Wednesday, May 29, 2013

stress..??

Assalammualaikum


Saya pumping di pejabat macam biasa hari ne, sekitar jam 10 am untuk sesi pertama...
Tidak seperti biasa...
Saya cuma dapat ne..??!!



huhu kenapakah..
Nak kata sebab Insyirah puas menyusu sebelum saya ke pejabat hari ne, tak juga.. Sebab hari2 pun macam tu...
Mungkinkah sebab stress? Saya pernah terbaca, dalam satu blog motivasi.. Dalam satu hari, anda mungkin penuh dengan aktiviti gelak tawa sehingga anda mungkin tidak sedar yang anda sebenarnya dalam keadaan yang STRESS!!
Emmm... Saya ok.. Tapi tidak tahu apa puncanya..
Jalan terbaik, tambahkan waktu mengepam.. Caiyok2..!!   ^_^

Tuesday, May 28, 2013

im not a perfect person...

Assalammualaikum



I'm not a perfect person..
I make a lot of mistakes..
But i really appreciate those people 
who stay with me 
after knowing how i really am...!!!




~kredit pic for google~


Monday, May 27, 2013

after 3 years...

Assalammualaikum
 
Hujung minggu yang indah Allah pinjamkan buat saya dan keluarga..
Last week, Jumaat cuti, Wesak Day.. So kami sekeluarga balik Petagas. Awal pagi lagi besiap, kitorang plan nak terus balik rumah, ta nak jalan-jalan dulu, sebab abi kena besiap gi solat jumaat tengahari nanti, saya dan Insyirah pula nak spend tym sama-sama. Saya nak selesaikan kerja rumah apa yang patut, so terus balik rumah, tido2, rehat2 dan selesaikan kerja rumah.
 
 
Dalam perjalanan pulang, Insyirah tak nak lepas dari abi. Kami perasan, sejak dua menjak ne Insyirah manja sangat dengan abi. Bayangkan, bila abi keluar saja dari bilik, tak kisahlah samada nak gi masjid ka, nak mandi ka, atau untuk keluar sekejap saja pun Insyirah dah menangis. Nangis pun bukan alang-alang.. Nangis kuat punya.. HUhu
 
Tengah drive pun tak mo lepas...
 
Saya test buat benda yang sama macam abi, kuar dari bilik.. atau buat-buat tinggalkan dia, huhu.. Buang karan saja.. Dia tengok siap bye-bye.. lagi... Daaaaa... perrrggghh!!
 
Tak apalah, umi sedar mereka memang kawan baik.... Moga sampai bila-bila..   ^_^
 
 
 
*****   ***  *****
 
 
Oke yang tadi intro je.. hehe...
Hari khamis lalu, sehari sebelum wesak Day, Kak Yan ada kol saya bagitau yang dia dah sampai Sabah. Sebelum ne memang dia ada bagitau yang adik dia Diyana nak kawen bulan mei. So Kak Yan jemput saya sekeluarga. Memang niat mau pegi sangat sebab rindu gila-gila dengan Kak Yan..
 
Oh, siapa Kak Yan? 
Kak Yan adalah x-collague saya yang sangattttt baik dengan saya.. Ecece.. Excited!! Ya, dulu waktu sama-sama keja, kami memang rapat.. dia baik, setiakawan dan paling best bila jadi member nak buat lawak bodo sama-sama.. hehe
Yala zaman bujang dulu memang kuat ketawa.. Hihihi
 
Tapi Allah uji ikatan persahabatan kami dengan perpisahan sementara... Bertemu sekejap then, berpisah.. Tapi kami masih kontek, paling best bila kami preggy n deliver dekat tarikh. Insyirah sebaya dengan anak Kak Yan, Anaqi. Beza 3 hari saja.
 
Hari kahwin Diyana, 24 Mei 2013, Sabtu bertempat di Dewan MAKSAK Likas..
Kami plan suami isteri nak ke sana tapi seblum tu, kitorang singgah dulu ke Pasir Putih, Putatan. Saudara abi Insyirah pun kahwin juga so kami pun singgah la disana...Tau tak, best sangat hari ke rumah orang kawen sabtu tu, sebab Insyirah berperangai baik. Dengar cakap dan tiada banyak karenah. Nak susu pun bagitau baik-baik. Nak tidur pun elok saja dia baring di lengan umi.. Heheh guddd girlllll!!!
 
 
 
 
Bagus ja dia, duduk kat kerusi sebelah umi. Bagi gula-gula untuk pegang dan main-main saja. Saya tak buka gula-gula tu, takut dia makan comot. Saya suapkan nasi saja. Oh ya, saya baru daapt detect makanan kegemaran Insyirah yang terbaru, hehe.. Dia suka sangat dengan kuih bahulu dan sambal tempe. Kebetulan kat pasir putih ne ada buat sambal tempe. Memang sedap, rangup dan tak pedas. So, Insyirah sukaaa.. sangat!!
 
