Moga Allah sentiasa pelihara hati ini... Dari segala macam perasaan dan sifat yang buruk belaka.. Cukup kita jaga hati kita. Jaga aqal pemikiran dn minda daripada dikuasai nafsu dan hasutan syaitan semata...
Abi selalu pesan.. Pelihara lidah. Jgn suka ckp tak baik. Apatah lagi perkara tentang org.. Jgn buka benda busuk. Nanti tuhan buka aib kita pula. Jaga hati. Jgn mudah membenci... Berlapang dada serta bertenanglah... Mengadulah pada Allah swt.. Andai kita diuji olehnya.. Pasti kita akan bertemu jalan yang ingin dituju.. Dan beroleh ketenangan... InsyaAllah..
Dunia ne kan cuma persinggahan sementara sebelum kita berkumpul di mahsyar.. Jadi penuhkan akaun amalan sebelum kena audit di kemudian hari..
Jom.. Sama sama kita berazam yang baik untuk tahun 2013 nnti... Azm itu penting untuk mengejar perkara yg lebih baik. Janji dapat redha Allah swt.. Ameenn...
Monday, December 31, 2012
Niatkan yang baik belaka..
Keretapi
Setelah sekian lama... Sejak sejarah keretapi berlanggar dgn lori tangki minyak haritu... Saya dah lama tak naik ketapi... Dan hari ne sebagai menutup tahun 2012.... Saya baru naik balik... Yeayyy....
Sunday, December 30, 2012
sejuknyaaa..
Assalammualaikum
Ramai staff masih bercuti.. dan saya antara kakitangan yang hadir ke ofis. Dalam ofis ne cuma tinggal 3 orang saja. Memang best buat kerja. Tak bising dan tak ada gangguan.. Tapii.. Saya tak tahan sejukkkkk sangat. Sebab orang tak ramai jadi haba pun tak banyak kutt.. Adui. aircond ne kuat betul.. Nak beku dah nee.. phieww~~
Apapun nak buat minuman panas dulu...
Sejukkkk sangattt..!!! uhh~~ |
THE LIFE : dulu dan kini...
Assalammualaikum
Dulu...
Para ibu duduk rumah saja.. Masak, basuh kain, jaga anak. Bapa2 yang bekerja. Satu-satunya harapan untuk mencari nafkah buat isteri dan anak2nya. Kalau dulu2, orang beranak sampai sedozen pun ibunya masih dirumah. Kalau ada ibu yang bekerja pun cuma bekebun. Tak pun menoreh atau bersawah padi. Kan..? Anak-anak tetap berjaya dalam study. Masuk Universiti. Besar jadi doktor, cikgu.. Duit sikit pun masih cukup untuk semua.. Biarpun makan cuma kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Masih cukup. Dan tetap bersyukur.
Orang dulu-dulu tak pakai kereta pun boleh. Sampai juga tempat kerja. Boleh juga cari duit. Tahan tukul. Panas ke hujan ke redah ja. Bagus kan. Paling mahal pakai basikal atau motor. Takpun tumpang kawan, naik bas atau keretapi. Kalau kita imagine memang susah juga kan.. Turun kerja hari masih gelap. Dah sampai rumah pun hari sudah gelap juga.
Sekarang..
Suami isteri mesti kerja. Anak pula, orang lain yang jaga. Semua benda guna duit..duit..duit..
Sekarang duit banyak pun tak pernah cukup. Biarpun dah lengkap. Rumah besar, kereta mewah, dalam rumah pun ada amah. Everyweek shopping complex tak pernah sekali pun lengang. Semua orang nak berbelanja hari2. Wahhhh.. entah macam mana nak didik anak2 zaman sekarang.. Banyak perkara yang menakutkan.. Anak2 kita makin lama makin dewasa. Semakin perlukan kasih sayang dan tunjuk ajar ibu bapa. Tapi kalau ibu bapa asyik sibuk kerja cari duit saja.. Macam mana dengan anak2..
Budak2 yang bermasalah kebanyakannya bermula dari rumah. Masalah kurang didikan dari ibu bapa. Atau silap didikan dari ayah bonda.. Dari kecil mereka perlukan perhatian. Kasih sayang yang tiada tolak bandingnya.. Tapi mak ayah sibuk kerja..kerja..kerja.. Duit ada.. tapi tak pernah cukup.. Kenapa..??
Allahuakbar.. pimpinlah hambaMu ke jalan yang benar..
Keadaan dan situasi pada zaman sekarang banyak buka mata dan hati saya sebagai ibu kepada seorang anak.. Sekarang mungkin baru seorang. Akan datang..? Mampukah saya memberikan didikan yang baik pada anak..
Mampukah saya jadi ibu mithali dan isteri yang solehah buat anak dan suami saya.. Allahualam..
Kadang2 bila sunyi di ofis, saya rasa nak balik tengok anak saya.. (".)
Rindu Insyirah yang menangis sebab ditinggalkan tadi.. T__T
Tak tahan tengok gambar2 dia.. senak dada.. rasa mcm nak nangis.. |
Thursday, December 27, 2012
kedai HAPPY MUMS : for pregnant & breastfeeding mom
Assalammualaikum
Lucky jumpa kedai ne.. Alhamdulillah, tak payah semua asyik nak beli online saja..
Sejujurnya, harga kat kedai online memang murah. Tapi charge postage ke Sabah sangatlah mahal. Kan org sabah..?! huhu. Saya baru saja lepas dari sana..
Di hari jumaat yang mulia ne, tak ramai yang datang ofis.. eh bukan, maksud saya kan sekarang hujung tahun. So ramai yang menghabiskan baki2 cuti tahunan. Memandangkan saya dah bercuti awal, jadi saya kena datang keja. Okelah kan. At least ada gak org di ofis. Tukang sambut telefon. Jadi mangsa kena layan dek nelayan, PJKKK.. heheh tak adalah gurau ja..
