Monday, October 29, 2012

ujian

Assalammualaikum

Lepas siapkan satu kerja tadi saya rehat-rehat sekejap, sambil mengepam, sambil buka internet juga. Beberapa minggu lalu, satu pejabat sibuk. Banyak benda nak setel, sebab audit MS ISO nak masuk minggu ne. Nak berganjak ke arah pengurusan berkualiti la katakan, jadi ofis saya pun ambil bahagian untuk dapatkan sijil MS ISO. Tu yang kelam kabut sikit. Alahamdulillah, kemarin audit dah masuk sini. So far semuanya ok saja. InsyaAllah, mudah-mudahan kami diiktiraf. Tengah rehat + mengepam + surf internet tadi, saya banyak ter' buka online business punya website. Haha. Aduhai, saya ne selalu ingatkan diri. Abi Insyirah pun selalu ingatkan saya, supaya kawal diri. Dunia ini terrrlalu banyak ujian!!

Ya ujian.. Ujian dunia yang sangat menakutkan. Kalau kita biasa diuji dengan kesusahan, kesakitan.. mudah saja nak mengeluh, sakit.. nak menangis.. persoalkan kenapa kita diuji begini. Mohon dikuatkan hati.. kan? ujian yang berunsurkan kesusahan sangat mudah kita perasan. Dan sangat mudah juga kita ingat tuhan. Betul kan? Tapi, ada waktu kita jadi tidak sedar dengan segala ujian kesenangan dunia. 

Sekarang banyak sangat orang berbisnes. Jual itu, jual ini termasuk juga saya. Huhu. Orang menjual sampai ke alam maya. Malah dah ada sistem yang bagus untuk support orang bisnes online. Kita pun dah tak ragu-ragu dengan bisnes alam maya ne kan. Dah berkembang.. macam cendawan tumbuh lepas hujan. Lagi mudah kita nak beli sesuatu. Sebab kalau beli online tak payah turun kedai, cari parking, bersesak, berebut dengan orang. Only with one click saja dah boleh dapat barang. Hah...mudah tak? Itulah nikmat yang Allah bagi pada kita. Tapi nikmat itu juga mampu melalaikan jika kita lupa bahawa itu juga satu ujian. 

Nak juling dah mata saya buka web itu, buka web ini.. tengok barang baby, pakaian, beg, breastfeeding accessories.. semua saya rasa saya nak. Gelojoh betul. Kalaulah abi Insyirah ada di sebelah saya waktu ne, mesti kena ceramah free. Saya bukannya banyak duit pun. Tapi kerana ikutkan nafsu dan terlalu taksub dengan ujian dunia ne hampir tiap bulan gaji ada saja barang yang saya beli online. Subhanallah. Biar pun cuma satu tapi saya susah nak kikis tabiat buka business online website everyday, everyweek n everymonth!!

Abi Insyirah selalu ingatkan. Bukan tak boleh, cuma biarlah barang yang kita beli tu utamakan keperluan bukan kehendak dan nafsu semata-mata. Tapi saya, bila saya tengok cantik, mesti nak! Kadang-kadang saya dapat kawal. Kadang-kadang tidak. Saya tau saya kena berubah. Mesti nak ubah juga tabiat ne. Sebenarnya, sekarang ne dah bekurang sikit berbanding waktu saya aktif facebook dulu. Since saya dah terminate fb, saya niat nak control sifat tu. Alhamdulillah dah agak berkurang. Saya dah boleh jimat banyak berbanding waktu dulu. Tapi sekarang pula saya tak boleh tengok baju baby.. huhu. Ujian dapat baby girl ne, mama dia mesti suka nak pakaikan baju itu dan ini. Setuju kan kalau saya cakap sekarang ne, baju baby girl yang cantik-cantik sangat berlambak! hah.. Ujian kan untuk kita ibu si gadis...!!! Dah la, sifat suka shopping ne memang sinonim dengan wanita.. aduhai.. tabahlah dikau duhai hati..

InsyaAllah, saya akan cuba bawa diri saya berubah. Mesti ubah. Memang bayak ujian duniawi yang kita tak perasan. Ujian sakit dekatkan kita dengan Allah swt.. Ujian kesenangn pula bagaimana?


No comments:

Post a Comment

what do you think?