Thursday, March 14, 2013

Safiyyah Insyirah..

Assalammualaikum

Semalam saya cerita-cerita dengan abi Insyirah. Cerita tentang diri masing-masing, tentang anak-anak. Tentang kerjaya, masa depan kerjaya dan masa depan anak-anak. Saya rasa normal kan kalau kita spend satu masa yang panjang dan bercerita tentang anak-anak.

Saya baru ada Insyirah seorang. Kebimbangan tentang masa depan anak tu dah mula tinggi. Zaman sekarang tak macam zaman kami dulu. Atau zaman abi Insyirah dulu. Budak-budak dah makin advance. Abi Insyirah selalu cakap, pendidikan anak-anak tu bermula daripada rumah. Bermula dari ibu bapa mereka. Masuk bab tu, saya rasa nak menangis. Andainya, Insyirah baca tulisan saya hari ini, saya mau dia sedar, yang saya sayang dia sungguh-sungguh. Saya teringin nak jaga dia 24 jam sehari. Saya ingin tengok dia membesar betul2 dihadapan mata saya. Saya teringin nak peluk dia satu hari. Pendek kata, saya nak jaga dia sendiri. Kalau saya boleh ubah keputusan tanpa fikir banyak perkara. Saya mau duduk rumah jaga anak saja. Biar anak-anak rasa keberadaan ummi diorang disisi sentiasa.

Kalaulah saya mampu untuk ubah keputusan serta merta.
Insyirah dah makin besar. Rasanya dia tau yang jaga dia sehari bukan umminya. Dia disekolahkan di usia 5 bulan + + . Dia dah jumpa ramai kawan. Walaupun dia tak mampu untuk bantah keputusan umi dan abi, saya yakin dalam satu hari tu, dia ternanti-nanti umi ambil dia balik dari taska. Buktinya? abi selalu cerita, bila abi ambil dia balik dari taska, Insyirah mesti melompat-lompat gembira. Tak sabar betul dia kena dukung abi. Dah tu, bila dia sudah dalam pangkuan abi, dia tak nak bila cikgu dia nak dukung dia balik. 

Bila di rumah pula. Nampak saya sampai depan pintu, dia kejar sambil menangis. Saya belum ambil lagi, dia dah bergayut di kain saya. Bila saya angkat dia minta dibaringkan dipangkuan saya. Dia mau dipeluk. Malah dia dah pandai cari apa yang dia mau. Dia nak mengempeng. Saya tau dia dah kenyang. Sebelum saya balik kerja dia dah makan dan menyusu. Jangan tak tau, dia nak menyusu saya bukan sebab lapar tapi sebab nak lepaskan rindu. Saya tau kerana saya uminya. Kesian kan... Sedih bila bayangkan semua tu.. Setiap hari saya rindukan dia. Setiap hari saya terkenangkan akan aktivitinya di taska.

Kadang-kadang saya rasa nak putuskan saja satu keputusan yang agak drastik. Tapi... haih.. bab ne yang saya rasa lemah nak teruskan..

Saya pernah fikir serius... ya.. serius nak berhenti kerja pejabat. Tapi, saya rasa sayang ada jugak. Malah, kalau saya suarakan pada kawan-kawan dan keluarga yang rapat, mereka juga bantah. "Orang lain pun ada anak juga, kerja juga... tak berenti pun.." . Itulah, kalau asyik fikir mcm "hidup orang lain" memang tak kan jadi. Saya tak dapat sokongan yang tinggi dari kawan dan keluarga bila masuk bab tu. Memang ramai yang bantah. Itu bukan penyelesaiannya. Ya.. yang saya sendiri pasti cara kita berfikir tak sama. Abi Insyirah bertegas, dia sangat setuju andai saya putuskan untuk duduk dirumah dan jaga anak saja. Tapi dia tak memaksa. Dia mau saya putuskannya sendiri. Saya juga kalau ikutkan hati, memang saya nak jaga anak-anak saja.

Entahlah.. bila fikir hal ne saya rasa tak berpenghujung. Agak rumit!. Ia bukan saja melibatkan hal kewangan. Rezeki boleh dicari di mana-mana kata abi Insyirah. Tapi, banyak perkara lagi yang perlu saya pertimbangkan kalau betul-betul nak stop kerja. Abi Insyirah nasihat saya supaya rajin bangun malam dan ambil kesempatan untuk buat istikharah. Ya, saya lakukannya. Mungkin perlukan masa juga untuk saya buat keputusan.

Saya pasti, saya bukan satau-satunya ibu yang berat fikiran macam ne....
Moga Allah temukan saya jalan penyelesaian yang terbaik....

Salam Sayang.... (",)

No comments:

Post a Comment

what do you think?