Tengahari tadi sekitar jam 12 noon, saya dan ethel, (kawan ofis) pegi kedai tu. HAPPY MUMS di Luyang. Mula2 Ethel cerita. Dia jumpa kedai tu waktu jalan2 area Luyang. Bukan main excited lagi dia sebab dapat beli Spectra 3 di sana. Buat kira2 harga lebih kurang je kalau beli online dah masuk postage. Ethel pun plan nak bagi fully BF untuk bakal babynya yang akan lahir, InsyaAllah bulan 2 nanti. Moga dimudahkan adikku. Dia sendiri rasa tak puas. Macam nak pegi lagi. Saya pun teruja jugakla bila dengar banyak storage bottle dan liner di sana. Kami pun pegila...
Rugi tau tak pegi sekarang. Diorang ada sale lagi. YES la katakan.. Oh ya, kedai ne terletak di KK SPECIALIST CENTRE.. Ala bersebelahan saja dengan klinik Dr. Felice Huang tu. Mesti biasa dengar klinik Dr. Felice kan.. Hah kat sana je.. pegila..
Saya sebenarnya jarang betul pegi sini. Walaupun dekat ofis. Selalu pegi Luyang untuk makan soto di kedai jawa tu ja. Manalah tau ada kedai jual barang BF. Sekarang dah jadi trend ibu bekerja bagi fully BF untuk anak. So, saya rasa tak adillah kalau gadget & accessoriesnya tak dijual secara meluas kan. Selalu saya beli online saja. Sampai breastpump pun beli online. Macam tu juga cooler bag, ice pack dan banyak lagi. Liner pun pernah beli online. Sebelum ne, ada juga beli cooler bag, ice pack, storage bottle dan liner kat KIDS AVENUE di Times Square. Tapi sejujurnya, kat sana pun tak banyak sangat accessories BF. Kadang2 habis stok. Tu yang balik2 beli online. Barang yang pada asalnya boleh jimat duit dah jadi bazir duit. Tutup mata bayar postage huaaa..
Nampak tak. Ne baru sikit. Kedai ne kecil ja tapi padat. Medela Freestyle yang menjadi impian saya pun ada. Nak tau harga dia berapa? RM 1, 490.00.. Sangat murah berbanding kebanyakan harga yang saya search di internet. Saya pernah jumpa harga RM 1, 290.00 tapi postage ke Sabah RM 100.00. Macam tak logik je kan.. Oh ya, bahagian permainan budak, baju budak, stroller dan breastfeeding accessories dia pisah2kan. Kecil je kedai ne, tapi sangat banyak stok barang.
Ini liner yang ada. Autumnz (RM 12.90 x 25 pcs x 12oz), Jingle Jungle (RM 12.90 x 25 pcs x 12oz), dan MeMum Liner (RM 22.90 x 25 pcs x 7oz). Oh ya, brand Simplisse pun ada tinggal satu. Yang ne hanya stok untuk dijual. Tekejut tengok stok kat belakang kedai. Banyaknyaaa.. liner dan storage bottle. Terujanyaaaa..
Yang tu ice pack. Cute kan. Ada pic kartun. Tak silap ada harga RM 8.90 satu dan ada yang RM 12 ++. Harga ikut brand..
Saya suka tengok Modul castle tu. Cute dan cantik. Rasa macam nak belikan Insyirah. Tapi dia belum pandai main tu lagi. Tunggu Insyirah besar sikit la.. hehe
Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi cukup dululah. Next time kena beli ikut keperluan juga. Nanti abi jeling pula hihihi.. Cukuplah saya dah tau kat mana BF Centre saya lepas ne. Hanya di Happy Mums, Luyang, Sabah!
Kami nak balik da.. haa.. tengok sebelah klinik Dr. Felice ja.. cepat datang sini... Masih ada sale lagi..
Saya ada beli jugakk.. sempat lagi.. hehe. Apa agaknya ekk.. Of course BF ACCESSORIES.. Benda yang dah lama diidamkan.. hehe..
Bila dah jumpa kedai Happy Mums ne, saya rasa lega sungguh2. Semua ada. Sebelum ne, saya nak sangat beli storage bottle MLO ne.. (Moms Little one) harganya biasa saja walau dikira mahal sikit berbanding storage bottle autumnz dan Bumble Bee tapi sebab dia cute saya suka sangat. Tapi saya kuburkan dulu niat nak beli yang hanya semata2 rasa ia cute untuk dahulukan keperluan. Maklumlah postage mahal.. huhu Tapi bila dah jumpa kedai ne.. impian saya dah tercapai. RM 39.00 without postage. Bayangkan kalau saya beli kat Littlewhiz yang murah tu RM 33.15 plus postage RM 11.. Bole kira sendiri kan.. Kalau beli kat web Moms Little Ones sendiri pun murah jugak. RM 31.20 plus postage RM 11.50.. Dah berapa..? lebih kurang saja kan.. malah lagi mahal sikit.. Syukur jumpa kedai ne.. Alhamdulillah. Tak sabar nak guna.. hihi
Dan saya dapat beli ne jugak. Dengar2 storage liner Jingle Jungle pun bagus jugak. Boleh muat sampai 12 oz dan senang susun dalam freezer sebab dia tak gemuk. Eheh! Nanti try k. Terasa nak try Memum juga. Tapi next time la k..
Oke.. pada ibu-ibu area Sabah, if anda masih tercari2 BF centre anda bolehla datang sini. Tak semestinya BF mom saja.. Untuk yang tengah pegnant pun mai la.. mesti korang teruja. Sementara masih sale kan.. Jom.. Banyak benda kita boleh dapat.. Maybe bole jimat lagi compare beli online. Oh ya.. boleh guna Visa dan Mastercard juga. Macam saya kebetulan tak banyak cash, dan tak rancang nak beli apa2 memula tadi. Tapi dah nampak storage MLO tu dah tak dapat kawal dah.. saya main zasss je.. ngeee..
K.. jom.. Moga jadi info berguna untuk anda..
Salam Sayang..
perlu ke beli freezer untuk simpan EBM?