Lepas tu, kitorang singgah jap gi beli hadiah untuk Diyana. Tak jauh. Kaison je. Tapi baruku tahu rupanya Kaison tiada khidmat bungkus hadiah.. wuwuwuwu.. Bungkus sendiri kooo!! Pinjam kaunter lagi hehe..
 
 
Simple je.. Nasib baik barang kat Kaison kiut miut... Sesuaiiii sangat!!
Okela, selain untuk kenangan buat Diyana dan husband, dorang boleh guna hadiah ne, berbaloi-baloi...
 
Lebih kurang jam 1.10 pm kami sampai di Dewan MAKSAK, tempat majlis kawen Diyana. Saya tak sabar sangat nak jumpa Kak Yan dan Anaqi. Mula-mula sampai keliru juga, MAKSAK ne ada dua dewan, satu dewan besar dan satu lagi dewan kecil. Jadi kami pun lupa nak tanya Kak Yan sebelum tu, majlis Diyana di dewan yang mana satu. Try kol Kak Yan, dah tak dapat mungkin sebab busy, majlis dah mula, tak ada masa nak tengok fon lagi, jadi kami redah ke dewan besar dulu, nasib baik ada bunting kat luar, tengok nama dan gambar pengantin, bukan Diyana. Maka kami beralih ke Dewan Kecil, Alhamdulillah... sampai-sampai disambut oleh Kak Yan..
 
Punya eksaited bila jumpa, peluk cium arab lagi... Kami jumpa balik selepas 3 tahun berpisah... Err rasanya dah nak masuk 4 tahun .. Best ja tengok Kak Yan makin sihat hehe.. Waktu ne la.. cerita anak keluar, pengalaman beranak, menyusukan segala.. huhu best2.. Ada plak lagi nak banding-banding saiz badan..
"eh kak, tak nampak pun perut"
"Ada tapi ndak ketara"
" Best la kak makin sihat"
"Ko pun macam berisi je Pra"
"Eh nda, baju ja besar"...
 
haha.. ntah apa-apa....
Kak Yan, sekarang tengah preggy anak kedua.. Kalau ikutkan kami preg sama-sama hari tu. takdir Allah saya keguguran.. Kalau tak sejarah Insyirah + Anaqi akan berulang.. hehe
 
kami satukan Insyirah dan Anaqi. Pandai abi Insyirah pilih tempat duduk tempat yang luas sikit so, ada ruang Insyirah dan Anaqi, lari-lari. Mula-mula Anaqi belum ada mood, sebab baru bangun tidur, sudah lama-lama aktif da.. hehe Insyirah macam biasa la.. cool and steady ja, tapi ada satu part Insyirah pukul Anaqi.. Waaa.. kesian Anaqi, pukul depan ayah dia lagi.. Aduhai anak daraku.. hehe..
 
 
 
 
 
Macam-macam saja karenah diorang.. Insyirah ne memang suka kalau ada kawan dia main.. hehe
Comel kan diorang dua ne.. Memang sebaya, beza 3 hari saja. Insyirah lahir 20 Mac, Anaqi pula 17 Mac.. tahun lepas..
 
Kami sempat juga ambil gambar dengan pengantin.. Saya minta Ka Yan temankan sebab abi Insyirah segan nak naik ke pelamin, dia offer nak tolong tangkap gambar saja..
 
 
 
 
Seriously, Diyana memang cantik. Dulu waktu masih kerja ngan Kak Yan, saya selalu nampak pic diorang adik beradik. Dan, waktu sanding Diyana ne pun, memang saya terpegun juga.. hihi cantik!!
 
Dan sempat juga kami ambil gambar kenangan... 10 Jun ne Kak Yan balik Johor da.. Sedangkan saya sibuk dengan majlis kahwin sepupu dan ipar pulak.. 2 minggu berturut2.. Niat nak jumpa lagi tapi kitorang tak pasti.. So, kami tak lepas peluang untuk tangkap gambar sebagai kenangan.. Mahal ne tau..
 
 
Fuhh, kenangan yang saya takkan lupa..
Kak Yan adalah antara sahabat baik saya. Waktu bersama-sama berjuang di KONEL, dia sentiasa disisi saya, menyuntik semangat bila hampir lemah, mengingatkan bila waktu saya terlalu gembira sampai nak lupa diri, huhu... Dan banyak kisah suka duka yang kami kongsi bersama.. thank u Allah kerana mengurniakan sahabat terbaik ini walaupun kini telah jauh dimata tapi tetap KAU dekatkan hati kami.. n thank u Kak Yan 4 being my gud fren!
 
