Saturday, October 20, 2012

i love beautiful things

Assalammualaikum

Tengah pindah gambar Qisya tadi, nampak pic storage bottle baru. Niat nak share juga. Nak abadikan kenangan. Ceh! Baru je update. Tiba2 jadi rajin nak update lagi. eheh.. (..*_*..) blushing!!

Saya baru beli storage bottle baru. Produk Little Caliph Heaven. Cantik~ Waktu mula-mula terbuka website tu, terus pasang niat nak beli. Saja-saja sebagai koleksi. Padahal banyak dah storage bottle susu Insyirah. Tapi saya cuma ada 30 botol. Sebab saya guna liner untuk simpan stok susu. Sebelum ne saya cuma guna Storage Safety Plus dan Bumble Bee saja. Dan saya memang suka brand Bumble Bee tu sebab tahan lasak, murah dan cute.  Saya borong 20 biji botol bumble bee. Lagi 15 biji botol Safety Plus. Ok juga. Design dia cantik cuma tutup botol Safety Plus ne leceh sikit, terpisah dengan ceiling disk. 


Bumble Bee & Safety Plus


Sampailah saya nampak storage bottle Little Caliph Heaven ne, saya terus beli 10 botol. Saya rasa cantik. Dia ada 2 kaler. Pink dan kuning. Nampak tak design lambang LCH tu. Imej ibu dan anak dalam bentuk love. Saya beli saja2 untuk koleksi sebab cute.


 

Saya dah mula packing susu Insyirah dalam botol LCH. Selang selikan pink  +  kuning. Cute kan. Daripada niat nak buat koleksi, bila dah guna saya mula jatuh cinta pada botol ne. Sebab macam Bumble Bee, botol ne pun tahan lasak. Malah jauh lagi tebal dan tough dari bumble bee.





Macam biasa. Saya kena letakkan nombor pada botol untuk mudahkan pengasuh Insyirah bagi dia minum ikut urutan. Penutup dia pun tebal dan keras juga. Dah ada berapa kali jatuh. Masih ok lagi.




Masuk Cooler bag pun nampak cantik. Entah saya ja kot rasa lebih-lebih, hehe




Bila dah letak susu dalam tu, nampak cantik dan cute saja. Setakat ne, belum cuba masuk frezeer lagi. Belum try bekukan pakai botol ne. Saya kira cuma nak pakai untuk salinan susu Insyirah ke taska dan proses memerah saja. Dalam peti ais dah bersusun 10 botol LCH.. Hehe




Cute kan.. Simple saja. kalau nak boleh cari di littlecaliphheaven. Harga pun ok juga lebih kurang macam bumble bee saja. Cuma kalau beli online tak sah kalau tak ada postage fee kan. Tapi tak mahal juga. Kira ok dan sedang2 saja. Nanti harga pos tu bole kita gantikan dengan kos minyak, parking dan kepenatan berjalan if nak beli di kedai.. Kan?! So, what r u waiting for.. pegila, dapatkan LCH Storage Bottle now!

No comments:

Post a Comment

what do you think?