Assalammualaikum
Kata hati saya memang nak ambil freezer.. Itu bergantung pada keperluan masing2.. Macam saya, saya rasa nak sangat ambil satu.. Tapi masih dalam proses mempertimbangkannya semula.. Dan InsyaAllah.. andai diizinkanNYA, january ne maybe..
Sebab saya ada perancangan lain juga.. Insyirah masih perlu saya utamakan.. Doakan saya ya.. Moga niat nak pertahankan memberi yang terbaik untuk anak2 tuhan mudahkan.. Saya perlu lebih berusaha untuk kumpul stok susu.. Memang kita hanya merancang. Namun Allah jua yang maha mengetahui perkara mana yang lebih baik untuk hambaNYA.. Mudah-mudahan tuhan makbulkan niat saya.. Harapan saya, abi dan Insyirah juga kut.. hehe
Ada beberapa jenis freezer tengah saya fikirkan untuk diambil ne.. Dan masih berfikir nak yang mana satu..
CHEST FREEZER
kredit pic for google
Ne chest freezer atau dep freezer. Biasanya EBM boleh bertahan selama 6 hingga 12 bulan.. Tapi depends dengan suhu, cara kita jaga, kekerapan buka sebab makin kerap buka tutup makin berubah2 juga suhu kan.. Tapi kita sendiri boleh pastikan susu kita kalau masih ok, tak bau.. sayang juga nak buang kan.. If masi boleh guna, jangan bazirkannya..
Biasanya ruangnya sangat besar. Memang meriahlah letak EBM kat dalam. Nak letak berbotol2 atau berliner2 pun ikut suka hati la.. Nak hambur ja pun bole. Hehe.
Tapi biasalah pengambilan freezer ne bakal menyumbang kepada pembayaran bil yang tinggi hehe. So.. are u ready? hihi.. Tawaqal sajalah ya..
Dari segi fleksibiliti, ikut cara dan kekreatifan masing2 la. Macam mana nak organize EBM kat dalam tu.. kan..
Dan yang ne pula..
UPRIGHT FREEZER
kredit pic for google
Ini pula fleksibel. Macam nak yang ne tapi saya tak jumpa lagi di negeri bawah bayu ne. Kalau survey harga kat intenet lebih mahal if compare dgn deep freezer. Nampak senang ja nak organize susu kan. Bentuk dia memanjang then bole jimat ruang dapur. Tapi rasanya ruang dalam tu agak terhad kalau dibandingkan dengan deep freezer, malah letrik pun akan lebih tinggi. Memang nampak cantik la. Sesuai letak EBM. Agaknya bole tak susun EBM macam susun fail kat ofis.. hahaha..
Tak pe.. InsyaAllah. Ada masa lagi kan. Tak payah la beli yang cantik sangat. Asal ada dan memadai ia membantu memudahkan niat dan perancangan, chest/deep freezer ke, upright freezer ke, ok je... hehe.
EBM saya nak minta di organize dah. Seakat ne saya cuma bagi Insyirah fresh milk. Selebihnya saya jadikan stok. Dan stok yang sedia ada saya tak kacau lagi.
Susu2 ne semua nakkan rumah baru yang lebih selesa. Yang juga boleh buat ia semua bertahan. Manatau kan.. ada rezki lagi.. hik3.. InsyaAllah..
Kalian doakan ya. Moga Allah swt mudahkan perjalanan menyusui anak ini..
Allahumma ameen..
Salam sayang..
Wednesday, December 26, 2012
mengepam juga perlu kreatif!
Assalammualaikum
Bukan buat kerja saja perlu kreatif tau.. waktu mengepam pun bole kita aplikasikan kekreatifan yang ada.. Chewah! Kadang-kadang sesetengah keadaan mendesak kita untuk buat perkara yang agak berlainan daripada biasa kan? Hihi..
Contohnya, semalam sebab gadget mengepam tak lengkap saya terpaksalah campur baurkan gadget yang ada untuk jadikan ia lengkap. Jadi saya tak perlu penat memerah guna teknik marmet. Malas le tu! hehe..
Sebenarnya saya terlupa bawa balik satu breastshield spectra saya. Entah kelam kabut kut nak balik kemarin lepas basuh breastshield tu boleh pula saya letak dalam drawer tapi yang satu lagi saya letak siap2 dalam dryer beg. Cuai betul. Kemarin hari sibuk sedunia kut. Tengah orang ramai ambil cuti saya sibuk nak bawa berpuluh perjanjian untuk setem duti. Dah la di lhdn ambil masa lama. Bukan apa.. ada satu makcik tu.. ahh tak yah cerita la buat sakit ati lagi nanti.. hihi
Ok pasal breastshield tadi kan.. haa.. tula tertinggal satu kat ofis. Macam mana nak pam diruma malam nanti.. Mungkin terpaksa guna single je la.. Bila sampai ruma, macam biasa saya susukan Insyirah dulu. Then, yang satu lagi kena pam jugak kan. Tak pe. Guna single pun ok. Tiba2 teringat pulak manual BP Medela saya..
Saya guna la kedua2nya. Yang satu guna spectra secara auto dan sebelah lagi mengerah usaha pakai medela harmony.. Manual pun tak pe.. yang penting dua2 ter' stimulate.. Yeah.. bole rangsang penghasilan air susu lagi.. kan..?
Selain tu, baru terperasan semalam juga.. Rupanya valve spectra tu bole muat pakai kat medela harmony dan begitula sebaliknya.. Bagus kan.. hihi bolela main tukar2..
Okela thank u for reading this entry yang without pic.. Tak terfikir nak ambil pic semalam.. hik..
Salam sayang..
Contohnya, semalam sebab gadget mengepam tak lengkap saya terpaksalah campur baurkan gadget yang ada untuk jadikan ia lengkap. Jadi saya tak perlu penat memerah guna teknik marmet. Malas le tu! hehe..