Hujung minggu yang indah..
Sepatutnya, lepas dari kahwin Diyana kami perlu datang ke majlis kahwin di Papar lagi, entah sebab seronok sangat sampai penat, kitorang terus balik rumah tido! huhu
Esoknya ahad kami pegi kawen lagi...  dan petang kitorang balik Papar nak sambut mama dan bapa dari umrah..
Alhamdulillah, diorang dah selamat sampai semalam...
 
*****   ***   *****
 
 
~Hidup ini hanya sekejap cuma, Allah berikan kita aqal dan hati untuk menikmati keindahan yang DIA pinjamkan, maka sama-sama kita hargai atas jalan kebenaran dan landasan Illahi.. Kegembiraan mungkin nikmat, dan mungkin jua istidraj, maka beringat!!~

Thursday, May 23, 2013

wanita bekerjaya vs suri rumah

Assalammualaikum


Perlu ke semua wanita ada pekerjaan..??

Dulu waktu zaman bujang, saya mesti kerja. Tidak boleh tidak! Tambah lagi tengah study, besok sudah habis belajar mesti nak naik jadi pegawai.. Mesti...!! Wah gitu sekali tujuan belajar.. Huhu.. Memangla, semua orang nak berjaya.. Manusia mana nak stay bawah ja kan... Mesti berusaha untuk majukan diri, so mesti belajar tinggi, kerja rajin-rajin supaya dapat naik pangkat.. Banyak duit.. Ha.. Jawatan tinggi, poket pun tebal!  Korang tak nak??!! 

Itu dulu.. Pemikiran trend bujang, masih terlalu muda membuat penilaian.. Duniawi diutamakan...

Ya.. Semua orang nak berjaya, siapa yang tak nak kan.. Kejayaan di dunia ne, semata-mata nak ditunjukkan pada orang. Sedikit sangat manusia yang mahu mencapai kejayaan atas redha Allah. Itulah hakikatnya. Kejayaan hakiki itu adalah apabila kita mendapat keredhaan Allah. Dunia cuma sementara. Sedangkan akhirat adalah tujuan sebenar..

Fuhh~ 
Puas saya berfikir tentang hal ne sebenarnya. Setiap hari kita berhadapan dengan kerja selama 8 jam. Seawal jam 8 pagi hingga 5 petang adalah tempoh waktu bekerja. Perjalanan saya sendiri dari Papar ke KK ambil masa sekurang-kurang nya satu jam, tambah lagi dengan jammed nya kan. Pegi sejam balik sejam. Maka setiap hari anak ditinggalkan selama 10 jam. Waktu nak gi keja, mesti jalan sebelum jam 8 kan.. So bertolak dari rumah sekurang-kurangnya jam 7 pagi. Jam 8 hingga 5 adalah waktu bekerja. Kadang-kadang saya balik 5.30 bila bersama bapa. So sampai rumah sekurang-kurangnya jam 6.30. Dah ambil masa 10 jam setengah. Letaklah 11 jam eh.. 

Balik rumah, peluk cium jap, direct bf jap.. anak terus tidur. Sambung buat keja rumah. Solat, masak, masuk kain dalam mesin basuh.. then tidur. Anak dibelai hanya sekurang-kurangnya 1 atau 2 jam... Esok pagi kita gi pejabat dia blum tentu bangun lagi.. Syukur Insyirah bangun awal selalunya, bila kami bangun solat subuh dia akan bangun sekali. Letaklah masa Insyirah bangun seawal jam 5 pagi.. Jam 7 saya dah jalan ke pejabat. Masa bersama 2 jam. Balik rumah, lepas kerja masa bersama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dia masuk tidur... Maka masa kita bersama anak hanya 4 jam???

Sedih kan...

Macam mana kita boleh jadi setegar begini, sedangkan diawal usia anak, sedari ia lahir sehingga sekurang-kurangnya sebelum usianya 7 tahun, adalah masa terbaik untuk kita beri perhatian sepenuhnya, mendidik  mereka sebaiknya. Saya pernah terbaca tentang cerita pasangan suami isteri di Indonesia, yang mana kedua-duanya merupakan orang penting negara. Kiranya sibuk kerjalah.. Tapi mereka berjaya mendidik  10 orang anak mereka menjadi hafiz dan hafizah.. 10 orang!! Bukan jumlah yang sedikit. Kita memikirkan anak seorang dah macam tak tentu arah. Hehe. Memang ajaib. Sebab mereka manfaatkan waktu subuh dan tengah malam sebaiknya untuk menghafal Al-Quran. Sebab tu saya juga cuba manfaatkan masa yang ada sebaiknya bersama Insyirah. Hujung minggu adalah yang paling berharga. Kerana itu adalah masa untuk anak dan suami saya. Namun ia juga tidak mudah... Insyirah semakin hari semakin membesar. Semakin hari semakin mengerti. Banyak yang dia lihat dan belajar.

