Assalammualaikum
Baru je balik dari Papar. Kami tak rancang nak bermalam. Sebab InsyaAllah, isnin nanti baru balik tidur sana. Saja lawat mama, n of course Qisya. Saya rindu betul dengan dia. Rindu mama juga sebenarnya, dan mama pula rindu Insyirah.
Sampai Papar saja tadi, saya terus cari Qisya. Tengok2 mood dia tak berapa bagus sebab baru bangun tidur. Tapi kejap saja. Bila dia nampak Insyirah, dorang sama2 excited. Lebih2 lagi Insyirah. Suka la tengok. Mata layu Qisya terus jadi besar. Insyirah pula senyum lebar sampai hidung dia suda jadi kembang setaman. Hehe. Dorang dah pandai rasa rindu ke..
Qisya sudah makin besar. Bila lama tak jumpa, macam-macam dah perangai dia. Mama cakap Qisya suda pandai merajuk. Dia suka jalan.. Sempat saya gambar waktu dia "bersihkan" dapur mama tadi.. hihi..
Tengoklah dia...
Saya panggil dia lebih tiga kali.. dia tak mau toleh langsung. Khusyuknya dia buat kebajikan di dapur.. kuikuikui
Tapi kan Qisya pandai. Bila dia keluarkan barang-barang dia akan pilih. Dia tak nak kacau pinggan atau gelas kaca. Dia kacau yang plastik saja. Rasanya dia tau juga, takut pecah.. huhu
Tadaaa.. Inilah hasil kebajikan yang dia buat.. OMG QISYA!!! haha..
Saya tak lupa juga gaya Qisya waktu minta roti dengan Insyirah.. Kalaulah saya dapat rakam.. huhu
Oh My Qisyaaaaa...
Nite sayang!
No comments:
Post a Comment
what do you think?