Friday, December 7, 2012

it still not working

Assalammualaikum

Saya dah try google masalah template blog saya ne. Setakat ne belum ada masalah yang betul2 serupa melainkan yang hampir sama saja. Ada juga saya try buang cookies. Dan ada juga tutorial buang gadget2 yang mungkin buatkan blog template tu stuck. Sedihnya. Buruk sangat rupa blog saya sekarang. Belum ada penyelesaian yang betul2 dapat gembirakan saya setakat ne. Kenapa ek..

Bahagian body layout kat template tu betul2 tak dapat diubah. Bila saya klik mana2 body layout, memang boleh, tapi bahagian preview (bawah tu) tak berubah pun. Huhu..


Nampak tak pic kat atas? siap saya tanda dan bagi extra large lagi.. huhu. Saya tanda body layout yang boleh letak gadget kiri kanan kan. Tapi preview dia tetap tunjuk body layout pertama. Blog post memanjang then, kat bawah baru letak gadget. Macam blog saya sekarang ne la.. aduhai. kenapa ya.. 

Sayang pula nak buang gadget2 tu huhu.. tengoklah macam mana, mungkin terpaksa pindah url gadget kat notepad dulu kot.. takut korban buang gadget, tau2 tak menjadi. Kesian rumah blog saya ne. Macam tak terurus pula.

Tak pe la.. mesti ada hikmahnya kan.. mudah2an saya akan dapat temui penyelesaiannya.. InsyaAllah. Ceh! macam masalah negara yang serius je kan.. hihihihi..

Ok.. kalau anda ada cadangan yang dapat membantu, share ya.. tq..

Salam Sayang..

No comments:

Post a Comment

what do you think?