Insyirah waktu demam vs waktu sihat....
Hujung minggu..
Saya selalu tak sabar nak berhujung minggu. Walaupun 2 hari cuma tapi cukup bahagia. Saya dapat bezakan kegembiraan dan ketenangan meniti 2 hari dihujung minggu berbanding 7 hari pada hari bekerja. Selain dapat bersama keluarga 24 jam, saya dapat selesaikan banyak kerja-kerja rumah yang tertangguh. Penat tak terasa berbanding hari bekerja. Namun, biasalah, semua perkara ada pra n kont! Kena lalui dan hargai..
Tapi bila nak buat pilihan untuk terus bekerja..Banyak perkara nak dipertimbangkan.. Secara umumnya, kalau kerja kita biasanya boleh/ ada : -
1. Ada duit sendiri
2. Kurangkan beban suami
3. Boleh loan sana sini
4. Bayar hutang belajar/ ptptn
5. Boleh apply kad kredit
Dan macam -macam lagi..
Kalau jadi surirumah pula macam-macam kerja boleh buat.. Masak, cuci dan jemur kain, bersihkan rumah, siram bunga hehe.. dan paling penting boleh bersama anak 24 jam. Bestnya... Tapi.. Tapi dan tapi....!! Tak apa! Kita cari penyelesaian untuk tapi itu.. InsyaAllah.. Mohon pada Allah, pasti DIA tunjukkan jalannya...  =)

Yang mana posisi anda sekarang..
dan
yang mana pilihan hati anda..
Moga Allah swt tunjukkan jalan dan mudahkan segala urusan buat hamba yang kerdil ini...amin

Wednesday, May 22, 2013

Alhamdulillah..

Assalammualaikum

Alhamdulillah, curi sedikit masa sebelum pulang... Hari ne banyak keja dapat disiapkan.. Sebelum nak cuti panjang nanti.. 
Insyirah dah tunggu... Nak dapat direct bf.. Makin manja dia sekarang, Sudah tau waktu skin to skin dengan ummi.. hehe Siap bagi pump lg suruh ummi buat tandem pumping.. 

Setiap hari yang kita lalui penuh hikmah.. Abi Insyirah selalu ingatkan saya agar jangan kuat sangat mengeluh.. Gantikan keluhan dengan istighfar..istighfar.. dan istighfar.. Mungkin dia faham sangat dengan saya.. Syukur dia selalu positifkan minda saya...

Hari ini, banyak juga pengajaran yang saya dapat..
Mula-mula kes syak wasangka saya pada seorang pemuda yang mungkin sangat baik hati tapi boleh pula saya sangkakan pencuri.. Subhanallah.. berdosanya saya, kesian dia.. kalau lah dia tahu ada orang berfikiran begitu pada dia sedangkan dia tidak berniat langsung.. InsyaAllah, saya cuba positifkan hati dan minda agar tidak terburu-buru dalam bersangka-sangka..

Di pejabat, saya mengalami sedikit kesukaran komunikasi dalam usaha untuk menyiapkan satu "projek".. huhu perkara biasa.. Manusia, rambutnya sama hitam, namun hatinya lain-lain, pemikiran juga lain-lain.. Kadang-kadang kita rasa idea dan pemikiran kita lah yang paling rasional.. Semua kena ikut! Kuasa Allah yang menjadikan banyak aqal, dan aqal manusia itulah yang paling bijak.. Daripada saya memikirkan tentang buruknya sifat orang lain, baik saya muhasabah diri.. Belajar menerima dan berlapang dada.. Pasti ada hikmahnya.. Allah maha adil. Ilmu Allah luas, maka Allah ingin mentarbiah saya akan kerdilnya diri ini, menyedarkan saya betapa ciputnya ilmu yang sebesar kuman, sehalus zarah cuma ... Namun, itu saja boleh buat manusia bongkak dan berlagak.. Allahuakbar
Astaghfirullahaladzimmm... Moga Allah sentiasa pelihara hati saya...
Moga menjadi iktibar buat kita bersama..

~Nota buat hati~

Baiqlah! Masa untuk turn off computer, Jauhnya 4.30 itu meninggalkan saya.. Ooo.. Insyirah pasti tunggu saya... 

Salam kasih
Ummu Insyirah

Tuesday, May 21, 2013

bila hati dipenuhi SYAK!!

Assalammualaikum



Awal pagi tadi saya masuk pejabat sangat lambat! Huhu...
Niat nak keja betul-betul hari ne. Tak nak layan sangat laman-laman sosial ne. Eceh! Tau-tau awal pagi dah ada story.. nak share la ne.. ngee

Tadi saya orang yang paling last kuar rumah. Saya turun keja dari papar, since abi Insyirah dah putuskan macam tu sebab dia selalu turun keja lewat kalau kami turun dari Petagas. Tambah lagi sekarang mama dan bapa umrah, di Papar tak ramai, maka kami meramaikanlah juga hehe.

