Assalammualaikum
Perlu ke semua wanita ada pekerjaan..??
Dulu waktu zaman bujang, saya mesti kerja. Tidak boleh tidak! Tambah lagi tengah study, besok sudah habis belajar mesti nak naik jadi pegawai.. Mesti...!! Wah gitu sekali tujuan belajar.. Huhu.. Memangla, semua orang nak berjaya.. Manusia mana nak stay bawah ja kan... Mesti berusaha untuk majukan diri, so mesti belajar tinggi, kerja rajin-rajin supaya dapat naik pangkat.. Banyak duit.. Ha.. Jawatan tinggi, poket pun tebal! Korang tak nak??!!
Itu dulu.. Pemikiran trend bujang, masih terlalu muda membuat penilaian.. Duniawi diutamakan...
Ya.. Semua orang nak berjaya, siapa yang tak nak kan.. Kejayaan di dunia ne, semata-mata nak ditunjukkan pada orang. Sedikit sangat manusia yang mahu mencapai kejayaan atas redha Allah. Itulah hakikatnya. Kejayaan hakiki itu adalah apabila kita mendapat keredhaan Allah. Dunia cuma sementara. Sedangkan akhirat adalah tujuan sebenar..
Fuhh~
Puas saya berfikir tentang hal ne sebenarnya. Setiap hari kita berhadapan dengan kerja selama 8 jam. Seawal jam 8 pagi hingga 5 petang adalah tempoh waktu bekerja. Perjalanan saya sendiri dari Papar ke KK ambil masa sekurang-kurang nya satu jam, tambah lagi dengan jammed nya kan. Pegi sejam balik sejam. Maka setiap hari anak ditinggalkan selama 10 jam. Waktu nak gi keja, mesti jalan sebelum jam 8 kan.. So bertolak dari rumah sekurang-kurangnya jam 7 pagi. Jam 8 hingga 5 adalah waktu bekerja. Kadang-kadang saya balik 5.30 bila bersama bapa. So sampai rumah sekurang-kurangnya jam 6.30. Dah ambil masa 10 jam setengah. Letaklah 11 jam eh..
Balik rumah, peluk cium jap, direct bf jap.. anak terus tidur. Sambung buat keja rumah. Solat, masak, masuk kain dalam mesin basuh.. then tidur. Anak dibelai hanya sekurang-kurangnya 1 atau 2 jam... Esok pagi kita gi pejabat dia blum tentu bangun lagi.. Syukur Insyirah bangun awal selalunya, bila kami bangun solat subuh dia akan bangun sekali. Letaklah masa Insyirah bangun seawal jam 5 pagi.. Jam 7 saya dah jalan ke pejabat. Masa bersama 2 jam. Balik rumah, lepas kerja masa bersama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dia masuk tidur... Maka masa kita bersama anak hanya 4 jam???
Sedih kan...
Macam mana kita boleh jadi setegar begini, sedangkan diawal usia anak, sedari ia lahir sehingga sekurang-kurangnya sebelum usianya 7 tahun, adalah masa terbaik untuk kita beri perhatian sepenuhnya, mendidik mereka sebaiknya. Saya pernah terbaca tentang cerita pasangan suami isteri di Indonesia, yang mana kedua-duanya merupakan orang penting negara. Kiranya sibuk kerjalah.. Tapi mereka berjaya mendidik 10 orang anak mereka menjadi hafiz dan hafizah.. 10 orang!! Bukan jumlah yang sedikit. Kita memikirkan anak seorang dah macam tak tentu arah. Hehe. Memang ajaib. Sebab mereka manfaatkan waktu subuh dan tengah malam sebaiknya untuk menghafal Al-Quran. Sebab tu saya juga cuba manfaatkan masa yang ada sebaiknya bersama Insyirah. Hujung minggu adalah yang paling berharga. Kerana itu adalah masa untuk anak dan suami saya. Namun ia juga tidak mudah... Insyirah semakin hari semakin membesar. Semakin hari semakin mengerti. Banyak yang dia lihat dan belajar.
Insyirah waktu demam vs waktu sihat....
Hujung minggu..
Saya selalu tak sabar nak berhujung minggu. Walaupun 2 hari cuma tapi cukup bahagia. Saya dapat bezakan kegembiraan dan ketenangan meniti 2 hari dihujung minggu berbanding 7 hari pada hari bekerja. Selain dapat bersama keluarga 24 jam, saya dapat selesaikan banyak kerja-kerja rumah yang tertangguh. Penat tak terasa berbanding hari bekerja. Namun, biasalah, semua perkara ada pra n kont! Kena lalui dan hargai..
Tapi bila nak buat pilihan untuk terus bekerja..Banyak perkara nak dipertimbangkan.. Secara umumnya, kalau kerja kita biasanya boleh/ ada : -
1. Ada duit sendiri
2. Kurangkan beban suami
3. Boleh loan sana sini
4. Bayar hutang belajar/ ptptn
5. Boleh apply kad kredit
Dan macam -macam lagi..
Kalau jadi surirumah pula macam-macam kerja boleh buat.. Masak, cuci dan jemur kain, bersihkan rumah, siram bunga hehe.. dan paling penting boleh bersama anak 24 jam. Bestnya... Tapi.. Tapi dan tapi....!! Tak apa! Kita cari penyelesaian untuk tapi itu.. InsyaAllah.. Mohon pada Allah, pasti DIA tunjukkan jalannya... =)
Yang mana posisi anda sekarang..
dan
yang mana pilihan hati anda..
Moga Allah swt tunjukkan jalan dan mudahkan segala urusan buat hamba yang kerdil ini...amin
Solusinya : kerja dari rumah. Pendapatan dapat, jaga anak sendiri pun dapat.
ReplyDeleteye betol.. walaupun saya masih dalam dilema nk berenti atau tdk huhu..
ReplyDelete