Assalammualaikum
Tadi bercerita tentang kehidupan dengan ayahanda tercinta waktu on the way balik keja. Saya ikut dia balik papar, beberapa hari ne kami stay papar. Rindu, lama dah tak tidur rumah ayah bonda di papar.
Emm..
Kata-kata bapa yang paling menusuk ke dalam hati saya..
"Kita hidup ne, untuk menghadapi ujian dan demi ujian.. Diatas kita, Allah uji. Dibawah pun kita Allah akan uji.. Tinggi kedudukan kita, Allah uji.. Rendah pun kedudukan kita Allah tetap akan uji."
Mungkin sebab saya dan bapa bekerja dalam satu jabatan yang sama tanpa kami rancang. Banyak perkara telah berlaku sama ada dalam atau luar jangkaan. Kedudukan saya dan bapa dalam jabatan juga berbeza. Bapa kakitangan lama di pejabat saya. Antara yang paling lama. Dia dah berkhidmat lebih dari 30 tahun. Tidak dapat dinafikan kedudukannya dalam jabatan juga antara orang yang penting. Banyak yang saya belajar dari dia. Bukan pasal kerja. Tapi tentang perjalanan kehidupan. Ada waktunya dia bercerita dengan ayat-ayat kiasan. Saya sedaya cuba memahami. Rupanya banyak dah dia lalui. Bapa sudah berusia 58 tahun. Sudah terlalu tua untuk terus pegang fail dan dokumen dalam bilik berhawa dingin. Itu kata-katanya sendiri. Dia ingin berehat.
Banyak yang kami kongsi bersama. Walaupun ada antara ceritanya hanyalah dengan kata kiasan yang berlapik. Ada kisah sedih yang masih dia simpan. Mungkin kerana saya kenal ramai orang yang dia juga kenal.. jadi dia masih menjaga setiap ayat dan jalan cerita bila bercerita dengan saya. Kadang-kadang dia cuba fahamkan saya tentang kedudukan dalam kerja..
"Ramai orang yang di atas, suka dengan kedudukan mereka. Jawatan tinggi. Gaji besar. Orang pun respect. Pegawai lah katakan.. Tapi tak semua tu boleh buat kerja mereka. Tak semua mampu jalankan amanah Allah."
Dia tidak maksudkan sesiapa. Hanya sekadar mengingatkan saya..
Saya faham..
Dia mula penat untuk terus duduk di kerusi besar dalam sebuah bilik berpenghawa dingin.. Menjadi orang berkepntingan sehingga satu masa dia boleh dissanjung tinggi orang dan bila-bila masa dia boleh dicaci, dihina dan dipandang serong oleh sesiapa sahaja.. Itu ujiannya..
Kasihan bapa..
Kata terakhir yang saya akan ingat..
" Ada orang tidak mahu jadi rumput di bumi, nanti dipijak-pijak.. Maka berusaha untuk jadi pokok yang tinggi, supaya orang tengok pun perlu dongak lagi.. Namun, pokok yang tinggi, akan ditiup angin yang kuat.. Kalau tak tahan, boleh patah..
Jadi, kalau takut ditiup angin yang kuat, jadilah rumput dibumi.. Biar dipijak.. Takut dipijak jadi pokok balik.. Pilihlah.. nak jadi yang mana.. atas bawah ada ujiannya.. Tak boleh lari.. kena hadapi..!!
Salam Sayang..
No comments:
Post a Comment
what do you think?