Selalunya abi Insyirah yang paling last kuar rumah, sebab ofis dia dekat je, lepas hantar Insyirah dalam 10 minit dah boleh sampai ofis. Kak Nisa pun, act, sekolah tempat dia mengajar dekat juga dengan rumah tapi cikgu ne kan kena masuk sebelum jam 7.00 jadi 6.30 lagi dia dah gi sekolah. 

Nak dijadikan cerita...

Waktu nak kuar rumah tadi, saya nak kunci rumah, entah macam mana kunci rumah tiada dalam handbag. Panik kejap, saya call abi tapi tak berjawab. Takpelah, tanak susahkan dia balik rumah semula.. Saya sampai terduduk depan pintu luar rumah gara-gara nak cari kunci rumah..huhu. Waktu saya dalam keadaan macam tu, ada sorang lelaki muda, pakai jaket dan berkaca mata hitam berdiri di bustop depan rumah pandang-pandang. Bila saya pandang dia, dia akan alih pandangan tempat lain. Mula-mula tiadalah nak fikir apa-apa kan... Biasalah.. Tapi kali kedua saya pandang dia, sah! dia pandang saya.. then, cepat-cepat alih pandangan. Errr.. macam ada yang tak kena je ne.. 

Then, saya teringat yang saya baru tukar handbag juga. So saya masuk dalam billik dan cari beg yang saya pakai sebelum ne. Cari punya cari Alhamdulillah, jumpa juga. Saya kuar balik dan ready dah nak kunci rumah.. Tengok2 kat bustop the guy masih ada.. pandang-pandang macam tadi.. Eee.. ada yang  tak kena  lelaki ne.. Hati saya dah mula tak sedap.. Asal saya pandang dia, dia alih pandangan pulak.. macam bersalah je,  atau memang nak buat silap kot.. 

Waktu saya tutup pagar dia tengok2 rumah.. then tengok saya.. Ya Allah, memang ada yang tak kena lelaki ne.. takkan siang-siang nak buat hal kut? Saya kira lelaki ne cukup mencurigakan...

Saya teruskan perjalanan.. Sambil mata pandang cermin depan keta plus cermin sisi belah kiri.. dan.. 
Ehhh??? lelaki tadi menuju ke pagar rumah!!!
Dah sahhh!!! Ko kalau nak mencuri pun takkan siang-siang.. Dari tadi saya dah agak, memang budak lelaki ne nak mencuri! Memang dia sangat mencurigakan...

Sampai roundabout saya patah balik.. Nak call abi, tapi.... tak yah dulu. Tergerak juga hati nak tengok dulu ntah betul ke tidak bisikan hati saya yang "macam jahat" waktu tu.. huhu
Sampai pagar rumah saya tengok rumah sunyi.. Ehh.. takkan dah mencuri di dalam..??!! Takut pula..
Saya buka pagar dan perhatikan juga keadaannya.. Macam oke je, tiada kesan kena pecah masuk pun.. Mausk rumah dan tengok keadaan sekeliling.. eh.. oke pula.. tiada siapa diluar dan dalam rumah.. Ya la kan, kalau betul orang tu berniat nak mencuri, dan kebetulan saya nampak seolah-olah dia masuk ke arah pagar rumah tadi, mesti perjalanan saya u turn roundabout yang tak sampai 5 minit pun sudah boleh detect jejak pencuri tu kan.. Tapi ne tak ada pulak..

Heheh.. Pengajaran buat diri saya sendiri, JANGAN MUDAH BERSANGKA BURUK PADA ORANG LAIN...
Hanya kerana saya perhatikan budak tu tengok2 rumah dan pandang saya lain macam saja dah ingat pencuri.. Aduihhh.. Tak baik tau.. Inilah buruknya HATI YANG PENUH SYAK!!









penat!

Assalammualaikum

Hari yang sangat sibuk...
Saya rasa sangat penat... Dengan kelam kabut di pejabat...
Lari-lari keluar ofis cari barang keperluan 5S.. Dalam hujan pulak tu..
Uhuhu.. Bos, esok audit MS ISO la.. bukan audit 5S...
Kena lengkapkan semuanya hari ne juga eh..??!!

Saya rasa sangat penat...
Entah kenapa mata saya rasa panas..
kerongkong pun rasa semacam..
Haus tapi perut dah full.. Dan.. Gastrik juga..
Badan rasa ngilu-ngilu...
Seram sejuk..Selesma makin menjadi, batuk pun makin menjadi-jadi..

Confirm!!!
Saya nak demam...  ^_^
Moga menjadi kafarah dosa..




Wednesday, May 15, 2013

Life must go on..

Assalamualaikum..


Hati sedikit terusik dengan peristiwa awal pagi hari ne..

