Thursday, November 29, 2012

ziarah bersama insyirah

Assalammualaikum

Bila insyirah dah tidur baru dapat online sambil mengepam. Excited nak update blog hari ne. Tadi saya cuti. Saja nak jaga insyirah sebab dia batuk2. Jadi saya pun ambil cuti nak jaga dia.. then nak bawa dia g klinik. Saya tau mesti kami akan boring lama2 diruma nanti, jadi hari ne umi bawa insyirah berziarah. Nak tau ziarah siapa? hehe of kos baby Aqil dan mamanya

Comel kan Baby Aqil. Muka dia suda tembam. Macam baby nak masuk 3 bulan. hehe


Saya rancang nak datang lepak2 ruma baby Aqil dan lawat mamanya. Teringin mau dukung Aqil. Makin bam bam suda dia. Padahal waktu tengok Aqil baru lahir punya comel, kecil cute. Sekejap saja baby Aqil dah gemuk.. hehe. Kuat menyusu bilang mama Aqil.

Niat nak melepak dalam tengahari lepas bawa insyirah g klinik. Tau2 insyirah ne berperangai pulak hari ne. Betullah cakap abi. Insyirah kalau tau umi atau abi yang jaga dia hari bekerja, manjanya bukan main. Dia tak nak lepas dari saya. Kalau letak dia di lantai pun mesti nak saya duduk dengan dia sekali. Terpaksalah saya buat kerja sambil dukung insyirah even tengah bersihkan peti sejuk tadi pun sambil angkat dia. Hai anak.. anak.. hehe. Bila keadaan dah jadi macam tu, saya susah nak siapkan kerja rumah sebelum jalan. Saya mandi pun lepas azan zuhur itupun bila saya bagi insyirah dengan ucunya. Kalau tak, confirm tak jadi ke klinik dan berziarah hari ne.

Dalam jam 2pm kami bertolak ke klinik dr. sharifah di putatan. Alhamdulillah, doktor cakap batuk insyirah biasa2 saja. Dada tak sempit. Tiada tanda2 asma. Takut juga kan. Saya sebenarnya ada history sakit batuk2 ne waktu darjah 4 dulu. Lama betul nak bagus. Sekolah pun lama saya tak datang. Takut juga kena pada insyirah. 

Lepas dari klinik, dalam jam 3pm selesai. Sejam juga tunggu giliran. Then, ready nak bertandang ke rumah Aqil. Sebelum tu singgah kfc dulu nak beli buah tangan. Hehe. Sambil lepak bole makan2 kan.. Saya order, 2 set snek plate. Bole makan sama2. Tapi saya minta tukar minuman kepada milo, memandangkan saya dan mama Aqil dua2 ibu yang menyusukan. So, minuman bergas dah jadi macam musuh pula sekarang. Hehehe..

Sampai di Cyber City, kena daftar dulu baru bole masuk kediaman. Macam best je tempat tinggal Diorang mama Aqil ne. Keselamatan terjaga. Pak Guard pun peramah juga. Hehe. Kawasan dia pun cantik, kemas. Yalah kan baru lagi. Tapi susunan bangunan nampak eksklusif. Macam tempat tinggal orang kaya2 gitu. Hehe. Dah dapat masuk, saya nampak mama Aqil dan Baby Aqil tunggu kami di perkarangan tempat letak kereta. Alolo.. siannya diorang. Sebab takut kami sesat, diorang sanggup turun ambil kami di parking. Padahal, baby Aqil tengah tido. Then, mama Aqil suru park di line Papa Aqil. Sebab papanya keja. Jadi bolela tumpang parking dulu.

Sampai ruma saja, saya excited nak dukung Aqil. Dan sebab excited sangat, saya tak sempat nak ambil gambar. Niat nak gambar Insyirah dengan Aqil juga. Yalah bukan selalu dapat jumpa. Hari ne pun kebetulan cuti keja. Lama tak cerita2 dengan mama Aqil. Tu yang rindu nak jumpa. Hehe. Bila dah jumpa ne, macam2 cerita kami dapat share especially pasal bf.

Baby Aqil dah fully breastfeed sekarang, selepas berenti sekejap sebab nak turunkan kuning. Alhamdulillah. Kuat betul semangat mama dia. Even lepas stop sekejap, air susu dah mula nak kering pun dia tetap berusaha cari jalan untuk banyakkan air susu semula. Dalam keadaan sakit, mama Aqil tetap kuat bagi bf Aqil. Kami share pgalaman breastfeeding pain yang kami alami. Tipu org bg bf tak penah nangis. Tapi sebab kita tau itu yang terbaik untuk anak. Biar bergelen2 air mata, kami akan berusaha perjuangkan hak anak. InsyaAllah.. Moga Allah izinkan  serta mudahkan niat suci ini..

