Sunday, June 30, 2013
lukisan kehidupan
Monday, June 24, 2013
amalan ibu mengandung
Thursday, June 20, 2013
salam jumaat... 21 Jun 2013
risau
Tuesday, June 18, 2013
HATI
Dan sang hati, kau harus terima!
Allah menguji takkan berhenti,
Ia datang silih berganti,
Perjalanan masih jauh untuk kau titi,
Maka bertahanlah, tenanglah wahai hati!!
Bukan mudah untuk menguruskan hati. Andai kita mampu memperlihatkan kebaikan melalui riak wajah dan pergerakan fizikal, tidak semestinya ia adalah apa yang dimaksudkan oleh hati. Betul kan..? Bukan mudah untuk merasa ikhlas dalam melakukan satu-satu perkara yang diluar minat dan bidang kita. Subhanallah! Berdosanya kita andai ketidakikhlasan itu atas usaha menelusuri jalan Tuhan dan ibadah padaNYA. Moga dijauhkan.
Jadikanlah segumpal daging yang wujud dalam jasad itu sebaik-baik pemandu. Jangan kita rosakkan ia sehingga mampu merosakkan segenap jasad kita. Maka, ubatilah hati yang sakit dengan berlapang dada. Sentiasa redha. Dan dekatkan diri padaNYA. Sesekali terjatuh itu adalah biasa, namun jatuh yang tak mahu bangun-bangun itu luar biasa pula. Suatu hari jalan kembali kita hanya pada Allah. Maka lakukanlah sesuatu yang membawa kita sentiasa mengingati Allah dan lalui jalan selamat untuk bertemu denganNYA.
Jauhkanlah dendam. Kerana ia barah yang sukar diubati berpunca daripada penyakit hati. Tiada faedahnya melainkan menempah dosa yang langsung pada azabnya siksa!! Nau'zubillah Mindzalik! Belajarlah untuk kuat dan berlapang dada, sentiasa tenang dan sedarlah sebaik-baik sifat itu adalah sabar. Orang yang tenang seikhlasnya pasti akan menang. Allah menjanjikan kebaikan bagi orang yang hampir padanya, sedang Allah jua memberi balasan yang setimpal kepada orang yang menjauhkanNYA.
Begitu juga Allah swt menjadikan hidup dan mati untuk satu tujuan yang sama, Firman Allah : - "(Allah) yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia maha perkasa lagi maha pengampun " (Al-Mulk ; 2)
Untuk tujuan itu, peliharalah hati, buatlah baik. Buatlah baik. Dan berbuatlah kebaikan. Itu bekalan di hari kemudian!
Duhai hati si penukil!
...Andai kau merasa terluka untuk ketika ini, ketahuilah olehmu, "di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah swt semata-mata, dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hambaNYA" (Surah Al-Baqarah 2:207)
Bicara untuk sedar diri
[Keyboard Conqueror]
ummu Al-Insyirah
Sunday, June 16, 2013
Janji Ummi...
17 Jun 2013
Saturday, June 15, 2013
wanita suri rumah
Bukan jua noktah pada usaha mengejar kemajuan..
Jauh sekali menghentikan degupan usaha meraih ilmu tuhan...
Ia bukan yang demikian...
Namun ia hanya...
Sebuah usaha...
Insan kerdil...
Yang mahu...
Memaknakan sebuah kehidupan...
Yang Allah swt kurniakan...
~belajar untuk kuat~
-senyum-
Thursday, June 13, 2013
Last Day - Vacation
Day Three - Vacation
Cantik sangat Aunty Noni Insyirah ne.. Natural Beauty gitu. Eheh! Mekap ka, tak mekap ka tetap nampak cun. Untung abang petronas dia tu hihi..
Alhamdulillah.. majlis Aunty Noni Insyirah berjalan lancar...
Dia excited bila kena lepas. Semua benda dia mau tengok. Saya yang risau mau mengejar. Huhu. Time ne semua macam jakun haha.... Risau juga kalau tak dapat nak tumpukan pada Insyirah. Karang lari entah ke mana... Nau'zubillah..
Si anak kecil yang belum mengerti apa-apa tersenyum riang. Dia memang happy. Excited masuk Aquaria tu. Semua ikan yang bergerak dia tunjuk. Bagus perangai dia... huhu
~ Waktu turun dari kereta, nak masuk ke dewan MBSB tu (Dewan Dahlia), saya tergerak hati nak buka henpon, saja tengok kalau-kalau ada mesej atau miskol. Dalam kereta saya tak dengar da.. Bila on light, ada satu mesej yang tertera nama 'Kak Eta' (kakak saya nombor dua). Saya fikir mungkin ada barang yang dia nak kirim, berikutan untuk majlis walimahnya bulan november nanti, sebab sebelum jalan haritu pun banyak yang kami bincang nak beli itu ini sebagai persiapan...
Day Two - vacation
Assalammualaikum
8 Jun 2013 (sabtu)
Lepas da balik dari cuti2 sebenarnya tapi tangguh to share story sebab kesempitan masa dan ruang.. Hehe tambah lagi dengan insyirah yang kuat meragam selama bercuti.. Huhu ntah kenapa da dia...
Hari kedua sebenarnya tak banyak cerita... Sebab kami tak jalan kemana... Kebetulan takdir Allah mengatasi segala perancangan manusia lemah... Kan.. Malam sebelum tu mak dan bapa mentua saya rancang nak jalan jauh sikit.. Niat nak ke melaka atau genting, lepas dah habis bincang semua sepakat nak ke melaka.. Ye la, mana sesuai orang tua2 ke genting pula kan.. Hehe mentua sendiri juga yg fikir begitu.. So sewa kereta dah settle tinggal lagi nak tidur tunggu nak jalan esoknya..
