Tuesday, November 20, 2012

merancang kelahiran dalam islam

Assalammualaikum

Lepas melahirkan dan merancang untuk bagi full bf pada Insyirah, saya dan abi Insyirah sehati nak merancang kelahiran. Ada beberapa faktor dan sebab untuk buat keputusan begitu. Salah satunya, sudah pasti berkaitan dengan penyusuan Insyirah. Namun kita cuma selemah-lemah manusia yang hanya mampu merancang. Selebihnya, kami berserah pada Allah swt yang lebih berkuasa.
 
Dalam islam, merancang juga dibolehkan. Banyak perkara yang saya dan abi Insyirah ambil kira sebelum buat keputusan. Kalau ikutkan hati, sebelum ne saya nak sangat beranak rapat. Biar Insyirah ada kawan, dan biar mereka besar sekali. Tapi, setelah banyak perkara diambil kira, akhirnya merancang kelahiran adalah keputusan terbaik.
 
Di dalam islam, terdapat beberapa faktor yang dibenarkan syara' untuk merancang keluarga ;-
 
Pertama : Bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini pada nyawa ibu atau menjejaskan kesihatannya apabila mengandung selepas baru melahirkan. Biasanya, kesihatan dan keadaan ibu mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk bersedia mengandung semula.
 
Firman Allah swt Maksudnya :-
"Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan" (Al-Baqarah : 195)
 
Firman Allah swt Maksudnya :-
"Janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya Allah maha mengasihani terhadap diri kamu." (An-Nisa' : 29)
 
Kedua : Bimbang berlaku kesusahan dunia yang berpotensi membawa kesulitan dalam agamanya sehingga dia melakukan perkara yang haram.
 
Firman Allah swt maksudnya : -
"Allah swt mengkehendaki kamu kesenangan dan tidak mengkehendaki kamu berada dalam kepayahan." (Al-Baqarah : 185)
 
Firman Allah swt maksudnya : -
" Dan Allah swt tidak mengkehandaki untuk menjadikan kamu berada dalam kesusahan pada melaksanakan perintah agamanya" (Al-Maidah : 6)
 
Ketiga : Bimbang menjejaskan kesihatan anak-anak atau kurangnya didikan.
 
Dalam hadis menyebut seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Hai Rasulullah sesungguhnya aku melakukan azal terhadap isteriku." Rasulullah saw bertanya, "Kenapa kau berbuat demikian?" Lelaki itu menjawab, " Aku kesian terhadap anak-anak isteriku."
Rasulullah saw bersabda Maksudnya : -
"Kalaulah ia memberi mudarat nescaya ia memberi kemudaratan kepada bangsa Farsi dan Rom" (Riwayat Muslim)
 
Keempat : Bimbang ibu mengandung dalam keadaan masih menyusukan bayi atau ada anak kecil yang menyusu lagi.
Daripada bahan bacaan yang saya dapat, memang ada risiko ibu menyusukan ketika hamil. Tapi kemungkinan tidak semuanya tepat. Biasanya, air susu akan menjadi kurang ketika kandungan masuk 4 bulan. Selain tu, puting payudara juga akan mula menjadi lembut dan sangat sensitif ketika mengandung. So, mesti sakit kan..
Maka, bagi ibu yang ingin menyempurnakan penyusuan eksklusif sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun, digalakkan merancang. Anda boleh rujuk link ini untuk info lebih tentang penyusuan ketika hamil.
 
Antara kaedah merancang keluarga : -
 
a) KAEDAH SEMULAJADI
- azal (Coitus Interuptus)   > more info
- Ambil kira waktu subur (InsyaAllah nanti saya kongsikan ya..)
 
b) HALANGAN
- Kondom
- Alat dalam Rahim (IUD)
- Diafram - Liang lapik rahim yang akan menutup pintu masuk ke Rahim
- Servical Cap
 
c) HORMON
Sama ada pil, implan atau suntikan untuk menghalang ovulasi, yang akan menyebabkan lendiran faraj jadi lebih pekat dan menghalang penempelan benih di ruang rahim.
(Untuk ibu yang menyusukan, mungkin ada pil yang sesuai.. buat research kalau niat nak ambil ya.. make sure tidak memudaratkan anak yang disusui.)
 
d) KIMIA
Spermisid dalam bentuk krim atau buih yang akan membunuh sperma yang masuk ke dalam faraj.
 
e) KEKAL
- Vasectomy - Saluran yang membawa sperma (vas deferens diikat supaya air mani yang dikeluarkan tidak mengandungi sperma
 
- Bilateral Tubal Ligation - Tiub fallopian diikat supaya ovum tidak dapat melalui tiub ini.
 
Apapun, anak itu rezeki Allah. Seandainya kita dah cuba untuk merancang yang terbaik, namun yakinlah bahawa perancangan Allah swt itu jauh lebih hebat kerana DIA lebih mengetahui segala perkara yang kita tidak pernah tahu. Jangan sekali-kali tolak rezeki pula.
 
Merancang perlu persetujuan antara suami dan isteri. Kerana ia tidak bermaksud, mengandung semula sebelum usia anak 2 tahun itu tidak boleh. That's why, kena ada sefahaman antara pasangan. Duduk bincang untuk kebaikan bersama ya. Namanya juga PERANCANGAN KELUARGA kan..moga kita sentiasa beroleh kebaikan daripada Allah swt.. Allahhumma Ameen..
 
 
Salam sayang..



 
 
 

No comments:

Post a Comment

what do you think?