Sebenarnya saya terlupa bawa balik satu breastshield spectra saya. Entah kelam kabut kut nak balik kemarin lepas basuh breastshield tu boleh pula saya letak dalam drawer tapi yang satu lagi saya letak siap2 dalam dryer beg. Cuai betul. Kemarin hari sibuk sedunia kut. Tengah orang ramai ambil cuti saya sibuk nak bawa berpuluh perjanjian untuk setem duti. Dah la di lhdn ambil masa lama. Bukan apa.. ada satu makcik tu.. ahh tak yah cerita la buat sakit ati lagi nanti.. hihi
Ok pasal breastshield tadi kan.. haa.. tula tertinggal satu kat ofis. Macam mana nak pam diruma malam nanti.. Mungkin terpaksa guna single je la.. Bila sampai ruma, macam biasa saya susukan Insyirah dulu. Then, yang satu lagi kena pam jugak kan. Tak pe. Guna single pun ok. Tiba2 teringat pulak manual BP Medela saya..
Saya guna la kedua2nya. Yang satu guna spectra secara auto dan sebelah lagi mengerah usaha pakai medela harmony.. Manual pun tak pe.. yang penting dua2 ter' stimulate.. Yeah.. bole rangsang penghasilan air susu lagi.. kan..?
Selain tu, baru terperasan semalam juga.. Rupanya valve spectra tu bole muat pakai kat medela harmony dan begitula sebaliknya.. Bagus kan.. hihi bolela main tukar2..
Okela thank u for reading this entry yang without pic.. Tak terfikir nak ambil pic semalam.. hik..
Salam sayang..
Tuesday, December 25, 2012
the story of KUNDASANG
Assalammualaikum
Its been a long tym tak online.. rindunyaaa.. Tak sabar betul nak story pasal holiday haritu. Masa holiday sebenarnya terlalu pendek. Tapi amat berharga untuk saya. Kesian abi sampai kena sakit kepala. Thats why masa percutian pun di pendekkan. Tak apa.. Masa seminit pun kalau tuhan kurniakan untuk gembira bersama abi dan Insyirah suda jadi cukup bermakna buat diri saya.. *wink*
Sebenarnya, kami start bercuti 20 hb haritu. Seawal jam 8am lagi bertolak dari rumah.. Awal kan? sebab kita target nak sampai awal, then boleh jalan2. Cuma kami sekeluarga bertiga dan keluarga kawan abi Insyirah..mereka pun bertiga juga. Jadi hanya kami berenam. Niat nak pegi ramai2 dengan kawan abi yang lain lagi. Ada 2 family lagi kalau iku plan. Tapi yang dua lagi belum balik dari kl. So, takut tunggu lama-lama nanti tak kesampaian. Maklumlah cuti tak menentu. Abi tak boleh cuti lama-lama. Sebab banyak keja nak diselesaikan sementara staff non muslim cuti xmas kan.. Tak apalah, kalau umur panjang dan diizinkan Allah swt, lain hari ada lagi kan. Ble plan cuti sama2 lagi.
Kami sampai di Kundasang sekitar jam 10 am. Kitorang menginap di Rose Cabin. Tempat penginapan biasa saja. Sesuai untuk keluarga kecil macam kami. Hehe. Next time kalau dah bertambah bole minta tempat yang lagi besar kan. Tak kisah tinggal di mana pun. Ok. Lepas check in dan solat jamak Zuhur dan asar, lebih kurang jam 2pm kami pegi pekan kundasang. Perut dah lapar sangat. Pekena sup ngammmm betul. Hehe. Memang selera sup sup saya dan abi Insyirah ne. Insyirah saya dah siap2 buat buburnya dari rumah. Bekalan untuk siang dan malam (3x makan).
Sempat juga kitorang singgah di Desa Cattle. Tempat ternakan lembu. Cantik betul disana. Rasa macam nak pegi lagi. Sebab kami di sana pun tak lama. Hujan. Sejuk pula tu. Kesian anak-anak.
Act, banyak pic diambil tapi dalam kamera abi. Sementara tu saya share pic yang ada dari handphone dulu ya..
Makan tengahari di restoran pekan Kundasang.. Saya tak ingat pulak nama restoran ne. Mungkin sebab lapar betul kan.. hihi Layan sup tulang gitu.. eheh!
Pakai topi mancing.. hehe.. Ne masi kat kk.. Sarapan..
Dah check in kat Rose Cabin.. Okela.. Janji selesa.. Insyirah pun sesuka hati saja roun satu bilik ehe..
Banyak kan lembu rupa new zealand ne.. Sampai sini saja perjalanan kami di Kundasang.. @Desa Cattle ne.. Waktu ne pun hujan.. Punya sejukk.. Huhu Nasib baik siap2 bagi pakai Insyirah baju tebal. Tahan juga budak tu. Dia suka pula bila angin kuat. Hehe
Candid Camera. Hehe
Alah eksen saja Insyirah tu. Padahal dia tau nak kena gambar. Ngee..
Kalau ada yang belum sampai sini, Marila datang Kundasang di Desa Cattle ne. Cantik. Mungkin saya saja kut yang baru datang sana hehe. Selalu saya cuma nampak gambar orang. Memang cantik. Dan bila dah sampai sendiri. Subhanallah.. Memang cantik. Rasa macam nak datang lagi. Cantik betul ciptaan Allah tu. Pemandangan yang cukup real dan bukan lukisan semata. Aiceh!!
Insyirah sibuk nak tengok lembu.. Banyak tau lembu dia.. Pandai baris tunggu giliran nak pam susu pulak tu..
**Teringat oklan kit kat.. hehe**
Ne kat bilik. Tempat kami rehat2 + tempat Insyirah buat perangai dia jugak hihi.. Tapi selama di sana Alhamdulillah, kurang manja budak ne.. Dia nak belepas saja.. Tapi habis barang dihamburnya saja.. Kita solat pun dia kacau aduhaii.. huhu
Dia main topi.. Waktu nela ada saja perangai dia buat.. hehe..