Saya kagum dengar cerita mama Aqil yang terpaksa solat sambil pegang Aqil. Sebab Aqil kuat menyusu. Manja dengan mama. Kalau boleh nak 24 jam kena peluk mama. Macam insyirah dulu juga. Bezanya, dulu kalau saya di papar, saya berteman. Jadi kalau saya solat, ada adik saya boleh tolong tengokkan Insyirah. Tapi mama Aqil cuma tinggal berdua dengan Baby Aqil.

Hey, tak semua ibu sanggup buat macam tu tau. Dalam islam ada tekankan rukhsah solat. Memegang bayi waktu solat juga rukhsah, seandainya ia boleh membawa kemudaratan pada bayi kalau kita tak pegang dia. Kadang-kadang, ada yang sanggup tinggalkan solat terus kerana nak jaga baby tanpa memanfaatkan rukhsah yang Allah hadiahkan pada hambaNya. Dalam islam, kalau kita tak manfaatkan rukhsah (Hadiah) daripada Allah, ia jadi satu dosa. Seperti tidak menghargai hadiah itu. Sama macam kalau orang yang bagi kita hadiah kena hargai kan. Apatah lagi jika hadiah tu daripada Allah swt. Kredit buat mama Aqil!.

Kami cerita sambil makan2 kfc. Jangan terkejut, mama Aqil makan sambil breastfeed Aqil. Hehe. See? best tau menjadi ibu yang menyusukan. Cayalah mama Aqil!! hehe..  Tengah makan tu juga Insyirah buat gaya macam2 huhu.


Insyirah kotorkan lantai rumah aunty payen.. huhu Sori maam Aqil..

Tepat jam 5pm, kami kena balik. Takut jalan jem. Lagipun mesti mama Aqil nak prepare makan malam diorang sekeluarga selain nak urus Aqil kan. Jadi sesi lepaking kami berakhir waktu tu. Tak lama. Tapi cukup bagi saya kenangan indah bersama Baby Aqil dan mamanya serta insyirah. Ada masa nak juga datang sana lagi.

Waktu on the  way nak balik. Insyirah buat perangai pula. Dia nak mengempeng. Dia tak nak duduk dalam baby carrier, nak baring di badan saya. Huhu. Jangan bagitau orang lain ya.. Saya terpaksa menyusukan dia sambil drive. Tapi dah dekat nak sampai. Sungguh bahaya. huhu.. Tapi saya fikirkan pra n kont juga. Saya susun keadaan kereta baik2. Saya baringkan dia di paha. Ambil bantal untuk tinggikan bahagian kepala sambil disokong oleh handbag saya. Sambil dia menyusu saya drive. Saya cakap baik2 dengan dia. Umi doa moga kita sampai dengan selamat dirumah. Moga tuhan mudahkan. Sambil tu doa juga mudahan tiada pak trafic yang perasan. Alhamdulillah Insyirah menyusu dengan tenang sampai dia tertidur. Aksi ini sangat tidak boleh diikut. Huhu.. Tak nak buat lagi.. walaupun keadaan semuanya oke saja. Insyirah tenang, pemanduan pun lancar tanpa sebarang kesukaran. Saya percaya Allah lindungi kami.

JANGAN TIRU AKSI INI!!
SANGAT BAHAYA..nasib dah dekat dengan rumah..
Ia seperi mempertaruhkan nyawa anak dan diri sendiri, Saya tak akan buat lagi..!!


Sampai rumah, saya kelam kabut nak solat Asar dengan yakin buka beg nak ambil kunci rumah, dan...... SAYA LUPA BAWA KUNCI RUMAH!! huaaa..
Bagus!!

Baguslah.. Bagus!!

Sekian..

Masuk rumah jam 6.10pm,
lepas ipar dan mentua saya balik,
dan ipar saya ketawakan saya..
terima kasih bucu!! hihihi..




1 comment:

  1. anduk bahhh si aqil..hehee..ala mama payena xdpt mo mnja2 ngan insyirah sbb aqil xmau bg can mama nya..mau duduk dekat jga..hihi..nanti insyirah dtg lagi rmh mama payena okei..:)..

    ReplyDelete

what do you think?