Assalammualaikum
Alhamdulillah.. Allah masih bagi peluang untuk bernafas kali ne.. Syukur..
Last week panas kan pasal PRU 13.. Huhu.. Saya pun banyak juga mengikuti perkembangan semasa politik ne.. Tabiat ne baru juga sebenarnya.. Dan PRU kali ne adalah kali pertama saya turun mengundi.. Sepatutnya tahun ne adalah kali kedua, tapi dulu saya tak minat nak ambil tau pasal politik ne.. Saya tak tau mana yang betul mana yang salah sebab saya kurang membaca dan menganalisis pasal politik Malaysia.. Tapi, alhamdulillah kesedaran tu mula timbul sedikit demi sedikit.. Saya tengok berita, akhbar, internet.. Buat perbandingan.. Sekarang dah boleh buat penilaian dah.. Errr..tapi undi kan rahsia, hehe yang penting saya adalah antara individu yang berhak menentukan siapa pemerintah negara yang baik.. bersih, telus dan paling penting memerintah dengan adil berasaskan hukum islam. Remember! INSANIAH itu penting!
Banyak juga saya terbaca post2 di facebook pasal PRU ne.. Ada yang dipihak kerajaan sekarang dan tidak kurang juga suara-suara di pihak pembangkang. Saya dinasihatkan agar tidak bercakap melebih-lebih tentang PRU ne. Abi yang sound.. hihi boleh cakap, boleh debat tapi bukan di laman sosial katanya. Sebab dah banyak kes yang boleh kita jadikan pengajaran.. Ada kawan baik dah jadi musuh sebab gaduh pasal politik. Ada saudara dekat dah tak betegur pasal ne.. Padahal hakikatnya, politik ne bila ia ditelusuri secara berhikmah dan berhemah.. ia pasti buka jalan keluasa ilmu dalam minda kita selain boleh memupuk ukhwah sesama insan.. Tak gitu?
Cuma, ada post2 dan komen2 di laman sosial yang tak betul.. maki hamun, hina cerca.. Nauzhubillah.. Itulah yang saya cuba nak elak. Moga Allah sentiasa pelihara hati ini...
Kalian...
Saya juga antara individu yang inginkan keamanan dan kesejahteraan dalam melalui badai kehidupan.. Saya juga ingin membanteras fitnah, penyelewengan dan rasuah... Subhanallah!! semua itu amat menjijikkan.. Kita sama-sama inginkan satu kerajaan yang mampu membuka minda dan hati kita pada islam dan pencipta..islam bukan hanya pada nama.. Andai saya tidak mampu terlibat banyak atau penglibatan yang ketara cukup untuk saat ini saya niat untuk berusaha.. usaha dan usaha.. InsyaAllah!!
Yang penting jaga hati, minda dan lidah... Gunakan ia pada jalan kebaikan..
Untuk politik masa kini.... "Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil"
No comments:
Post a Comment
what do you think?