Friday, October 5, 2012

breastmilk storage bag (LINER) terbaik

Asalammualaikum

Baru lepas tidurkan Insyirah. Makin manja pulak dia sekarang. Kalau saya ada dirumah saja dia tolak botol susu mentah-mentah. Tapi bila tanya pengasuh di nursery, dia dah makin ok menyusu botol. Boleh terima da. Mama pun cakap macam tu. Entah kenapa kalau saya yang susui dia pakai botol dia marah. Huhu.. Protes le tu..

Rindu nak update blog. Since isnin lalu, saya nak gantikan stok susu untuk Insyirah. Tengok tarikh stok semakin menghampiri expire date walaupun masih boleh tahan 3 bulan lagi dalam freezer. Tapi kesian pulak nak bagi Insyirah stok susu yang dah lama sangat, walaupun dijamin masih boleh digunakan. Sejak start kerja lepas cuti pantang haritu, saya hanya bagi Insyirah susu fresh. Mean, yang belum dibekukan. Sama ada susu perahan malam ataupun subuh. Jadi berbulan lama jugak saya tak sentuh stok dalam frezeer.

Hujung minggu lalu bila saya pantau stok tu, semuanya dah masuk 3 bulan. Sayang nak sampaikan ke 6 bulan.. baik saya guna. Habiskan dalam tempoh beberapa minggu. Tapi bukan habiskan macam tu saja. Saya akan gantikan dengan stok baru pula.

Untuk ganti dengan stok baru, hasil perahan di pejabat akan saya jadikan stok. Begitu juga dengan hasil perahan malam dan subuh. Semua saya jadikan stok. Susu beku pula akan saya keluarkan untuk dijadikan bekalan buat Insyirah ke Taska. InsyaAllah. Lepas ne bila stok dah berganti baru semuanya, saya akan bagi susu fresh balik untuk Insyirah.

Waktu nak cairkan stok susu Insyirah tu la banyak kejadian yang menyedihkan. Terutama bila, berlaku kebocoran sehingga menyebabkan pembaziran. Jadi terlintas di hati nak share pada ibu hebat di luar sana mengenai storage bag atau liner yang bagus atau mungkin juga yang kurang bagus. Sebab saya banyak guna liner kalau buat stok (untuk jangka masa panjang). Kalau guna botol saya rasa makan ruang sangat le. Huhu. Lagipun liner ne, lebih murah, lepas pakai terus buang tak payah cuci (bunyi macam malas je eheh!!). Tapi pada saya kelebihan guna liner ne lebih kepada boleh jimat ruang dalam freezer.
Masa mula-mula buat stok (since dalam pantang) saya guna storage bottle. Tapi bila stok makin banyak dan frezeer jadi penuh, saya mula nak pakai liner. Saya tak adalah rujuk google, liner brand apa yang bagus. Jumpa je terus rembat!

First liner yang saya guna yang jenama pigeon.


KELEBIHAN
Sangat sangat jimat ruang. Mula-mula saya suka sebab boleh isi penuh 7 oz susu. Biasanya saya suka penuhkan sampai 7oz tu. Then, kalau letak dalam freezer, saya akan baringkan. Bila dah beku, dan stok dah banyak, freezer nampak cantik dan kemas ja. Boleh susun lawa-lawa hihi.. Malah boleh muat banyak-banyak dalam freezer. Saya sempat beli 2 kotak saja lepas tu tak nak beli lagi. Sebab??

KEKURANGAN
Sebab Mahal! Bayangkan.. dalam satu kotak tu, isi ada 25 keping (kira standard la), tapi harga RM 43.00. Macam tak munasabah ja kan. Tapi macam yang kita sedia faham. Pigeon is a good brand. Mungkin sebab brand juga lah kan. Tak silap, produk korea/ japan kut. Cuma, ada sesekali, ia bocor bila saya cairkan. Liner pigeon ne pun agak nipis juga.. Bab bocor tu yang tak tahan. Kalau dah tercampur air rendaman.. tak boleh guna susu tu lagi. Bayangkan kalau satu plastik ada 7 oz????

Lepas tu saya tak beli pigeon lagi. Masuk internet saya beli online liner jenama SURI di lunatots.

credit pic for google
KELEBIHAN
Tebal. Boleh isi sampai 6 oz. Double zip lock. Kira murah juga berbanding pigeon. Tak silap, waktu saya beli harga RM 30++ untuk 50 keping. Jauh lebih murah kan.. Tapi saya beli sekali saja. Sebab..

KEKURANGAN
Walaupun tebal tapi mudah bocor juga. Hujung bucunya agak tajam, terutama bila susu dah beku. Jadi ia mudah mencederakan sahabat-sahabat lain dalam freezer. Maka sangat mudahlah stok susu yang lain membocor juga. Hu~~sedih!
Selain tu, liner jenama suri ne, tak dapat bantu saya jimat ruang. Lebih kurang macam botol jugak. Bila susu dah beku liner tu jadi gemuk. Hehe. Sebab dia ada tapak. Kita baringkan pun dia tetap menggemuk. hihi.
Contoh..