Otw nak balik kk.. Kesian abi.. Tym ne la dia sakit kepala sangat2. Saya kata mungkin sebab banyak minum Nescafe semalam. Sebab dia tak pandai sangat minum tu. Tak ngam dengan perut katanya. Ntah kenapa. Tym sejuk2 dia teringin pula nak rasa Nescafe tu.. Ciann..
Tengoklah gaya anak ne.. ada2 aja.. Kami singgah di Kinabalu Park. Abi kena rehat sebab sakit kepala.
Cantik kan.. Cuma saya tak berapa pandai snap ehe!. Act lebih indah daripada apa yang anda nampak dalam gambar..
Dia nak berlepas jugak..
Sempat lagiii.. hehe. Kami pun turun dari keta. Jalan2 sekitar Parking. Sementara biar abi rehat betul2. Ambil masa 2 jam juga. Baru abi dapat rehat cukup. Kepala pun dah ringan..
Cakkk...!!!!!
Hek Eleh... nak duduk sendiri.. he
Sebab penat sangat.. Akhirnya dia tertidur dengan lenanya bersama mr. miow miow.. comel.. biarla dia rehat.. umi pun nak rehat jugak.. hehe
Sebenarnya, banyak pic dalam kamera abi. Lebih2 lagi pic dengan family kawan abi. Kami ada bergambar ramai2. Tapi bila transfer dalam komputer ne, tak boleh buka pula. Ini saja yang dapat saya share. Paling cantik pic pamandangan. Lukisan realiti alam ciptaan Allah swt.. Memang cantik.. Sampai sini dulu saya share ya.. Banyak keja nak buat..
Sejak last week lagi berniat nak update + upload pic.. tapi tak ada masa. Kebetulan bz dan ada saudara meninggal dunia kan.. terpaksa hold dulu.. Ok.. walaupun percutian kami cukup pendek, tapi sangat berharga buat saya..
Salam Sayang..
Monday, December 24, 2012
kelam kabut
Assalammualaikum
Pengisian yang sangat kelam kabut hari ne.. Kenapalah saya macam ne.. Aduii..
Satu perkara yang saya harap dapat buat perfect, dapat saya selesaikan last minute dalam keadaan yang menyedihkan. Bila tengok dari pandangan mata kasar, nampak bagus dan cantik saja.. Macam ada harapan (Bluekkk!!!) tapi hakikat yang disedari sangat kontra... Allahuakbar.. Mudahkanlah, Cukuplah bagiku Allah swt sebagai penolongku..
Sabar..sabar.. pasti ada hikmah
btw, nak update cerita holiday.. belum kesampaian lagi.. aduhaiii..
Friday, December 21, 2012
The holiday
Assalammualaikum
rindunya nak update blog..cepat saja rindu dgn blog kalau lama tak buka.. act, kami sekeluarga tgh cuti2.. ke mana? nanti update ya..
rindunya nak update blog..cepat saja rindu dgn blog kalau lama tak buka.. act, kami sekeluarga tgh cuti2.. ke mana? nanti update ya..
Tuesday, December 18, 2012
Tiba-tiba
Assalammualaikum
Tiba-tiba saya jadi rindu akan satu kehidupan suatu masa dulu..
Tiba-tiba pula saya jadi rindu pada kedua orang tua saya..
Tiba-tiba saya jadi rindu nak bergelak tawa dengan kakak dan adik saya..
Dan saya sangat merindui Insyirah juga pada saat ini..
Saya inginkan ketenangan saat ini..
Monday, December 17, 2012
peringatan
Assalammualaikum
Setiap hari akan ada saja kelahiran dan kehilangan.. Yang lahir tunggu masa nak besar, then kita yang dah berpijak nyata dimuka bumi ne hanya menunggu masa, waktu dan ketika untuk dijemput Illahi.. Tiada siapa yang akan tau bila..
Tapi kita selalu lalai.. Lengkapkan isi kehidupan dengan hal dunia semata.. sedangkan hidup kita hanya untuk mengabdikan diri pada Allah swt.. Mengumpul amalan untuk kehidupan hakiki di akhirat kelak.. Subhanallah..
Lalainya kita..
Muhasabah diri.. (Baru balik dari tempat Arwah..)
Sayunya hati menyaksikan jenazah insan yang disayang diusung.. Padahal suatu hari saya juga akan diperlakukan begitu.. Allahualam..
al-fatihah
Assalammualaikum
Ingat tak entry saya hujung minggu tentang pakcik saya di Damai Specialist? Beliau telah dijemput Illahi semalam dalam jam 8pm..
Subhanallah.. Besar sungguh kuasa tuhan.. Moga ruh Allahyarham ditempatkan dikalangan Hamba Allah swt yang beriman.. Serta sentiasa dalam rahmat-NYA
Beliau seorang bapa/ pakcik yang cukup baik.. Lidah saya cukup kelu untuk berkata2 saat menerima berita pemergian beliau..
Moga keluarga sepupu saya iaitu anak2 Allahyarham tabah dan redha mengahadapi ujian Allah..
Al-fatihah..
Sunday, December 16, 2012
publish gambar susu perahan : boleh ke tak?
Assalammualaikum
Saja nak berkongsi pandangan dan pendapat..
Selama berblog tentang dunia penyusuan bersama Insyirah ne, saya banyak post entry pasal pumping, susu ibu dan letak pic gambar susu ibu. Yalah, waktu masukkan pic tak terfikir apa-apa kan. Berbeza kalau nak masukkan pic muka sendiri. Entah kenapa baru semalam terfikir. Boleh ke tak?
Then, saya pun buat research. Setakat penemuan yang saya ada ne la..
SUMBER : aulawrites.blogspot.com |
That's mean.. tiada masalah. Cuma mungkin, bahasa kita kena jaga juga kan. Jangan sekali-kali selitkan ayat2 yang boleh buka mana-mana pintu yang tak baik. InsyaAllah. Mudah-mudahan tuhan pelihara.
