Assalammualaikum
Puas dah berhujung minggu.. Walaupun masa banyak korban kat luar. Tak dapat nak manja2 dengan Insyirah dirumah. Kalau kat luar terhad. Tapi Insyirah pun excited juga. Maklumlah budak tu. Makin besar makin kuat jalan.
Besar dah Insyirah.
Manja tetap maintain.
Masih suka Susu uminya. Juga manja pada Abi.
Dia dah pandai main kap-kap udang & cuk cuk surapit.
Exciteeeedd sangat main jongkang jongket.
Dia dah pandai "bertelatai".. Jalan dibibir-bibir katil atau meja.
Dia dah pernah berdiri dalam tempoh satu minit tanpa sokongan.
Insyirah dah ada 2 batang gigi kat bawah dan sebatang gigi kat atas. Jadi ada 3 batang semuanya.
Budak kemetot ne dah mula berus gigi. Hehe.
Dia sukaaa, sangat menyibuk abi drive. Bahaya...bahaya.. huhu
Budak ne kuat makan walaupun kemetot tau. Tapi menyusu pun kuat. Di nursery hantar 6 botol x
4oz.. semuanya habis. Kecuali kalau diambil awal. Heee..
Insyirah dah boleh catch, samada kita hepi atau marah. Dia pernah pukul abi sebab abi dan umi main cubit-cubit. Ntah, mungkin dia fikir abi cubit sebab marah umi kuttt.. padahal kita begurau manja gitu.. blueekk.. hehe
(thats mean, insyirah lagi pentingkan umi dia.. ngeeee)
Last sekali.. Insyirah dah makin besar, sedar tak sedar dah nak masuk 9 bulan khamis nanti.. InsyaAllah.. Ada lagi 3 bulan taun depan nak setahun.. alahai cepatnya masa berlalu..
Saaaaayang Insyirah umi.. Mmmmuahhh..
No comments:
Post a Comment
what do you think?