Montel-montel kan susu dalam liner SURI. Hehe. Susah nak susun. Tu yang main hammmmburrr saja! he..

Act, saya suka tengok design. Lengkap boleh simpan tarikh dan masa perahan lagi. Tapi dia tetap gemukkkk!!

Macam mana berusaha nak jimatkan ruang tetap tak dapat. Payah nak susun.

Then, saya tak beli lagi jenama SURI ne. Bukan tak bagus. Tapi nak cari yang terbagus. he..
Lepas tu saya beralih lagi pada jenama  Autumnz.



Yang ne, mesti ramai yang familiar kan. Saya sukaaa sangat liner Autumnz ne.

KELEBIHAN
Dahla tebal, murah plak tu. RM 13 saja untuk 25 pcs. Malah mudah didapati. First time saya beli kat KIDS AVENUE, KK TIMESQUARE. Ini pun Double zip lock. Kalau kita baringkan pun air susu tak keluar. Tahan lasak juga. Tak pernah bocor walau sekali, setakat ini. Malah disediakan untuk kita tulis masa dan tarikh perahan. Boleh simpan sampai 12 oz susu. Bestkan! Complete.. Cuma..

KEKURANGAN
Ada tapak juga macam SURI. Maka autumnz pun gemuk juga. Susah nak dapat space untuk banyak-banyak stok. Kadang-kadang kalau full sampai 12 oz, dia akan jadi lebih gemuk dari botol sebiji. Huhu.. Tak dapat dibaringkan. Tetap montel juga. Tapi saya tetap sua autumnz. Rasa sangat berbaloi guna liner ne. Cantik dan cute. Lebih lagi sangat tahan lasak. 


Autumnz ne agak besar. Lebih lagi kalau dah beku. Memang makan ruang betul. Saya suka letak susu ngam2 dalam satu liner. E.g. kalau satu liner ble muat 12 oz, saya akan penuhkan sampai 12 oz juga. Tu yang gemuk tu hehe. Kalau nak letak half dari tu, bukan ke membazir. Tapi terpulangla, ada juga moms yang suka letak cun2 sukatan baby menyusu. Kalau saya sediakan bekalan susu Insyirah senang saja, Insyirah menyusu 4 oz sekali. Saya cairkan 12 oz ne dan packing 4oz dalam 3 botol. Mudah kan. Tapi saya tetap suka Utumnz dan masih guna sampai sekarang.


Ada sekali, saya jalan-jalan di Survey. Kebetulan liner autumnz hampir habis cuma tinggal beberapa keping saja. Tengah tengok barang baby saya nampak liner ne..



 FIFFY!!! Jenama paling cute dan termurah di pasaran Hehe. Tapi masih tak dapat lawan kemurahan harga autumnz. Waktu saya beli harganya RM 17++ untuk 25 pcs juga.

Yang ne pun saya suka dan masih guna sampai sekarang. Sebab..

KELEBIHAN
Tebal tapi lembut. Boleh muat 6 oz susu. Setakat ne bila dicairkan tak pernah koyak atau bocor. Paling saya suka sebab ia mudah disimpan dan disusun dalam frezeer. Boleh dibaringkan. Ada disediakan ruang tulis nama, tarikh perah dan masa perahan. Complete kan.. Saya suka. 
Tengoklah ne..


Boleh letak macam ne dalam frezeer. Jadi dapatlah jimat ruang. Risau sangat saya pasal ruang kan. ngee~ Nipis dan terletak ja kan..


Nampak kemas kan..? Sebab tu saya suka juga jenama fiffy. Harga pun kira okelah, walau tak dapat menandingi harga autumnz yang sangat murah.

Ada sekali saya kuar tengahari dari ofis ke signature Karamunsing. Ternampaklah satu jenama liner Little Bean. Gatal juga hati saya nak try. Maka saya pun belila sekotak.


KELEBIHAN
Harga boleh tahan jugak. Mahal sikit dari Fiffy. RM 19.90 tapi hanya untuk 20 pcs. Saya tak pasti keluaran mana. Tapi plastik dia ada tulisan cina ke jepun ntahlah. Plastik dia cute ja. Boleh letak sampai 7oz. Kecik, boleh baring menipis. Dan agak panjang juga. Double zip lock. 

