Assalammualaikum
Hujung minggu yang indah Allah pinjamkan buat saya dan keluarga..
Last week, Jumaat cuti, Wesak Day.. So kami sekeluarga balik Petagas. Awal pagi lagi besiap, kitorang plan nak terus balik rumah, ta nak jalan-jalan dulu, sebab abi kena besiap gi solat jumaat tengahari nanti, saya dan Insyirah pula nak spend tym sama-sama. Saya nak selesaikan kerja rumah apa yang patut, so terus balik rumah, tido2, rehat2 dan selesaikan kerja rumah.
Dalam perjalanan pulang, Insyirah tak nak lepas dari abi. Kami perasan, sejak dua menjak ne Insyirah manja sangat dengan abi. Bayangkan, bila abi keluar saja dari bilik, tak kisahlah samada nak gi masjid ka, nak mandi ka, atau untuk keluar sekejap saja pun Insyirah dah menangis. Nangis pun bukan alang-alang.. Nangis kuat punya.. HUhu
Tengah drive pun tak mo lepas...
Saya test buat benda yang sama macam abi, kuar dari bilik.. atau buat-buat tinggalkan dia, huhu.. Buang karan saja.. Dia tengok siap bye-bye.. lagi... Daaaaa... perrrggghh!!
Tak apalah, umi sedar mereka memang kawan baik.... Moga sampai bila-bila.. ^_^
***** *** *****
Oke yang tadi intro je.. hehe...
Hari khamis lalu, sehari sebelum wesak Day, Kak Yan ada kol saya bagitau yang dia dah sampai Sabah. Sebelum ne memang dia ada bagitau yang adik dia Diyana nak kawen bulan mei. So Kak Yan jemput saya sekeluarga. Memang niat mau pegi sangat sebab rindu gila-gila dengan Kak Yan..
Oh, siapa Kak Yan?
Kak Yan adalah x-collague saya yang sangattttt baik dengan saya.. Ecece.. Excited!! Ya, dulu waktu sama-sama keja, kami memang rapat.. dia baik, setiakawan dan paling best bila jadi member nak buat lawak bodo sama-sama.. hehe
Yala zaman bujang dulu memang kuat ketawa.. Hihihi
Tapi Allah uji ikatan persahabatan kami dengan perpisahan sementara... Bertemu sekejap then, berpisah.. Tapi kami masih kontek, paling best bila kami preggy n deliver dekat tarikh. Insyirah sebaya dengan anak Kak Yan, Anaqi. Beza 3 hari saja.
Hari kahwin Diyana, 24 Mei 2013, Sabtu bertempat di Dewan MAKSAK Likas..
Kami plan suami isteri nak ke sana tapi seblum tu, kitorang singgah dulu ke Pasir Putih, Putatan. Saudara abi Insyirah pun kahwin juga so kami pun singgah la disana...Tau tak, best sangat hari ke rumah orang kawen sabtu tu, sebab Insyirah berperangai baik. Dengar cakap dan tiada banyak karenah. Nak susu pun bagitau baik-baik. Nak tidur pun elok saja dia baring di lengan umi.. Heheh guddd girlllll!!!
Bagus ja dia, duduk kat kerusi sebelah umi. Bagi gula-gula untuk pegang dan main-main saja. Saya tak buka gula-gula tu, takut dia makan comot. Saya suapkan nasi saja. Oh ya, saya baru daapt detect makanan kegemaran Insyirah yang terbaru, hehe.. Dia suka sangat dengan kuih bahulu dan sambal tempe. Kebetulan kat pasir putih ne ada buat sambal tempe. Memang sedap, rangup dan tak pedas. So, Insyirah sukaaa.. sangat!!
Lepas tu, kitorang singgah jap gi beli hadiah untuk Diyana. Tak jauh. Kaison je. Tapi baruku tahu rupanya Kaison tiada khidmat bungkus hadiah.. wuwuwuwu.. Bungkus sendiri kooo!! Pinjam kaunter lagi hehe..
Simple je.. Nasib baik barang kat Kaison kiut miut... Sesuaiiii sangat!!
Okela, selain untuk kenangan buat Diyana dan husband, dorang boleh guna hadiah ne, berbaloi-baloi...
