Monday, December 3, 2012

HIDAYAH hanya untuk yang IKHLAS

Assalammualaikum

Sudah lama mencari, tapi tak jumpa.. Dari dulu kata nak berubah, tapi belum ada hasilnya.. Mungkin kerana niat saja tapi tiada usaha.. Kalau IKHLAS pasti Allah swt akan beri HIDAYAH-NYA..

Saat Insyirah lena, saya terbaca satu entri berguna..

“Jika kita IKHLAS mahu hidayah dan IKHLAS mahu dekat kepadaNya, Allah akan memberikan kita hidayah itu” Yakinlah. Bercakaplah dengan Allah di dalam hati, berbisiklah kepada Allah. Kerana Allah Maha Mengetahui apa saja yang tersembunyi di dalam hati ini, apa sahaja yang kita katakan dan apa sahaja yang kita lakukan.
Adik-adik mari ingatkan diri setiap perkara baik yang kita lakukan, dan setiap nafsu jahat yang kita lawan, setiap maksiat yang kita tinggalkan tidak akan sia-sia disisi Allah walaupun ianya cuma sekecil biji sawi sekalipun. Allah Al-Hasib – Ianya akan diambil kira dan dinilai. Bukan seperti manusia yang kadangkala lupa memberi penghargaan dan tidak ambil peduli perkara yang kita lakukan. Ya walaupun kecil ianya akan ditulis.

" Dan Oarang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan kami) KAMI benar2 KAMI tunjukkan mereka jalan2 KAMI. Dan sesungguhnya Allah swt benar2 beserta orang yang baik " (Al-Ankabut  :  69)

Renung2kan dan selamat beramal.. 

No comments:

Post a Comment

what do you think?