Sunday, June 2, 2013

tujuan hidup?

Assalammualaikum


Wah tak terasa cuti selama 4 hari... Bermula khamis lalu..
Kaum Kadazan Dusun yang excited bercuti nak sambut kaamatan,  tapi seluruh sabah pla yang beriya nak cuti lebih hihi..

Cuti kali ne tak terasa sangat-sangat, sebab sibuk bertandang ke rumah orang kahwin.. Sepupu abi sendiri pun kahwin last week juga, so start khamis tu kitorang dah sibuk. Ikut tolong-tolong di rumah pengantin. Saya ne oke lagi. Muda lagi. Kuat lagi nak bekerja cuma masa saya tak dapat spend full tym kat rumah sepupu abi, sebab ada anak kecik, bila timimg Insyirah dah berperangai, nak tido, menyusu segala, abi mulalah hantar rumah balik. Urus anak pulo! Huhu..

Mak mertua saya dan makcik-makcik yang lain tu yang kesian.. Abi pun kesian juga, dorang banyak tolong, tak bertidur, ada sekali abi kena migrain mungkin sebab berjaga malam.. Tapi itulah hikmah dalam bermuhibbah.. Terjalin ukhwah kerana Allah, Terpamer ikhlas disegenap wajah kan..kan..Eceh! Dorang tak merungut pun... Saya yang banyak rugi sebab banyak angkat bendera putih bila Insyirah dah meragam hihihi...

InsyaAllah, kalau ada masa nanti nak juga share dan abadikan kenangan perkahwinan sepupu abi @ aunty noni Insyirah..

*******   ***   *******


Tu mukaddimah saja.. Hehe boring!
Awal pagi tadi, saya dan abi Insyirah kuar minum jap lepas dah thumb print kat ofis. Saya sampai awal lagi tapi kuar balik singgah minum, ntahla sejak dua menjak ne gastrik kuar balik..Tu yang bawa abi singgah.. Sib bek abi pun lapar hihi.. 

Waktu dalam keta banyak benda yang kami bincangkan... Berkaitan dengan tujuan dan destinasi hidup... Abi memang suka buka cerita dengan tajuk ne.. 

Act, mula-mula abi terpandang seorang wanita tua, berbaju lusuh, bertudung labuh menutup dada dan sebahagian tubuhnya.. Kaki pun, bertutup.. Ditangannya tersandang sebuah beg kain besar yang juga agak lusuh.. (wah suda macam cerita dongeng pulak).. Tapi ini realiti...
Makcik tadi berjalan kaki tak tahu hala tuju.. Abi pun mulakan bicara.. "cuba tengok makcik tu" sambil memunjungkan mulutnya ke satu arah..dan mata saya mengekori arah itu. Saya terus cakap.. "kesian" "Kesian kenapa?" Balas abi.. Saya terus terdiam, betul jugak kan, nak kesian part mana ya.. huhu
Nak kesian sebab baju dia lusuh?
Atau sebab beg dia yang dah kabur warnanya?
Atau kerana seliparnya yang dah koyak?
Atau mungkin juga sebab dia berjalan kaki seorang diri dan seolah-olah tak tahu arah tuju?

"Makcik tu, nampak menutup aurat dengan sempurna.. walaupun baju dan beg nya nampak lusuh dia tak nampak macam orang tak betul.. Entah-entah kita ne yang kesian, walaupun kita berdua dalam keta besar, baju lawa macam baru ambik dari kedai cina.. Kita sibuk dengan hal-hal dunia, akhirat entah ke mana. Makcik tu, dalam keadaan dia macam tu, tengok.. Dia tutup aurat sempurna. Semua betutup kecuali wajah dan tapak tangan saja.. Siapa tau kalau-kalau dia dah confirm ahli syurga.. kita..?"

Saya angguk tanda setuju. Memang terkesan dihati.. Subhanallah..

Sebagai umat islam, saya kira tidak ada di antara kita yang tidak tau bahawa dunia ini hanya sementara. Sedangkan akhirat itu pasti, kekal abadi dan ia tetap wujud. Sekali lagi akhirat adalah wujud, syurga neraka juga wujud dan benar. Allah telah nyatakan semuanya dalam Al-Quran. 

Apa sebenarnya TUJUAN hidup kita di dunia.. ke mana DESTINASI kita yang sebenarnya...?

Allah perintahkan kita agar bersyukur dan berdoa padaNYA setiap waktu, setiap hari kita berjanji pada Allah dalam solat lima waktu... solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt. Maka akan ada lagi kah niat kita melakukan suatu perkara bukan kerana Allah..? 

Ma fi Qalbi Ghairullah...

Kadang-kadang kita lalai. Tidak! Bukan kadang-kadang tapi selalu sebenarnya. Namun Allah sentiasa bagi peluang untuk bertaubat dan Allah itu sesungguhnya maha penerima taubat. Allah hidupkan kita didunia ini beserta ujian. Tidak beriman seseorang itu selagi ia tidak diuji! Banyak ujian yang kita hadapi setiap hari. Saya ada kawan. Dia baik dan kuat beribadah. Tapi dia agak kasar sedikit hehe. Namun sebenarnya, kekasaran bertempat itu menjadi kelebihan pada dirinya dan dia selalu cakap ini..

"ko sakit? ujian lah tu"
"oh ko sihat..cantik dan kaya..alhamdulillah.. jadi ko ingat semua tu bukan ujian? woi, ada bagus lagi tuhan uji kita dengan kesakitan atau kesusahan, sebab confirm ko akan mengadu dan meminta pada Allah, pendek kata, ko mesti akan ingat Allah, tengok bila ko senang, sihat, kaya... ko semayang tak? doa tak? itu pun ujian juga.. Istidraj! nikmat yang melalaikan..."

Haaa.. macam tu lah manusia yang sebenarnya.. Waktu susah baru akan ingat Allah dan mengadu padaNYA kan.. Waktu senang, doa pun pendek.. Ini sebenarnya peringatan buat diri sendiri dan kalian. Baguskan kalau saling mengingatkan...

Ada banyak benda yang kita nak kejar dalam dunia ne, of course semua benda yang baik-baik untuk diri kan, namun sebanyak mana perkara yang dikejar itu, bertujuankan ibadat pada Allah.. berlandaskan syariat islam..? 

Ya Allah, terlalu banyak perkara yang buat kita lalai. 

Satu benda yang saya selalu persoalkan pada diri sendiri..
Hari ini saya bekerja, setiap hari, 11 jam...
Bersama suami dan anak sekurang-kurangnya, 7 jam..
Masa untuk diri sendiri 6 jam...
11 jam bekerja, apa pengisiannya.. 
Setiap pagi niat semuanya kerana Allah.. Namun sejauhmana bicara setegak hati?
Maka sehingga bila ianya seperti ini...
Banyak mana pengisian masa untuk ibadat...

Belajar untuk pandai...
Pandai kan diri agar berjaya...
Berjaya hanya untuk pengiktirafan manusia semata..
Maka dimana tuhan kita? mana tempat pencipta kita?

Diri, mudahnya kau memungkiri penciptamu..

Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama saling mengingati, bermuhasabah, dan merenung jauh matlamat kehidupan yang hakiki.. 
Saya juga manusia biasa yang ada kalanya lupa diri..

Allahualam..

~Nota buat diri~






No comments:

Post a Comment

what do you think?