Monday, June 3, 2013

setahun penyusuan susu ibu

Assalammualaikum
 
 
 
Haritu ada kawan tanya saya. PM di facebook. Tanya khabar dan cerita tentang penyusuan. Dia ada baca blog saya dan tahu saya baru keguguran. Dia tanya saya sama ada saya masih susui Insyirah dengan susu ibu atau tidak, dan masih memerah atau tidak. Jawapan saya, ya... ^_^
 
Alhamdulillah, Allah masih bagi saya peluang itu, walaupun teruji dengan beberapa kesukaran masa mengandung haritu. Waktu mengandung anak kedua, kuantiti susu saya semakin merudum, tambah lagi saya mengalami kesukaran memerah bila mula menghadapi alahan mengandung. Memang ujian lah waktu tu. Syukur stok susu Insyirah masih ada. Maka saya manfaatkan stok tu untuk Insyirah ke taska. Untuk elak daripada stok susu cepat habis saya combine dengan susu kambing Karihome. Insyirah pun waktu tu dah 10 bulan, sudah boleh bagi makanan tambahan. Susu kambing kan sunnah nabi juga. Jadi saya bagi 3 botol susu ibu dan selebihnya saya bekalkan susu karihome. Tapi kalau bersama saya, walaupun sakit saya kuatkan hati juga menyusui Insyirah secara direct. Biar dia dapat susu ibu lebih daripada susu kambing.
 
 
 
Susu ne boleh cari di mana-mana farmasi
 
Takdir Allah, di usia kandungan menjangkau 4 bulan, saya keguguran. Kami redha kerana janji Allah pada hikmah yang lebih besar sedang menanti. InsyaAllah.
 
Selepas hampir 3 bulan stop pumping, sekarang saya kembali kepada rutin sebelum ini. Alhamdulillah. Saya masih memerah macam biasa di pejabat. Bila sudah pernah stop memerah 3 bulan, maknanya dah kurang demand, maka faham-faham sajala.. supply pun tersangatlah berkurangan. Tapi saya usahakan juga.. Banyak kali pump, dapat seaun dua pun saya simpan. Kalau dulu, sehari boleh kumpul 30 oz, sekarang paling banyak pun 15 oz ke 17 oz, itupun mesti pump lebih 5 kali sehari.. huhuhu.. Tak apa, saya tak pernah risau kuantiti tu yang penting Insyirah dapat cukup. Ummi penat tak apa. Hehe. Syukur.

 
 
 
Tak macam sebelum ne, berangkut dengan beg besar bawa pam spectra..Buat double pump ditempat duduk sendiri..
 
 
Saya mula memerah balik. Gadget yang dibawa simple saja. Saya rehat dulu pakai pump letrik spectra tu. Saya guna dirumah saja. Di pejabat saya hanya pakai Medela Harmony. Cuma kena pump di suraulah jawabnya. Hehe. Storage Bottle pun bawa 2 biji saja. Susu dah tak banyak, 3 kali perah pun cuma dapat 8 hingga 10 oz.
 
 

 
Ini bekalan Insyirah ke taska. Memandangkan dia sudah kuat makan, jadi pemberian susu pun diselang-seli. Kalau sebelum ne combine dengan susu kambing. Sekarang combine dengan makanan. Saya akan pastikan juga, dia dapat susu yang cukup sebelum saya ke pejabat dan dia ke taska. Dalam jam 6.30 macam tu, mesti nak begayut. Hihi..
 

 
 

 
Hasil dalam 2 ke 3 hari. Sikit-sikit asalkan cukup. Tak mampu dah jadi bukit sebab hasil perahan akan jadi topup untuk next week. Tak dapat da nak kumpul susu penuh freezer. Hhehe..
 
 
Saya ada juga cuba ambil supplement shaklee. Sebagai salah satu usaha menjayakan penyusuan. Tapi dalam masa yang sama saya lebihkan demand untuk daapt supply. Supplement hanya sampingan. Pumping dan doa yang paling penting. Kan..
 
Sehingga hari ini, saya tak rasa menyusukan anak adalah aktiviti yang menyukarkan. Ia adalah pengalaman yang sangat hebat pernah saya alami. Huhu. Memang best. Syukur, Allah bagi saya peluang ne. Kalau ada rezeki dapat baby lagi, InsyaAllah saya nak jadi lebih kuat dan gigih.
 
Sekarang Insyirah dah setahun 2 bulan. Dan dia masih menyusu umminya.  Insyirah sudah tak keliru puting. Cuma kalau dia tau saya ada disisi dia, confirm dia tolak botol susu. Apalagi kalau saya yang hulur botol tu, dia jeling macam musuh ketat saja. Tapi kalau dia di taska, Insyirah dah tak ada pilihan. Kesian... 
 
 

 
ESP Shaklee...
 
Sehingga hari ini, tarikh 5 Jun 2013, Insyirah masih mendapat susu terbaik di dunia. Alhamdulillah, andai tiada halangan dan masih Allah izinkan, kita teruskan hingga usia Insyirah 2 tahun ya sayang. Hehe... Mudah-mudahan, amin...
 
Mengenangkan penyusuan susu ibu yang hebat ne, saya rasa nak anak lagi. Hehe. Tiada benda yang kita rugi, malah terlalu besar hikmahnya yang saya nampak setakat ini. Penjimatan kewangan juga satu bonus. Insyirah pun jarang sakit-sakit. Kalau sakit pun alhamdulillah, cepat saja baik. Moga Allah masih bagi saya peluang ini. Amin...
 
 
*******   ***   *******
 
 
 
 
Budak susu ibu dengan abinya....
^_^
Thank you Allah!
 
 




No comments:

Post a Comment

what do you think?