Thursday, December 27, 2012

kedai HAPPY MUMS : for pregnant & breastfeeding mom

Assalammualaikum

Lucky jumpa kedai ne.. Alhamdulillah, tak payah semua asyik nak beli online saja..
Sejujurnya, harga kat kedai online memang murah. Tapi charge postage ke Sabah sangatlah mahal. Kan org sabah..?! huhu. Saya baru saja lepas dari sana..
Di hari jumaat yang mulia ne, tak ramai yang datang ofis.. eh bukan, maksud saya kan sekarang hujung tahun. So ramai yang menghabiskan baki2 cuti tahunan. Memandangkan saya dah bercuti awal, jadi saya kena datang keja. Okelah kan. At least ada gak org di ofis. Tukang sambut telefon. Jadi mangsa kena layan dek nelayan, PJKKK.. heheh tak adalah gurau ja..
Tengahari tadi sekitar jam 12 noon, saya dan ethel, (kawan ofis) pegi kedai tu. HAPPY MUMS di Luyang. Mula2 Ethel cerita. Dia jumpa kedai tu waktu jalan2 area Luyang. Bukan main excited lagi dia sebab dapat beli Spectra 3 di sana. Buat kira2 harga lebih kurang je kalau beli online dah masuk postage. Ethel pun plan nak bagi fully BF untuk bakal babynya yang akan lahir, InsyaAllah bulan 2 nanti. Moga dimudahkan adikku. Dia sendiri rasa tak puas. Macam nak pegi lagi. Saya pun teruja jugakla bila dengar banyak storage bottle dan liner di sana. Kami pun pegila...

Rugi tau tak pegi sekarang. Diorang ada sale lagi. YES la katakan.. Oh ya, kedai ne terletak di KK SPECIALIST CENTRE.. Ala bersebelahan saja dengan klinik Dr. Felice Huang tu. Mesti biasa dengar klinik Dr. Felice kan.. Hah kat sana je.. pegila..




Saya sebenarnya jarang betul pegi sini. Walaupun dekat ofis. Selalu pegi Luyang untuk makan soto di kedai jawa tu ja. Manalah tau ada kedai jual barang BF. Sekarang dah jadi trend ibu bekerja bagi fully BF untuk anak. So, saya rasa tak adillah kalau gadget & accessoriesnya tak dijual secara meluas kan. Selalu saya beli online saja. Sampai breastpump pun beli online. Macam tu juga cooler bag, ice pack dan banyak lagi. Liner pun pernah beli online. Sebelum ne, ada juga beli cooler bag, ice pack, storage bottle dan liner kat KIDS AVENUE di Times Square. Tapi sejujurnya, kat sana pun tak banyak sangat accessories BF. Kadang2 habis stok. Tu yang balik2 beli online. Barang yang pada asalnya boleh jimat duit dah jadi bazir duit. Tutup mata bayar postage huaaa..

Nampak tak. Ne baru sikit. Kedai ne kecil ja tapi padat. Medela Freestyle yang menjadi impian saya pun ada. Nak tau harga dia berapa? RM 1, 490.00.. Sangat murah berbanding kebanyakan harga yang saya search di internet. Saya pernah jumpa harga RM 1, 290.00 tapi postage ke Sabah RM 100.00. Macam tak logik je kan.. Oh ya, bahagian permainan budak, baju budak, stroller dan breastfeeding accessories dia pisah2kan. Kecil je kedai ne, tapi sangat banyak stok barang.

Ini liner yang ada. Autumnz (RM 12.90 x 25 pcs x 12oz), Jingle Jungle (RM 12.90 x 25 pcs x 12oz), dan MeMum Liner (RM 22.90 x 25 pcs x 7oz). Oh ya, brand Simplisse pun ada tinggal satu. Yang ne hanya stok untuk dijual. Tekejut tengok stok kat belakang kedai. Banyaknyaaa.. liner dan storage bottle. Terujanyaaaa..



Yang tu ice pack. Cute kan. Ada pic kartun. Tak silap ada harga RM 8.90 satu dan ada yang RM 12 ++. Harga ikut brand..




Saya suka tengok Modul castle tu. Cute dan cantik. Rasa macam nak belikan Insyirah. Tapi dia belum pandai main tu lagi. Tunggu Insyirah besar sikit la.. hehe



Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi cukup dululah. Next time kena beli ikut keperluan juga. Nanti abi jeling pula hihihi.. Cukuplah saya dah tau kat mana BF Centre saya lepas ne. Hanya di Happy Mums, Luyang, Sabah!




Kami nak balik da.. haa.. tengok sebelah klinik Dr. Felice ja.. cepat datang sini... Masih ada sale lagi..



Saya ada beli jugakk.. sempat lagi.. hehe. Apa agaknya ekk.. Of course BF ACCESSORIES.. Benda yang dah lama diidamkan.. hehe..





Bila dah jumpa kedai Happy Mums ne, saya rasa lega sungguh2. Semua ada. Sebelum ne, saya nak sangat beli storage bottle MLO ne.. (Moms Little one) harganya biasa saja walau dikira mahal sikit berbanding storage bottle autumnz dan Bumble Bee tapi sebab dia cute saya suka sangat. Tapi saya kuburkan dulu niat nak beli yang hanya semata2 rasa ia cute untuk dahulukan keperluan. Maklumlah postage mahal.. huhu Tapi bila dah jumpa kedai ne.. impian saya dah tercapai. RM 39.00 without postage. Bayangkan kalau saya beli kat Littlewhiz yang murah tu RM 33.15 plus postage RM 11.. Bole kira sendiri kan.. Kalau beli kat web Moms Little Ones sendiri pun murah jugak. RM 31.20 plus postage RM 11.50.. Dah berapa..? lebih kurang saja kan.. malah lagi mahal sikit.. Syukur jumpa kedai ne.. Alhamdulillah. Tak sabar nak guna.. hihi





Dan saya dapat beli ne jugak. Dengar2 storage liner Jingle Jungle pun bagus jugak. Boleh muat sampai 12 oz dan senang susun dalam freezer sebab dia tak gemuk. Eheh! Nanti try k. Terasa nak try Memum juga. Tapi next time la k..
Oke.. pada ibu-ibu area Sabah, if anda masih tercari2 BF centre anda bolehla datang sini. Tak semestinya BF mom saja.. Untuk yang tengah pegnant pun mai la.. mesti korang teruja. Sementara masih sale kan.. Jom.. Banyak benda kita boleh dapat.. Maybe bole jimat lagi compare beli online. Oh ya.. boleh guna Visa dan Mastercard juga. Macam saya kebetulan tak banyak cash, dan tak rancang nak beli apa2 memula tadi. Tapi dah nampak storage MLO tu dah tak dapat kawal dah.. saya main zasss je.. ngeee..
K.. jom.. Moga jadi info berguna untuk anda..
Salam Sayang..

No comments:

Post a Comment

what do you think?