Sunday, November 25, 2012

Abi, Insyirah dan "mamma"

Assalammualaikum

Apa khabar, teman2 saya hari ne.. Tak terasa cuti hujung minggu 2 hari kan. Hari isnin, macam biasa.. Saya selalu lambat masuk ofis. Sebenarnya saya dah thumb print awal. Tapi saya keluar balik. Abi Insyirah bawa minum. Setiap isnin je boleh minum sama2. Sebab abi insyirah masuk ofis jam 11 pagi, then balik jam 9.00 malam. 

Hujung minggu tu Insyirah kena demam. Entahlah mama cakap demam nak tumbuh gigi. Memang gigi dia dah mula nak keluar. Bahagian gusi dia pun gatal sebab selalu garu pakai lidah hihi. Saya bagi dia teether. Biar dia gigit2 n ble kurangkan rasa gatal pada gusi dia. Kesian Insyirah. Bila demam dia jadi manja sangat. Asal nampak saya, mesti dia nangis minta diambil. Susah juga nak buat kerja rumah. Nasib baik abi insyirah ringan tulang. Banyak yang dia dah tolong. Kalau insyirah tak nak lepas dari saya, abi insyirah yang akan sambung kerja rumah. Kalau saya tengah sibuk masak di dapur, abi pula yang akan urus insyirah. Memang dia tak lena tidur. Mungkin sebab tak selesa, badan panas, kepala berat. Kesian Insyirah. Abi pun kesian juga. Biasanya hujung minggu abi mesti nak bawa keluar. Jalan-jalan di tasik likas, tak pun di Tanjung Aru atau masuk shopping complex. Memandangkan Insyirah tak sihat, kami berhujung minggu dirumah saja. Tapi best juga. 

Kami bagi insyirah tengok upin & ipin. Kami letak tilam depan tv. Makanya umi dan abi pun ikut tengok upin ipin sekali. Hehe. 

Tau tak, insyirah bila kejar saya, dia akan sebut "mamma". Asal dia nampak saya saja dia mesti akan sebut perkataan tu. Tapi Insyirah baru 8 bulan. Saya tak pasti sama ada "mamma" tu bahasa baby atau memang dia panggil saya. Tapi saya selalu bahasakan diri umi dengan insyirah. Mungkin memang itu bahasa baby walaupun dia hanya sebut "mamma" bila nampak saya. Entah kenapa, setiap kali insyirah sebut perkataan tu dan pandang saya.. saya rasa teruja. Seolah-olah insyirah panggil saya mama! hehe..

Kata abi, mungkin dia memang panggil mama dia.. tapi dia tak tau pun "mamma" tu untuk mama.. Entah la.. Apa2 ja la.. InsyaAllah, satu hari saya dapat dengar dia panggil saya umi.. Amin..

Insyirah makin besar. Banyak da perkembangan dia. Haritu dia tumpahkan susu yang baru saya perah. Tengah nak susun susu lepas di perah dia rampas botol susu ditangan saya dalam keadaan botol tu tak bertutup. Susu penuh 5oz.. habis tumpah. Huhu.. Nak menangis pun ada. Dahla susu fresh. Tapi tak apa. Insyirah tak faham semua tu. Umi dia yang cuai mungkin. Saya pun marah dia main-main. Dia dah faham kena marah. Dia buat muka sedih dan nangis. Kesian..Tapi saya pujuk dia balik.

Saya suka betul kacau dia. Pernah sekali dia main sendiri. Saya kacau. Semua mainan yang dia pegang saya ambil. Dia dah pandai marah. Hehe. Comel betul. Saya jadi rindu dengan dia. Insyirah sekarang suka jalan. Kalau nampak umi pakai tudung dia kejar, takut tinggal. Alahai anak umi ne bikin rinduuu...

Oh ya, abi dah mula nak sibukkan diri buat tesis. Mungkin dah tak banyak masuk kelas tapi kena cosentrate buat tesis. Kesian abi. Banyak komitmen. Tapi masih ada masa tolong umi dan jaga insyirah. Mudah-mudahan semua urusan abi tuhan mudahkan. Dan mudah-mudahan juga abi kuat untuk jalani setiap amanah dan tanggungjawab yang tuhan berikan.. Amin

Walaupun nampak macam cerita tak teratur tapi, saya dah lepaskan semuanya.. SAYA RINDU INSYIRAH DAN ABINYA...huhu

Sekian..



4 comments:

  1. Salam kenal.. TQ follow blog akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan, dan terima kasih kembali, sbb follow saya jugak.. hehe

      Delete
  2. Alhamdulillah..best je bila bc pasal insyirah..:)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yen, tulislah pasal aqil.. baru sekali ja jumpa bby aqil, tu pun belum merasa angkat dia..

      Delete

what do you think?