Tuesday, June 18, 2013

HATI

Assalammualaikum


Terluka itu biasa...
Dan sang hati, kau harus terima!

Allah menguji takkan berhenti,
Ia datang silih berganti,
Perjalanan masih jauh untuk kau titi,
Maka bertahanlah,  tenanglah wahai hati!!


Dalam menghadapi kehidupan duniawi, Allah swt menjanjikan kita siang dan malam, gelap dan terang.. Suka dan juga duka.. Kan..? Bila kita rasa gelap, Allah cipta matahari untuk beri kita sinaran agar suasana menjadi terang. Dari malam yang gelap kepada siang yang terang. Macam tu juga hati. Kadang-kadang ada masanya kita rasa suka dan gembira, namun dalam pada itu, ada perkara yang buat kita rasa sedih, sebak dan berduka. 
Allah itu maha adil. Diciptakannya tiap satu perkara dengan penghujung yang punya hikmah. Tidak semua perkara yang kita suka baik untuk kita. Begitulah sebaliknya. Allah takdirkan pelbagai keadaan dan kejadian buat hambaNYA sebagai ujian. Namun, sedarilah, Allah tidak akan menguji hambaNYA, dengan ujian yang diluar kemampuan kita untuk menghadapinya. Ujian membuktikan iman. Tidak beriman seseorang itu andai ia tidak diuji. 

Bercakap soal hati, setiap manusia memiliki hati yang dikurniakan Allah swt. Dan hati inilah yang menentukan baik buruk tingkahlaku seseorang. Orang yang memiliki hati yang baik, pasti ia memiliki sifat-sifat yang terpuji (InsyaAllah), dan begitulah juga sebaliknya. Orang yang memiliki hati yang busuk, mesti dapat kita pastikan tingkahlakunya yang sentiasa berniat jahat dan merugikan orang lain. Moga kita tidak tergolong dari kalangan pemilik hati yang busuk, seperti sabda Rasulullah saw : -
"Ketahuilah, pada setiap jasad ada segumpal daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh anggota jasadnya dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati." (HR BUKHARI)



Bukan mudah untuk menguruskan hati. Andai kita mampu memperlihatkan kebaikan melalui riak wajah dan pergerakan fizikal, tidak semestinya ia adalah apa yang dimaksudkan oleh hati. Betul kan..? Bukan mudah untuk merasa ikhlas dalam melakukan satu-satu perkara yang diluar minat dan bidang kita. Subhanallah! Berdosanya kita andai ketidakikhlasan itu atas usaha menelusuri jalan Tuhan dan ibadah padaNYA. Moga dijauhkan.

Jadikanlah segumpal daging yang wujud dalam jasad itu sebaik-baik pemandu. Jangan kita rosakkan ia sehingga mampu merosakkan segenap jasad kita. Maka, ubatilah hati yang sakit dengan berlapang dada. Sentiasa redha. Dan dekatkan diri padaNYA. Sesekali terjatuh itu adalah biasa, namun jatuh yang tak mahu bangun-bangun itu luar biasa pula. Suatu hari jalan kembali kita hanya pada Allah. Maka lakukanlah sesuatu yang membawa kita sentiasa mengingati Allah dan lalui jalan selamat untuk bertemu denganNYA.

Jauhkanlah dendam. Kerana ia barah yang sukar diubati berpunca daripada penyakit hati. Tiada faedahnya melainkan menempah dosa yang langsung pada azabnya siksa!! Nau'zubillah Mindzalik! Belajarlah untuk kuat dan berlapang dada, sentiasa tenang dan sedarlah sebaik-baik sifat itu adalah sabar. Orang yang tenang seikhlasnya pasti akan menang. Allah menjanjikan kebaikan bagi orang yang hampir padanya, sedang Allah jua memberi balasan yang setimpal kepada orang yang menjauhkanNYA.

Begitu juga Allah swt menjadikan hidup dan mati untuk satu tujuan yang sama, Firman Allah : - "(Allah) yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia maha perkasa lagi maha pengampun " (Al-Mulk ; 2)

Untuk tujuan itu, peliharalah hati, buatlah baik. Buatlah baik. Dan berbuatlah kebaikan. Itu bekalan di hari kemudian!

Duhai hati si penukil!
...Andai kau merasa terluka untuk ketika ini, ketahuilah olehmu, "di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah swt semata-mata, dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hambaNYA" (Surah Al-Baqarah 2:207)

Bicara untuk sedar diri
[Keyboard Conqueror]
ummu Al-Insyirah

No comments:

Post a Comment

what do you think?