Tuesday, November 6, 2012

kuantiti susu tidak sama banyak.. why oh why?!

Assalammualaikum..

Yeah dah masuk pukul 1. Now saya tengah rehat2 + mengepam macam biasa.. Ofis pun dah sunyi. Ramai dah keluar. Biasalah, kadang-kadang bosan kalau menu tengahari kita hari2 sama saja kan. Tu yang ramai keluar n lunch tempat lain. Saya pun kadang-kadang macam tu juga. Ikut selera. Hari ne pula lebih selesa di ofis. 

Last night kawan saya ada sms. Dia baru bersalin dua bulan lalu. Mean, baby dia dah masuk 2 month. Dia pun niat nak bagi fully breastfeed. Alhamdulillah. Semalam dia tanya, why kuantiti susu dia tak sama banyak di breast kiri dan kanan. Kadang-kadang jauh beza.



 

Act, saya bukan kaunselor penyusuan susu ibu. Dia tanya saya hanya kerana kami berada dalam bot yang sama. Ceh.. hehe lebih kurang macam tu la. Niat kami sama, dan saya mendahului dia untuk lebih kurang 5 bulan. Insyirah pun dah masuk 7 bulan kan. Alhamdulillah dah 7 bulan juga Insyirah full bf. Syukur! Jadi kami cuma share pengalaman dan pendapat. Itu saja. Mana yang saya tahu, atau pernah saya alami dan dapat saya bantu dan kongsi saya akan lakukannya untuk kawan saya. InsyaAllah. 

Sebenarnya, saya pun sama dengan kawan saya. Sampai sekarang, kuantiti susu saya tak sama banyak. Kalau dulu, jauh beza..betul! Tapi saya ada try search google juga. Kebanyakan ibu-ibu alami masalah yang sama, puncanya kurang bagi baby menyusu yang sebelah tu. Bila saya ingat balik, aha betullah. Since dari pantang dulu, saya suka menyusukan Insyirah dengan sebelah kanan. Saya suka mulakan penyusuan pada sebelah kanan. Saya pun lebih selesa angkat Insyirah di tangan kanan. Bila kerap macam tu, yang sebelah kiri lagi kurang demand. Maka supply pun merudum. Hehe. 
See? ia ada kaitan dengan konsep supply n demand tu.. Bila saya tanya kawan saya tu, rupanya dia pun macam tu. Sampai sekarang, baby dia lebih suka menyusu yang sebelah saja.

Tapi, tetap ada jalan penyelesaiannya. InsyaAllah. Sekarang, walaupun masih juga macam tu at least dah ada perkembangannya pada saya. Sekurang-kurangnya sekarang dah tak jauh beza.

Nak tau saya buat macam mana?
1) Saya akan mulakan penyusuan pada sebelah yang sikit tu dulu. Alhamdulillah. Insyirah tak memilih. Kiri atau kanan dia tetap menyusu. Dia kan kuat mengemping. Hehe. Dan ia masih boleh buat Insyirah kenyang.
2) Yang sebelah lagi saya akan pam. Saya suka offer Insyirah menyusu. Saya tak tunggu dia minta. Jadi saya akan offer sebelah yang sikit. Insyirah memanggggg suka mengemping. Kita offer dia tak penah tolak! hehe..
3) Sebelum ne saya cuma guna manual BP. Jadi saya akan pam sebelah yang sikit tu lebih lama daripada yang sebelah lagi. Kadang-kadang (kalau rajin) saya akan buat power pumping pada sebelah yang sikit tu.

Apapun, saya lebih kan penyusuan pada sebelah yang sikit, untuk imbangkan konsep demand n supply.. Alhamdulillah. Setakat ne kuantitinya dah ok. Tak lah jauh beza macam dulu. Walaupun kuantiti tak sama banyak, Insyirah tetap boleh kenyang dengan mana-mana salah satunya. Syukur kan.. 

Kalau anda ada masalah yang sama, cuba ingat balik cara anda menyusui baby. Ada tak kaitannya dengan konsep demand n supply? mesti ada kan. Then, cubalah banyakkan penyusuan pada sebelah breast yang kuantiti susunya kurang. Jangan lupa doa.. Moga berjaya..

Salam Sayang..

No comments:

Post a Comment

what do you think?