Lebih kurang jam 1.10 pm kami sampai di Dewan MAKSAK, tempat majlis kawen Diyana. Saya tak sabar sangat nak jumpa Kak Yan dan Anaqi. Mula-mula sampai keliru juga, MAKSAK ne ada dua dewan, satu dewan besar dan satu lagi dewan kecil. Jadi kami pun lupa nak tanya Kak Yan sebelum tu, majlis Diyana di dewan yang mana satu. Try kol Kak Yan, dah tak dapat mungkin sebab busy, majlis dah mula, tak ada masa nak tengok fon lagi, jadi kami redah ke dewan besar dulu, nasib baik ada bunting kat luar, tengok nama dan gambar pengantin, bukan Diyana. Maka kami beralih ke Dewan Kecil, Alhamdulillah... sampai-sampai disambut oleh Kak Yan..
Punya eksaited bila jumpa, peluk cium arab lagi... Kami jumpa balik selepas 3 tahun berpisah... Err rasanya dah nak masuk 4 tahun .. Best ja tengok Kak Yan makin sihat hehe.. Waktu ne la.. cerita anak keluar, pengalaman beranak, menyusukan segala.. huhu best2.. Ada plak lagi nak banding-banding saiz badan..
"eh kak, tak nampak pun perut"
"Ada tapi ndak ketara"
" Best la kak makin sihat"
"Ko pun macam berisi je Pra"
"Eh nda, baju ja besar"...
haha.. ntah apa-apa....
Kak Yan, sekarang tengah preggy anak kedua.. Kalau ikutkan kami preg sama-sama hari tu. takdir Allah saya keguguran.. Kalau tak sejarah Insyirah + Anaqi akan berulang.. hehe
kami satukan Insyirah dan Anaqi. Pandai abi Insyirah pilih tempat duduk tempat yang luas sikit so, ada ruang Insyirah dan Anaqi, lari-lari. Mula-mula Anaqi belum ada mood, sebab baru bangun tidur, sudah lama-lama aktif da.. hehe Insyirah macam biasa la.. cool and steady ja, tapi ada satu part Insyirah pukul Anaqi.. Waaa.. kesian Anaqi, pukul depan ayah dia lagi.. Aduhai anak daraku.. hehe..
Macam-macam saja karenah diorang.. Insyirah ne memang suka kalau ada kawan dia main.. hehe
Comel kan diorang dua ne.. Memang sebaya, beza 3 hari saja. Insyirah lahir 20 Mac, Anaqi pula 17 Mac.. tahun lepas..
Kami sempat juga ambil gambar dengan pengantin.. Saya minta Ka Yan temankan sebab abi Insyirah segan nak naik ke pelamin, dia offer nak tolong tangkap gambar saja..
Seriously, Diyana memang cantik. Dulu waktu masih kerja ngan Kak Yan, saya selalu nampak pic diorang adik beradik. Dan, waktu sanding Diyana ne pun, memang saya terpegun juga.. hihi cantik!!
Dan sempat juga kami ambil gambar kenangan... 10 Jun ne Kak Yan balik Johor da.. Sedangkan saya sibuk dengan majlis kahwin sepupu dan ipar pulak.. 2 minggu berturut2.. Niat nak jumpa lagi tapi kitorang tak pasti.. So, kami tak lepas peluang untuk tangkap gambar sebagai kenangan.. Mahal ne tau..
Fuhh, kenangan yang saya takkan lupa..
Kak Yan adalah antara sahabat baik saya. Waktu bersama-sama berjuang di KONEL, dia sentiasa disisi saya, menyuntik semangat bila hampir lemah, mengingatkan bila waktu saya terlalu gembira sampai nak lupa diri, huhu... Dan banyak kisah suka duka yang kami kongsi bersama.. thank u Allah kerana mengurniakan sahabat terbaik ini walaupun kini telah jauh dimata tapi tetap KAU dekatkan hati kami.. n thank u Kak Yan 4 being my gud fren!
Hujung minggu yang indah..
Sepatutnya, lepas dari kahwin Diyana kami perlu datang ke majlis kahwin di Papar lagi, entah sebab seronok sangat sampai penat, kitorang terus balik rumah tido! huhu
Esoknya ahad kami pegi kawen lagi... dan petang kitorang balik Papar nak sambut mama dan bapa dari umrah..
Alhamdulillah, diorang dah selamat sampai semalam...
***** *** *****
~Hidup ini hanya sekejap cuma, Allah berikan kita aqal dan hati untuk menikmati keindahan yang DIA pinjamkan, maka sama-sama kita hargai atas jalan kebenaran dan landasan Illahi.. Kegembiraan mungkin nikmat, dan mungkin jua istidraj, maka beringat!!~
No comments:
Post a Comment
what do you think?