Wednesday, February 27, 2013

budaya kerja..

Assalammualaikum

Korang keja dalam ofis ek? konfim tak sehari cukup 8 jam.. tolak waktu rehat ambil dalam 6 jam gitu..? hehe.. iya ke..

Saya pun keja ofis juga. Waktu anjal jam 8 pagi hingga 5 petang. Kadang-kadang saya datang jam 7.30 atau biasanya kalau saya d Petagas confirm saya sampai sebelum jam 7, sebab abi Insyirah kena turun awal.. Yelaa.. dia terpaksa jalan jauh ke Papar. Nak hantar Insyirah ke Taska lagi. Tapi saya tetap balik jam 5pm.. Atau kalau tumpang bapa mesti lebih dari jam 5pm.. 

Ada masa saya datang lewat juga. Paling lewat 8.20. Kalau lebih dari 8.30, saya akan maklumkan bos awal-awal. Syukur bos memahami da sporting. Tapi sporting2 pun, saya tetap dah ambil masa bekerja tu. Tak adil....

Korang perasan tak staf ofis, (act, bukan tempat saya saja!) belum masuk waktu rehat, (1 pm hingga 2pm) orang dah banyak keluar, biasalah.. ada yang ambil anak balik sekolah.. Keluar makan, dan macam-macam lagi. Emm.. ada juga yang berurusan di luar pejabat.

Then, sebelum tu, dalam jam 10 am.. ramai pegawai or kakitangan akan pegi kantin, minum pagi. Tak cukup dengan sarapan pagi sebelum mula kerja. Itupun, sampai jam 8 am.. sarapan jam 8.15 am.. Then jam 10 am keluar lagi. Dah tu jam 12.30 pm out of office lagi.. Huhuhuu.. Sori ya saya tak maksudkan sesiapa atau ada maksud apa-apa.. 

Ada masa, saya juga tak dapat elak dari terpaksa keluar masuk lambat.. Itu hakikat.. Saya pernah mengandung, yang pada masa tu memaksa saya berkali-kali ke klinik. Ambil masa pejabat. Nak cuti selalu tak boleh. Banyak kerja. Sampai di klinik minta time slip.. yang membuktikan saya menerima rawatan. Tapi kadang-kadang masa yang diletak di time slip pun hanya sejam lebih. Saya sampai di ofis lebih daripada masa yang ditetapkan dlm time slip.. Dah tak adil kan..

Kadang-kadang ada waktunya juga masa masuk ofis saya melebihi masa anjal yang dah ditetapkan. Kalau dari Papar, saya tak boleh nak elak jammed, walaupun dah turun awal. Syukur. Bos saya memahami. Beliau lebih mementingkan kualiti kerja berbanding hal-hal yang remeh. Tapi macam kat ofis abi Insyirah, tak boleh masuk ofis lambat lebih 5 minit pun. Sebab tu, kalau kami dari Petagas, abi Insyirah bertegas supaya tepat jam 6.30am mesti dah bertolak dari rumah. Huhu.. 

Kalau di tempat saya bekerja, if keluar pada waktu pejabat, mesti isi borang. Kalau lebih daripada 2 jam, akan dikira bercuti.. Nampak peraturan yang cukup tegas kan.. Tapi, tak pernah dibuat pun.. huhuhuhu.. Tapi kalau di pejabat abi, memang kena buat betul-betul. Dan abi Insyirah tak pernah berurusan di luar , pada waktu pejabat. Bukan senang. Kalau ada pun, dia akan pastikan yang urusan tu tak sampai sejam. Hehe. 

Bila dah satu-satu peraturan tu tak ditekankan, orang jadi tak teratur. Tak nak ikut peraturan. Bos jadi marah. Cakap staff naik kepala. Emm.. Ini apa yang saya nampak dan lihat sendiri. Bila staff dah kerap keluar pada waktu pejabat. Kerja pun jadi lambat. Yela.. macamana kerja nak jalan kalau asyik tak ada di pejabat. Akhirnya kerja tak siap-siap. Clien pun marah-marah. Benda yang ditunggu lama, tak progress langsung.. Ish..ish..ish.. Staf ne pun kalau ada di pejabat asyik main game, facebook or twitter.. Ish..ish..ishhh..

Yang ne nak salahkan siapa.. Bos or staff..? Ke ne masalah sikap setiap individu, tak kira bos atau staff. Sebab, yang buat hal dan buat kerja ne bukan di kalangan kakitangan bawahan saja. Bos pun ada tau. Malah hilang dari pejabat sampai susah nak cari lagi. Saya tak mengata sesiapa. Hehe.. Tiba-tiba pulak kan, hari ne story pasal budaya kerja di pejabat.

Act, tengahari tadi, semua orang kat ofis ne hilang.. Biasalah, urus anak, lunch.. dan macam-macam lagi. Time tengahari ne la orang ambil kesempatan untuk siapkan hal-hal rumah, hal-hal lain yang tak ada kaitan dengan kerja pejabat. Masa pendek je. Semuapun berkejaran. Mungkin sebab, stuck di perjalanan, atau memang urusan diorang ambil masa sikit so, tepat jam 2pm ofis masih lengang. Then, our bigboss buka pintu bilik dia, tengok jam 2.10pm, ofis masih sunyi. Muncung pun dah panjang sedepa haaa.. hehe. Lastly, jam 2.30 ofis masih lengang juga. Dia tanya, "pegi mana semua orang?" Gulp!! Saya buat tak dengar je.. Lagi pun saya fikir dia bukan tanya saya pun. Dia saja nak lepas geram tanya macam tu. Umum! Heheh..

Emm.. Baru2 dalam radio pun ada gak cakap pasal pekerja di Malaysia tak produktif. Haiii.. agaknya nak salahkan siapa ya.. Tepuk dada tanya hati, iman.. Ikhlaskanlah diri bekerja dan lakukan segala kebaikan sebagai satu ibadah pada Allah swt. Ikut peraturan pun ibadah juga. 

Sendiri mau ingat yaaaa.. eheh!

No comments:

Post a Comment

what do you think?