Gambar susu hanya semata-mata nak rangsang diri sendiri dan mana-mana ibu yang need motivation untuk lebih yakin teruskan penyusuan sampai anak dah weaning kan.. Mudah-mudahan ianya akan membawa ke arah kebaikan.. Aminn..
BESAR DAH BUDAK NE..
Assalammualaikum
Puas dah berhujung minggu.. Walaupun masa banyak korban kat luar. Tak dapat nak manja2 dengan Insyirah dirumah. Kalau kat luar terhad. Tapi Insyirah pun excited juga. Maklumlah budak tu. Makin besar makin kuat jalan.
Besar dah Insyirah.
Manja tetap maintain.
Masih suka Susu uminya. Juga manja pada Abi.
Dia dah pandai main kap-kap udang & cuk cuk surapit.
Exciteeeedd sangat main jongkang jongket.
Dia dah pandai "bertelatai".. Jalan dibibir-bibir katil atau meja.
Dia dah pernah berdiri dalam tempoh satu minit tanpa sokongan.
Insyirah dah ada 2 batang gigi kat bawah dan sebatang gigi kat atas. Jadi ada 3 batang semuanya.
Budak kemetot ne dah mula berus gigi. Hehe.
Dia sukaaa, sangat menyibuk abi drive. Bahaya...bahaya.. huhu
Budak ne kuat makan walaupun kemetot tau. Tapi menyusu pun kuat. Di nursery hantar 6 botol x
4oz.. semuanya habis. Kecuali kalau diambil awal. Heee..
Insyirah dah boleh catch, samada kita hepi atau marah. Dia pernah pukul abi sebab abi dan umi main cubit-cubit. Ntah, mungkin dia fikir abi cubit sebab marah umi kuttt.. padahal kita begurau manja gitu.. blueekk.. hehe
(thats mean, insyirah lagi pentingkan umi dia.. ngeeee)
Last sekali.. Insyirah dah makin besar, sedar tak sedar dah nak masuk 9 bulan khamis nanti.. InsyaAllah.. Ada lagi 3 bulan taun depan nak setahun.. alahai cepatnya masa berlalu..
Saaaaayang Insyirah umi.. Mmmmuahhh..
Saturday, December 15, 2012
kenangan
Assalammualaikum
saya masih belum ada masa yang panjang untuk update tapi tetap nak update juga.. hihi. Kemarin pegi rumah orang kawen sampai papar. Hari ne plan nak dirumah saja. Tapi semalam mama bagitau yang pakcik sebelah bapa saya sakit kuat. Sekarang kat hospital Damai. InsyaAllah lepas zuhur nanti nak ziarah.
Saya cuma nak share..
Rasanya dah lama sangat habis school + study.. tiba2 teringin nak jumpa kawan2 lama. Tak kiralah kawan masa skolah atau tym blajar dulu. Rindu pula nak share cerita. Sebab saya tau dah ramai yang berumah tangga. Saya ne bukan peminat tegar fb dan twitter. Akaun memang ada. Tapi jarang buka. Kalau buka jarang nak lama2. Online chat? tak pernah! hihi. Berbanding dengan blog saya ne, 24jam online melainkan kalau saya betul2 bz. Kalu blog, nampak sangat macam saya syok sendiri. Hahhaa.. sebab tak ramai kawan yang layan blog. Tapi tau tak saya lebih suka berblog berbanding ber fb atau twitter.. Sebab bole merapu panjang2 kuikuikui..
Kenapa saya tiba2 teringat dengan kawan2 lama? Entah lah kenapa.. Syukur Tuhan kurniakan saya hati dan perasaan. Saya ingin menghargai setiap ukhwah yang pernah terjalin dari dulu hingga saat ini. Kawan2 adalah orang yang bersama2 saya ketika sibuk menimba ilmu dulu. Jadi tidak adil kan kalau saya nak lupakan begitu saja. Tambah lagi, selama skolah dan study, terlalu banyak kenangan2 yang menggamit perasaan..yang best, yang tak best tetap ada tapi, bila sudah berlalu dimakan masa, ia tetap akan jadi sangat best!! hehe.. Kenangan itu semua tidak akan saya lupakan..
Mudah-mudahan Allah swt dengar doa saya untuk bertemu kawan2 lama. Sumpah saya rindu.. Allahuakbar..
Oke, nxt entry kita cerita lagi ya..
(Sudah masuk 2x hujung minggu, janji nak cerita pasal insyirah dihujung minggu tak tertunai lagi.. aduhaii..) >_-7
Thursday, December 13, 2012
last day
Assalammualaikum
Hari ne, hari terakhir berkursus. Alhamdulillah. Banyak ilmu dah dapat. Tapi sekarang belum habis lagi. Nanti jam 5 pm baru penutupan. Sekarang ne waktu rehat. Semua orang pegi solat jumaat. Saya tak dapat nak fokus untuk update entry panjang2 sebab banyak perkara nak buat. Nak fokus kursus lagi. Malam pun masa tak panjang. Sebab nak awal ke kursus, jadi semua kerja rumah dan persiapan untuk insyirah ke taska saya buat waktu malam. Habis penat, pengsanlah saya. Hehe. Tak ada masa nak online. Rindu nak duduk lama depan lappy sambil update blog.
Petang ne kami akan terjah jabatan yang dah amal 5S. Oh ya, dari kemarin bagitau ikut kursus lupa pla share, yang saya sedang mengikuti kursus 5S. Jabatan tempat saya kerja ne sedang dalam usaha ke arah amalan 5S, dan telah pun menyertai. Kalau haritu MS ISO alhamdulillah dah dapat sijil, sekarang ne ke arah 5S pula. Macam terbalik pulak kan. Biasanya 5S dulu baru MS ISO. Apa2 je lah hehe.
Moga semuanya dimudahkan.. Dari niat, usaha dan doa serta tawaqal akhirnya..
Amin..