Insyirah demam, badannya panas.. Mood dia pun tak bagus, manja dan asyik merengek.. Dia memang macam tu kalau sakit...
Kemarin abi insyirah cuti.. Nenek dia pun kebetulan off.. Jadi insyirah tak ke taska.. Nenek yg jaga... Alhamdulillah, nenek kata tak banyak kerenahnya.. Makan, tidur, menyusu dan main sendirian... Tiba2 hari ne panas badan... Yang sebetulnya dia demam sejak ahad lalu, tapi panas badan on off... Ingatkan sejak Kemarin dan semalam ok saja... Tau2 kena demam lagi... Kesian dia..
Isnin lalu saya dah bercuti sebab iring mama dan bapa ke umrah... Abi pula dah cuti Kemarin.. Masa abi tak boleh kacau sebab saya sendiri faham kesibukannya.. Kadang2 cuti pun macam tidak saja... Saya pula hari ne kena attend meeting petang... Saya tak pasti kalau boleh minta excuse... Saya mula buntu.. Dengan keadaan insyirah yg tengah panas badan.. Takkan nak hantar ke taska.. Kesian, apalagi kalau boleh berjangkit demam dgn budak lain... Aduhai..

Saya datang ofis saja... Dan hantar insyirah ke taska dengan berat hati.. saya tau abi juga berat hati nak buat macam tu... Sampai ofis tak keruan da fikir anak sakit.. Fikir tindakan sendiri.. Sanggup pula saya masuk ofis dan tinggal kan insyirah yg tgh sakit macam tu ja.. Sedangkan insyirah adalah tanggungjawab hakiki saya.. Berbanding urusan kerja di pejabat.. Ya Allah, sedihnya saya..

Saya kuatkan hati jumpa presiden kelab dan nyatakan hasrat untuk tidak attend meeting sekaligus menyertakan surat perletakan jawatan untuk aktiviti kelab... Sampai macam tu sekali.. Tapi niat nak letak jawatan memang dah lama da... Atas banyak sebab.. Bukan pasal ne saja.. Saya tau presiden tak senang dengan tindakan saya namun beliau sedar itu hak saya juga...

Lepas selesai part tu saya jumpa bos dan bincang hal kerja satu persatu.. Then nyatakan niat yang saya harus balik jenguk anak yg tengah sakit.. Huhu bos sempat tanya.... "awak pun macam sakit saja".. Mungkin sebab suara rock selesma tu kut.. Kikiki... Saya jawab," ya memang sakit tapi tak teruk anak yang kesian sekarang ne"
Bos saya yang baik hati akhirnya mengizinkan.. Dia kata tak payah ambil cuti pun, baliklah... 'touching'!!

Saya kini merasa dilema sebagai ibu yang bekerja.. Saya yakin semua ini dirasai oleh semua ibu yang bekerja juga.. Tapi niat hati saya ke arah yg lebih jauh.. Saya kini ingin benar2 nak buat satu keputusan yang pasti ramai akan menghalang dan mengatakan tindakan saya sangat kurang bijak...

Ramai ibu bekerja dluar sana yang boleh handle keadaan serupa ini.. Boleh kerja sampai tua, anak2 berjaya... Mungkin keadaan keluarga saya sendiri juga boleh jadi contoh utama.. Ada yang manfaatkan masa subuh dan tengah malam dengan anak... Untuk pastikan mereka faham anak2.. Pastikan kejayaan anak2...entahlah saya yakin pasti akan dihidangkan dengan kata2 macam ne... Atau mungkin saya pasti akan menyesal... Dan usaha saya selama ne telah saya sia-siakan... Dan mungkin juga begini, saya lepaskan peluang yang sekali seumur hidup.. Saya sisihkan satu benda yang semua orang nak... Ataupun, ruginya saya, tak fikir panjang, pendek aqal...
Allahuakbar... Kuatkah saya nanti?

Sungguhpun kebahagiaan itu nanti saya dan keluarga yang merasainya, entah saya kuat atau tidak setelah 6tahun dalam zon selesa... Ya 6 tahun!

Abi pernah kata, rezeki kita Allah yang tentu kan.. Yang sudah dapat mahupun yang bakal dikecapi, semua Allah yang bagi... Masya Allah.. Kena berbaik sangka..

Apapun yang pasti... Moga Allah meredhainya..
Ku pohon kekuatan dariMU ya Rabbi...

InsyaAllah.... :-)

Thursday, May 9, 2013

duhai HATI..

