Assalammualaikum
Tiba-tiba teringin share pasal amalan ibu mengandung pula hari ne. Kalau ikut orang tua dulu-dulu ibu-ibu mengandung ne kononnya banyak pantang larangnya kan... Tapi mak saya tak juga, katanya buat saja perkara yang bagus dijadikan amalan. Tak payah percaya benda-benda khurafat . So, teringin juga nak muatkan dalam blog kesayangan ne. Besok mengandung boleh la cari sini balik kan.
Ok, intro is over! ehe...
******* *** *******
1. Doa Selepas Solat 5 Waktu
Boleh la amal doa ne, sedari awal kandungan k... Dapat tau pregnant je, boleh la baca. Amalkan tiap kali selepas solat 5 waktu... =)
2. Surah Al-Quran untuk diamalkan
Paling bagus, amalkan lah baca quran ketika mengandung. Surah apa-apapun tak jadi masalah. InsyaAllah kalau Allah swt perkenankan kesejahteraan diri dan kandungan maka sihatlah kita. Tapi ada juga beberapa surah Al-Quran yang bersesuaian atau paling afdhal dibaca saat mengandung so, saya share sikit ya.. Ne pun banyak grab dari google juga, sharing is caring, for u n for me also! hehe...
a) Surah Al-Fatihah
Baik diamalkan setiap hari/masa untuk memperoleh cahaya mata yang terang hatinya serta kuat ingatan.
b) Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehanak yang sabar dan taat
c) Surah Luqman
Untuk memperoleh anak yang cerdik aqal dan cerdik jiwa
d) Surah Yusuf
Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlaknya
e) Surah Al-Hujurat
Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak yang mempunyai sifat hati-hati
f) Surah Yaseen
Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
g) Surah Al-Taubah
Untuk melahirkan zuriat yang bersih jiwanya dan terpelihara daripada maksiat
h) Surah Al-Nahl
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
3. Pemakanan Sihat Mengikut Sunnah Rasulullah saw
The first thing about nutrition ne of course la memilih makanan sihat dan halal kan. Jangan makan tak tentu-tentu tym preggy. Makanan ne akan mengalir dalam darah dan menjadi darah dalam daging zuriat yang dikandung, so berhati-hati juga ya. Sebaik-baiknya elakkan makanan atau minuman yang berkafein, fast food, yang banyak msg macam maggi tu. Huhu. Cuma ibu mengandung ne kadang-kadang pandai mengidam benda yang tak digalakkan makan juga kan. Macam waktu saya preggy anak kedua haritu teringin nak makan kuih makmur la, maggie la, macam-macam hehe... Sekali dua mungkin boleh. Janji jangan dijadikan amalan sampai nak beranak sudah! hehe.
Antara makanan sunnah untuk ibu mengandung ialah susu kambing. Susu kambing baik untuk kesihatan ibu dan bayi. Difahamkan susu kambing berpotensi untuk elakkan anak daripada demam kuning bila dah lahir nanti. InsyaAllah.
Selain tu, amalkan makan kekacang, baik untuk otak baby. Ia juga makanan yang banyak mengandungi mineral yang penting seperti magnesium, selenium, kalsium dan kalium yang membantu ibu hamil daripada selalu kekejangan anggota badan.
Buah kurma, kismis dan madu pun semua dah sedia maklum akan kebaikannya kan. Mana-mana ibu mengandung yang HB rendah tu, amalkan lah makan kurma. Kismis pula buat otak anak cerdik, pintar. Begitu juga madu. Makanan ne semua dalah makanan kesihatan. Sejarah Maryam, ibu nabi Isa a.s juga memakan buah kurma bagi memudahkannya bersalin. So, kita jadikan ikutan kejadian yang membawa rahmat itu. ^_^v
Ada banyak lagi amalan ibu mangandung ne, selain pemakanan, ada juga senaman ringan, watak ketika bersama suami. Haaaa... tu yang paling penting, jangan sakiti hati suami terutama waktu mengandung. Dulu waktu sebelum lahirkan Insyirah, mak saya pesan minta maaf dengan suami manatau ada kesalahan yang kita tak sengaja, tak sedar kan... Minta doa agar dimudahkan. Takdir Allah waktu lahirkan Insyirah segalanya mudah walaupun kebetulan abi Insyirah outstation. Kelahiran Insyirah sama sekali tak terduga. Namun Allah pelihara saya jua. Syukur.
Oke, buat ibu-ibu yang tengah hamil, sama ada baru hamil, atau 2nd trimester or dah nak bersalin, moga kalian sentiasa dalam lindungan Allah swt. Banyakkan mengingati Allah agar apa yang kita rancangkan Allah mudahkan...
Salam Sayang,
[Keyboard Conqueror]
ummu al-insyirah
No comments:
Post a Comment
what do you think?