Assalammualaikum
Dulu...
Para ibu duduk rumah saja.. Masak, basuh kain, jaga anak. Bapa2 yang bekerja. Satu-satunya harapan untuk mencari nafkah buat isteri dan anak2nya. Kalau dulu2, orang beranak sampai sedozen pun ibunya masih dirumah. Kalau ada ibu yang bekerja pun cuma bekebun. Tak pun menoreh atau bersawah padi. Kan..? Anak-anak tetap berjaya dalam study. Masuk Universiti. Besar jadi doktor, cikgu.. Duit sikit pun masih cukup untuk semua.. Biarpun makan cuma kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Masih cukup. Dan tetap bersyukur.
Orang dulu-dulu tak pakai kereta pun boleh. Sampai juga tempat kerja. Boleh juga cari duit. Tahan tukul. Panas ke hujan ke redah ja. Bagus kan. Paling mahal pakai basikal atau motor. Takpun tumpang kawan, naik bas atau keretapi. Kalau kita imagine memang susah juga kan.. Turun kerja hari masih gelap. Dah sampai rumah pun hari sudah gelap juga.
Sekarang..
Suami isteri mesti kerja. Anak pula, orang lain yang jaga. Semua benda guna duit..duit..duit..
Sekarang duit banyak pun tak pernah cukup. Biarpun dah lengkap. Rumah besar, kereta mewah, dalam rumah pun ada amah. Everyweek shopping complex tak pernah sekali pun lengang. Semua orang nak berbelanja hari2. Wahhhh.. entah macam mana nak didik anak2 zaman sekarang.. Banyak perkara yang menakutkan.. Anak2 kita makin lama makin dewasa. Semakin perlukan kasih sayang dan tunjuk ajar ibu bapa. Tapi kalau ibu bapa asyik sibuk kerja cari duit saja.. Macam mana dengan anak2..
Budak2 yang bermasalah kebanyakannya bermula dari rumah. Masalah kurang didikan dari ibu bapa. Atau silap didikan dari ayah bonda.. Dari kecil mereka perlukan perhatian. Kasih sayang yang tiada tolak bandingnya.. Tapi mak ayah sibuk kerja..kerja..kerja.. Duit ada.. tapi tak pernah cukup.. Kenapa..??
Allahuakbar.. pimpinlah hambaMu ke jalan yang benar..
Keadaan dan situasi pada zaman sekarang banyak buka mata dan hati saya sebagai ibu kepada seorang anak.. Sekarang mungkin baru seorang. Akan datang..? Mampukah saya memberikan didikan yang baik pada anak..
Mampukah saya jadi ibu mithali dan isteri yang solehah buat anak dan suami saya.. Allahualam..
Kadang2 bila sunyi di ofis, saya rasa nak balik tengok anak saya.. (".)
Rindu Insyirah yang menangis sebab ditinggalkan tadi.. T__T
Tak tahan tengok gambar2 dia.. senak dada.. rasa mcm nak nangis.. |
No comments:
Post a Comment
what do you think?