Petang ne kami akan terjah jabatan yang dah amal 5S. Oh ya, dari kemarin bagitau ikut kursus lupa pla share, yang saya sedang mengikuti kursus 5S. Jabatan tempat saya kerja ne sedang dalam usaha ke arah amalan 5S, dan telah pun menyertai. Kalau haritu MS ISO alhamdulillah dah dapat sijil, sekarang ne ke arah 5S pula. Macam terbalik pulak kan. Biasanya 5S dulu baru MS ISO. Apa2 je lah hehe.
Moga semuanya dimudahkan.. Dari niat, usaha dan doa serta tawaqal akhirnya..
Amin..
look green, supaya sentiasa rasa fresh.. *wink* |
Wednesday, December 12, 2012
short update
Assalammualaikum
Wah curi masa kursus ne. Huhu..
Tak adalah.. sekrang waktu rehat. Jadi saya ambil kesempatan buat pumping sambil taip ne..
Minggu ne saya bz sikit. Janji nak update, tak terupdate2 blog ne tau. Huhu. InsyaAllah sambung nanti. Sekarang saya tengah ikut kursus. Tak kemana2 pun. Dalam ofis je. Syukur, mudah nak buat pumping hehe. Ok la.. nanti sambung lagi ya.. masa rehat tak panjang. Nak makan dan solat lagi..
C u n take care ya..Salam
Sunday, December 9, 2012
...and finally
Assalammualaikum
Nampak tak?
Aha.. blog saya ne. Dah berjaya membedahnya satu malam.. Alhamdulillah. Penat juga. Betulla, kena buang gadget dulu. Syukur berhasil. Tapi saya cuma pindah kat notepad. Bole ambil semuanya balik. Huhu.. Rindu nak tengok rumah hijau kesayangan ne cantik balik. Saya pakai background yg sebelum ne juga. Memang saya suka hijau. Ape? crowded? A'ah kan adalah sikit. Tapi sebab saya suka tengok tulip katun tu. Entah kenapa bila tengok teringat insyirah. Kenapa ya.. hehe
Happy dah blog dah ok. Tym 2 get my gadget back. Kesian diorang kena kuarantin dalam notepad. Hehe. Saya terpaksa selesaikan blog ne tengah malam. Waktu insyirah dah tidur. Abi nuuu haaa, tengok bola. ngee..
Lepas ne baru semangat balik nak update entry. Ne duk susah hati pikir camana nak cantikkan blog balik. Berusaha betul saya untuk blog kesayangan ne konon.
Okelah. Blog2 juga. Hal2 akhirat jangan abaikan ya.. Ada masa saya nak update pasal Insyirah dihujung minggu..
Teringat kata2 ustz Azhar idrus kat twitter tadi.. "Manusia hanya lalai mengurus hal-hal berkaitan duniawi, namun tidak ramai yang mahu memikirkan hal berkaitan akhirat.." Subhanallah..
Salam sayang..
Friday, December 7, 2012
it still not working
Assalammualaikum
Saya dah try google masalah template blog saya ne. Setakat ne belum ada masalah yang betul2 serupa melainkan yang hampir sama saja. Ada juga saya try buang cookies. Dan ada juga tutorial buang gadget2 yang mungkin buatkan blog template tu stuck. Sedihnya. Buruk sangat rupa blog saya sekarang. Belum ada penyelesaian yang betul2 dapat gembirakan saya setakat ne. Kenapa ek..
Bahagian body layout kat template tu betul2 tak dapat diubah. Bila saya klik mana2 body layout, memang boleh, tapi bahagian preview (bawah tu) tak berubah pun. Huhu..
Nampak tak pic kat atas? siap saya tanda dan bagi extra large lagi.. huhu. Saya tanda body layout yang boleh letak gadget kiri kanan kan. Tapi preview dia tetap tunjuk body layout pertama. Blog post memanjang then, kat bawah baru letak gadget. Macam blog saya sekarang ne la.. aduhai. kenapa ya..
Sayang pula nak buang gadget2 tu huhu.. tengoklah macam mana, mungkin terpaksa pindah url gadget kat notepad dulu kot.. takut korban buang gadget, tau2 tak menjadi. Kesian rumah blog saya ne. Macam tak terurus pula.
Tak pe la.. mesti ada hikmahnya kan.. mudah2an saya akan dapat temui penyelesaiannya.. InsyaAllah. Ceh! macam masalah negara yang serius je kan.. hihihihi..
Ok.. kalau anda ada cadangan yang dapat membantu, share ya.. tq..
Salam Sayang..
Thursday, December 6, 2012
MR. MAMA
Assalammualaikum
Tak kisahlah, layout dah jadi super buruk sekarang ne. Saya tetap nak update juga hehe.
Kemarin abi Insyirah cuti. Sampai hari ne. Nak urus ptptn katanya. Bila dia cuti untuk urus sesuatu, saya suruh antar Insyirah ke nursery juga sebab kesian pla dia nanti, takut urusan jadi payah pula. Tapi dia tak nak. Katanya biar dia saja jaga Insyirah. Bukan selalu dapat lama-lama dengan Insyirah. Lagipun kalau hantar nursery, abi terpaksa ke papar juga. Jadi kerja + rugi minyak lagi kan. hehe (kedekut nya saya!). Masalahnya, tengahari nanti dia nak ke LHDN, masuk pejabat ptptn sekali dengan setem duti. Jadi saya offer dirila. Kalau tengahari nak keluar nanti, singgah ambil saya sekejap. Jadi saya bole tolong pegang Insyirah sementara dia berurusan. Ok set!
Dalam jam 1 macam tu, abi pun ambil saya. Nampak si kecil tu punya excited melompat2 bila tengok umi masuk keta. Eee.. makin manja dan nakal da dia. Masuk di bangunan lhdn, tak pandai diam dah budak tu. Ada saja gayanya. Yang lucunya, bila dia tak nak diam saya dudukkan dia di kerusi di ruang menunggu. Bila saya nak lepas dia pelan2, dia takut. Haha. Penakut juga dia ne. Takut kena tinggal. Insyirah ne, sebenarnya tak susah nak faham. Dia manja. Kalau boleh dia nak kena layan 24jam. Dan rasanya dia nak kita ada depan mata dia setiap masa. Kesian. Kalaulah umi bole jaga dia sepenuh masa. Huhu.. Sudah!