Assalammualaikum
Saya dah tak larat..
nak peduli benda yang tiada faedahnya untuk diri sendiri..
Biarlah orang dengan cara "diorang".. Yang penting saya jaga HATI sendiri...
Tiada manusia yang sempurna.. and im not a perfect person too.. Semua tak sempurna.. Tak boleh nak buat semua orang senang dengan kita apatah lagi ada yang sampai nak simpan dendam.. Subhanallah.. Hatiku..Diriku.. Jangan sampai dikau yang begitu..
Pandanglah, fikirlah pada suatu sudut yang positif.. Berkata-katalah sebijak aqal.. Bertenang dan berlapang dadalah sentiasa..
Ada waktu, saya juga mudah tersungkur.. Bayangkan, dalam keadaan tiada niat untuk menyakiti sesiapa, dalam keadaan hati gembira tanpa prasangka, ada hati lain yang sedang sakit pada kita.. Ada aqal yang tidak bijak menilai bicara. Saya juga tidak sempurna. Maaf kan saya andai ada silap saya di mana-mana..

Kalau nak dihitung tiap salah bicara harian dan semasa memang banyak. Macam yang telah saya katakan tiada insan yang sempurna. Selain saya pasti orang lain juga tak boleh lari dari semua tu. Moga Allah lapangkan dada saya untuk berhadapan dengan kelemahan insan lain sepertimana harapan saya agar kelemahan saya juga mampu diterima seadanya oleh orang lain. Namun, ada juga yang tega menyimpan dendam dan tidak henti menyalahkan seolah "mereka" lah insan yang teraniaya. Lebih menguji ketahanan hati bila kisah dongeng dihebahkan untuk mendapatkan perhatian dan pengaruh yang kuat daripada pihak lain. Subhanallah. Itu belum termasuk lagi dengan "lalang" yang bertebaran sana-sini.... Nauzubillah..

Apapun, saya dinasihatkan agar tenang dan lapang dada. Kalau setiap masa kesilapan itu nak diambil kira, maka pasti akan timbul segala perkara yang tidak diingini. Keadaan mungkin lebih teruk. Maka percayalah Allah mahu menguji ketahanan hati. Kuatlah. Walau ada waktunya kita juga mudah jatuh, mudah nangis... Carilah kekuatan dengan menyerahkan segalanya pada Allah swt.. InsyaAllah..

Yang penting janganlah berdendam.. berdoalah moga "hati" yang sakit itu menjadi sihat.. dan moga hati kita juga sentiasa sihat...

~~Ingin merasa halawatul iman dalam pertautan ukhwah~~

InsyaAllah..

Wednesday, May 8, 2013

apa khabar hati kita hari ini..

Assalammualaikum

Alhamdulillah.. Allah masih bagi peluang untuk bernafas kali ne.. Syukur..
Last week panas kan pasal PRU 13.. Huhu.. Saya pun banyak juga mengikuti perkembangan semasa politik ne.. Tabiat ne baru juga sebenarnya.. Dan PRU kali ne adalah kali pertama saya turun mengundi.. Sepatutnya tahun ne adalah kali kedua, tapi dulu saya tak minat nak ambil tau pasal politik ne.. Saya tak tau mana yang betul mana yang salah sebab saya kurang membaca dan menganalisis pasal politik Malaysia.. Tapi, alhamdulillah kesedaran tu mula timbul sedikit demi sedikit.. Saya tengok berita, akhbar, internet.. Buat perbandingan.. Sekarang dah boleh buat penilaian dah.. Errr..tapi undi kan rahsia, hehe yang penting saya adalah antara individu yang berhak menentukan siapa pemerintah negara yang baik.. bersih, telus dan paling penting memerintah dengan adil berasaskan hukum islam. Remember! INSANIAH itu penting!
 
Banyak juga saya terbaca post2 di facebook pasal PRU ne.. Ada yang dipihak kerajaan sekarang dan tidak kurang juga suara-suara di pihak pembangkang. Saya dinasihatkan agar tidak bercakap melebih-lebih tentang PRU ne. Abi yang sound.. hihi boleh cakap, boleh debat tapi bukan di laman sosial katanya. Sebab dah banyak kes yang boleh kita jadikan pengajaran.. Ada kawan baik dah jadi musuh sebab gaduh pasal politik. Ada saudara dekat dah tak betegur pasal ne.. Padahal hakikatnya, politik ne bila ia ditelusuri secara berhikmah dan berhemah.. ia pasti buka jalan keluasa ilmu dalam minda kita selain boleh memupuk ukhwah sesama insan.. Tak gitu?
 
Cuma, ada post2 dan komen2 di laman sosial yang tak betul.. maki hamun, hina cerca.. Nauzhubillah.. Itulah yang saya cuba nak elak. Moga Allah sentiasa pelihara hati ini...
 
Kalian...
Saya juga antara individu yang inginkan keamanan dan  kesejahteraan dalam melalui badai kehidupan.. Saya juga ingin membanteras fitnah, penyelewengan dan rasuah... Subhanallah!! semua itu amat menjijikkan.. Kita sama-sama inginkan satu kerajaan yang mampu membuka minda dan hati kita pada islam dan pencipta..islam bukan hanya pada nama.. Andai saya tidak mampu terlibat banyak atau penglibatan yang ketara cukup untuk saat ini saya niat untuk berusaha.. usaha dan usaha.. InsyaAllah!!
 
