rukhsah yang tuhan bagi..
Oh ya, sekadar ingin berkongsi supplement terbaik yang sangat sesuai dengan diri saya... Nak tau apa..?
Ne lah dia....
Ne la yang paling sesuai dengan saya.. minum hari-hari.. Memang berkesan..
Apapun, selamat mencuba ya ibu-ibu.. dan selamat meneruskan puasa dengan penuh niat sebagai ibadah (termasuk breastfeed anak.. kena niat ibadah padaNYA..)..
Moga mendapat barakah... Wallahualam...
No comments:
Post a Comment
what do you think?