Lepas berurusan di pejabat ptptn, kira nak terus setem duti, tau2 setem habis pulak. Kena pegi hari ne lagi. Nasib baik abi pandai. Siap2 ambil cuti 2 hari. Kebetulan baki cuti masih banyak lagi. Silap2 tak dapat habiskan. Boleh bawa taun depan pula. Then, perut pun rasa lapar sungguh2. Lepas solat terus cari tempat makan. Habis makan je, abi hantar saya balik ofis. Dan dorang balik rumah.
Kesian abi. Bila saya sampai rumah saja. Kain2 bercuci + berjemur + siap lipat sudah. Tinggal nak kemas dalam almari saja. Insyirah pun dah mandi + makan petang. Nak tunggu umi pulang bagi mengempeng saja. Hihi. Bilik + dapur pun kemas. Yang tak tahan tu, abi siap keluarkan lauk untuk dimasak dan tolong saya potong sayur. Alahai kesiannya abi. Macam mana dia bole buat semua tu dengan masa yang tak panjang. Yalah, kan dari berurusan tengahari tadi. Then, nak urus si kecil yang dah mula banyak ragam lagi.
Saya : Susah tak jaga Insyirah?
Abi : Hehe (Sengih).. Boleh tahan! Manja juga. Tak mau lepas.
Saya : Boleh pula siapkan kerja rumah ya..
Abi : Supaya umi sampai rumah tak tension..
Aduhai.. Kesian abi. Berusaha betul dia. Memang saya senang hati sampai rumah. Semua kerja dia siapkan tanpa saya pinta dan harapkan pun. Saya tau bukan senang dia nak buat perkara yang bukan menjadi kebiasaan. Tapi abi anak sulung. Beza umur dengan adik2 juga sangat jauh. Jadi saya tak hairan kalau mudah bagi dia untuk urus semua tu. Abi bukan jenis yang kuat mengeluh. Syukur, dia kuat untuk urus anak yang baru sorang. Hehe.
Yang sungguh2 buat terharu tu, dia paksa siapkan semua kerja untuk elak umi tension. Tak adalah abi... semua tu sudah terlalu biasa bagi umi.. hehe
thank u so much MR. MAMA.. hihi
Wednesday, December 5, 2012
my template designer not working
Assalammualaikum
Entah apa halnya pula dengan blog saya ne ya. Baru semangat nak update blog. Dan baru last week dalam percubaan mencomelkan blog kesayangan hihi. Tau2 since kemarin ada masalah dengan template designer saya. Adeh... Apo dah jadi!
Gini ceritanya..
Mula2 saya niat nak tukar body layout. Belum konfirm lagi. saja nak tengok mana yang lawa. Hehe. Yalah kalau tak sesuai boleh tukar balik kan. Selalunya macam tula. Sekali saya tukar body layout yang terletak mula2 sekali. Alah yang body text memanjang then semua gadget letak bawah tu. Eksen je nak try. Then saya apply to proceed la. Konon nanti baru nak tukar balik. Nak tengok dulu, saja2 manatau sesuai kan. Sekali tukar dah tak boleh dah. Huhu sedih. Tak tau kenapa. Sekarang tengah search google manatau jumpa solution nya kan.
Yang pelik tu, bila saya klik body layout 3 column (kiri kanan bole letak gadget) boleh pula tapi bila preview tak gerak langsung. Saya klik apply to proceed pun no respon. Kenapa ya? Ala, tak best la wajah al-insyirahsite sekarang ne. Tak semangat saya nak tengok da. Tula. Yang saya gatal tangan tu kenapo! huaa..
Tak apalah. Nanti google cari solution dia. Sedih!
Tolonglah saya... :-(
Monday, December 3, 2012
HIDAYAH hanya untuk yang IKHLAS
Assalammualaikum
Sudah lama mencari, tapi tak jumpa.. Dari dulu kata nak berubah, tapi belum ada hasilnya.. Mungkin kerana niat saja tapi tiada usaha.. Kalau IKHLAS pasti Allah swt akan beri HIDAYAH-NYA..
Saat Insyirah lena, saya terbaca satu entri berguna..
“Jika kita IKHLAS mahu hidayah dan IKHLAS mahu dekat kepadaNya, Allah akan memberikan kita hidayah itu” Yakinlah. Bercakaplah dengan Allah di dalam hati, berbisiklah kepada Allah. Kerana Allah Maha Mengetahui apa saja yang tersembunyi di dalam hati ini, apa sahaja yang kita katakan dan apa sahaja yang kita lakukan.
Adik-adik mari ingatkan diri setiap perkara baik yang kita lakukan, dan setiap nafsu jahat yang kita lawan, setiap maksiat yang kita tinggalkan tidak akan sia-sia disisi Allah walaupun ianya cuma sekecil biji sawi sekalipun. Allah Al-Hasib – Ianya akan diambil kira dan dinilai. Bukan seperti manusia yang kadangkala lupa memberi penghargaan dan tidak ambil peduli perkara yang kita lakukan. Ya walaupun kecil ianya akan ditulis.
" Dan Oarang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan kami) KAMI benar2 KAMI tunjukkan mereka jalan2 KAMI. Dan sesungguhnya Allah swt benar2 beserta orang yang baik " (Al-Ankabut : 69)
Renung2kan dan selamat beramal..
Saturday, December 1, 2012
NEW LOOK
Assalammualaikum
Wah.. Al-InsyirahSite sudah berwajah baru.
Mentang2 baru bg new look dapur, terus nak tukar background blog pula. Hehe tiada kaitan. Bukan apa, ini supaya tambah semangat menulis.
Nampaknya kena tukar header dan arrange page lagi.. ok lah ada masa nanti saya sambung pula..
Salam..
Subscribe to:
Posts (Atom)