Assalammualaikum
Bersediakah kita? Hehe...
Keguguran ne, pada saya satu ujian. Sebagai manusia biasa, saya pun tak lari dari rasa sedih, dan mesti ada juga kebimbangannya kan.. Tapi harus redha.
Saya banyak google juga, punca-punca keguguran. Tapi kebanyakan web nyatakan point yang sama. Biasanya keguguran disebabkan tumbesaran janin. Means, ada masalah dengan janin dan jarang berpunca daripada ibu, melainkan yang mengalaminya lebih dari sekali. Ada juga saya google, ia mungkin berpunca daripada serviks yang lemah atau masalah ovum.
Keguguran sebenarnya, membawa hikmah yang tersembunyi. Mesti ada sebab kenapa Allah uji kita. Jadi benda tu kena terima dengan redha. Cuma, memang bukan mudah juga kita nak kawal perasaan kan... Banyak makan masa juga untuk tutup kesedihan dan lupakan perkara tu. Macam mana pula kalau mengandung balik dalam masa yang terdekat, seriously, kebimbangan tu tetap ada.. betul kan?
Dulu masa awal-awal hari selepas keguguran saya selalu tertanya-tanya, masih ada ke peluang saya untuk pregnant balik. Sampai google siang malam, dari web bahasa melayu sampai ke blog bahasa inggeris saya cedok ilmunya.. Huhu.. Takut dan risau memang ada. Abi Insyirah yang selalu bagi saya semangat untuk relax. Apapun yang jadi lepas ne kena redha. Ada saja sebabnya ujian Allah tu, tak semestinya benda yang nampak menakutkan, atau mungkin kita tak suka tu tak baik untuk kita kan. Saya doa dan tawaqal. InsyaAllah, segala yang baik-baik Allah janjikan buat hambanya yang lemah ini.
Tips berfikir secara bijak, Bersangka baik kepada Allah swt. ^_^ -senyum-
Bagi saya sekarang, InsyaAllah saya berpegang pada satu tips sahaja, iaitu bersangka baik pada Allah swt. InsyaAllah, apa pun yang DIA tentukan pasti beserta hikmah. Akan ada kah berita baik selepas ini..? Allahualam.. Selain tu, kena tenang dan sentiasa positif. Allah maha adil.
Hari tu, sebelum keguguran.. Sepatutnya due saya cuma selang seminggu saja dengan kakak saya yang sulung (mama qisya). Memang kami excited, mama saya pun suka. Nak sambut cucu sekali. Tapi, macam yang kita semua dah sedia tau, kan... mesti ada sebab kenapa Allah tentukan akhirnya saya keguguran...
Sebenarnya, sebelum ne, kakak saya pun pernah keguguran. Dia tak merancang pun lepas tu, sebulan selepas sekali period dia disahkan hamil lagi, sekarang dah 5 bulan. Alhamdulillah. Takdir Allah tu unik kan.
Mungkin, kalau ditakdirkan mengandung lagi dalam masa yang terdekat, bukan mudah juga kita nak hebohkannya. Baru baik dari kesedihan kan, ambil masa juga nak share itu semua dengan saudara dan kawan-kawan. Mesti ada kerisauan, takut tragedi sebelum ne berulang lagi.
Apapun, andai ada kawan-kawan yang baca blog saya ne mengalami situasi yang sama macam saya, kita sama-sama kuat dan sabar ya. Sama-sama berlapang dada. Percaya pada takdir Allah.
Lepas keguguran, saya banyakkan study pasal penyusuan dan pemakanan anak. Saya juga, ambil tahu perkembangan anak sebesar Insyirah melalui kajian saintifik, selain banyakkan ilmu cara-cara mendidik anak yang soleh/solehah. Life must go on. Kita tumpukan pada benda yang ada depan mata kan..
Moga Allah swt merahmati perjalanan hidup kita dunia dan akhirat. Apapun dugaan yang kita hadapi cuma sekejap berbanding nikmat akan datang sebagai gantinya di akhirat kelak. Bahagia di sana adalah yang hakiki dan selama-lamanya. Jadi, stay cool. Hehe...
Moga Bermanfaat..
Salam sayang... ^_^
salam,saya anne.
ReplyDeletesaya pernah pregnant sejak 27.11.2013 masa tu saya pregnant 2 bln & masa tu la saya syukur sgt.kerana allah berikan rezeki zuriat utk kami berdua pas 6 bln kami berkahwin sampai lah saya bg tau family saya diaorg pun happy jugak.tapi dr happy saya pregnant sampai lah terjadinya paling pahit.saya terpaksa menjalani pembedahan disebabkan luar rahim pd.14.12.2013 di hospital putrajaya.masa tu saya langsung tak tau pe terjadi pd bayi dlm kandungan saya.sedihnya,saya diberitahu yg saya keguguran.pada mulanya saya hanya diam tp.selepas berapa hari saya keluar dr hospital dgn keadaan yg amat sakit selepas pembedahan,saya menangis tiap hari sb saya amat miss baby dlm kandungan saya walaupun saya mengandung samapi 2 bln.saja.apabila doktor kata yg saya ada peluang utk pregnant lagi,dr situ saya memang harap utk pregnant lg.tp.insyallah,setiap hari setiap solat saya doa pd allah moga kurniakan zuriat utk kami berdua.
Salam anne, masyaAllah.. bukan mudah menerima ujian keguguran, lebih lagi bila anak pertama kan.. Tapi setiap kejadian Allah sertai bersama hikmah. Jangan give up ya, siapa tau Allah janjikan perkara yg lebih membahagiakan anne dan suami... Macam yg anne dah buat, jgn berenti berdoa, kekadang Allah turunkan ujian sebab nak dengar rintihan kita padaNYA... take k anne.. =)
ReplyDeleteassalamualaikum~~ terbaca plak blog saudari, saya pun macam kamu juga, saya hamil first 28/07/2013 tapi pada 04/01/2014 usia kandungan 5 bulan lebih saya keguguran, sedih hanya ALLAH yang tahu, tapi saya pujuk hati untuk reda dengan semua ketentuan ilahi, selapas saya haid 17/02/2014 - 28/03/2014 saya check lagi, saya hamil.. tapi dugaan datang lagi pada 03/04/2014 saya keguguran kali kedua usia kandungan 1 bulan, sama2x lah kita berdoa..ada hikmah disebaliknya.
ReplyDeleteassalamualaikum~~ terbaca plak blog saudari, saya pun macam kamu juga, saya hamil first 28/07/2013 tapi pada 04/01/2014 usia kandungan 5 bulan lebih saya keguguran, sedih hanya ALLAH yang tahu, tapi saya pujuk hati untuk reda dengan semua ketentuan ilahi, selapas saya haid 17/02/2014 - 28/03/2014 saya check lagi, saya hamil.. tapi dugaan datang lagi pada 03/04/2014 saya keguguran kali kedua usia kandungan 1 bulan, sama2x lah kita berdoa..ada hikmah disebaliknya.
ReplyDelete