Yang penting jaga hati, minda dan lidah... Gunakan ia pada jalan kebaikan..
Untuk politik masa kini.... "Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil"
 

Tuesday, May 7, 2013

Dia semakin mengerti...

Tau tak apa yang sebenarnya insyirah buat dalam gambar ne?
Em... Dialognya lebih kurang macam ne..

Insyirah : (ambil breast pump dan storage bottle sambil pandang mata saya dalam2)

Saya : kenapa sayang?

Insyirah : (hulur breast pump kat saya)

Mula2 saya tak faham... Saya ingat dia saja2 nak main atau saja2 nak bagi kat saya sebab suda terbiasa nampak saya mengepam kan..

Tapi bila saya tak peduli dia mula merengek... Menangis macam nak menyusu pula... Dalam masa yang sama, dia masih berkeras bagi saya breast pump dan botol tu..

Jadual mengepam saya... Balik keja memang saya akan breastfeed insyirah direct sambil pump yg satu lg... Saya buat tandem pumping.. Tapi petang tadi saya belum buat tandem pumping bersama insyirah lg.... Sehinggalah dia bagi saya dua benda tu...

Allahuakbar..
Baru saya perasan... Insyirah rupanya mengingatkan saya pada jadual harian saya yg sengaja saya lupakan..

Kiranya dia nak cakap macam ne..

"ummi, iyah belum menyusu lagi..dan ummi pun belum pump lagi"...

Emmm... Besar da insyirah saya... Jadual harian saya juga dia dah hafal.. Saya terfikir... Kalau perkara seperti ini pun dia sudah boleh ingat... Malah pergerakan solat pun dia sudah boleh ikut.. Macam mana pula dengan perkataan dalam setiap perbualan saya seharian... Bagaimana pula dengan tingkahlaku saya pada setiap waktu yg dia boleh nampak... Pasti akan dia ingat dan ikut..

Maka saya kena sentiasa mengingatkan diri bahawa anak kita mencerminkan diri kita.. Pendidikan awal mereka bermula daripada ibu bapa..

Saya akan cuba jadi yg terbaik untuk anak anak saya...
InsyaAllah..

p/s teruja dengan apa yg dia buat baru tadi.. "she remind me to bf her and do pumping as usual"... So sweet!!!!! :-D

Thursday, May 2, 2013

new breath.. come to me!!


Assalammualaikum

Degupan jantung yang dipinjamkan tuhan hanya untuk melakukan ibadat padaNYA... Tunduk pada yang ESA.. Beriman hanya pada Allah swt..

Meminjam kata-kata TGNA.. 
Betul.. Kehidupan di dunia yang dipinjam kan Allah hanya untuk mengumpul amalan.. bersedia untuk kembali pada jalan NYA..
Sudah pasti DIA akan uji kita.. iman kita..Sentiasa.. itu JANJINYA!!

Allah, berikanku kekuatan untuk menghadapi segala macam ujian...

Bantu aku untuk menjadi lebih baik..
Bantu aku untuk mengukuhkan tiang imanku...
Bantu aku untuk kembali ke jalanMU..
Bantu aku untuk meningkatkan kualiti ibadatku...

Allahuakbar...

Aku ingin jadi hamba yang beriman dan bertaqwa hanya padaMU..
Aku ingin menjadi anak yang taat..
Aku ingin menjadi isteri yang solehah..
Aku ingin menjadi ibu yang mithali...
Aku ingin menjadi kakak, adik dan saudara yang disayangi..
aku ingin menjadi menantu yang diingati...
Aku ingin menjadi sahabat yang disenangi..

Aku mahu menjadi pemilik peribadi dan akhlak yang bernilai tinggi...
Aku mahu darah muslimah sejatiku mengalir ke dalam tubuh zuriat-zuriat suamiku...

Tidak akan aku mampu menjadi yang baik-baik tanpa redhaMU ya RABB..
Tidak akan aku mampu menjadi yang ku mahu tanpa usahaku sendiri...

Berikanku nafas baru... 
Allah bantu aku.. 


Wednesday, May 1, 2013

Safiyyahku!!!!

Assalammualaikum


Insyirah saya dah besar.. 
Banyak perkembangan baru yang tidak dijangka pada Insyirah.. 
Dia dah mula nak becakap.. 
Suda pandai panggil qisya kakak tapi belum lurus.. 
She called qisya tata'.. 
N abi.... "abba" 

Insyirah... Insyirah... 
Errrr.. Nanti sambung ya.. Dia dah mula meragam... 

To be continued... :-)