Lepas solat subuh, abi mengadu sakit kepala.. Mungkin sebab makan mangga tengah malam, padahal saya yang beria nak makan mangga abi pula yg terlebih menikmatinya.. Hihi.. Tau2 subuh da sakit kepala.. Jadi awal2 lg abi confirmkan tak dapat join jalan.. Mestilah isteri dan anaknya pun tak ikut kan.. Saya tak kecewa pun sebab bila2 masa di lain kali boleh jalan lagi kan.. So saya pun plan nak jaga abi dan Insyirah di hotel saja..
Itu perancangan kami 3 sekeluarga...
Di bilik mertua pula...
Baru nak khabarkan yg kami tak dapat join, Tiba2 mak mertua bagi tau yang bapa pengantin (pakcik abi) bawa ke kenduri tahlil di rumah pengantin lelaki... Tekejut juga kan siapa yg meninggal.. Rupanya, ibu kepada ibu pengantin (nenek aunty noni insyirah) baru saja dikhabarkan meninggal dunia... Innalillah.. Tak terjangka Semua tu kan.. Rombongan sebelah ibu pengantin yang melebihi 30 orang semuanya balik termasuk ibu pengantin juga.. Kebetulan esoknya (ahad, 9 jun) majlis sanding pengantin, so tinggallah bapa pengantin dan adik2nya dan kami sekeluarga, dan ada 2buah keluarga lain lagi untuk ke majlis esoknya...
Dalam masa yang sama, planning nak ke melaka dibatalkan serta merta, tapi mereka semua ke kenduri tahlil.. Kami bertiga memang tak pergilah.. Kena pula abi sakit kepala kan... Kami rehat2 dibalik saja..
Dalam tengahari macam tu, abi khabarkan yg sakitnya dah hilang lepas saya urut dan bawa makan ubat.. Alhamdulillah.. Abi pun bawa jalan2 tempat dekat je... Beli barang sikit, sebab dia rasa serba salah pula.. Bagi saya tak apa sebenarnya rehat dibilik saja sebab risau dengan insyirah.. Entah kenapa kuat meragam betul dia di negeri orang ne... Dah la bumi kl ne sibuk semacam.. Rimas dengan bunyi motor rempit yang menyakitkan telinga... Tak peduli siang malam.. Ishh!!
Apapun kami jalan juga, beli apa yg patut, utk diri, souvenir utk family, kawan... Paling banyak habuan utk insyirah.... Huhu.. Nak juling mata tengok baju budak.. Kena lagi banyak sale area sogo.. Belum lagi baju budak murah2 kat jalan Masjid Jamek tu, lawa ja saya rembat, last2 utk diri sendiri tak ada.. Hihi tak kisah!!
Dalam jam 3 ke 4pm macam tu banyak da gerai pasar malam buka.. Sempat juga singgah.. Sebab saya tak yakin boleh jalan malam bila memikirkan insyirah selalu tidur awal.. Saya tak sampai hati nak bawa dia dalam keadaan tidur.. Kesian.. Masa jalan pun tak panjang sebenarnya dalam 2 ke 3jam round2 kami pun balik hotel..
Balik hotel mandi, solat jamak.. Urus insyirah.. Makan makanan yang telah ditapau sebab tak jamin makan di restoran atau gerai dengan insyirah huhu.. Sekitar jam 7.30 insyirah pun tidur.. Saya pula tengok tv, solat maghrib dan buat apa yang patut..
Sebab tak dapat jalan siang, mereka semua jalan2 di malam hari.. Round sekitar KL, KLCC.. Ntah ke mana lagi saya tak ingat.. Hehe sebab yang pasti saya dan Insyirah pengsan berdua di hotel...
Yeayyy.. Hehe
Pengsan sehingga keesokan hari nya di hari perkahwinan...
Setengah perjalanan ke dewan MBSB, Shah Alam utk ke majlis kahwin aunty noni insyirah.. Saya dikhabarkan dengan berita yang cukup mengejutkan....
Will be continued... :-(
Friday, June 7, 2013
First day - vacation
Tapi kali ne, tidak semudah yang saya sangka.. Huaaaa... Saya jarang menyusukan depan public.. Jangankan public, depan ahli keluarga sendiri pun sangat jarang.... Tapi kali ne, perjalanan yang sangat mencabar.. Insyirah pula banyak meragam selama di kapal dan kereta.. Oh kereta sewa..!!! Baru saya sedar betapa penting dan perlunya baju nursing tu kan.. Huhu
Terlanjur dah sampai KL, saya nak borong la.. Haha..
Hari ne dengar2 rombongan kami nak jalan area melaka.. Tak pasti lagi.. Nanti saya share pengalaman perjalanan k..
InsyaAllah..
Thursday, June 6, 2013
Wednesday, June 5, 2013
kehamilan selepas keguguran
Tuesday, June 4, 2013
Master chef selebriti
Cat Farish dah keluar... Peserta master chef makin sedikit bilangannya.... Emmm, cannot wait for the final, "kenapa saya macam tak berkenan dengan sang lelaki yg tinggal tu eh.." hehe..
Tiba2 mood desert ne... Err, macam nak buat pavlova ja..
Tunggu masa mau merajinkan diri.. Wink**