Saturday, December 15, 2012

kenangan

Assalammualaikum

saya masih belum ada masa yang panjang untuk update tapi tetap nak update juga.. hihi. Kemarin pegi rumah orang kawen sampai papar. Hari ne plan nak dirumah saja. Tapi semalam mama bagitau yang pakcik sebelah bapa saya sakit kuat. Sekarang kat hospital Damai. InsyaAllah lepas zuhur nanti nak ziarah.

Saya cuma nak share..

Rasanya dah lama sangat habis school + study.. tiba2 teringin nak jumpa kawan2 lama. Tak kiralah kawan masa skolah atau tym blajar dulu. Rindu pula nak share cerita. Sebab saya tau dah ramai yang berumah tangga. Saya ne bukan peminat tegar fb dan twitter. Akaun memang ada. Tapi jarang buka. Kalau buka jarang nak lama2. Online chat? tak pernah! hihi. Berbanding dengan blog saya ne, 24jam online melainkan kalau saya betul2 bz. Kalu blog, nampak sangat macam saya syok sendiri. Hahhaa.. sebab tak ramai kawan yang layan blog. Tapi tau tak saya lebih suka berblog berbanding ber fb atau twitter.. Sebab bole merapu panjang2 kuikuikui..

Niat bukan nak naikkan trafic blog dan tinggikan buffered earning semata-mata. Cukup saya enjoy nak mengarang. Nak abadikan kenangan bersama Insyirah, abinya dan family. Tiada niat lain. Memang, berblog bukan satu-satunya cara nak abadikan kenangan. Tapi biarlah bah! Hehe..


Kenapa saya tiba2 teringat dengan kawan2 lama? Entah lah kenapa.. Syukur Tuhan kurniakan saya hati dan perasaan. Saya ingin menghargai setiap ukhwah yang pernah terjalin dari dulu hingga saat ini. Kawan2 adalah orang yang bersama2 saya ketika sibuk menimba ilmu dulu. Jadi tidak adil kan kalau saya nak lupakan begitu saja. Tambah lagi, selama skolah dan study, terlalu banyak kenangan2 yang menggamit perasaan..yang best, yang tak best tetap ada tapi, bila sudah berlalu dimakan masa, ia tetap akan jadi sangat best!! hehe.. Kenangan itu semua tidak akan saya lupakan..

Mudah-mudahan Allah swt dengar doa saya untuk bertemu kawan2 lama. Sumpah saya rindu.. Allahuakbar..

Oke, nxt entry kita cerita lagi ya..

(Sudah masuk 2x hujung minggu, janji nak cerita pasal insyirah dihujung minggu tak tertunai lagi.. aduhaii..) >_-7


2 comments:

  1. try minta no fon kwn2. bole calling ke...

    ReplyDelete
  2. @nurun.. aha, memang selalu berkoling2 cumanya jarang dapat jumpa huhu..

    ReplyDelete

what do you think?