Thursday, June 13, 2013

Last Day - Vacation

Assalammualaikum


Tiada apa yang dapat saya katakan selain bimbang, dan sebak.
Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Yang masih diberi peluang bernafas sebaiknya menggunakan masa yang ada untuk beribadat pada Allah. Hidup perlu diteruskan. Betul kan... Cuma, sebagai sebahagian daripada darah dagingnya, waris pada zuriatnya, saya tidak mampu lari daripada kesedihan dan terasa benar kehilangan. 

Hari terakhir bercuti, suda tak sama seperti hari sebelumnya. Nak ke mana-mana pun sejujurnya dah hilang mood. Sejam-sejam saya mesej kakak saya untuk tau perkembangan nenek saya. Keadaannya sama seperti sebelumnya. Nenek ibarat dah koma. Saya bacakan juga yaaseen. Moga Allah mudahkan sakaratulmautnya.   Bila sebut sakaratulmaut saja saya bergegar. Waktu itu adalah waktu nenek, macam mana pulak waktu saya nanti..? Allahualam.



*******   ***   *******

Entah kenapa, hari terakhir di sana, Insyirah pun banyak ragamnya. Waktu dah check out dari bilik, kami tunggu lama di lobi hotel untuk ke Airport. Sebab Abg Yamin kena kerja dulu, memandangkan flight kami jam 9.30 malam. So masih sempat kalau nak tengok2 barang sebagai buah tangan untuk family lagi. Tapi saya dah tak tentu rasa masa tu. Saya tunggu di lobi hotel saja. Insyirah pula masa tu nak lepas saja tak mau didukung. Saya biar juga dia lari-lari, masalahnya bila dah dibiar dia mula nak duduk dan tiarap pula. Huhu. Kalau tak dibagi dia marah, menangis... Saya bawa Insyirah makan, dia nak makan sendiri. Nasi pun habis ditabur. Adui nasib makan di gerai saja. Hihi.. Sampaila Insyirah didatangi oleh seorang anak kecil berusia 3 tahun. Budak tu anak kepada pemilik gerai, tapi suka stay di hotel tempat kami menginap. Suka la dia nak bawa Insyirah main. Insyirah pun apa lagi, excited la bila dah ada kawan. Lari sana, lari sini, baring, tiarap dia tak peduli. Penat juga saya kejar dia. 

Bila dia dah mula mengantuk, saya susukan dia tak nak. Masuk kereta, on the way nak ke airport baru dia menyusu dan tidur lena. Alhamdulillah. Hari last ne, nampak sangat semua penat. Jadi aktiviti kami banyak makan, duduk dan rehat. Sampailah di kapal, mulalah lagi Insyirah meragam. menyusu salah, tak menyusu salah. Tidur sekejap-sekejap, then meraung. Satu kapal juga dengar huhu... Nasib dapat tempat duduk sama dengan abi. Itupun sebab ihsan seorang makcik yang simpati dengan kami. Heheh. Nak kata dia tak selesa, sebelum naik kapal saya sempat mandikan Insyirah di Surau dalam airport tu. Menyusu pun oke saja. Saya fikir mungkin dia tak selesa sebab telinga dia kut.. Maklumlah naik kapal kita orang dewasa pun terasa telinga berdengung, apatah lagi budak-budak. 

Dalam keadaan macam tu, kebetulan cuaca dikhabarkan tidak baik. Balik-balik juga kapal bergegar, rasa macam nak jatuh pun ada.. Ya Allah, waktu tu saya fikir, kalau Allah swt takdirkan kapal tu jatuh, macam manalah rupa jenazah ku nanti... Nau'zubillah...

Hati saya mula tak tenang. Memikirkan rupa jenazah diri, entah apa khabar nenekku pada waktu itu. Saya risau bila nampak henpon. Doa saya moga sempat saya berada disisi nenek sebelum Allah menjemputnya. Namun kita merancang Allah menentukan setiap keadaan yang punya hikmah.

Lebih kurang 2 jam setengah dalam perjalanan, syukur kami selamat sampai. Waktu tu Insyirah dah terlalu lena. Mujur dia tak meragam lagi. Kalau tak, saya yang meraung hihi.. Kami sampai di rumah (Petagas), lebih kurang jam 1.30 am. Abi bawa balik Papar terus. Tipulah kalau saya cakap tak penat. Di kapal saya langsung tak tidur, sebab Insyirah banyak meragam, kena lagi tengah menyusukan. Takkan saya nak tidur dalam keadaan tu, bahaya!! Huhu....

Sebelum balik, kami kemas rumah sikit-sikit, keluarkan baju kotor, masuk mesin dan.... dan.... Saya tak tau entah bila saya boleh terlena atas lantai bilik tidur. Allahurabbi....
Tiba-tiba dengar satu bunyi yang kuat, saya terbangun dan tengok henpon yang berbunyi. Tertera nama "Kak Nysa" (kaka saya yang sulung)..

"Assalammualaikum"
"Waalaikumsalam"
"Dimana sudah?"
"Di rumah (Petagas) da"
"Baliklah... Nenek dah tak ada"

Innalillahiwa'innalillahirajiun....

Saya tengok jam. Tepat 6.35am. Saya marahkan diri... Semalam rancang nak balik Papar terus, macammana jam 6 saya masih disini... Subhanallah... nenek dah tak ada, saya tiada disisinya, bersama-sama ahli keluarga lain membantunya mengucap nama Allah... 

Sekitar jam 7.45 am, kami sampai di Papar (kediaman nenek).... dan saya sungguh tak mampu menahan sebak...
Dari Allah kita datang, padaNYA jua kita kembali...
Kita tidak akan mampu untuk melawan takdir Allah swt...

Percutian yang membawa seribu satu makna dalam hidup saya..
Makna suka, duka, riang, gembira dan terselit kesedihan yang tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata cuma!!

Moga Allah merahmati ruh Allahyarhamah Hjh Hamsah Hj Manasir...


No comments:

Post a Comment

what do you think?