Thursday, February 21, 2013

Jaundis

Assalammualaikum

Petang ne ofis dah lengang. Sebab bosan sangat saya rindu nak blogging. 

Tengahari tadi saya lawat kawan yang baru 4 hari lepas bersalin. Rindu dengan kawan ne. Dan teringin sangat nak tengok baby dia, walaupun dah tengok dalam gambar. Tapi teringin juga nak angkat. Kawan saya ne, terpaksa ditahan dalam wad sebab anaknya tinggi kuning. Masa dia sms saya, bacaan bilirubinnya 316. Tekejut juga. Saya doa untuk mereka anak beranak. Moga Allah mudahkan segalanya. Dan moga ibunya tabah berhadapan dengan ujian kepayahan. Yalah. Baru 4 hari lepas bersalin. Orang kata luka pun masih basah lagi. Kena berpantang lagi. Tiba-tiba anak tinggi kuning dan terpaksa ditahan di wad. Kesian Ethel.. Moga dia kuat dan tabah.

Tadi, Alhamdulillah bacaan bilirubinnya dah turun sikit, iaitu 290 walaupun masih dikategorikan tinggi. Bila Ethel keluar sahaja dari wad (sebab pelawat yang selain daripada suami tidak dibenarkan masuk).. Dia menangis. Dan saya tak mampu tahan tengok dia nangis.. Huhu.. Saya faham kenapa dia bersedih. Saya pernah rasa apa yang dia rasa. Nak tau kuning tinggi atau rendah, kena uji darah. Imagine.. anak kecil yang baru berusia 4 hari dicucuk balik2 untuk ambil darah.. Dah habis tangan dia lebam cucuk kaki lagi. Huh! Dulu pun saya tak tahan tengok Insyirah kena cucuk hari2 sebab nak kena ambil darah.. Insyirah kena jaundis dulu pun lama juga. Lebih dua puluh hari. Macam nak dekat sbulan juga..

Oke, manatau kalau2 ada diantara pembaca blog ne ibu baru kan. Mari kita tengok apa yang saya maksudkan kuning atau jaundis ne...

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkirkan melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin belum mampu memproses dan membuang  bilirubin dengan pantas dengan sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis berlaku.

Biasanya ia berlaku sejak hari pertama dilahirkan hingga hari ke empat mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut :
1) Bayi lahir pra matang
2) Darah ibu dan bayi yang berlainan
3) Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
4) Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
5) Etnik Asia
6) Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Fisiologi Jaundis
Merupakan jaundis yang sering terjadi pada bayi dan ia tidak merbahaya. Ia bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

Patologi Jaundis
Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah "o")

G6PD defisiensi pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.

Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.

Jaundis jenis ini bermula dalam masa 2 hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat ; 

Sebab Jaundis Berpanjangan.. 
Jaundis dianggap berpanjangan jika keadaan kekuningan berlanjutan sehingga 14 hari bagi bayi cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ini disebabkan oleh :

- Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breastmilk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak merbahaya selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional.

- Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.

- Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, 1/ 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Oke.. dah tau kan makna jaundis tu.. sebenarnya semua bayi yang lahir tu akan da jaundis/ kuning ne. Yang membezakannya tinggi atau rendah kadar bilirubin dalam darah. Kadang-kadang jaundis ne ikut darah juga..

Saya share antara amalan yang perlu dilakukan selama mengandung yang berpotensi untuk elak jaundis..
1) Rajin-rajin makan kurma. Tak kira sedari awal usia kandungan atau sedari usia kandungan 6 hingga 9 bulan.
2) Amalkan makan/ minum jus pegaga
3) Amalkan minum susu kambing
4) Jangan makan makanan segera, mee segera
5) Elak minum kopi dan teh
6) Jangan ambil herba
7) Amalkan pemakanan sihat
8) Rajin2 baca Quran dan doa2 amalan semasa mengandung
9) Sentiasa bersikap positif, tenang, lapangkan dada.. jangan stress..

Senbenarnya ada banyak lagi maklumat pasal jaundis ne. Saya pun mengkaji juga. Kalau nak tau lebih lanjut atau lebih maklumat cuba google lagi ya. Ini pun saya dapat dari sini..  Saya share setakat yang mampu saja. Moga bermanfaat untuk kita semua.

Dulu Insyirah pun lambat turun kuningnya. Bila baca maklumat di atas dan info dari web lain, nampak macam Insyirah kena breastmilk jaundice kutt.. Sebab sedari dia lahir saya tak pernah campur susu. Waktu tu ramai juga yang nasihatkan supaya campur susu fm, jaundis akan turun. Sebab selagi bagi susu ibu jaundis tak turun2. Ramai yang share pengalaman diorang buat macam tu berhasil. Tapi saya tetap percaya pada khasiat susu ibu yang Allah cipta. Saya tetap bagi insyirah susu terbaik di dunia tanpa bercampur sikit pun. Syukur Allah maha adil...

Allah itu bertindak mengikut pandangan kita terhadapnya. Saya yakin. Lama2 Jaundis Insyirah turun juga. Alhamdulillah dia sihat saja..

Dan mudah2an Ethel juga kuat dan tabah..
Allah pelihara sahabat saya Ethel dan anaknya Aniq Dzaquan..
Aminn..


Salam sayang..

kredit ifo dari cpintrass.com

No comments:

Post a Comment

what do you think?