KEKURANGAN
Mudah koyak dan bocor. Seingat saya waktu pertama kali nak packing susu dalam tu ja dah koyak. Bucunya juga tajam. Keras. Tiada ruang disediakan untuk nama, tarikh dan masa perahan. Kalau tengok gambar di atas saya terpaksa tulis jumlah oz, tarikh dan masa perahan diruang-ruang yang kosong. Saya tak berapa suka la. Sampai sekarang masih ada baki dirumah. Saya beli liner autumnz lagi. Jadi baki yang ne masih ada lagi. Sayang juga. Tapi entahlah. Macam kurang best ja. Aiceh!

Setakat ne, saya baru try 5 jenis liner yang berlainan. Dan setakat ini juga hanya autumnz dan fiffy tu la yang berjaya menambat hati saya. Kira dah jatuh cintala gitu. Terpulang pada keselesaan dan cara masing-masing. Pada saya dalam pilih liner ne, paling penting tahan lasak macam autumnz tu. Then boleh arrange kemuatannya dalam frezeer macam fiffy tu. Dua perkara ne boleh bantu saya untuk pertahankan kualiti susu dalam frezeer. Kalau plastik/ liner yang mudah bocor akan bazirkan susu saya pula nanti. Sayang tau. Setitik ia menitis ke lantai pun saya rasa sebak tengok. Hehe (lebih2!!)

Anda pula bagaimana? mesti ada storage bag pilihan hati kan. Share la. Boleh Exchange ilmu..
Okelah sampai sini dulu.. 

Salam alaik..

12 comments:

  1. terima kasih info ,saya pun tgh mencari jenama yg murah dan berkualiti tak de space nak letak ebm nanti ,saya follow sekali la .salam perkenalan

    ReplyDelete
  2. terima kasih info ,saya pun tgh mencari jenama yg murah dan berkualiti tak de space nak letak ebm nanti ,saya follow sekali la .salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan @cik Ai, terima kasih kerana sudi singgah di blog saya, moga info yg ada dpt memberi manfaat pada kita bersama.. InsyaAllah

      Delete
  3. salam, saya bru je bergelar ibu. masih bertatih dlm bf journey. nak tanye ni. saya ade simpan beku susu dlm storage bag. brand NATUR je. bila nak guna, adkh saya kne biarkan mencair dlu then pindah ke dlm feeding bottle utk pnskan? atau blh pnskan trs storage bag tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan leeda.. congrats dah jadi ibu dan memilih untuk bf anak..
      em, pandangan saya sebaiknya cairkan dulu..
      klu saya, bila nak sedia bekalan susu anak ke taska, untuk susu beku daripada storage bag biasanya saya akan cairkan dulu.. cth, keluarkan susu beku dari tempat beku ke peti sejuk atas (bukan beku) utk satu mlm, atau rendamkan saja.. then dah cair baru pndah ke botol2 ikut sukatan dia menyusu sekali.. nanti di taska bila dia nak menyusu pengasuh akan panaskan..

      Moga membantu, saya juga masih menggali tentang ilmu penyusuan..
      Wallahualam.. =)

      Delete
  4. Salam...nk tanya la...sebelum nk guna zip lock storage nk kena cuci dlu ?
    or terus je bole masukkan susu?

    ReplyDelete
  5. Salam...nk tanya la...sebelum nk guna zip lock storage nk kena cuci dlu ?
    or terus je bole masukkan susu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, emm.. ikut brand breastmilk storage juga.. biasanya dia akan tulis di kotak tu, bila selamat digunakan terus dan tak perlu cuci.. dan, biasanya storage yg saya guna diatas tu selamat untuk masukkan susu terus tak payah cuci.. moga membantu.. =)

      Delete
  6. Assalam. Terima kasih atas ilmu yg diberikan. Saya juga telah dptkan storage bag fiffy. Tg atas info.

    ReplyDelete
  7. Ramai cakap brand Fiffy tu best :D Skang tengah pakai OKBB tapi tak tau la OK ke tak ekekee. Beli sebab murah je

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Wahh bgusnya bila buat review tetang Milk Storage Bag ni...Snang la nk buat pilihan nanti kan..Tq Admin. tp saya ada try juga satu milk storage bag jenama baru, iaitu K-MOM Milk Storage Bag. Produk ni keluaran Korea. Di Singapore, jenama ni dh terkenal, cuma di tempat kita jenama ni masih baru.

    Apa yang bgusnya, Milk Storage Bag jenama K-MOM ni berasaskan organik.Plastik yang digunakan pon selamat. Haaa yg lain lgi, K-MOM Milk Storage Bag ni ada penanda suhu. Bla kita dh sterilised kan susu tu, bila kita masuk ke dalam bag, di bahagian bwah bag tu, kita akan dapa nmpak ada perubahan warna,Kalau biru suhu yang ssuai, putih terlalu panas dan violet suhu rendah sgt...

    Senang bg sy masa gunakannya bila ada pengesan suhu mcm ni kan?

    Semoga bermanfaat utk kita semua

    salam sayang,

    Babysuri.com

    ReplyDelete

what do you think?